IMEJ 3D : NERAKA

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi Laman MO ini. 
Apabila bercakap pasal imej 3D yang wujud dalam minda maka jelas di sini bahawa kita mampu membayangkan segala jenis imej dalam minda kita sama ada imej yang cantik, buruk, hodoh, seronok, sedih atau segala jenis imej yang mungkin tidak terbayang oleh individu A namun dapat dibayangi oleh individu B.
Beberapa minggu yang lepas semasa bersiap siaga untuk beradu di atas tempat peraduan MO yang menjadi tempat persinggahan di kala malam (wah nak pinjam bahasa istana kejap) …hehe.. MO sempat mendengar radio.. Mintak maaf sebab MO tak pasti sama ada saluran radio yang MO dengar tu IKIM FM atau Suara Islam. Masa tu dalam jam 2 pagi tetapi DJ yang bertugas masih setia berada di konti bagi menemani pendengar yang masih belum tidur atau yang sedang bertugas. Kalau tidak salah slot pada waktu itu adalah slot Munanjat.. 
Ada seorang pemanggil (Pada firasat MO beliau seorang ustaz kerana cara percakapan beliau seperti sedang memberi ceramah). Menurut ustaz tersebut bahawa kita wajib untuk membayangkan neraka. Ya, memang benar pemikiran kita tidak terjangkau bagaimana rupa dan bentuk neraka mahupun syurga ALLAH.. Namun tidak salah untuk kita membayangkan bagi meningkatkan rasa insaf di dalam diri kita. Semua orang takut nak masuk neraka, mulut kata takut tapi perlakuan seperti tak takut. Kalau tanya semua nak masuk syurga kan (dari budak kecik sampai la orang tua). Ada tak pengunjung laman MO yang nak masuk NERAKA?? Nauzubillah.. Namun (MO biarkan anda menjawab sendiri). MO bukanlah ustazah atau orang yang arif untuk bercakap soal ini. Namun penulisan ini hanyalah sekadar untuk mengingatkan diri MO sendiri yang tidak sempurna dan tidak lari dari melakukan dosa.
Memang benar, kita tak dapat nak bayangkan bagaimana rupa sebenar neraka, namun kita bayangkan sekadar fikiran kita yang seperti yang tertulis dalam al-Quran..
Tapi sebelum kita bayangkan keadaan neraka, cuba kita bayangkan jika kita ditempatkan di dalam sebuah rumah yang menunggu masa untuk dibakar. Api yang membakar rumah boleh membuatkan kita rentung. Bukan tidak ada kes mayat mati retung di dalam kebakaran. Banyak contoh yang boleh diberikan, namun anda semua boleh recalled semula kejadian-kejadian mati retung sebelum ini. Itu baru api dunia. Api dunia hanyalah cebisan api neraka dan tidak sampai satu zarah atom pun. Itu pun sudah mampu membuatkan manusia menjerit kesakitan sebelum meninggal. Apatah lagi di dalam neraka kelak.
cuba bayangkan kalo kita terperangkap dalam bangunan ni??
Jika kita terperangkap dalam sebuah rumah yang terbakar mungkin kita berkesempatan melarikan diri namun jika kita sudah berada dalam neraka Allah maka tiada peluang lagi kita akan melarikan diri. Kita jerit sampai terkeluar anak tekak pun tidak berguna. Tiada maaf bagimu. Melainkan bertaubat semasa di dunia.
Di dalam neraka kita akan dibakar, direjam berulang kali setimpal dengan dosa yang dilakukan di dunia. Kemudian baharulah kita akan dimandikan di sungai al-Kautsar (kalau tidak silap Mira – kalau salah para pembaca tolong betulkan) sebelum kita ditempatkan di syurga kerana ALLAH telah berjanji bahawa setiap muslim akan masuk ke syurga ALLAH walau cepat atau lambat (seingat dalam kelas Ustaz Azhar masa Form 1). Walaupun iman manusia sebesar biji sawi, dia tetap akan masuk ke syurga selepas diseksa di neraka kerana kunci syurga adalah mengucap dua kalimah syahadah.. Itulah beza antara Muslim dan Non-Muslim. Non-Muslim akan kekal di neraka selama-lamanya.  Amatlah rugi kepada orang yang riddah suda dijanjikan syurga namun mereka memilih untuk ke neraka selama-lamanya. Wallahualam.
Cuba kita bayangkan keadaan NERAKA… Berani sangat nak buat dosa kan (peringatan untuk diri sendiri) kerana setiap daripada kita tidak terlepas melakukan dosa.

Cuba bayangkan kita dibakar dalam api ini dan akhirnya menjadi abu??
  1. Sungai neraka adalah darah dan nanah busuk yang menggelegak,
  2. Minumannya adalah air yang mendidih,
  3. Naungannya adalah awan hitam yang panas,
  4. Anginnya adalah samum yang membawa hawa panas,
  5. Makanannya adalah zaqqum yang jika setetesnya jatuh ke bumi, nescaya hancurlah dunia dan seisinya,
  6. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya membakar kulit hingga ke ulu hati,
  7. Pakaiannya adalah daripada potongan-potongan api yang membakar,
  8. Kedalamannya sejauh batu yang dibaling selama 70 tahun baharu akan tiba ke dasar.
  9. Suara neraka akan meraung geram kepada penghuninya.
  10. Penghuni neraka akan dibelenggu dengan rantai besi membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung nescaya gunung tesebut akan menjadi abu, dan wajah-wajah mereka diseret di atas bara api sedang tangan mereka terikat”
Selalu kita makan bebola ayam, bebola sotong tapi dalam neraka kita makan bebola api???
Sebenarnya lebih banyak yang diceritakan pasal neraka. Ini hanyalah sekadar pembacaan dan ceramah-ceramah yang pernah Mira hadiri. Itulah api neraka. Dalam entry kali ini cukuplah sekadar ini sahaja. InsyaALLAH jika berkesempatan akan dikongsikan lagi (nak kena pi tambah ilmu dulu). 
Cikgu Mira ni sudah insaf ke belum??? Sendiri mau jawab na.. huhu.. Dan Ustaz yang menghubungi DJ radio tu juga ada berpesan supaya kita sentiasa beristigfar selalu dengan rendah hati dan rendah diri selama 1000 kali sehari disamping perbanyakkan zikir. 
Kalau boleh berjam-jam menghadap FB takkan dalam tempoh 2,3 jam berzikir tak boleh. Masa paling sesuai adalah sebelum tidur kerana pada masa itu otak kita sedang berehat. Sebelum tidur juga jangan lupa baca Zikir Fatimah ya.
Semoga beroleh manfaat. Sekian, Wassalam

OTAK KAMU CANTIK KE TAK??

Assalamualaikum wbt...

Terima kasih sebab sudi singgah dan membaca nukilan Mira.. Jarang nak ucap  terima kasih kepada sahabat-sahabat yang singgah ke laman Muslimah Optimis ni...


Syukron semua... Semoga ALLAH melindungi kalian semua dan semoga kita semua mendapat Mardhotillah. Mardhotillah atau Redha amatlah kita perlukan dalam kehidupan kita. Setiap yang kita lakukan mesti dengan redha ALLAH. Sebagai anak redha Ibu bapa sangat kita perlukan kerana redha ALLAH adalah redha Ibu bapa. Sebab tu kalau kita nak lakukan sesuatu mohonlah restu daripada ibu bapa kita dulu (aduhh, skema ayat ibu dan bapa)..heheh..ok, kita tukar jadi Ibu dan ayah..heheh....


Jom-jom kita kembali ke pangkal tajuk.. heheh

Otak oh otak… bukan otak otak ye…hehhe.. otak-otak tu sejenis makanan...

 
Sedapnya otak-otak ni..aduh, lapar la plak...


Teringat al-kisah semasa masa tahun pertama di Uni Malaya ni. Dalam kelas Introduction of Special Education yang diajar oleh Prof Khadijah Rohani Yunus. Rindu la sama Prof...sebab sekarang Prof dan ditukar ke UiTM..huhuhu...

Terima kasih atas budi dan jasa Prof Khadijah yang banyak memberi tunjuk ajar dan banyak bercrita di dalam kelas membuatkan kami tak boring belajar. 

Pada satu hari, Prof ada bertanya kepada kami. Ayat perbualan kami di dalam kelas bunyinya lebih kurang macam ni...

" Baik anak-anak, cuba kamu bayangkan kamu pergi melawat ke dalam sebuah muzium yang dipenuhi dnegan organ-organ manusia"....

Ok, kami pun bayangkanlah situasi tersebut. 

"Kemudian, kamu ternampak ada dua balang yang didalam setiap balang tersebut mempunyai otak manusia di dalamnya. Balang A mempunyai otak yang sangat cantik manakala balang B mempunyai otak yang sangat buruk dan hodoh"

Kemudian, beliau diam lama. Kami setia menanti kata-kata seterusnya. Al-maklumlah kami ni kan budak baru belajar, baru nak mengenal alam sebagai pelajar universiti. Beliau diam, kami pun diamlah. Kemudian dia menyambung lagi kata-katanya. 

"Jika diberi pilihan kamu ingin memilih balang A (otak baru dan cantik) atau balang B (otak hodoh dan buruk)?"

dah hampir emat tahun kisah ni berlalu, tak ingat pulak jawapan yang teman2 sekelas bagi...
nak pilih balang A ke balang B ek??? Otak buruk ke otak cantik ek????

Prof pon cakap la....

nak tahu tak apa prof cakap, 
"Otak yang buruk dan hodoh itu adalah lebih mahai nilainya daripada otak yang cantik tersebut."..

aikkkkkkkk....kami semua buat muka blurr. Yela kan selalunya kalau kita beli barang, barang yang baru dan cantik mesti lagi mahal daripada barang yang dah lama kan..

ermmm...

Prof kata lagi, 

"Nak tahu sebab apa??" 

kami semua pon cakap macam budak kecik.. "Nakkkkkkk" serentak. 

Prof meneruskan penerangan. 

"Sebabnya otak yang buruk dan hodoh itu adalah otak seorang saintis yang banyak membuat kajian dan menggunakan fungsi otaknya semaksima mungkin manakala otak yang cantik dan baru itu pula adalah otak orang biasa yang tidak banyak berfikir"

lepas tu, semua berbunyi OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO......biasa la tu kan, kao kita baru tau sesuatu kita akan cakap OOOOOOOO.... takde plak kita nak cakap pppppppp, qqqqqqqqqq... heheheh....

Itulah gambaran mengenai otak manusia. Otak kita bagaimana agaknya ya, masih baru dan cantikkah??? ermmmm....





Saiz Otak
Nak tahu otak kita besar mana?? Cuba genggamkan kedua-dua belah tangan kita dan rapatkan kedua-duanya.. Tulah saiz otak kita secara kasarnya. Kalau sebelah genggaman saja menunjukkan saiz jantung kita.


Mengikut kajian sains, saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram dan otak akan menyerap kira-kira 75% oksigen dari hemoglobin. Dengan fungsi otak dan akal, maka kita boleh menjana pendapatan, kekayaan sekiranya kita menggunakan otak kita di jalan yang betul dan semaksimum mungkin. Namun minda manusia banyak diselaputi oleh penyakit PHD (penyakit hasad dengki  [bukan semua namun segelintir daripada kita], tamak, suka mengeluh, dan bersikap pesimis atau negatif. 

Ayat yang biasa kita dengar adalah "Ala, aku tak boleh la. Aku tak berani la, Aku takutla" itukan semua ayat-ayat yang pesimis. Selagi kita tak cuba mana kita tahu kebolehan kita kan. Jadilah optimis seperti saya (promote blog sekejap-Muslimah Optimis)..heheh

Sikap-sikap yang pesimis ini semuanya dalah membawa kita kepada kemusnahan. Sebabnya setiap perlakuan dan percakapan kita adalah doa hatta niat juga merupakan doa yang paling dekat dengan kita.

Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula. Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.

Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w.,

“Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.” 
Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk sedemikian itu.  
Fikir positif, tarik tenaga yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri kita.

Ada otak kiri dan otak kanan ke?? Ciptaan ALLAH memang kompleks. Tak dapat melangkaui pemikiran kita yang cetek ini..

Teori otak kanak dan otak kiri ini telah dimulakan sejak tahun 1960-an.  Otak kanan dan otak kiri juga mempunyai fungis yang berbeza (Roger Sperry). belaiu juga menyatakan bahawa apabila otak kanan sedang bekerja maka otak kiri akan berehat dan berada dalam keadaan tenang begitulah sebaliknya.

Otak Kanan
Otak kanan lebih cenderung kepada emosi, muzik, warna, khalayan dan sebagainya. Tambahan lagi daya ingatan otak kanan adalah lebih bersifat long term memory  

Otak Kiri
otak kiri lebih menjurus kepada bahasa, tulisan, angka, logik dan sebagainya dan daya ingatan otak kiri adalah short term memory.

So, kita banyak menggunakan otak mana? Otak kanan atau otak kiri selama ini? 


Jawab dalam hati pun takpe.  
Jawab dalam hati telinga kita merasai ayatnya berbicara membuatkan akal kita berfikir sejenak..credit to muaz

Kita ada otak.  binatang pun ada otak. Cuma yang membezakan antara manusia dan binatang adalah akal. Oleh itu, gunakanlah akal kurniaan ALLAH ini dengan bijaksana. Amal Makruf Nahi Mungkar. 

Antara ayat Quran yang menyentuh mengenai akal adalah :

"Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka", 
(surah al-Mulk, ayat 10)

Berfikirlah sebelum bertindak. Nescaya kamu tidak akan menyesal. 



kalo nak tahu pasal tabiat-tabiat yang boleh merosakkan otak sila klik sini

sekian...semoga memperoleh manfaat...
sekian wassalam

WHO ARE YOU IS WHAT YOU SEE.

Assalamualaikum dan salam hari rabu. Apa tu maknanya Who Are You Is What You See ek? Kalau diterjemahkan secara terus maksudnya kamu adalah apa yang kamu lihat. Kita ambil contoh pandangan empat golongan mengenai lautan.

Golongan 1 : Manusia biasa
Orang biasa hanya melihat lautan dari permukaan lautan dan persisir pantai.

Golongan 2: Nelayan
Nelayan melihat lautan sebagai sumber rezeki, maka nelayan melihat lautan sehingga ke laut dalam kerana di situ terdapat banyak hasil laut.

Golongan 3 : Pencari Mutiara
Pencari Mutiara melihat lautan sehingga ke dasar lautan kerana tiram hidupnya di dasar bukan di laut dalam mahupun di permukaan lautan.

Golongan 4 : Jurutera Emas Hitam (Petroleum)
Jurutera Petroleum sudah tentu melihat lautan sebagai tempat mendapatkan petroleum, maka mereka melihat lautan lebih dalam ke dasar bumi yang mana terdapatnya emas hitam.

Sekarang dapat kita simpulkan bahawa walaupun melihat lautan yang sama namun cara melihat dan persepsi setiap orang adalah berbeza. Tapi kita tak boleh nak salahkan orang lain jika mereka melihat dari sudut lain kerana semua orang ada pendapat masing-masing dan kita tak boleh memaksa orang bersetuju dengan pendapat kita. Jadi belajarlah menghormati pendapat orang lain (ye, saya sedang belajar menghormati pendapat orang lain walaupun kadang-kadang saya memang amat tak setuju, tapi so far belum sampai tahap serius lagi. Orang putih kata under control).

p/s 1:
Biarkan mereka dengan keinginan mereka kerana setiap orang mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri namun harus kita ingat bahawa Allah swt lebih berhak ke atas diri kita hatta kuku kita yang dipotong. 

p/s2:
Kita adalah apa yang kita lihat. Kalau kita lihat sesuatu itu sebagai yang posotif maka positif lah, tapi kalau kita melihat sesuatu sebagai ancaman maka kita akan sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri.


sumber : dipetik dari kata-kata Ustaz Pahrol Juoi semasa beliau menjadi panel dalam diskusi Salahkah Aku Bercinta. 

Sekian wassalam.


DIA DENGAN SEBUAH BASIKAL

Assalamualaikum dan salam adiwarna. Kali ni MO kongsikan mengenai seorang lelaki dan wanita yang tidak MO kenali, namun MO tertarik untuk menjadikan mereka sebagai isi perkongsian MO kali ini. MO tidak pasti dengan agama yang dianuti mereka kerana Bukan soal agama yang mahu MO kongsikan namun semangat dan maruah yang mereka ada.

Tadi semasa MO menunggu bas untuk pulang ke kampus, MO ternampak seorang lelaki berseluar pendek, memakai t-shirt dan bertopi (mungkin mahu melindungi wajah dari terik matahari agaknya), memberhentikan basikal tuanya berhampiran dengan perhentian bas. MO kira dia berbangsa India dari segi pakaian dan warna kulitnya. Di bahagian belakang basikalnya kelihatan terselit kotak-kotak kosong yang sudah dilipat-lipat bagi menjimatkan ruang. Beliau kelihatan tersenyum dengan pekerjaannya itu. Membelek dari satu tong sampah ke satu tong sampah yang lain. Mungkin pada pandangan orang lain kotor tapi itulah pekerjaan yang halal dan tidak meminta-minta pada orang lain. InsyaAllah, Allah memberikan rezeki yang halal kepada mereka yang rajin berusaha. Tapi ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
-Surah ar-Rad ayat 11-
(Tq untuk paksu sebab sudi carikan surah apa, sebab MO tak ingat surah, MO Cuma ingat ayat saja..hehehe..)

MO juga pernah melihat seorang makcik yang berbangsa cina semasa zaman MO bersekolah dahulu. Bertahun-tahun dia mengayuh basikal mininya mencari tin-tin kosong dan kotak-kotak yang tidak digunakan lagi. Sebab setiap tahun MO Nampak makcik cina ni dengan skirt dan tshirt lusuhnya. Setiap hari basikalnya penuh dengan muatan, tak pasti pulak MO kat mana dia mencari semua bahan terbuang tu. Tapi semangat kentalnya yang tak pernah mengena erti penat membuatkan MO kagum.

Jangan kita ingat bila kita dah tak perlukan sesuatu tu, orang lain juga turut tidak memerlukannya? Jangan berfikiran sengket atau cetek kerana barangkali kamu tidak suka tapi orang lain suka kerana kejadian Allah ni unik. Teringat pulak kisah dengan adik sewaktu nak beli kain baju kurung. Orang cakap kain A cantik, dia cakap tak cantik. Yang orang tengok tak cantik tulah dia kata cantik. Padahal kami sekeluarga tak bekenan dengan pilihan dia tu. Tapi mata dia kata cantik nak buat macam mana kan. Lagipun dia yang nak pakai. Huhuhu… Tiada manusia yang sama antara satu sama lain. Sedangkan cap jari tidak ada yang pernah sama. Itulah ciptaan yang maha agung. Belum bersyukurkah kita???

MO juga pernah beberapa kali semasa makan, ada dua orang (kadang-kadang lelaki berpasangan dan kadang-kala perempuan berpasangan, yang sorang normal dan sorang lagi tak boleh melihat dalam erti kata lain buta) pergi dari satu meja dan meja untuk menjual tisu. Kiranya membeli sambil bersedekah la kan. Kadang-kadang bila ada pelanggan yang menolak mereka tidak pernah berputus asa untuk bergerak ke meja lain dan tidak ada istilah malu dalam diri mereka. Kadang-kadang MO beli jugak walaupun MO jarang guna tisu sebenarnnya sebab MO lebih prefer guna sapu tangan (jangan gelak ye, lebih bersih)..hehehe.. Tisu tu buat spare je, selalu je ada member tanya “ada tisu tak”. Kalau pada masa tu MO ada tisu maknanya MO tidaklah menghampakan orang yang meminta. Hehehe.

Kadang-kadang kita dengan mudah menghukum golongan sedemikian. Dikatakan menumpang kesenangan orang lain dengan hanya tahu meminta-minta. Tapi kita kena ingat kerana rezeki kurnian Allah itu bukan hak mutlak kita. Ia perlu dikongsi kerana dalam rezeki kita ada nisbah orang lain. 

REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampatkan anugerah kepada hambaNYA degan menempatkan harta berfungsi sebangai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Semoga rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat. 

Sebab tu dalam Islam digalakkan bersedekah. Jangan pentingkan diri sehingga kita terlupa, nyawa kita juga hanya pinjaman oleh Yang Maha Esa. Entah esok lusa, jika DIA mahu mengambil balik apa yang dipinjamkan kepada kita, siapa kita untuk menafikan yang bukan hak kita. Cuba letakkan diri kita pada tempat mereka? Cuba selami hati dan perasaan mereka? Bukan mereka mahu jadi begitu, barangkali keadaan memaksa walaupun mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan oleh kita tapi tidak oleh mereka.

Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan orang lain. Biarkan mereka melakukan sesuatu yang mereka suka walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur. Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan iman dan taqwa. 

p/s 1 : sukar untuk percaya bahawa saya sudah dewasa bukan lagi remaja..huhuhu.

p/s 2 : SALAHKAH AKU BERCINTA boleh dibaca di sini.

sekian, wassalam



SALAHKAH AKU BERCINTA???

Assalamualaikum wbt... Salahkah aku bercinta?? itulah tajuk entry kali ni... Salah ke??? eh, tak salah cuma kena berada pada landasan yang betul. Pandai pulak MO nak kongsi pasal cinta ya padahal belum ada pengalaman bercinta dengan manusia berlainan jantina yang tiada ikatan darah.. Bahaya ni kalau jatuh cinta dengan yang bukan halal bagi kita sebab itu MO memilih untuk mendiamkan diri sahaja... Belum tiba masanya, insyaAllah jika sudah bersedia fizikal dan mental MO akan maklumkan pada sahabat handai.. Sama-sama kita berdoa ya..ameen

Sebenarnya tadi MO berpeluang ke satu majlis ilmu yang membicarakan mengenai Salahkah Aku Bercinta?? Panel yang dijemput adalah dua orang yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan iaitu Ustaz Pahrol Juoi dan Ustaz Syaari Abd Rahman. 

Alhamdulillah tak rugi menghadirkan diri sebab kalau ada kelapangan MO suka juga ke majlis-majlis ilmu ni tambah-tambah kalau free.. hehehe... Baiklah, MO mahu kongsikan serba sedikit apa yang telah disampaikan oleh panel Diskusi Salahkah Aku Bercinta??

Mula-mula sekali kita fahamkan dulu konsep cinta itu. Ramai orang yang berkongsi perasaan cinta tetapi persepsi setiap orang adalah berbeza. Ada yang kata cinta ni tak dapat digambarkan dengan kata melainkan yang merasainya sahaja yang tahu akan hakikat cinta.  Benar. Cinta adalah ibarat tenaga, tak mampu dilihat namun mampu dirasai. Tiba-tiba saja lampu menyala, sedangkan hakikatnya haba telah menukarkan tenaga kepada cahaya (eh betul ke ni)..hehehe... 

Cinta ini luas. Sebelum kita mencintai seorang lelaki atau wanita dalam hidup kita, SEHARUSNYA MALAHAN WAJIB untuk kita mencintai PENCIPTA RASA CINTA iaitu ALLAH swt dan KAABAH adalah simbolik cinta kita kepada Allah swt... sebab tu kena solat 5 waktu sehari semalam  dengan hati yang tunduk menunjukkan kecintaan kita kepada SANG PENCIPTA. Cintai IBU BAPA dan KELUARGA dan semestinyalah sebelum kita mencintai orang lain terlebih dahulu kita kena mencintai diri sendiri kerana kita adalah khalifah dan setiap khalifah di muka bumi ini wajib untuk menyebarkan kebaikan tambah-tambah kepada orang yang kita cintai kerana kalau boleh mestlah kita nak meniti jalan ke syurga bersama-sama orang yang dicintai, kan.

Cinta seharusnya atas dasar aqidah bukan atas dasar lain sehinggakan Nabi Ibrahim a.s sanggup untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s kerana rasa kecintaan kepada Allah swt yang sangat menggunung dan akhirnya sembelihan diganti dengan seekor kambing. Itulah terjadinya ibadah korban yang jatuh pada tanggahl 10 Zulhijah setiap tahun hijrah. Kalau ibu bapa zaman sekarang sanggupkah untuk melakukan demikian?? Wallahualam... Sama-sama kita berdoa supaya kita dikuatkan hati untuk terus berjuang di landasan Islam yang benar.. Ameen...
Sahabat-sahabat pembaca yang budiman, cinta boleh menjadi cinta rahmat dan boleh juga menjadi cinta laknat. Cinta yang dipenuhi rahmat itu mestilah cinta yang halal dan cinta yang mengutamakan Allah dalam segenap hal manakala cinta yang laknat pula tentulah cinta yang bertuhankan nafsu dan syaitan..wallahualam..

nak kempen sikit boleh??? Say no couple before akad (klik untuk membaca)...Allah lebih menyukai pasangan yang halal bercinta dan MO nak betulkan pendapat seorang teman blogger yang menghantar komen pada entry sebelum ini, beliau berpendapat bahawa cinta  MO terhalang kerana ego. Bukan cinta MO terhalang kerana ego namun kerana MO tidak mahu terjebak dengan cinta masa belajar. dan cinta sebelum kahwin. Bila dah terjebak susah nak patah balik. Carilah cinta yang halal. InsyaAllah diredhai...


sekian, wassalam...

KAYU YANG BOLEH BERCAKAP

Salam alaik...
Kawan-kawan pernah dengar pasal kayu yang boleh bercakap??
Kalau dulu MO pernah membicarakan mengenai
Kayu Bergerak  dan Lukisan Boleh Bercakap..
tapi pada entry kali ni MO nak berkongsi mengenai Kayu Yang Boleh Bercakap.

kawan-kawan percaya tak ada kayu yang boleh becakap ni??
Percaya??
Tak Percaya??


Kalau ada yang tak percaya, silalah Percaya...
sebenarnya kisah ini diceritakan oleh kawan MO pada tahun 2009, tak perasan pulak..
masa tu minggu peperiksaan...

Biasalah, di kala musim peperiksaan MO tak berapa nak minat study sangat.. 
cuma semasa musim peperiksaan MO sangat suka bermain teka teki dan bercerita dengan kawan-kawan..
hehehe.. hobi ntah apa-apa kan..hehe

ok..ceritanya lebih kurang macam ni lah...

Pada zaman dahulu kala (kisah dongeng), ada seorang raja yang sangat angkuh dan sombong. Dia mahu mencabar rakyatnya yang mampu membawa kayu yang boleh bercakap dan dipersembahkah kepadanya dan ganjarannya adalah harta kekayaan.. tapi malangnya tiada siapa yang mampu berbuat demikian...sehinggalah datang seorang pemuda kepadanya..

"Ampun Tuanku, patih boleh mempersembahkan kepada tuanku kayu yang boleh bercakap lima tahun dari sekarang," kata seorang pemuda.

"Lima tahun dari sekarang?? Kenapa tuan hamba mengambil tempoh masa yang sangat lama?" soal Raja tersebut.

"Patik perlu melatih kayu itu untuk bercakap tuaku," balas pemuda tersebut.

Raja kelihatannya sedang berfikir 'hahaha, mampukah dia membawa kayu yang boleh bercakap? mana mungkin kayu boleh diajar dan dilatih bercakap,' kata Raja tersebut di dalam hatiya..

"Baiklah, beta perkenankan permintaan kamu. Lima tahun akan datang, kamu mesti membawa kayu yang boleh bercakap dipersembahkan kepada beta," kata raja tersebut dengan angkuhnya.

"Tapi patik ada satu syarat tuanku," Pemuda itu menetapkan syarat.

“Apa lagi syaratnya?” Tanya Sang Raja dengan agak berang.

“Bolehkah tuanku kahwinkan patik dengan seorang gadis buat peneman patik melatih kayu itu tuanku,” pemuda itu memberitahu syaratnya. Tuanku kelihatan sedikit terkejut, namun baginda tetap bersetuju dengan permintaan pemuda tersebut. Pemuda itu pun dikahwinkan dengan gadis yang paling banyak cakap di negeri tersebut.

Setelah 5 tahun.

Pemuda tersebut masuk menghadap Raja. Raja pula sedang menanti dengan penuh senyuman. Raja menyangka pasti pemuda tersebut tidak berjaya membawa kayu yang boleh bercakap untuk dipersembahkan kepadanya kerana baginda tidak melihat pemuda tersebut membawa hatta sebatang kayu pun. Yang kelihatan hanyalah pemuda tersebut datang bersama seorang anak kecil yang sungguh comel.

“Ampun tuanku, inilah Kayu yang boleh bercakap tuanku,” pemuda tersebut memperkenalkan kanak-kanak comel tadi kepada Sang Raja.

“Kayu, angkat sembah kepada Tuanku,” kata Si Pemuda kepada anaknya yang diberi nama Kayu. Raja hanya tercengang dan menggelengkan kepala.

MOST : Berfikirlah secara kritis namun jangankan sampai memberi nama anak yang bukan-bukan kerana salah satu tanggungjawab Ibu dan Bapa adalah memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya dan nama yang baik adalah hak anak-anak yang tidak boleh dinafikan. Boleh klik sini untuk membaca Hak Seorang Anak.

Semoga terhibur membaca kisah teladan ini. MO pun ingat-ingat lupa. Kiranya ni cerita versi MO la.. Kisah dongeng ni ada banyak versi taka pa.. hehehe… MO pun dalam usaha pembikinan cerita kanak-kanak. InsyaAllah.. Doakan MO ya..
Sekian, wassalam.


INTERLOK...WAJAR ATAU TIDAK DITARIK BALIK

Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua?? Sihat?? 
InsyaAllah, kita semua dalam keadaan sihat sejahtera.. 
Selai diberi nikmat kesihatan, hargailah sebelum ditarik balik..

INTERLOK..
pernah dengar pasal INTERLOK???
Alhamdulillah, siang tadi MO berpeluang ke satu Majlis Ilmu..
Semasa ceramah disampaikan, penceramah ada menyebut mengenai buku Interlok..
tapi MO tak tau apa kebenda pun...
abaikan sajalah, cuma terdetik di hati, nanti nak cari jugak buku tu..


lepas balik je ke bilik, MO pun terus la on lappy dan search pasal interlok ni...
banyak jugak kontroversi rupanya...

MO pun belum baca buku ni,
jadi MO tak boleh nak ulas pasal buku interlok ni yang dijadikan Novel KomsasTingkatan 5.
 Tapi berdasarkan pembacaan MO daripada sumber-sumber yang MO temui d internet, 
Interlok menceritakan pasal 1 Malaysia..

Novel ni dah lama ditulis rupa-rupanya,
sebab khabarnya Novel ini pernah menjadi kajian sastera pelajar IPT pada tahun 90-an..
Novel ini ditulis oleh SN Abdullah Hussain.


kalau nak tahu dan baca lebih lanjut, mungkin anda semua boleh klik
sini, sini, sini, sini , sini dan sini.

banyak sangat la..
kalau nak tau lebih lanjut taip je kat search engine..
tapi apa pun, sebelum cuba membaca buku ni, MO tak berani nak memberi ulasan panjang...

tapi kalau ada antara anda yang telah membaca, bolehlah dikongsikan di ruangan komen mengenai novel yang dianggap menghina kaum lain..
Mungkin ini hanya salah faham, yang sebenarnya penulis mungkin tiada niat nak menghina, cuma beliau mengutarakan fakta ...
 wallahualam...

sekian, wassalam

TIPS : INGAT ORANG TERSAYANG


salam semua...
11.1.11 telah meninggalkan kita... 
hari ini 12.1.11...
esok pasti 13.1.11..
begitulah seterusnya sehingga 2011 meninggalkan kita..
hidup perlu diteruskan dengan tabah...
jangan ada istilah futur dalam diri kita..
yang perlu ada hanyalah future bukan futur..

Ingatlah orang yang tersayang..
MO tengah dilamun rindu ni dengan orang tersayang..
Bila dah lama tak berjumpa pastilah rasa rindu bersarang di hati..
Tapi bukan rasa rindu yang mahu MO ketengahkan dalam entry kali ini…

Ok.. apa yang anda fikirkan bila membaca tajuk entry ini??
Adakah pasal kemalangan jiwa disebabkan tidak berhati-hati semasa memandu??
Kan dulu ada iklan, Ingatlah Orang yang Tersayang…

Bukan juga mengenai iklan ini yang ingin MO kongsikan…
Namun MO ingin kongsikan mengenai rasa kebas atau sesemut..
Tau tak rasa kebas atau sesemut tu macam mana??
Entah MO pun tak tau nak jelaskan macam mana…
Kalau yang duduk bersimpuh lama di lantai tu kebarangkalian akan merasai sesemut ini…

Haa… kalau nak tau rasa macam mana cubalah duduk dalam jangka masa yang lama tanpa ada gerakan di bahagian kaki anda, pasti anda akan merasai sesemut ini sebabnya pengaliran darah dan oksigen yang kurang ke bahagian ini.

Baiklah, apa kaitan dengan ingatlah orang yang tersayang pulak kan???
Ermmmm…

Semalam, 11.1.11 telah diadakan perjumpaan antara Pihak Pengurusan Kolej Kediaman dengan semua warga kolej kediaman MO… macam-macam isulah yang dibangkitkan..
Bila dah duduk lama tu, jiran sebelah MO mula merasakan kakinya kebas,
Alhamdulillah kaki MO tak diserang sesemut pulak..
MO pun tolonglah picitkan kaki dia, sebab kalau kaki diserang sesemut selalunya MO akan picit tumit atau bengkongkak ibu jari kaki…

Tapi dia maklumkan pada MO bahawa dia pernah terbaca suatu artikel yang mana jika anggota badan diserang sesemut maka ingatlah orang yang tersayang, insyaAllah rasa sesemut itu akan hilang… 
dan katanya berkesan…
semalam dia dah cuba, dan dia kata berkesan...
entah ye entah tidak..
MO belum pernah cuba...
kalau anda nak tahu, cubalah sendiri


Agak-agaknya kenapa ya???
Ermmmm…
Sebabnya focus ingatan kita bukan pada kaki yang kebas namun pada orang tersayang…
Bila kita tidak memikirkan mengenai rasa kebas tersebut mak, 
rasa kebas itu dengan sendirinya akan beransur hilang... 

hehehhe... 
berdasarkan logik akal MO je..
sebab bila kita demam atau sakit perut ke atau sakit je lah di mana-mana anggota badan, jangan difikirkan sangat tentang rasa sakit dan akhirnya kita tak berasa sakit...
mental kena kuat...

betul kan...

itu je MO nak kongsikan buat masa sekarang...
insyaAllah ada kesempatan kita jumpa lagi...
mungkin petang ni, esok, lusa, hanya Allah yang tahu
walaupun MO berhajat nak post satu lagi entry petang ni...

sekian, wassalam..


CERITA SERAM PESONGKAN AKIDAH KANAK-KANAK

Assalamualaikum wbt.. 2010 telah melabuhkan tirai, 2011 memunculkan diri. Hari ni 11.1.11.. cantik kan nombor... ermmm.. 12 bulan akan datang 2011 juga akan meninggalkan kita dah kita akan berjumpa pula dengan 2012. Masa sangat pantas berlalu . Bukan soal masa yang MO ingin kongsikan namun kali ni MO ingin kongsikan mengenai penderaan emosi kanak-kanak dengan banyaknya penerbitan cerita-cerita seram di Malaysia. 

Kalau anda semua perasan la kan, sangat banyak cerita-cerita seram yang ditayangkan di televisyen dan menggunakan symbol U iaitu sesuai untk tontonan umum. Hai, sesuai ke budak-budak tengok. Last-last tak dapat nak tidur pulak. Bukan kanak-kanak saja tak dapat nak tidur orang dewasa pun sama jugak. Ha tu la, tengok lagi cerita seram. Banyak sangat cerita seram yang ditayangkan, tak dapet den nak tulis tajuk semuanya sebab tak ingat.. Bukan MO tak tengok, tengok la jugak tapi tak berapa gemar nak tengok.. hehehe… Tajuk tu anda cari sendiri ya…

Filem dan drama seram yang dihasilkan oleh pihak barat telah lama ditayangkan di Malaysia. Kalau cerita-cerita di Malaysia ni mungkin juga sedikit sebanyak ada melakukan kepercayaan kurafat dalam cerita tersebut dan pelakon tersebut pula terpaksa melakonkan watak yang diberikan. Walaupun niat mereka mungkin nak memberi pendedahan kepada orang ramai, namun kadang-kadang agak keterlaluan. Sakit mata pulak kita yang melihatnya...

Kalau cerita-cerita dari barat pula selalunya diterbitkan dan dilakonkan oleh orang beragama Kristian. Jadi mereka banyak menggunakan salib dalam cerita terbitan mereka untuk menghalau hantu. Kalau cerita melayu mungkin menggunakan doa-doa (baguslah kalau guna doa dan ayat al-Quran) tapi kalau yang guna amalan yang bertentangan dengan Islam (kepercayaan kurafat) macam mana pula??. Kalau cerita hantu cina, korea, siam dan sebagainya MO tak pasti pula bagaimana mereka menghalau hantu sebab MO jarang nak tengok cerita hantu ni. Macam MO kata tadi, tak brapa gemar nak tengok, tapi kadang-kadang layan jugak lah...

Ok, kita ambil contoh cerita barat. Bila hantu datang je mesti mereka akan tunjukkan salib, kanak-kanak yang melihat mungkin secara tidak sengaja bila hantu dalam cerita tu muncul akan berkata “cepat tunjuk salib” atau kalau mereka tak tau nak sebut salib tu mereka akan kata “cepat tunjuk tanda tambah tu”. atau apa-apa la yang budak-budak boleh kata... Ini akan memesongkan akidah walaupun menyebut tanpa itiqad. Ini pernah dibincangkan dalam satu majlis ilmu di Balai Islam kolej kediaman MO. Berhati-hatilah.

Bila emosi kanak-kanak terganggu maka ini akan menghantui tidur mereka sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sangat tidak wajar kanak-kanak menonton cerita-cerita seram walaupun bersama ibu bapa kerana minda mereka masih mentah dan muda. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil kanak-kanak tersebut akan mengalami tekanan perasaan dan perasaan takut yang melampau sehingga menggangu aktiviti seharian mereka. Kan bahaya tu...

p/ s:
Elakkan menonton cerita-cerita seram bersama anak-anak dan berhati-hatilah ketika menonton walau apa cerita sekali pun, ambil yang baik dan abaikan yang buruk.

Sekian, wassalam.