Ramadhan Al-Kareem.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Beberapa jam sahaja lagi kita akan berhijrah dari bulan Syaaban ke bulan Ramadhan, Dari bulan Julai ke Bulan Ogos. 

Bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa, menahan lapar, menahan dahaga, bukan itu saja mata, dan telinga juga harus kita jaga.

Bulan Ramadhan, bulan yang mulia bulan yang penuh keberkatan manusia mencari pahala sebelum syawal berkunjung tiba kerana Rasulullah pernah bersabda bahawa Bulan Ramadhan adalah bulan manusia. Jadi sama-sama kita mengumpul pahala kerana mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir kita.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Muabarak kepada semua umat Islam tak kira di mana saja anda berada. Saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, andai selama anda mengenali saya ada terguris rasa dan tersinggung dengan kata-kata. Ampun dan maaf dipinta.

MO kata : Jangan disiakan masa muda kita. 

p/s : Terima kasih buat Mikro Kokus kerana membantu MO convert rakaman ucapan Ramadhan MO sehingga terhasil seperti di atas. Walaupun suara kedengaran agak penat dan serak sedikit kerana petang sebelum rakaman dibuat, terpaksa berjalan ke sana ke sini ditambah hampir pitam di pasar malam. Hayati kata-kata yang diberikan. Sekadar peringatan untuk saya dan semua. :-)

Terima Kasih atas kesudian Membaca dan Mendengar.

Sekian Wassalam. 

Selamat Ulangtahun Kelahiran Sunah Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Siti Hasunah?? Sape tu?? Mungkin ada yang tak kenal bila sebut Siti Hasunah kan tapi kalau sebut Sunah Sakura mesti ramai blogger kenal kan. Beliau antara blogger femes di dalam dunia blog. Blognya yang bewarna hitam dengan rintik-rintik kelabu.. Gabungan dengan warna pink memang indah dipandang ditambah perkongsian entry yang bermakna. Kalau belum pernah ke blog beliau, sini klik SAKURA.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke- dot dot (umur perlu dirahsiakan ke Sunah??).. Hehhe... Pi tanya umoq dia sendiri na.

Ingatlah kamu (kita semua) bila tibanya Hari Ulangtahun Kelahiran, bukan masa untuk kita bersuka ria namun harus kita bermuhasabah kerana bila tibanya hari lahir maka kesempatan kita di dunia ni menjadi semakin singkat. Usia semakin pendek. Masa yang ada akan menjadi lebih terbatas. Jadi hargai masa yang ada dan jadikan ia saat manis kita bersama untuk ke syurga, InsyaAllah. 


Nah hadiah.. Bunga Sakura.. Hihihi..


Hadiahku buatmu, Doa yang mengiringi. 

Doa saya buat kamu.. Semoga cepat kawen, cepat dapat baby dan saya akan dapat anak sedara.. Hohoho... Kepada si dia bakal suami kamu, diharapkan dapat jaga kamu baik-baik ye. :-) dan semoga sentiasa tabah dengan ujian yang mendatang. Allah turunkan ujian kerana DIA sayangkan kita. Rugilah siapa yang tidak pernah diuji dengan kesusahan.. :-)



MO kata : MO cukup takut bila hampir tiba ulangtahun kelahiran MO sebab MO tau, masa untuk MO hidup semakin singkat. 

Kepada semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


p/s : Pi Umah PCM sambut Befday ek???? Jeles OJ (ganti OK) tak dapat join. Huhuhu..

Sekian Wassalam.

Kena Raba masa pergi tengok Bola di Stadium.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Bahang kehangatan bola semalam masih terasa kan. Seawal jam 2 petang (eh, yeke) orang ramai dah mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Semangat punya pasal kan. 


Dalam kemeriahan ramai-ramai tu, rasa-rasa ada yang hilang apa-apa tak? Ngaaaaaaaa.. Selalunya dalam kemeriahan ramai-ramai macam tu ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan (tidak menuduh, cuma berdasarkan pengalaman lampau saja) mencopek ataupun lebih dikenali dengan pick pocket. So hati-hati tau.

Cuba bayangkan hampir 100 000 lautan manusia yang pelbagai ragam dan jantina (eh, ada dua ja jantina lelaki dan perempuan but mungkin juga ada pomki~pompuanlelaki. Hohohho.. Manusia ni secara lahiriah ada dua mata, dua telinga, dua lobang hidung, dua kening, semuanya berpasang-pasang namun kita harus sedar bahawa manusia hanya ada satu saja hati yang menjadi rahsia diri masing-masing. 

Kita tak tau apa yang ada dalam hati orang lain kan. Ermmm. Ilmu Kasyaf??? Mungkin dia mengetahui tapi yang lebih mengetahui adalah Allah swt. So, hati-hati dengan makhluk bernama manusia. Zaman la ni (sekarang), kalau dok sorang-sorang bukan nak takut benda-benda yang kita tak nampak tapi takutkan manusia. Ya manusia. Manusia bertopengkan syaitan. Errrrrr... Takut...

Bab kena Raba masa pergi tengok Bola di Stadium pulak kan. Terjadi ka??? Boleh jadi raba secara sengaja atau tak sengaja. Yelah dah ramai-ramai berhimpit-himpit. Tolak sana, tolak sini. Sebab tu MO tak suka pi tempat orang ramai-ramai satgi MO boleh pengsan dengan macam-macam bau lagi. Bau rokok dah sepasai tak boleh nak bau satgi mula nak kena nafas ikut mulut. Huhuhu...

So, kepada yang pernah jumpa MO, dan jika anda merokok depan MO dan MO tutup hidung, itu maknanya MO benar-benar maksudkan OJ (ganti penggunakan OK).

Jadi kepada semua, berhati-hatilah bila pi tempat ramai orang yang terpaksa bersesak-sesak. Kalau boleh pakai la sweater ke ketika keluaq (memang hobi MO nih sampai budak-budak kolej panggil kak sweater.. Ngeee).

Entry ni hanya sebagai peringatan sebelum Ramadhan menjelang. Bila dah pi Bazar Ramadhan tu berpakaianlah sopan sikit. Dan jaga diri anda. Biasalah orang yang datang shopping bukak puasa tu mengalahkan orang pi shopping kat Uptown Shah Alam. 1st time pegi situ seram terus, tak beli apa pon. Sangat ramai manusia. Kat padang Masyar nanti macam mana ek?? Sendiri mau bayangkanlah.

Sekian Wassalam. 



Bola o00oo Bola.. Malaysia Menang Sebenarnya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Fuhhhhhhhhhh.. Berapi semalam penyokong Malaysia yang turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil kan. Berapi sebab nak bagi sokongan kepada pemain-pemain Malaysia. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menjaringkan 1 goal (hasil jaringan Safee Sali). Satu prestasi yang baik. 

Bukan sengaja Harimau Malaya tewas kan. Kalau kita sebagai penonton kecewa, cuba bayangkan bagaimana perasaan mereka? MO pernah menjadi atlet semasa zaman sekolah, pernah mewakili sekolah dan daerah dalam beberapa acara sama ada sukan, pidato dan beberapa pertandingan lain. MO tahu bagaimana sakitnya kekalahan itu dan bagaimana nikmatnya kemenangan itu. 


MO tahu masih ramai yang menyokong Harimau Malaya walaupun kalah, yelah kan kita kan rakyat Malaysia, kalau kita yang tak sokong sapa lagi kan, dah lah negara jiran kutuk kita kaw-kaw. MO yang baca kutukan diorang tu rasa nak marah jugaklah. Sesuka hati diorang je.. Hurmmm... Jom like Kalah atau Menang Kami tetap Sokong Malaysia.

Dan MO perasan kewujudan satu pages "Singaporean Pondan". Hello guys, common.. Tak payahlah kita nak kutuk-kutukan sampai macam tu sekali even memang banyak lakonan (wallahualam), mungkin pemain Kota Singa betul-betul jatuh ke (tapi takkanlah ramai sangat nak jatuh iyo dak). Macam mana kita bengang negara jiran (bukan Singa) kutuk-kutuk Malaysia, macam tu jugak rakyat Kota Singa rasa kalau ada kata negara diorang macam tu. 

Semua dah besar dah boleh fikir secara matang la. Tambahan pulak yang betul-betul fanatik dengan bola ni Melayu je banyakknya. Yang banyak heboh kat FB pon Melayu jugak. Sebagai Muslim takkan kita nak bergaduh dengan Muslim lain hanya disebabkan sebiji bola????? Tepuk dada, jawab sendirilah. 

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, Kita sedang diuji. Allah menguji kita dengan kekalahan. Kemenangan juga satu ujian sebenarnya. Pernah dengar kisah seekor Monyet handal yang jatuh pokok??

Saja nak cakap dalam loghat utagha boleh?? Macam best sikit. Al-maklumlah penulisnya orang utagha. 
Ada sekoq monyet yang sangat kiut, hobi monyet ni panjat pokok. So, sampailah kat hujung pokok. Tiba-tiba, huihhhh, mai angin yang sangat kencang (ala-ala tornado), tapi monyet ni pegang kuat gila kat dahan pokok tu. Alhamdulillah monyet kiut tu terselamat. 

Lepaih tu, mai pulak angin sepoi-sepoi bahasa (wahhh, kalo dok tepi pantai ni best ni), tapi monyet ni kan atas pokok tapi si monyet kiut ni perasan dok tepi pantai. Nikmat punya pasai, monyet ni pun termengantuk (abih dah dok kena angin lembut ja), pegangan monyet kiut tu di dahan semakin longgar dan akhirnya terlepas lalu te jatuh. Gedebuk..
Kadang-kadang Allah menguji kita dengan kesusahan sebab Allah tak mahu kita leka dan alpa. Pernah suatu ketika kejadian ini berlaku kepada salah seorang pemain negara X yang tidak pernah kalah selama dia bermain mewakili negara X. Ramailah yang memuji dan kagum dengannya. Namun dalam satu pertadingan, pemain tadi mengalami kekalahan. Ramai yang mengecam, strategi la, nu la, ni la. Dan hanya satu ayat yang keluar dari mulut pemain tadi. "Kenapa tiada siapa yang persoalkan kemenangan aku, tetapi kamu persoalkan kekalahan aku".

Sedar tak? Kita juga kadang-kadang macam tu kan. Bila menang seronok bukan main. Kita menang kerana diri kita yang "hebat" tapi bila kita kalah??? Nak salahkan siapa?? Menunding jari pada orang lain??? Tepuk dada tanya hati. Allah menjadikan sesuatu itu pasti bersebab.

OK. Malaysia Menang Sebenarnya. Baru nak masuk pada tajuk ke? Hurmmm.. Ya Malaysia Menang dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 bagi kedua-dua kategori. Tahniah diucapkan kepada :-

Qari = Amirrahman Abas dan 
Qariah = Suraya Abu Hassan. 

Nak mengetahui lebih lanjut mengenai kemenangan Malaysia dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Kali ke-53 boleh klik sini. 

Walau apa pun, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada kita semua kerana kita semua adalah JUARA yang menang dalam rahim ibu kita. Kitalah sperma ayah kita yang berenang dan berjaya mengetuk pintu ovum dalam rahim ibu kita. Akhirnya kita dilahirkan didunia sebagai khalifah. Hidup hanya sekali, jadikan di jalan yang benar. 

MO kata : Terima Kasih kerana membaca sampai habis. Btw, korang tau tak apa itu SMEi dalam dunia blog??

Sekian Wassalam. 

Generasi Pencetus Revolusi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Generasi Pencetus Revolusi .. Wahhhhh.. Tajuk bikin gempak kan. Memang pon. Dalam dunia hari ini begitu banyak yang dapat kita tengok.. Kiri kanan depan belakang, rata-rata menjadikan Islam itu tersangat mudah. Ya memang Islam agama yang mudah tapi nak dipermudahkan lagi ke?

"Pakai tudung bawal tu payahlah. nak pin, pin lah, nak kena ironlah,"
 "Kalau payah pakai tudung bawal, pakailah shawls, tak payah nak iron-iron"
"Pakai shawls nak kena belit-belit, susahlah"

Haihhhhhhh, banyak pulak alasan ko bagi ye. Kalau rambut tu cantik takpe gak kan. Errrr.. Ni ada yang rambut macam dawai besi (huhhh, ni bukan MO sesaje cakap.. Realiti di masa kini)

Tu alasan yang tak pakai tudung kan. Yang pakai tudung pulak bagi alasan lain bila suruh pakai baju longgar-longgar, labuh-labuh.

"Kitorang pakai tudung la, tutup aurat la. bla..bla..bla"

Korang pikio ler sendiri. Benda dah wajib, lagi mau soal-soal. Bukan susah pon pakai baju longgar-longgar, labuh-labuh ni. Lebih selesa kot. Serius la MO cakap, lebih selesa berpakaian longgar.  Daripada pakai ketat-ketat menunjukkan lemak-lemak terkumpul.. Hohoho.. Kalo terasa maap ek.. 

Intro je tuh. Sebenarnya nak perkenalkan sebuah group baru yang diberi nama Generasi Pencetus Revolusi.
Klik untuk join group GPR




Kami sedang mengumpul mereka yang support dalam menaikkan Syiar Islam sebagai pegangan dalam sudut kehidupan seharian. Bukan sekular yang menjadi pilihan.


If you do,anda dijemput untuk join group Generasi Pencetus Revolusi yang diadakan di Facebook. Anda bebas bersuara,berbincang,dan menyampaikan apa apa suara yang anda ingin sampaikan.


Kita generasi yang bakal mengubah masa hadapan nanti.

Dan anda juga dijemput untuk like Fanpage Generasi Pencetus Revolusi di SINI..

Bukan sekadar group dan fanpages, blog  Memadam Komplikasi, Buang Sekulariti juga diwujudkan untuk berkongsi idea. Setakat ni dah ada 17 entry dan diterajui oleh 6 penulis (jika berminat menjadi penulis blog MK sila maklumkan pada kami). Anda bolehlah godek-godek dan tinggalkan komen ye. 


Semoga usaha kita yang kecil ini membawa makna yang besar dalam perjuangan demi menegakkan agama Islam tercinta. 

Masih ingatkah kita pada satu kisah Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Jadi apa tindakan kita sekarang??? Ayuh klik jangan tak klik..
Terima kasih atas sokongan anda semua kepada Laman Muslimah Optimis dan kepada GPR.

Sekian Wassalam.

SMEi dalam dunia blog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tetiba tadi tengok komen ada yang komen SMEi.. Apa kebenda tu?? Jenama henpon baru kot.. Tapi salah telahan.

 
SMEi = Saya Membaca Entri Ini !

MO ni jenis suka membaca tapi jarang nak drop komen. Mostly MO akan jadi silent reader je, masuk baca dan keluar. Aktiviti setiap hari MO adalah BW blog yang MO folo. SO setiap hari MO akan tercangak depan dashboard cari tajuk-tajuk yang best untuk MO baca.. Errrr, folo memang banyak blog (setakat ni 572 blog) tapi nak baca semua tu agak mustahillah jugak kan. So yang tajuk best ada pengisian jiwa MO akan masuk baca. :-)

Bukan bermakna MO langsung tak meninggalkan komen di mana-mana entry yang MO baca. Kalau entry tu betul-betul ada magnet buat MO komen, MO akan komen kadang-kadang panjang jugak komen MO. Hihihihi... 

Even blog yang baru pertama kali MO masuk pun kadang-kadang MO tak tinggal jejak atau drop komen. Hihihi.. Entah mengapa, malas kot.. :-)

Lepas ni kalau rasa malas sangat nak drop komen panjang-panjang taip je SMEi.. TAPI PASTIKAN ANDA SUDAH MEMBACA ENTRY TERSEBUT OJ... 

credit to Muhammad Iqbal atas idea SMEi ini. Meh sini baca entry beliau. 


MO kata : 
OJ tu adalah kata ganti OK.. Diilhamkan oleh Miss Ran. So lepas ni sama-sama kita guna OJ ye.. comel kan OJ je.. hihihi.. 

572 blog yang MO folo tu sebab MO nak folo, ada yang MO folo secara anon dan ada secara public, Most blog secara publiclah, tapi tak tau kenapa ada beberapa blog yang MO folo secara anon. Hihihi.. saja suka-suka. Sesapa yang suruh MO folo balik blog dia mintak maaflah, MO akan folo blog yang MO nak baca. Dalam blog yang MO suka nak baca tu pon ada entry yang tak terbaca. Tipu dan tipu kalau ada orang kata "aku baca semua blog yang aku folo melainkan dia hanya folo kurang dari 10 blog)..

Tepuk dada tanya hati, anda nak follower yang macam mana?? Folo dan blah atau folo dan baca?? MO nak orang yang datang folo blog MO sebab diorang folo dan nak datang lagi baca entry di Laman MO. 

Terima kasih atas kesudian membaca dan meninggalkan komen. :-)
Sekian Wassalam..


KBU tu apakah???



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Lama tak update kan.. 
Hutang entry masih banyak ni..
Pemenang pun belum umum ni..
Maaf sesangat, MO sedang mengalami masalah kejiwaan (errrrkkkk)..
Kejiwaan maknanya banyak benda nak buat dan banyak benda nak fikir..
ditambah mood blogging MO semakin down 
(stil optimis but penat sikitlah dengan tahap kesihatan tak berapa ok)

Sabar ya... Pemenang akan diumum.. Entry-entry perkongsian akan dikongsikan di sini..
dan ada satu misi besar MO dengan gang MK (apa tu, akan dimaklumkan dalam entry seterusnya).
Doakan MO sihat dan kembali pulih. :-)

Baiklah,


KBU tu apakah???


MO maksudkan bukan KBU International College tu..

Group blogger ni bukan untuk ping entry semata-mata namun group ni untuk berkongsi suka dan duka.. KBU ni adalah 1st group blogger yang MO join masa Feb 2011 setelah empat bulan MO aktif berblogging..

Semalam mostly ahli-ahli KBU yang aktif tukaq jadi Harimau sebagai tanda sokongan kat Harimau Malaya yang akan menentang Singa esok.. MO jadi Kak Rimau.. Tak percaya klik sini..

Gambar : credit to Jeneral SSS menggunakan DSLR Abang Adybudika semasa Mini Gath 23 Julai yang bertempat di Bukit Cerakah, Rumah Penulis Blog Rasa Hati (Zulfikar), Extrimpark, Shah Alam (Gath SB), UM, dan Mid Valley. 

Antara yang terlibat dalam Mini Gath tersebut boleh baca di sini

p/s: Kalau nak join KBU syarat utama kena buat entry Kami Blogger Utagha. Untuk keterangan lanjut sila klik sini.

Entry ni, saje nak promote KBU je.. Terbuka kepada semua lapisan umur yang berasal, belajar, bekerja atau menetap di Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. 

Sekian Wassalam.

Ais Sangat Baik Diminum Selepas Makan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haaaaaaaaa.. Sapa suka minum air sejuk (minuman berais) selepas makan?? Ada berita baik untuk anda.. Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan. Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini.

Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat. Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan. Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.

Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis. Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus kecil.

Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia berfungsi seperti sistem penyejuk kereta. Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah jantung, dan lain-lain.
Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.

Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini. Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.

Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.

Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat berkait dengan perkembangan akal manusia. Sama-salah kita jaga kesihatan ya kerana kesihatan tak boleh dibeli dengan wang ringgit namun pelaburan untuk mendapatkan kesihatan yang baik memerlukan wang ringgit.. :-D

sumber : IluvIslam
Sekian Wassalam. 

Pesanan Kepada Bakal Suami


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Meh baca meh.. MO nak kongsikan satu kisah untuk teladan bersama..

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk,

Isteri : "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

Akob : "Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

Isteri : "Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

Akob : "Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

Isteri : "Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

Akob : "Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya

Akob : "Awak minta tolong pada siapa...?".

Isteri : "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

Akob : "Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

Isteri : "Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

Akob : " Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

Isteri : "Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!" 
MOST : 
Kepada semua suami dan bakal suami.. Sendiri mau pikir la kan.. Kalau ada peralatan yang rosak kat rumah memang dah menjadi tanggungjawab anda la nak membaikinya kan.. Dan kepada semua isteri dan bakal isteri juga, belajar-belajarlah sama untuk perkara-perkara basic macam tu.. Senang boleh baiki sendiri, kadang-kadang nak mintak tolong orang ni payah. Baik buat sendiri puas hati..
sumber : sini

sekian wassalam..

Faedah Join Bloglist??


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. 
Harapnya semua pembaca Laman MO sihat sejahtera.. Ok.. Kali ni MO nak kongsi pasal faedah join bloglist. Mungkin ramai yang dah tau dan ramai juga yang belum tau kan. Dulu kan MO pernah rasa apalah tak malu sangat nak buat entry nak join bloglist blogger lain nih. Siyes malu kot macam terhegeh-hegeh pulak kan. Tapi bila dah agak lama sikit berblogging baru MO tau fungsi join bloglist nih. Dan kini MO tak malu lagi nak join bloglist blogger lain tak kisahlah blogger baru ke blogger lama ke, kalau berkesempatan pasti MO akan join.

Sebab bila blog kita dimasukkan dalam bloglist di sesebuah blog tu secara tak langsung kita dah ping entry terbaru kita kat blog dia. So, bila ada orang masuk baca blog dia dan ternampak entry terbaru kita, mungkin pembaca tu pon berminat nak baca entry kita kan dan klik link blog kita kan.. :-)

P/s : 
MO ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang masukkan Laman Muslimah Optimis dalam bloglist mereka walaupun tanpa dipinta. Jika anda membaca entry ini dan anda dah masukkan Laman MO dalam bloglist anda namun MO tidak berbuat demikian, sila maklumkan ya. Nanti MO akan masukkan dalam JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG. 

dan

Kepada pembaca Laman MO yang berminat nak berada dalam bloglist Laman MO (tapi tak janji la akan ada yang singgah blog anda dari Laman MO ni), anda boleh berbuat demikian dengan meninggalkan link blog anda di ruangan komen. Tapi dengan syarat anda terlebih dahulu dah masukkan Laman MO dalam bloglist anda.. Kemudian, insyaAllah MO akan masukkan blog anda pula di bloglist MO. Cepat atau lambat pasti MO akan masukkan.. Kekangan masa sekarang ni untuk berblogging dengan aktif.. Jadi bila ada masa lapang baru MO akan menghadap blog ni lama-lama..

sekian wassalam..

KBU WE CARE.. Sumbangan Ikhlas untuk Puan Norma..



Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera

KBU WE CARE...


Puan Norma dan keluarga memerlukan bantuan untuk membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma yang menghidap penyakit kanser. Untuk kisah lanjut anda boleh ke blog Moon


KBU akan tubuhkan Tabung Khas untuk membantu Puan Norma dan Keluarga dan sumbangan anda akan diserahkan kepada Wakil KBU untuk diserahkan kepada ahli keluarga mereka sambil melawat Puan Norma.

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh bank-in kan kepada bendahari Cik Syakira Yaakob..

NAMA            : Nur Syakira bt Yaakob
NO AKAUN   : 158172923744 (MAYBANK)

Kita akan mengumpulkan sumbangan sehingga 31 Julai 2011 kemudian akan diserahkan kepada keluarga Puan Norma melalui wakil KBU.

Mudah-mudahan dapat kurangkan beban terutamanya bila menghampiri bulan Ramadhan.

Sesiapa ada cadangan & pendapat lain boleh tinggalkan di ruangan komen dan nanti MO akan sampaikan pada pihak yang berkenaan.

Harap semua dapat panjangkan mesej tentang sumbangan ni..

Kata MO: Sama-sama kita doakan supaya Puan Norma cepat sembuh ya.. :-)

p/s : 
kalau nak join KBU (kami Blogger Utagha) meh la klik sini tapi syaratnya anda mestilah berasal dari utara atau menetap di utara sama ada bekerja atau belajar.. :-) KBU memang sempoi.. happening je.. 

Sesiapa jua boleh memberikan sumbangan.. Tak semestinya warga KBU sahaja.. Hulurkan tangan, ringankan beban..

Sekian Wassalam..