BLOG REVIEW OLEH MO :1~ FRAME AND LENSES


Assalamualaikum..

MO menulis untuk menunaikan janji kepada Sahabat Blogger MO. 
jadi MO bercadang mahu review sebuah blog Sahabat MO..
(sebelum MO bercuti lagi dari menulis)

Blog Siapakah???

jeng..jeng..jeng


Beliau adalah seorang lelaki. 
Macho..erkkk.. Macho ke???? 
Entah la macho ke tak tapi yang pasti kiut..
Hahahah.. 
MO puji kiut tu, 
konfem dia membaca sambil tersengih-sengih 
sebab pengakuan tak berani mati MO ni.
Hahahaha...

Disebabkan nak review blog, 
so, 
MO kena la godek-godek entry lama dia dulu kan..

godek punya godek,
klik sana punya klik sini, 
terjumpa la dengan entry ni...
sejuk perut mak mengandung weiiii...

(bila anda klik gambar akan terus ke laman beliau okeh)

sangat suka ayat
"harap sangat suatu hari nanti,
semua akan berjemaah ramai-ramai kat office"
InyaAllah...Allah perkenankan..

blog dia simple tapi menarik...
sebab dia guna hijau kot..
Bukan bias okeh, cuma pensyarah MO pun pernah cakap,
kalau nak buat slide presentation either use background hitam, putih atau hijau.
(ni apa campuq-campuq maglish ni??errrr..)

bila tengok sesuatu yang bewarna hijau kita akan menjadi segar..
Thumbs Up...

Blog beliau juga menceritakan kisah hidup beliau sendiri,
perkongsian-perkongsian agama, contohnya entry ini, 
dan banyak-banyak lagi la..
tak larat la MO nak godek-godek semua...
juling habih mata-mata.

so kalau ampa semua nak kenai dengan pemilik blog kiut-miut ni, 
pi la terjah blog dia na. 


p/s :
dengaq-dengaq dia masih solo..
so, kalo ada gadis-gadis yang berkenan,
roger-roger MO na, 
insyaAllah kalau dah jodoh tak ke mana...

waahhhh...
mood mau jodohkan orang pulak...
hohoho..
suka hati sayalah...


p/s lagi :
tolong orang bina baitul muslim kan pahala tu...

sekian, wassalam


MASA KITA TAK BERKAT KA???


Assalamualaikum.. Alhamdulillah setelah 4 hari tidak update blog, kali ni MO muncul entry terbaru. Wahhh.. Macam best ja. Hoho. Semenjak dua menjak ni MO kurang aktif menulis di blog walaupun sangat banyak yang mahu dikongsi, namun kekangan masa untuk menulis entry dan artikel membuatkan MO perlu menumpukan untuk penulisan thesis MO. MO mintak maaf buat sahabat-sahabat Blogger MO juga kerana masih belum sempat untuk membuat review blog anda. InsyaAllah, suatu hari nanti. Doakan MO berjaya melaksanakan semua ujian di bumi Allah ini. Ameen. 

Alhamdulillah kelmarin 27 Februari 2011, MO dan beberapa sahabat blogger yang lain telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan berkongsi idea di Taman KLCC kira macam mini gathering la memandangkan hanya beberapa orang saja yang join. Kenapa taman KLCC bukan tempat lain?? Sebabnya nak memberi peluang kepada anak Papa Khai bermandi manda di situ. Siapa pulak Papa Khai ni?? Mai masuk sini terjah blog beliau. Beliau merupakan seorang prajurit tanah air dan  siang tadi beliau datang bersama isteri dan dua anak beliau. MO sempat la cubit-cubit pipi baby Papa Khai yang berusia 2 bulan. Cute sangat.

MO : Papa Khai, nanti MO nak cubit pipi Aleesya lagi

Papa Khai : OK.. 

(boleh pulak macam tu ye..hoho)

Lagi sapa lagi yang dijumpai. Teetttt.. Adik Nadh (Adik la sangat kan, dia suka perasan muda, takpala MO kasi Chance la kan dia).. Hohoho.. Mau berkenalan dengan Adik Nadh mai masuk sini.  Adik Nadh ni nampak macam budak tak matang, tapi sekali dia berkongsi fakta, mau terlopong sekejap sebab teserlah kematangan beliau. Hoho. Bukan bodek tapi kenyataan kot. 

p/s :
Blog Adik Nadh warna hijau, warna fav MO tu..

Lagi MO jumpa Cik Tomyam. Memang suka makan Tomyam kot. Nak mengenali Cik Tomyam dengan lebih rapat mai klik Tomyam. Baik budaknya, sapa nak buat menantu boleh roger-roger MO na, nanti MO adjustkan. Erkk, tiba-tiba nak jadi match maker pulak. tapi jangan lupa, MO pernah jadi match maker dulu. Bila tu??? Mai baca sini kalau nak tau. 

Lepas beberapa ketika muncul pulak seorang blogger hitam, eh blog dia la warna hitam, orangnya sawo matang. Siapakah dia??? Dush..Dush..Dush.. Sila Klik sana untuk mengetahui. Orangnya agak pendiam tadi, mungkin sebab keadaan kesihatannya yang tak berapa baik. Semoga Allah permudahkan urusan dia dan sembuhkan penyakit dia. ameen. 

Selain daripada mereka di atas, MO juga sempat berkenalan dengan Mr. K yakni anak angkat kepada Mak Cik Tomyam (kira abang angkat Cik Tomyam la). Thax to him sebab bertanya mengenai Autism, boleh juga MO polish otak MO mengingat kembali fakta-fakta mengenai Autism. 

Selain tu, semestinya Isteri Papa Khai la yakni Mama Khai a.k.a Kak As bersama dua anak mereka. Kiut-miut anak-anak mereka sama seperti papa dan mamanya. 

Hampir beberapa jam juga kami menghabiskan masa bersama tadi. Berkongsi cerita dan pengalaman. Banyak jugak yang MO dapat daripada gath siang tadi. Mungkin ada yang kata, ala macam tak dak apa-apa pun sembang-sembang kosong saja. Not for me. Memang mulut bersembang tapi mata dok merayau sekeliling. Opsss, bukan melihat permandangan yang tidak elok (memang ada jugak hat tak elok) tapi melihat Alam ciptaan Allah swt. Melihat ciptaan manusia yang hebat. Sehebat-hebat manusia Allah itu Maha Hebat kerana Allah yang memberikan ilham kepada si manusia. Allahuakhbar. 

MO juga sempat mengenali beberapa karekter manusia yang MO jumpa tadi. Yang positif MO ambik dan topup kat diri MO, yang negatif MO ambik jugak tapi sebelum balik tadi sempat la buang kat dalam tong sampah. Hohoho. 

Aikkk, tengok tajuk MASA KITA TAK BERKAT KA?? Tapi tak dak langsung dok kongsi pasai masa pun, dok cerita pasal gath ada la. Hohohoh... Saja ja buh tajuk tu, sebab pasal keberkatan masa ni MO dah pernah kongsi dulu. SO, kalau ampa semua nak baca mai klik sini mai. KLIK untuk membaca. Terima kasih. 

Saja MO nak ingatkan diri MO dan sahabat-sahabat pembaca semua. Masa ni hanya 24 jam saja tapi untuk apa kita manfaatkan masa yang ada??? Sebab sekarang ni ramai dok merungut. Depa kata, "haih, dah hari khamis, baru ja rasa kelmarin hari Ahad". Hah, masa berlalu sangat pantas. Usia pun semakin meningkat ni. MO pun semakin matang (erkk, matang ka)..hoho.. Mungkin.. 

Singkatnya waktu itu adalah disebabkan hilangnya berkat. Nikmat itu Allah tarik sedikit demi sedikit, namun kita tidak menyedarinya secara langsung. Masa itu adalah nikmat kerana dengan masa memang kita tidak boleh membeli emas namun dengan emas juga belum tentu kita boleh membeli masa. Tetapi kita harus ingat, dengan masa kita mampu melaksanakan semua tugasan yang bertimbun. Dengan masa yang ada kita mampu bersama-sama kawan-kawan berseronok di mana-mana tempat yang kita suka, dengan masa yang ada kita boleh bergembira bersama sanak saudara, dengan masa yang ada kita boleh menyambut Hari Raya dengan keluarga. DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DAN DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BUAT MACAM-MACAM.

p/s : 
Terima kasih kepada semua yang menceriakan hidup MO 
terutamanya Mama, Abah dan Adik-adikku.. Sayang depa infiniti...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat "Kami Blogger Utagha" yang join mini gath tadi.

Terima kasih kepada Papa Khai sebab belanja KFC dan cenderamata dari Lubnan berupa Al-Quran kecik dan Habatus Sauda untuk MO. 

Terima Kasih dan Terima Kasih kepada semua Sahabat Blogger MO yang sentiasa menyokong MO sama ada dalam senyap atau bersuara.

Semoga Allah berkati segala pekerjaan kita,
dan semoga kita semua berada dalam lindungannya. ameen..

sekian Wassalam. 


TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!


Assalamualaikum.
Kalau hari tu MO pernah join
contest cerpen sesedap rasa dan alhamdulillah menang cerpen paling serius..

ni saja nak buat cerita segmen Mr. BA pulak.

Tajuk : 
Tiada Siapa Boleh Melawan Takdir.

Watak-watak Utama :

Hero a.ka. Abang a.k.a Iqbal
Heroin  a.k.a Zue

5 Watak penjahat :
Do (Dollah), Re (Redzuan), Me (Azmie), Fa (Fasihah), So (Sofiah)

 Watak Tambahan : 


Jom baca sama-sama

“Ibu, Ibu tengah buat apa tu, sampai abang duduk dekat sini pun Ibu tak perasan,” tegur Iqbal kepada Ibu Juja.

Ibu Juja tidak menjawab. Tangannya ligat menyiang ikan. Iqbal melihat dengan penuh tanda tanya.

‘Apa yang tidak kena agaknya,’ monolong Iqbal sendirian. Setahunya sebelum ini Ibunya tidak pernah berperangai pelik macam ni. ‘aku ada buat salah kat Ibu ke sampai Ibu terasa hati?’. Iqbal terus bermain-main dengan perasaannya sendiri. Dia hairan dengan tingkah laku pelik Ibunya.

“Kalau Ibu busy tak pelah, abang nak keluar sekejap Ibu, nak pergi kedai beli topup,” bisik Iqbal di telinga Ibunya.

Iqbal bergerak keluar dari ruang dapur. Dia mahu ke kedai Ah Beng a.k.a Ben Ashaari. Di kampungnya, Kedai Ah Beng sangat popular. Segala benda ada dijual di situ. Dah seperti supermarket. Namun tuan kedai yang dipanggil sebagai Uncle Ah Beng sangat peramah. Dia tidak lokek dengan senyuman walaupun usianya sudah menjangkau 90 tahun. Uncle Ah Beng masih kuat dan bertenaga. Teringin pula Iqbal mengetahui rahsianya. Namun hasratnya itu terpaksa dimatikan begitu sahaja memandangkan pelanggan di kedai sentiasa ramai.

Tidak sempat dia membeli topup tiba-tiba dia dia terdengar bunyi siren polis.

“Ish, dah pukul berapa ni?” kata Iqbal sambil menggosok-gosok matanya. Rupa-rupanya siren polis itu adalah bunyi jam penggeranya. Dia tidur dengan nyeyak sekali sehinggakan dia tidak sedar jam penggeranya yang disetkan pada jam 5.45 pagi. Hanya selepas 45 minit barulah rohnya kembali ke jasadnya semula. “MasyaAllah, dah jam 6.35 pagi,” tanpa berlengah Iqbal terus menuju ke bilik mandi, menggosok gigi dan mengambil wudhu. Dia mahu menunaikan kewajipan kepada penciptanya. Dia tidak mahu terlepas jam 7.00 kerana akan masuk waktu syuruk nanti. Solat ketika waktu syuruk adalah haram. Kata para ilmuan agama, menunaikan solat ketika waktu syuruk adalah haram kerana ibarat solat di antara dua tanduk syaitan. Orang yang soat pada waktu ini juga samalah seperti menyambah matahari. Jadi, Iqbal mengambil langkah berjaga-jaga. Dia tidak mahu subuhnya terlambat.

‘Eh, tadi macam aku jumpa Ibu,’ dia memandang ke sekeliling. Dia berada di kolej kediaman bukan berada di rumah. Tiba-tiba hatinya di ketuk sayu. Dia rindukan eIbuknya. ‘Astagfirullah, aku mimpi rupanya’

“Ibu, abang rindukan Ibu. Ibu sihat-sihat di sana ya, abang takkan kecewakan Ibu. Tahun depan abang konvo Ibu. InsyaAllah, anak Ibu ini dapat cemerlang Ibu,”

Itulah rutin Iqbal setiap pagi. Dia akan bercakap sendirian. Bukan kerana dia gila, namun dia merasakan seperti Ibunya ada berdekatan dengannya. Tambahan pula pagi itu dia hanya bersendirian di bilik. Dua orang rakan sebiliknya tidak ada di bilik. Mereka mengikuti program anak angkat di Felda Jengka. Hanya dia tidak terlibat kerana dia bukan ahli Angkatan Kejuruteraan Islam, Universiti Malaya (AKIUM).

Lantas, dia mengambil tafsir al-Quran dan dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Dia mahu hadiahkan kepada junjungan besar Rasulullah dan keluarga serta kepada orang yang terdahulu yang meninggalkan alam fana ini terutama kepada Ibunya.

Iqbal juga teringatkan ayahnya di kampung. Kata Ibunya, ayahnya berasal dari Sabah. Sebelum berkahwin dengan Ibunya, ayahnya merupakan seorang paderi di salah sebuah gereja di Sabah. Namun kerana rasa cinta kepada Ibunya ayahnya telah meninggalkan agama lama dan berkahwin dengan Ibunya serta menganut agama Allah. Tetapi rasa cinta yang dibina terputus di tengah jalan apabila adiknya meninggal di dalam kandungan.

Dia masih ingat, pada ketika itu dia berumur sembilan tahun. Ibunya mengandung. Dialah orang yang sangat gembira kerana akan mendapat adik baru. Semua ahli keluarganya memanggilnya dengan panggilan abang. Dia sendiri yang mencadangkan begitu. Dia tidak sabar mahu mendapat adik. Abang Long dan Kak Ngahnya juga begitu. Setiap hari mereka akan berkumpul ramai-ramai dan mengusap-ngusap perut Ibunya sambil membaca Quran. Dia yang masih kecil pada ketika itu hanya membaca surah-surah pendek di dalam Muqadam.

“Ibu, bila adik akan lahir Ibu,” Iqbal bertanya kepada Ibunya pada suatu petang.

“Abang tak sabar nak dapat adik ke?” soalannya dijawab dengan soalan oleh eIbunya.

“Ala, abang tanya Ibu la, mana boleh Ibu tanya abang balik. Tak acilah macam ni,” kata Iqbal sambil mencebik wajah.

“Abang merajuk ye, abang mana boleh merajuk. Kalau abang kuat merajuk sapa nak jaga adik bila adik lahir nanti,” pujuk Ibunya.

“Mana ada merajuk la Ibu. Abang kan hero. Anak lelaki mana boleh merajuk kan Ibu,” dia berkata begitu sambil memeluk belakang eIbunya.

“Pandai anak Ibu ni ye,” kata Ibunya sambil menggosok-gosok kepala Iqbal.

Akhirnya persoalan mengenai kelahiran adiknya hanya terbiar begitu sahaja. Dia merasa rindu kepada Ibu dan adiknya. Tetapi Allah lebih sayangkan mereka berdua.

Dia teringat lagi bagaimana Ibunya mengadu bau busuk di dalam rumah. Penat abang long dan Kak ngahnya mencari bangkai di dalam rumah. Namun tidak berjumpa. Dia juga sibuk mencari kalau-kalau ada bangkai tikus yang terperangkap di dalam rumahnya. Hampa. Mereka tidak berjumpa apa pun. Pada masa ini, ayahnya tidak ada kerana ayahnya mengikut rombongan tabligh. Setelah menganut agama Islam, ayahnya tidak lekat di rumah, asyik ikut jemaah saja. Kadang-kadang Ibu merungut juga.

Dia pernah terdengar perbualan antara Ibu dan ayahnya suatu ketika dulu.

“Abang, Juja mengandung dah masuk tujuh bulan bang, takkan abang tak boleh nak duduk rumah, main dengan anak-anak,” Ibu Juja meluahkan rasa hatinya.

“Abang bukan pergi berfoya-foya Juja, abang pergi berdakwah. Terima Kasih Juja sebab perkenalkan abang dengan agama yang syumul ni. Alhamdulillah,” kata ayahnya menenangkan Ibunya yang kelihantannya amat berat hati mahu melepaskan ayahnya pergi pada hari itu.

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati abang dan Juja untuk menjadi salah seorang pejuang di jalan Allah. Juja jangan la risau, abang bukan pergi berperang, InsyaAllah abang selamat. Jaga anak kita baik-baik. Anak ni amanah Allah,” lantas dia mengucup ubun-ubun isterinya tercinta. Wanita itulah yang mengajarnya mengucap, wanita itulah yang memperkenalkan dia dengan Islam.

“Abang Long, Kak Ngah, abang, ayah nak pegi dah ni, cepat salam,” kata Ibu Juja kepada anak-anaknya.

Ketiga-tiga mereka menghampiri dan menyalami ayah mereka. Suasana di tepi pintu kayu itu sangat syahdu. Si Ayah memeluk cium anak-anaknya seperti mahu pergi jauh. Anak-anaknya juga seperti tidak mahu melepaskan ayah mereka pergi. Namun tiada air mata yang mengalir.

“Perjuangan ini bukan kita yang mulakan dan bukan kita juga yang mengakhirkannya. Hiduplah untuk berjuang dan jangan bazirkan air mata jika bukan menangis kerana Allah,” kata ayahnya sebelum pergi. Lantas mereka berpelukan anak beranak.

“Anak-anak ayah semua, jadilah khalifah yang tidak pernah kenal erti putus asa berjuang di jalan Allah ya. Jadilah mujahid yang sentiasa berusaha mengangkat martabat agama Islam. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi. Jangan lupa solat tau,” pesan ayahnya.

Panjang nasihat si ayah. Ketiga-tiga si anak hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Selepas bersalam-salaman, Si ayah meninggalkan perkarangan rumah dengan jiwa yang tenang. Sempat si ayah menoleh sekali sebelum benar-benar hilang dari pandangan dengan sebuah waja hitam.

“Juja, jaga anak kita baik-baik, merekalah bakal pejuang di jalan Allah,” itulah kata-kata terakhir ayahnya sebelum ayahnya pergi.

“Baik, bang,” Ibu Juja hanya mampu menjawab dua patah kata itu. Dia masuk ke dalam sambil mengelap air jernih yang turun dari matanya. Dia sebak. Hanya dua bulan sebelum dia melahirkan, suaminya berpergian lagi.

“Ibu, Ibu nangis ke?” tanya Abang Long. Kak Ngah dan Abang hanya menjadi pemerhati terhormat. Mereka hanya mendiamkan diri. Namun secara perlahan-lahan mereka mendekati ibu mereka dan memeluk ibu mereka dengan erat.

********

 “Apa yang bau busuk-busuk ni,” tegur Ibu Juja. Pada masa ini mereka sekeluarga sedang menonton televisyen. Walaupun si ayah tiada bersama namun kehidupan mereka masih diteruskan seperti biasa.

“Mana ada bau apa-apa la Ibu, tadi Abang Long baru je buang sampah,” Abang Long cuba mempertahankan diri kerana sangkanya Ibunya hanya ingin memerli sampah belum dibuang.

“Ibu ada bau macam bangkai la, kot-kot bangkai tikus kot,” teka Ibu Juja.

“Ibu, rumah kita mana pernah ada tikus Ibu, lipas Kak Ngah pernah jumpa tapi bangkai lipas mana ada bau Ibu” kata Abang Ngah.

“Habis tu, apa yang Ibu bau busuk-busuk macam bangkai ni,” Ibunya mash belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh anak-anaknya.

Persoalan bau busuk itu terjawab dua hari kemudian apabila Ibunya tumpah darah. Sangka mereka Ibu mereka akan melahirkan adik mereka tidak cukup bulan namun kata-kata doktor sangat menyentap jiwa mereka anak beranak.

“Maafkan kami. Kandungan puan tak dapat diselamatkan. Anak dalam kandungan puan telah meninggal lebih kurang dua minggu,” kata doktor Syuhada yang merawat Ibunya.

Hanya air mata yang menjawab persoalan doktor muda itu. Ibunya tidak bersuara sepatah pun. Apatah lagi sang suami tidak ada bersama untuk menenangkan jiwanya pada ketika itu.

Sehari kemudian mereka dikejutkan dengan berita yang lebih menyedihkan iaitu ibu mereka telah pergi buat selama-lamanya kerana mengalami pendarahan yang teruk semasa proses vacum dilakukan untuk mengeluarkan mayat adik mereka dari dalam perut.
********
“Abang, Kak Ngah, jangan sedih ya. Walaupun Ibu dengan adik dah tak ada tapi kita masih ada ayah. InsyaAllah ayah akan balik tak lama lagi,” pujuk Abang Long.

Pada masa ini orang ramai sedang memandikan jenazah ibu dan adik mereka. Namun ayah mereka tiada di sisi dan mereka tidak dapat mengenal pasti di mana kedudukan ayah mereka kerana telefon bimbit si ayah tidak dapat dihubungi. Hanya peti simpanan suara yang menjawab panggilan. Mereka buntu. Akhirnya jenazah ibu dan adik mereka disimpan di dalam satu liang tanpa kehadiran si ayah di sisi.

***************

Seminggu telah berlalu, dua minggu telah berlalu, sebulan, dua bulan sehingga dua tahun lamanya barulah ayah mereka pulang. Tapi kepulangan si ayah bersama lima orang yang tidak dikenali. Ayah perkenalkan mereka sebagai Do, Re, Me, Fa, dan So. Mereka juga memakai jubah sama seperti ayah. Yang perempuan memakai tudung dan berniqab. Ayah menjemput mereka masuk ke dalam rumah untuk diperkenalkan dengan isteri dan anak-anaknya.

Apabila tiba saat ayah bertanya pasal ibu, Abang Long, Kak Ngah dan Abang menjadi kelu untuk berkata-kata. Tiada suara yang keluar, hanya air mata menjawab segala persoalan. Si ayah masih tidak faham, tiba-tiba Puan Vee iaitu nenek mereka bertiga keluar dan menjelaskan keadaan sebenar. Fahamlah ayah mereka bahawa isteri yang dicintainya dan anak yang di dalam kandungan telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

“Ayah kenapa muka kawan ayah tu ada parut macam kena hiris ja dekat pipi dia” tanya abang kepada Si Ayah.

“Jangan cakap kuat-kuat. Sebenarnya mereka berlima tu dulu pernah menculik ayah dan kawan-kawan ayah yang lain. Selama setahun setengah kami menjadi tawanan mereka. Dan selama itulah ayah dan kawan-kawan ayah berdakwah kepada mereka. Alhamdulillah, akhirnya Allah berikan mereka hidayah. Sekarang ni mereka juga dah mula berdakwah. Layan tetamu dengan baik, mereka dah berubah, InsyaAllah,” kata Si Ayah menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Dollah atau DO pernah menjadi ketua lanun sebelum mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya dua perempuan di dalam kumpulan mereka iaitu Fa a.k.a Fasihah dan So a.k.a Sofiah yang memasak dan melakukan tugas harian di dalam kumpulan mereka. Re dan Me pula adalah yang paling muda antara mereka semua. Nama Re mengikut kad pengenalan adalah Redzuan dan Me pula bernama Azmi. Segala kejahatan mereka dan dosa mereka telah terhapus apabila mereka bertaubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan lama lagi.

Iqbal tersedar daripada lamunan. Dia perlu bersiap-siap ke kelas. Dia telah berjanji untuk berjumpa dengan Zue di hadapan perpustakaan sebelum ke kelas. Dia mahu pulangkan nota Zue yang dipinjamnya. Walaupun dia tidak pernah memaklumkan isi hatinya kepada Zue namun dia selalu berdoa di dalam hati bahawa Zue adalah wanita yang Allah ciptakan untuk hidup bersama-sama dengannya sehingga ke syurga. Dia mahu menjadi seperti cinta Saidina Ali kepada Saidatina Fatimah. Dia hanya akan melamar Zue setelah dia benar-benar bersedia dan apabila dia menamatkan pengajiannya nanti. 


p/s :

1. Berjuanglah menegakkan agama Allah. InsyaAllah tidak ada ruginya

2. Hidayah itu milik Allah dan Allah berhak memberinya kepada sesiapa sahaja, jadi jangan suka mengata orang mungkin dia akan menjadi lebih baik daripada kita setelah dia diberi hidayah.


sekian wassalam

KAMU MARAHKAN SIAPA SEBENARNYA????KAMU MARAHKAN ALLAH??



Assalamualaikum semua... sahabat-sahabat pembaca sekalian pernah rasa marah dan kecewa tak??? kadang-kadang kita jadi cepat marah,  kita kecewa sebab tak dapat apa yang kita nak, tapi yang sebenaqnya kita marah dan kecewa kat sapa??

Contoh macam kita beli sebiji tembikai, si penjual kata tembikai ni memang sedap, isi merah, cantik berair tapi buah tembikali tu tak elok, tak merah, tak manis,  merekah dengan erti kata lain tak sedap nak makan. Apa tindakan kita???? mungkin kita akan marahkan penjual tembikai tu kerana kita menyangka penjual itu bercakap bohong sebab nak lariskan jualan dia atau mungkin kita akan pasrah dan bersyukur kerana itu rezeki yang Allah dah tuliskan pada hari itu???

Tapi kalau kita marah-marah kerana terbeli buah-buahan yang rosak macam buah tembikai tadi, kepada siapa kita tujukan rasa marah itu???

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu???


Cuba kita renungkan...

Si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marah itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai tersebut.

Kita kena ingat bahawa setiap benda di atas muka bumi ini adalah sekadar pinjaman saja. Semuanya datang dari Allah swt kerana DIALAH yang memberikan ilham. Sama juga dalam penulisan blog, buku dan sebagainya, memang manusia yang melakukan tapi ilhamnya datang dari mana???? Kalau tidak dari Allah swt..

cuba renungkan....

sekian, wassalam

BLOG REVIEW OLEH MO : KHAS UNTUK SAHABAT BLOGGER MO (FOLLOWER)


Assalamualaikum wbt.
Hari ni dah 21 Februari 2011 bersamaan 18 Rabiul Awal 1432 H.
Masih tinggal seminggu sebelum Februari meninggalkan kita dan selepas ini Mac akan megambil alih kedudukan Februari dalam bulan Geograrian dan Rabiul Akhir akan mengambil alih kedudukan Rabiul Awal dan bulan Islam.

Perasan tak,
Usia kita semakin tua.
Kalau tak perasan silalah perasan.
Semakin tua bermakna semakin dekat dengan kematian… 
Ingatlah mati kerana hukumnya harus…

Baiklah, Kita kembali ke isi utama entry kali ini.
Alhamdulillah, semakin hari bilangan Sahabat Blogger MO yakni Follower Laman Muslimah Optimis semakin bertambah.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa menyokong Laman MO. 
Terima kasih kerana meninggalkan komen mahupun hanya menjadi silent reader. MO sangat menghargainya.

Jadi sebagai penghargaan kepada follower Laman MO, MO nak review blog-blog follower MO.
Pemilihan dibuat berdasarkan blog yang mempunyai mesej berguna dan jika blog anda blog islamik itu adalah bonus. 
Kalau bukan blog islamik pon MO akan review jugak okeh.
  
Jangan risau MO cuba bersikap adil kepada semua sahabat blogger MO.
Haaaa, untuk lebih adil MO jugak akan cuba untuk menjadi follower blog mereka yang telah folo MO..
Ini bukan kes u folo i, i folo u ye..
MO akan follow blog yang MO rasa MO nak folo lah, tiada paksaan kan...

cara nak join sangat senang...
buat satu entry yang ringkas-ringkas sudah la, 
tapi kalo nak buat panjang-panjang pun tak pa, tiada halangan. 

1. Letak header blog MO dan link Laman MO sekali.. 
(kalau tak mau letak header letak link Laman MO pun dah ok)

2. Kenapa anda menjadi Sahabat Blogger MO atau Follower Laman Muslimah Optimis?? Mestilah ada sebab kan..

3. Sila tinggalkan url entry anda di ruangan komen...

Tarikh tutup : 
Sehingga suatu masa yang akan diberitahu kelak..
Lambat lagi kot nak tutup...

Pesanan Penaja :
1. Segmen ini hanya dibuka kepada Sahabat Blogger MO 
(Follower Laman MO) sama ada baru atau lama...
2. Kalau MO ada kelapangan MO akan review semampu mungkin blog-blog Follower Laman MO walaupun anda tak buat entry ini dan linkkan ke sini, tetapi keutamaan akan diberikan kepada sesiapa yang membuat entry dan, maka blognya dilawati dan direview oleh MO dalam masa terdekat..

InsyaAllah MO cuba bersikap adil kepada semua Follower Laman MO..




Kelebihan mereka yang membuat entry :


1. Blog mereka akan dilawati dan direview oleh MO dalam masa terdekat.


2. MO akan menjadi follower blog mereka jika MO belum berbuat demikian. 
(insyaAllah jika blog yang menarik mengapa tidak MO ikuti perkembangan blognya kan)


3. Blog mereka akan dimasukkan ke dalam bloglist MO 
(cuba tengok bahagian bloglist kat bahagian bawah tu masih kosong kan)



Senang je kan..
Jadi apa tunggu lagi kepada semua Sahabat Blogger MO, 
meh la join....



sekian wassalam

"Kami Couple, Tapi Islamic Way"

Assalamualaikum... Ni MO nak kongsi 1 kisah lagi.. Tadi terjumpa artikel ni kat FB group Srikandi Muslimah.. Jom sama-sama baca..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s :

 yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri MO sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah MO akan kongsikan kisah percintaan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah lain kali..

kot-kot rajin nak baca Salahkah aku bercinta dan Rasa Cinta. 
Klik jangan tak klik

sekian, wassalam


“ PENIPU BESAR BILA KAU KATA KAU TAK PERNAH BERUBAH”




Assalamualaikum.. Wah, keraskan tajuk MO pada entry kali ni. Ermmm…Setiap hari akan ada perubahan kecil pada diri kita. Siapa yang kata “aku masih sama macam dulu, tak ada apa yang berubah” dia penipu besar. Mana boleh kata macam tu sedangkan setiap hari kita berubah. Kita semakin tua. Kita semakin matang. Kita semakin hampir dengan hari pengakhiran. Kita semakin dekat dengan kematian. Masihkah kita beranggapan bahawa kita tidak berubah????
Mungkin sikapnya tidak berubah. Tapi masih samakah sikap di usia 10 tahun dengan sikap ketika berusia 20 tahun. Masih samakah sikap ketika berusia 30 tahun dengan sikap ketika berusia 50 tahun??? Masih samakah???? Rasanya mungkin tidak. Patsti ada perubahan sedikit sebanyak. Kerana perubahan hormon akan mempengaruhi cara kita berfikir dan sikap kita. Mungkin semasa kecilnya dia seorang pemarah tetapi menjadi lebih penyabar apabila semakin dewasa. Mungkin dia dikenali sebagai budak nakal dan samseng jalanan semasa zaman persekolahannya tetapi berubah menjadi seorang kaki masjid ketika usia senjanya.
Setiap hari kita akan melalui satu proses pembelajaran yang tak akan pernah habis. Percayalah setiap hari kita belajar benda baru dan kita berubah seiring dengan usia kita. Baiklah, MO nak kongsikan sebuah kisah dengan anda semua. Kisah mengenai sebuah cawan yang sangat cantik. Namun ada kisah di sebalik kecantikan cawan tersebut.

Jom Baca….
Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu kesayangan mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada sebuah cawan yang sangat cantik. "Lihat cawan itu, cantik kan," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, dulunya aku tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang pembuat tembikar dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.

Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku."

Datuk dan nenek itu terdiam membisu.


Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Kita akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).

So, sama2 kita renungkan diri kita. Jangan mengeluh dengan ujian yang menimpa kerana ujian itu akan membuatkan kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya..


Selamat berjuang dan semoga semakin tabah dalam menghadapi ujian hidup.
Sekian wassalam.