Perlis Indera Kayangan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau nak ikutkan Negeri Perlis hanya bersebelahan dengan Negeri Kedah Darul Aman. Tapi sampai lani tak pernah sampai lagi. Entah bila berpeluang nak pusing-pusing Perlis tak tau. Tapi perancangannya tahun ni jugak. Ameen. Moga Allah permudahkan urusan.

Kenapa penting sangat nak pi jalan-jalan ke Perlis ni. Heheheh. Bukan penting sangat pun. Cuma nak melengkapkan pengembaraan ke seluruh negeri di Malaysia. At least jejak kaki pon jadilah kan, walau tak sempat nak pusing satu negeri kan. InsyaAllah, jika ada kesempatan. Jom buat gathering kat sana, even KBU dah beberapa kali bergathering kat Perlis. MO je tak sempat join. Huhuhu..

MO tak pernah mimpi pun akan menjejakkan kaki ke seluruh Malaysia (even daerah-daerah tertentu saja). Syukur Alhamdulillah dapat tengok tempat orang. Walaupun daerah-daerah kecil sahaja.

Negeri pertama sekali yang MO jelajahi semestinya Perak Darul Ridzuan la, setiap kali raya pun mesti ziarah meh sebab mama orang Perak. So, MO ni boleh dikira as Perakian tak?? Hoho. Lepas tu Negeri yang selalu jadi tempat berjimba sekeluarga adalah Penang. Ohh, rindunya nak naik Feri. Dah lama sangat tak naik Feri. Suka sangat keluaq dari keta lepas tu pi duduk kat tepi feri tu tengok ayaq laut dan kena angin. Nyamannya. Tapi dalam hati pernah gak terpikiaq, 'kalau aku jatuh, memang naya tak naik dah'. Nauzubillah.

Lepas UPSR baru pi jauh sikit. Masa tu rombongan sekolah ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland. First time pi berjalan jauh la. Kenangan masih tersimpan di memori. Hahaha.. Nakalnya MO sebab kenakan driver bus tu. Sapa suruh mai sembang-sembang, nak join orang dengaq lagu apa. Sekali nah, MO bagi lagu tamil kat dia. Hihihi. Masa tu kan glemer radio kecik tu, lani ada lagi ka ek?? Orang pakai Ipod, pakai henset kan. Rindunya zaman kecik-kecik dulu.

Lepas tu pergi family day sekolah abah, masa tu pi buat rombongan Kelantan-Terengganu. Keropok lekor wajib beli la kan. Ishhh, tetiba teringin nak makan keropok lekor lah pulak. Macam nak belajaq buat keropok lekor sendiri macam blogger ni pernah buat. Nampak macam senang tapi memerlukan keazaman yang tinggilah. InsyaAllah one day.

Masa Tingkatan 1-5 langsung tak pernah pi jalan-jalan ke mana dah ikut rombongan sekolah rasanya. Cuma join camping saja. Tapi masa Tingkatan 6 ada ikut pi English Camp kat Langkawi. First time la tu pi Langkawi. Bila lagi nak pi Langkawi agaknya. Mudah-mudahan murah rezeki nak ke sana lagi. Nak shopping coklat dan pinggan mangkuk banyak-banyak. :-)

Lepas SPM bersama 2 orang kawan lain dipilih untuk ikuti Kursus Asas Kaunseling kat ILKEB, Port Dickson. Kursus tu memang best, ala-ala komando pon ada. Tu lebih bersemangat nak jadi kaunselor. Etika seorang kaunselor adalah kerahsiaan. Term yang paling ingat sampai sekarang.

Negeri-negeri lain tu masa di alam Universiti Malaya. Pi free memang seronoklah. Memang tak payah keluarkan duit sendiri sebagai kos perjalanan tapi kena buat kerja la cari tajaan semua kan. Fuhh, kenangan yang memang tersimpan elok dalam lipatan sejarah. 

Kenangan tak dilupakan bila berpeluang untuk mendaki Gunung Kinabalu bersama Pimpinan Kolej Kediaman Bestari, Subhanallah memang sangat cantik permandangan di sana. Hajat di hati memang nak naik lagi. InsyaAllah, suatu hari nanti. Tapi cuaca maha sejuk sampai ke tulang hitam.

Pernah terfikir, 'kalau aku jatuh ni memang Inalillah' curam ya amat.

Pengalaman ke Sarawak juga bersama team PAKK. Kami adakan program dengan 8 buah sekolah di sana. Perjalanan memang jauh. Jika dikumpul waktu perjalanan memang perjalanan pergi dan balik dari sekolah boleh balik Kedah dari KL jika speed 140km/j atau 160 km/j. Jauh kan. Ingat pesan seorang cikgu, kalau dah bekerja nanti kena cari rumah yang dekat dengan tempat kerja supaya senang nak pergi dan balik.

Perjalanan paling lama dalam sejarah hidup apabila MO dan beberapa sahabat lain yang sanggup meredah jalan raya dari Utara ke Selatan (masa banyak dihabiskan dalam kenderaan) untuk berziarah sahabat blogger di bulan syawal. Siapakah yang bertuah itu yang diziarah oleh kami??? Haaaa, boleh klik ke entry-entry ini , ini . Kat sini pon ada jugak dan sini. Hurmmm, memang perjalanan yang jauh dan menyeronokkan. Perjalanan hanya melibatkan kos minyak dan tol sahaja sebab makan semua kat rumah orang. Hehehe.

Semua tu adalah kenangan yang tersimpan di kotak fikiran saya. Kenangan manis atau pahit semua tu amat bererti pada saya. Terima kasih kepada semua yang pernah bekerjasama dengan saya. Terima kasih yang sanggup duduk dan dengar leteran dan celoteh saya. Anda semua adalah kenangan terindah dalam hidup saya. InsyaAllah jika Allah izinkan kita akan berjumpa lagi tapi dalam keadaan yang macam mana masih menjadi rahsia Allah swt. 

MO kata : Hope sangat dapat jelajah perlis tahun ni. Bila dah kerja nanti bolehlah pulak jalan-jalan ke luar negara pulak kan. Simpan duit nak pi Umrah dan Ziarah jugak. Sama-sama kita doakan. Ameen

Sekian Wassalam. 

Weil China Sebuah Buku Yang Harus Dibaca


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Weil China. MO dapat tau pasal kewujudan buku ni pada bulan Ogos yang lepas dari blog seorang sahabat. Sinopsis yang digambarkan membuatkan MO rasa tertarik nak membacanya. MO memang minat membaca tak kira apa sahaja bahan bacaan yang MO kira boleh dibaca. Walaupun pembacaan yang berat, cuma beza membaca antara bahan bacaan berat dan ringan adalah masa yang diambil untuk menghabiskan pembacaan.
Amik dari blog Cik Senah (sahabat yang dinyatakan di atas)

Ternyata membaca buku ini membuatkan MO sangat bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman (pada dasarnya), bukan negara peperangan. Pendek kata bahagia dengan cara hidup masing-masing.

Weil China ditulis oleh Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki yang dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin. Buku yang MO baca tu telah dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh Mohd Rofizi bin Dollah.

Weil China mengisahkan mengenai seorang Muslim bernama Qan yang tega diseksa asalkan dia tidak mengikut fahaman ateis. Buku ini juga mengisahkan mengenai kekejaman komunis terhadap umat Islam. MasyaAllah  terasa seperti mahu menangis membacanya. 

Qan dan Turghut asalnya adalah seorang Islam yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Namun segalanya berubah apabila mereka melanjutkan pengajian di bandar. Walaupun pada mulanya, ayah mereka meluahkan kebimbangan sekiranya mereka meninggalan Islam dan taksub dengan komunis. Namun kedua-duanya berkeras bahawa tiada siapa yang boleh mempengaruhi mereka. Dan akhirnya mereka terpengaruh dengan fahaman ateis. 

Kita??? Kuatkah hati kita ini?? Jika setiap hari  kita disogokkan oleh sesuatu yag asing dengan kita, tapi lama-kelamaan yang asing itu boleh menjadi seperti darah daging sendiri. 

Qan kembali ke pangkal jalan namun Turghut terus menjadi orang kuat komunis dengan dilantik menjadi Pengarah Penjara. Qan terus diseksa setelah dia ditangkap oleh komunis. Dalam tempoh 21 tahun tahanan pelbagai jenis seksaan yang diterimanya juga dia terpaksa menahan sabar melihat banduan lain diseksa.

Antara seksaan yang serasa saya tak dapat digambarkan bagaimana menderitanya mereka apabila manusia yang dewasa yang lengkap fizikalnya diperosok dalam sebuah kotak kecil (terpaksa melipatkan badan). Jangka hayat mereka yang mampu hidup dalam kotak itu hanyalah maximum 15 hari. Ramai banduan yang mati selepas beberapa hari terkurung dalam kotak tersebut. 

p/s : MO try google tak jumpa pulak kotak seperti dalam bayang MO tu. huhuhu..

Setiap penyeksaan yang dibaca dapat dibayangi oleh MO. Tapi dalam situasi sebenar tak taulah macam mana kan.

Tapi MO kagum dengan Qan, bagaimana dia menjaga dirinya di dalam bilik yang gelap selama 3 tahun lebih dengan tidak mandi dan disakiti mentalnya kerana mereka mahu dia menjadi gila. Namun ternyata dia kuat dan tidak mudah menyerah kalah. Sehingga pihak penjara berasa hairan yang dia tidak gila dan boleh berjalan dengan normal selepas dikeluarkan dari bilik gelap tersebut.

MO kata : Anda semua harus baca buku ini. Sangat bagus. Buku ini mendidik kita secara halus. Terima kasih kepada Sunah Sakura yang menghadiahkan buku ini sebagai hadiah hari lahir advance. :-) Saya sangat suka baca. Sekarang ni dalam proses nak menghabiskan Novel Sejarah Islam "Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstentinopel". Dah lama beli, tapi disebabkan kesibukan dengan urusan lain menyebabkan saya seperti terlupa pernah membeli buku itu. Jika rajin akan direview di blog ini. Ada beberapa buku hebat lain yang tak sempat direview di sini kerana penyakit M. Huhuhu...

Terima kasih Sunah atas hadiah kesayangan kamu ni. Saya akan jaga baik-baik.. :-)

p/s : Ada orang nak hadiahkan buku kat MO lagi?? MO sangat suka hadiah buku. hihii

MO kata lagi : Bersihkan hati hari ini, supaya kita boleh tersenyum esoknya. InsyaAllah.

Sekian Wassalam.



Aku Adalah Seorang Aku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rindu giler nak guna ganti diri "aku". Zaman sekolah memang dah jadi bahasa pertuturan harianlah, tapi bila masuk ke alam universiti entah macam mana kata ganti diri "aku" ni seakan dilupakan sebab rata-rata dengan kawan-kawan perempuan guna ganti diri nama atau pun "saya-awak". Kalau dengan kawan-kawan lelaki (sekelas) kot la bahasakan diri aku-kau atau aku-hang (tapi tak banyak sembang pun). Mesti ada yang pelik kan sebab selalunya sebaliknya akan berlaku. Tapi itulah hakikat hidup MO di bumi UM. Sebab rata-rata kawan-kawan MO di UM, sangat MO segani. Sopan-sopan orangnya, MO je muslimah yang kasar sikit. Tapi sikap kita jugak akan automatik switch bila berada dengan kelompok manusia yang berbeza. Bukan hipokrit tapi macam peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

Atau mungkin jugak MO banyak berkawan dengan adik-adik yang lebih muda dan kakak-kakak yang lebih tua dari MO kot sebab tu jarang menggunakan ganti diri "aku". Boleh kira ja berapa ramai yang guna ganti diri "aku" ni dengan MO.

Serius MO memang rindu sangat nak guna ganti diri "aku" ni. Bagi MO hubungan tu akan jadi lebih akrab. Tapi MO dengan sahabat MO di universiti memang guna saya-awak atau nama je. Tapi hubungan kami memang akrab dan rapat. Hakikatnya ganti diri tu hanyalah perantara perbualan, keakraban tu terbina kerana ikatan kasih sayang antara dua orang manusia. 

Bila bahasakan diri "aku" ni lebih selesa dan tak perlu cover-cover sangat nak cakap.Ohhh, rindunya zaman sekolah, rindu kawan-kawan sekolah. Saya rindu dan benar-benar rindu. 

Tapi sejak berkenalan dengan gang Kami Blogger Utagha (KBU) ganti nama yang digunakan adalah "kami-hangpa" (mengembalikan nostalgia sembang zaman sekolah rendah). Serius rasa manja gila guna ganti diri tu. "Kami-Hangpa/ampa" sweet gila kan. Hohoho. Ni ada sorang budak yang kata bukan MO kata. Tak kiralah dengan laki ke pompuan ke kalo jarak umor lebih kurang sebaya. Kalau yang jauh sangat selesa bahasakan "nama" kot. Dengan sorang je budak KBU yang MO guna ganti diri "aku" dengan dia. Dia yang mula dulu. Ok tak dinafikan memang selesa kalo sembang dengan dia bila guna ganti diri "aku-hang". Dengan orang lain pon selesa la jugak. Sebab dah menjadi kebiasaan. 

Kenapa MO tulis semua ni? Hakikatnya MO sedang rindu kawan-kawan sekolah MO. Semalam kemas-kemas bilik, jumpa balik semua surat-surat lama, kad-kad raya lama. Hihihi. Style kad raya tulis ayat berjela-jela, oh saya baca satu-satu sambil feeling-feeling dan teringat wajah sorang-sorang. Di mana kalian sekarang ni ye. Ada yang terus lost contact. Ada yang masih berhubung lagi, ada yang dah kawen, dah nak kawen, dah ada anak, yang masih belum habis study, yang dah keja, yang belum balik ke Malaysia, dan macam-macam yang lagi..

Sekolah yang mengajar MO menjadi atlet. Oh, rindu sekolah rendahku. 
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik. (Darjah 1-Darjah 6)

Bila agaknya boleh berkumpul ramai-ramai lagi macam reunion SKTAM yang menemukan sahabat-sahabat yang terpisah hampir 11 tahun. Ohh, sangat tak sangka. Masa tu nak jumpa pon macam-macam perasaan ada dalam dada ni. Alhamdulillah, still boleh ingat rupa dan nama. Ada jugak yang baru berkenalan, ye la budak-budak kelas lain. Hohoho. 

Sekolah yang mengajar MO kemahiran berorganisasi. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (Tingkat 1-Tingkatan 5)

Sekarang semua dah besar. Semua dah bawa haluan masing-masing. Lepas habis SPM memang berapa kerat je yang still selalu jumpa, yang lain-lain mungkin hanya berinteraksi di alam maya saja. Malah ada yang terus lesap tanpa khabar berita.

Sekolah yang mengajar MO kemahiran komunikasi. Di sekolah inilah bakat bercakap dicungkil. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. (Pra-Universiti)

Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Bezanya perpisahan hidup atau perpisahan mati. Ternyata berpisah mati itu lebih sakit kerana memang dah ternyata tiada harapan nak berjumpa lagi di alam dunia ni. Saya rindukan awak yang telah pergi. Saya doakan awak selalu. Semoga awak ditempatkan bersama orang yang soleh. Diringankan penyeksaan awak di alam sana. InsyaAllah.

Tempat mempraktikkan segala kemahiran yang ada disamping mengilatkan lagi kemahiran dan bakat yang ada. Universiti Malaya.

Dulu-dulu, masa masih di alam universiti, dah penuh jadual untuk setahun dengan program dan aktiviti tapi bila dah habis study ni rasa kelainan sangat. Saya rindukan semua tu. Kenapa saya feeling sangat ni. Huhuhuhu. Saya pernah melalui saat-saat genting di alam universiti bila saya mengalami kemurungan teruk yang mungkin menyebabkan saya tak akan graduate pada masa yang sepatutnya. Tapi Alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan dan pensyarah saya bangkit dan teruskan perjalanan yang tinggal selangkah lagi nak habis. Syukur Alhamdulillah. Allah hanya menguji saya sedikit.

Aku hanyalah insan biasa,
Yang layak dilabel pembuat dosa,
Namun,
Berilah aku peluang,
Menebus dosaku yang lampau.

Memulakan hari ini sebagai orang baru. Semoga dosa-dosa kelmarin diampunkan. 

Terimalah diri aku kerana aku adalah seorang aku bukan orang lain. :-)

MO kata : Semakin dekat hari itu semakin berdebor rasanya. Semoga Allah kuatkan hati. :-) Terima kasih semua yang sentiasa menjadi pendorong dan semangat kepada MO untuk meneruskan hidup. MO sayang kamu, kamu semua kerana Allah swt Pemberi rasa sayang itu. :-)

Sekian Wassalam.

Damn You, Celaka Kau


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar hari ni? MO baik-baik ja. Kat rumah ni tinggal berdua ja dengan adik sebab mama, abah dan dua adik yang paling bawah pi Family Day sekolah abah. Kakak dah malas nak ikut, kang banyak pulak soalan nak kena jawab. Huhuhu... Erkkk. Apa kena mengena dengan tajuk entry kali ni pulak kan.

Hurmmm. Bukan apa, MO selalu dengar sahabat-sahabat blogger menggunakan perkataan tesebut. (Sejak MO agak aktif berkenalan dengan sahabat-sahabat blogger di alam maya ni MO selalu dengar perkataan tu) Errrr. Sakit telinga bila dengarnya tambah-tambah jika yang menuturkannya adalah seorang perempuan. Kenapa mesti sebut DAMN YOU??? Keras sangat bunyinya. Mungkin dah menjadi kebiasaan kan. Melafazkannya dalam FB tapi di alam realiti pon ada sebut jugak.

Errr, ke damn you tu ada maksud lain ek?? MO serius tak tau. MO pon baru tau maksud damn tu apa, errr beberapa tahun lepas, tu pon masa tengok cerita omputih.

Ada jugak yang suka sebut damn, damn if ada sesuatu yang tak puas hati atau apa saja. Hurmm. 

Buat kawan-kawan, tak payah la nak sebut-sebut sangat perkataan tu. Kalau maksud elok tak pa jugak. Kata-kata tu kan mencerminkan peribadi. Bukanlah nak kata MO ni baik sangat. banyak kekurangan dan kelemahan jugak cuma mengingatkan diri MO sendiri supaya menjaga kata-kata. Lazer-lazer MO pon, MO tak pandai mencarut. Huhuhu. Sorry, perkataan tu bagi MO adalah carutan. Huhuhu..

Maaf, jika ada sesiapa yang terasa, tidak berniat untuk itu. Cuma meluahkan apa yang terbuku di hati. Setiap orang ada cara tersendiri.

Kata-kata itu ibarat mata pedang. Bak kata orang, lidah yang tak bertulang itu lebih tajam daripada mata pedang. 

MO kata : Hari tu semakin dekat dan semakin dekat..


Ada tak yang nak bagi kuntuman coklat Ferero Rocher ni kat MO ni masa konvo nanti.. Erkkk..

Selamat beramal. Sekian.

Warga Bumi ni Pengotor!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. Nak pijak pun tak lalu bila masuk ke tandas yang sangat kotor. Niat nak mencuci usus juga jadi terbantut. Selalu yang terjadi perkara begini di tandas-tandas awam lah.

Tolonglah jaga kebersihan wei.. Kembang tengkok tau tak. Dah banyak kali berhadapan dengan situasi macam ni tapi kali ni rasa nak menulis sebab ramai yang perlu tahu. Dah la masuk tu bukan free tahu. Kena bayar pulak tu. Kalau free lain ceritalah, habis kami bayar bukan nak tengok suasana yang menggelikan tu. Huhuhuhuhu...

Baru-baru ni kejadian berlaku kat Seksyen 17, Shah Alam. Dah la pintu tandas takdak kunci.. Grrrrrrrrrr.. Ada ke patut. Dari nak mencuci usus pun jadi terbantut. Huhuhu lagi. 

Kepada semua warga bumi (bukan warga Malaysia je kat Malaysia sekarang ni, entah dari pelusuk mana ada je yang bermastautin kat Malaysia ni) tolonglah jaga kebersihan tandas tu. Tandas tu adalah satu keperluan ok. Hari-hari kot kena ulang alik masuk tandas. Sapa yang boleh bertahan tak masuk tandas sebulan memang luar biasalah orang tu.

Gambar, tidak disertakan. Geli seyyyyy.

MO kata : Nak masuk dan keluar tandas tu bacalah doa sama supaya diberkati. 

Sekian Wassalam.

Ibu, kenapa tinggal adik kat rumah kebajikan????


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Ibu, kenapa tinggal adik kat rumah kebajikan????" tanya seorang anak kepada ibunya. Ibunya tidak mampu menjawab melainkan meninggalkan si anak dengan air mata kesedihan.



Sedih kan. Bukan sengaja si Ibu nak tinggalkan si anak di rumah kebajikan. Pasti ada sebabnya. Bukan sebab si Ibu nak hidup senang tanpa mahu menjaga si anak, namun sedarkah bahawa Si Ibu tidak mahu Si Anak menderita sama, hidup dalam kesusahan dengannya. 

Tapi ramai si anak tidak menganggap bahawa tindakan si ibu sebab terbeban dengan si anak. Bukan begitu sayang. Ibu mana tak sayangkan anak. Kalau boleh si ibu tak mau tengok si anak susah pon, biar si ibu susah tak apa jangan si anak susah.

Sama juga dengan kes apabila Si Ibu menghantar Si anak kepada keluarga angkat yang dirasakan dapat memberikan kebahagiaan kepada si anak, namun apabila perkara sebenarnya terbongkar ramai si anak yang tak dapat menerima perkhabaran tersebut.

MO kata : Tak mudah nak menjadi seorang ibu, nak mendidik anak-anak menjadi khalifah di bumi Allah ni.

sumber idea : Suria di Cordoba

Sekian Wassalam.

Tutorial Masukkan Jadual Dalam Entry.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Macam mana nak masukkan jadual dalam entry?? Soalan ni ditanya oleh cik gadis kecik molek ni dalam komen entry Exam Dunia vs Exam Akhirat.

Sangat mudah.

Caranya,

1. Bina jadual di Microsoft word,
2. Copy dan pastekan di new post. (Sorry Manglish pulak) 

Contoh macam jadual kosong di bawah. 








Kan dah jadi.. Selamat mencuba.. 

Mo kata : Berdebar-debar menanti hari bersejarah yang semakin hampir. 

Sekian Wassalam.

Exam Dunia vs Exam Akhirat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hidup ni sekadar pinjaman sahaja yang entah bila kita akan dihantar pulang menemui sang Pencipta. Ya benar, sekarang ni milik kita, tapi sesaat selepas ini belum tentu milik kita. Mungkin juga pembacaan ini tak dapat dihabiskan kerana telah dipanggil pulang. 

Exam Dunia
Exam Akhirat

Pendaftaran:
-Terbuka kepada pelajar yang bakal mengambil STPM
-Pendaftaran melalui slip peperiksaan

Pendaftaran:
-Terbuka kepada seluruh umat Islam
-Pendaftaran melalui sijil kematian

Tempat:
Dewan 

Tempat:
Tanah perkuburan Islam

Soalan Spot (Belum tentu keluar);

Spot BM 2
 
Bab semantik..
-definisi
-antonim
-sinonim
-hiponim
dan sebagainya

P/S: Study jerla semua,takut kecewa bila tak masuk, selamat menjawab soalan peperiksaan.

Soalan Spot (Soalan bocor dan ternyata akan keluar)
Soalan Pertama:
Siapakah TUHAN mu ? 

Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu ?

Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?
Sumber: Hadis

P/S- Walaupun kita menghafal jawapan kepada soalan di atas namun mulut dikunci pada hari tersebut hanya amal yang akan menjawabnya.(Wallahualam).


Teknik Menjawab:
-Bahagian fakta wajib dihafal
-Exam Matematik kena banyak buat latihah
-PJ banyak kena tau teori

Teknik Menjawab:
Ditentukan oleh amalan. Jagalah amalan supaya tidak terpesong ke kancah maksiat
Result:
-Lulus dengan cemerlang
-Lulus dengan Kepujian
-GAGAL
Result:

SYURGA ATAU NERAKA


Sumber : sini  tapi edited by MO..


MO kata : Takut apabila memikirkan mengenai kematian setiap hari. Dan MO tak dapat nak memikirkan macam mana nak berhadapan dengan situasi jika salah seorang ahli keluarga MO pergi menghadap Ilahi. Huhuhu..


Sekian Wassalam.

Jantung Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk jantung kita terus bergegup mengepam darah ke seluruh anggota badan.

Kesihatan tu adalah nikmat yang terbesar dalam hidup manusia kerana dengan kesihatan yang baik akan membolehkan kita beribadat dengan khusyuk. InsyaAllah. Kesihatan yang baik merangkumi hati dan jiwa juga bukan fizikal semata-mata. 

Jantung tak boleh dibeli dengan wang ringgit kan.. Bila-bila masa saja jika Allah berkehendakan pasti kita akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ni. 


Jadi untuk apa kumpul duit banyak-banyak kan kalau tak boleh nak menghabiskan duit yang kita kumpul tu kan??? Hahahaha. Bodohlah orang yang kumpul duit banyak-banyak tu ye??

Bukan macam tu. Duit yang banyak tu kena ingat bukan semuanya milik kita. Dalam rezeki yang Allah bagi kat kita ada bahagian orang lain sama.

REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampatkan anugerah kepada hambaNYA degan menempatkan harta berfungsi sebangai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Semoga rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat. 

Beringatlah, untuk berkongsi rezeki yang kita dapat tu dengan orang lain sama. Tak banyak sedikit dengan cara bersedekah. Mungkin masak dengan kuantiti yang lebih dan bagi kat jiran tetangga sama. Atau belanja makan. Atau apa saja cara. :-)

MO kata : Manusia merancang, Allah juga merancang namun perancangan Allah adaah yang terbaik. jangan diragui walau sedikit pun. Pasti ada sesuatu di sebalik sesuatu. 

Anda rasa nak berkahwin tu senang ke??? Jom baca Dosa Dalam Perkahwinan. Tahniah kepada semua sahabat yang akan menamatkan zaman solo mereka. Peliharalah perkahwinan anda baik-baik kerana meramaikan Umat Muhammad itu adalah dituntut dalam Islam. 

Sekian Wassalam. 

Terasa Gegaran (Gempa Bumi Indonesia)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Banyak status naik di Facebook pasal gegaran tadi. Ada yang ingat kepala pening la, ada yang kata mungkinkah gempa bumi???

google

Dapat sumber dari twitter (Pakcu Sofi)
"Gempa Mag:6.7 SR,06-Sep-11 00:55:12 WIB,78 Km,(59 km TimurLaut SINGKILBARU-NAD"
Informasi Cuaca Iklim dan Gempa bumi di Indonesia - Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika.
Kita tunggu berita esok na.. 

Boleh rujuk sini jugak 
http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/recenteqsww/Quakes/usc0005pdr.html#details

MO kata : Takut aihhh.. Adakah ini peringatan kiamat???

Sekian Wassalam..

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Dato Najib Razak yang selalu melaung-laungkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Pemimpin boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah.

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;

dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

MO kata : Kalau korang rasa nak hantuk kepala kat dinding, silakan sebab MO dah terkena dari sini. 
 
Again, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian Wassalam.

Dosa Dalam Perkahwinan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Perkahwinan tu kan sesuatu yang mulia di sisi Allah swt kerana meramaikan Ummat Muhammad di atas muka bumi ni. Tapi sedarkah anda dosa dalam perkahwinan???


Kenapa MO katakan dosa dalam perkahwinan? Ya benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka (Kereta Mayat) kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah..


Tapi sedarkah perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah. Yela, sebelum ni kan hidup solo, tup tup nak kena sharing dengan orang lain pulak kan. Perlukan masa untuk membiasakan diri. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala. Pandang kat suami @ isteri pun dah pahala apatah lagi kalau senyum kan.. :-)


Bab dosa dan pahala memang urusan Allah, kita yang makhluk ni haruslah beringat dan berjaga-jaga. Kalau bagi perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurah dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Bila dah ada anak bertambah-tambah lagi la kan.


Terpandang di Fb seorang sahabat.(Iqbal Syarie)
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yg tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat. "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (QS.Thaha:132)"
 -Imam Hasan Al Banna - 

Kemudian ada ternampak kat blog Mutiara Bernilai dan dia kongsikan perihal perkahwinan ni.  

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”
 
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah,


“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

MO kata :  Tetiba rasa nak kawen. Hohohoho.. Tapi belum layak lagi walaupun umur dah 24... Ngaaaaa... Entah bila bakal dijumpakan dengan pasangan hidup.. Doakan MO ya (mood gatai sat)


Sekian Wassalam. 


Mudah Ucap Terima Kasih tapi Sukar Ucap Sama-sama



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Ucapan terima kasih untuk Sang Pencipta sekalian makhluk. Syukur Alhamdulillah kerana MO masih lagi kita diberi kekuatan untuk mengupdate blog dan anda diberi kekuatan untuk membaca penulisan MO.


Ok sekarang kita tanya diri kita sendiri Untuk Apa Ucapan Terima Kasih? Bagi MO ucapan Terima Kasih ni adalah satu penghargaan. Susah sangat ke nak sebut terima kasih atau thanks atau thank you?? Tak sampai lima saat pun sebut. Tapi pernahkan anda terfikir perkataan yang disebut tak sampai lima saat itulah bisa membuatkan jiwa lain berasa gembira, membuatkan dia tersenyum, membuatkan ibu anda bangga mempunyai anak seperti anda?

MO ni bukanlah baik mana pun. Bukan anak yang terlalu baik. Bukan kakak yang tersangat baik. Bukan guru yang terbaik. Tapi MO cuba menjadi yang terbaik. Walaupun bukan yang terbaik di sisi Allah swt tapi MO cuba menjadi yang terbaik dalam sejarah hidup MO. InsyaAllah.

Baiklah berbalik kepada ucapan terima kasih tadi. Bagi MO memberi ucapan terima kasih itu adalah satu perkara yang wajib sebagai menghargai sumbangan orang pada kita kan, sama juga macam kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita. Syukur itu kan tanda ucapan terima kasih kita pada Allah dengan nikmat yang Dia limpahkan pada kita tak putus-putus. Bila dah terbiasa menyebutnya, mulut kita akan ringan selalu ucap terima kasih tak kira pada siapa pun.

Tapi ramai orang susah nak tuturkan SAMA-SAMA.  Kenapa? Selalunya bila orang cakap terima kasih, kita hanya senyum saja, kadang-kadang tu cakaplah sama-sama kan. :-)

Akhir kata, ringan-ringankan menuturkan kata TERIMA KASIH kepada siapa saja yang menyumbang sesuatu kepada kita. Moga-moga dengan ucapan yang tak sampai lima saat itu akan mengubah hidup kita, hidup kita akan menjadi lebih ceria, lebih harmoni kerana orang pun takdak la nak sumpah seranah ke nak mengutuk-ngutuk ke sebab kita ni tak tau nak menghargai orang lain kan.


Terima Kasih  atas kesudian membaca. Semoga semuanya dalam lindungan Allah selalu..ameen.

MO kata : Hari ni hari raya. Makan tu beringat sama, jangan banyak sangat.  Terima kasih kepada semua yang menyokong MO selama ni terutamanya ahli keluarga dan Terima kasih pada Allah swt atas segalanya. :-)

Sekian Wassalam.