PERSAMAAN ANTARA MO DAN FATIMAH SYARHA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semalam MO berpeluang ke Expo Buku Islamik di KL Sentral. MO pergi dengan seorang sahabat. Kebetulan kami berdua mengenakan pakaian dari rona yang sama yakni Ungu. Warna ungu melambangkan sebuah kekayaan, kebijaksanaan, dan inspirasi.
MO beli empat buah buku kat sini yang nilainya hampir RM 100 jugak. Tapi berbaloi kerana MO memang suka membeli buku. Pantang masuk kedai buku selalunya memang MO akan keluar dengan dua buah buku melainkan jika ke Pesta Buku maka bilangan buku yang dibeli selalunya akan lebih daripada dua. Hehehe.
Semalam giliran Ustazah Fatimah Syarha bertemu dengan peminat novel-novelnya. Memang ramai yang beratur nak mendapatkan tandatangannya. Hurmmm, MO teringin jugaklah nak dapat tandatangan daripada penulis novel itu sendiri, memang MO beli novel tulisan beliau yang berjudul Sebarkan Cinta-Mu. Selepas bayar semua harga buku, masa nak balik MO tengok dah tak ada orang yang beratur nak dapatkan tandatangan beliau, beliau pun dah berdiri gaya macam hendak meninggalkan tempat tersebut, MO pun dengan muka tak berapa nak malunya pun berjalan menghampiri meja dan suakan buku untuk ditandatangan. Alhamdulillah dapat jugak. Walaupun pada asalnya MO memang malas nak beratur kerana mendapatkan tandatangan penulis buku bukanlah satu keperluan tapi kalau dapat bagus jugak kan. Itulah dinamakan takdir kan. Lepas beliau menurunkan tandatangan dan kami bersalam beliau bersama tiga orang yang lain meninggalkan tempat itu. Balik kot.
Hurmmm. Apa persamaan antara kami berdua??? Baca sampai habis ya. Tapi persamaan yang pertama adalah kami berdua adalah muslimah. Heheheheh. Persamaan seterusnya??? Jeng..Jeng.. Jeng..
Lepas dah penat bersesak-sesak di Expo Buku Islamik di KL Sentral, MO dan sahabat bergerak ke Jalan Masjid India. Kami nak ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Tapi sebelum bergerak ke Perpusatakaan, sempat dulu kami round-round sekitar Masjid India (dapatlah pashmina dan beg balik kampung dengan nilai yang berpatutan). Lepas tu kami ke Mydin Mohamed sekejap. MO kalau nak membeli stoking lengan dan stoking kaki memang selalu akan shopping di Mydin. Murah dan berkualiti (tolong promot ni). Hoho.
Lepas tu kami singgah solat di Masjid India dan dengan menaiki komuter kami meneruskan perjalanan ke Tintiwangsa. Dah sampai Titiwangsa kami amik teksi ke Perpustakaan Negara. Takdak Banner pun kata ada Pesta Buku Kanak-kanak ni. Hairan bin Ajaib sungguh. Hurmm, kami ke café dulu untuk mengisi perut. Disebabkan suasana yang sangat lengang, kami pun ke kaunter dan tanya Pesta Buku tu kat mana. Waaaaaaaaaaaaaaa. Kat Perpustakaan Kuala Lumpur. MO ingatkan Perpustakaan Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara tu tempat yang sama. Aduhaiiiiiiiiiiii. Memang member ada cakap dekat Perpustakaan Kuala Lumpur tapi disebabkan kejahilan tempat kami berdua tersilap tempat. Huhuhu.
Tapi ada hikmahnya juga tersilap tempat tu, sebab sebelum ni MO beum pernah pon menjejakkan kaki ke Perpustakaan Negara, at least once MO pernah ke sana dan tahu cara nak ke sana. Heheheh. Masa kat café pun kami banyak bercerita kisah masa di UM, terutama saat-saat genting menyiapkan thesis. Hehehe. Setiap yang berlaku itukan pasti penuh dengan hikmah, yang membezakan manusia itu mengambil ibrah atau tidak saja.
Hurmmm. Akhirnya kami berpatah balik ke hentian Masjid Jamek dan kami berjalan kaki sahaja ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Ohhhh, agak jauh berjalan kaki tapi terasa sangat sekejap. Apa nak heran, jalan kaki ni macam dah jadi makanan MO semasa menetap di KL dulu. MO dengan tiga orang kawan yang lain pernah buat gila berjalan kaki dari stesen Bandaraya Kuala Lumpur ke Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Sempoi tak kami. Hihihihi. Klik sini, sini dan sini untuk mengetahui kisahnya dengan lebih lanjut.
Dah sampai kat kat Dataran Merdeka tu kami sekali lagi tersilap jalan yang menyebabkan kami terpaksa berpatah balik. Ohhh. Berjalan sakan namanya dengan beg yang agak berat. Tapi itukan satu pengalaman yang bernilai kerana bukan mudah nak nampak dua anak gadis yang berbaju kurung dan berjubah berjalan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dengan selamba. Kami berdua memang gembel. Dah rasa macam tersesat tu, MO pun telefonlah kawan. Mujur juga ada kawan yang maklumkan jalan nak ke Perpustakaan tu. Dah sampai sana, apa lagi sekali lagi MO rambang mata. Jadi MO beli lagi empat buah buku yang juga berciri islamik nilainya kurang RM 100 tapi lebih RM 50. Membeli buku ni kan pelaburan. Jadi MO tak rasa rugi pun.
Lepas dah bayar harga yang sepatutnya dibayar, dengan menggunakan kaki kurniaan Ilahi ni, kami berdua kembali semula ke hentian Masjid Jamek. Kami berpisah di situ sebabnya Sahabat MO tu akan meneruskan perjalanan ke Gombak manakala MO pula akan ke KL Sentral. Masa ni hujan maha lebat. Seterusnya MO membeli tiket KTM untuk ke Stesen Batu Tiga kemudian MO ambil teksi untuk sampai ke rumah. Sepanjang perjalanan hujan maha lebat, tapi dengan kuasa Allah, Alhamdulillah semasa memasuki kawasan perumahan MO hujan dan semakin reda. Kalau masih lebat tentu buku-buku yang MO beli akan menjadi mangsa kan. Tapi ternyata tidak. Kenangan yang tercatat dalam lipatan sejarah MO.
 Persamaan seterusnya antara MO dan Ustazah Fatimah Syarha adalah kami lahir dalam bulan yang sama iaitu Bulan OKTOBER dan lebih tepat lagi tanggal pada tarikh yang sama yakni 17 Oktober cuma tahun saja yang berbeza. MO sangat mengangumi penulisan beliau. MO berharap, suatu hari nanti MO juga dikurniakan ilham untuk menghasilkan bahan bacaan yang baik. InsyaAllah.
Terima kasih semua kepada yang sudi membaca.
MO kata : Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah jika berkelapangan MO akan review satu-satu buku. ;-).
Sekian Wassalam.

BENDERA HITAM DAN BENDERA PUTIH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Putih dan hitam
Dua warna yang kontra
Putih seringkali mewakili yang baik-baik
Hitam pula selalunya dikaitkan dengan anasir jahat

Kenapa bukan yang putih itu jahat dan
Yang hitam itu baik?

Kenapa? Kenapa?

Kerana
Mentaliti manusia
Yang putih itu pasti suci
Yang hitam itu pasti kotor
Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu
Hanya Allah yang menilai manusia
Baik pada pandangan manusia itu belum tentu
Baik pada pandangan Allah
Hina pada pandangan manusia itu,
Mana tahu lebih mulia pada pandangan Allah

Hasil Nukilan
Muslimah Optimis
17.10.11

MO kata : Cubalah menjadi baik pada pandangan manusia dan baik juga di pandangan Allah swt.

Sekian Wassalam.

MEMBUANG TATU DOSA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi sakit  -Hlovate- 

Bukan senang nak singkirkan dosa dari dalam diri kita tambah-tambah kalau dosa yang sering kita lakukan dalam dunia seharian. Tak perlu tengok jauh-jauh “mengumpat” itu tergolong dalam dosa besar. Pernah tak kita mengumpat? Kadang-kadang tergosip-gosip jugak kan. Kalaupun kita tak mau bercakap mengenai orang lain, hatta “TERDENGAR” dan kita masih setia mendengar itu juga dikira sebagai bersubahat. Kalau dah ‘terdengar’ tu cepat-cepatlah pergi ke tempat lain. Jangan pula dah “terdengar” tapi masih lagi nak setia mendengar. 

Cuba bayangkan kalau dalam hati kita penuh dengan bintik-bintik dosa?? Keadaannya mesti hodoh kan. Macam ‘tahi lalat’ yang bertempek di kain yang lembab. Geli kan tengok. Haaaa, macam tu lah agaknya bintik-bintik hitam kan hati kita kan. Nasiblah kita tak boleh nampak dosa tu. Kalaulah dosa tu kita boleh nampak, misalnya warna hijau ke bertebaran di sekeliling kita atau dosa tu ada bau. Mesti kita semua jijik dengan diri sendiri. Sedangkan tengok hasil perut sendiri (t**k) atau muntah sendiri pon kita geli kan. Cuba bayangkan jika Allah benarkan kita melihat dosa kita sendiri atau bau dosa kita sendiri. Agak-agak kita sanggup ke tidak? Jawab dalam hati. 

Hidup di dunia memang terasa sangat bahagia melakukan dosa. Tapi bagaimana keadaan kita di neraka nanti? (kliksini). 

MO kata : Peringatan ini untuk diri MO sendiri. Kalau pernah tersasar kembalilah ke pangkal jalan. Setiap orang ada masa silam dan setiap orang juga punya masa depan. Jangan sia-siakan masa muda kita dengan harapan kita akan bertaubat bila sudah tua. Kerana kita tak tahu, bila janji Allah nak menjemput kita berhijrah ke rumah batu dua yang tinggi dan lebarnya 7 kaki. 

Sekian Wassalam.

Perkahwinan dan Dosa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah swt kerana bertujuan meramaikan Ummat Muhammad di atas muka bumi ini. Bukan itu saja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain. Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah..

Tapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah. Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai Raja Sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita kena hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita kena masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kalau boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kan.  

Tapi kenapa saya katakan dosa dalam perkahwinan? Kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Sebab itu kita kena perlu benar-benar bersedia Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala. Pandang kat suami atau isteri pun dah pahala apatah lagi kalau senyum kan. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah, kita yang makhluk ni haruslah beringat dan berjaga-jaga. Kalau bagi perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa. (Dalam dunia ni sangat senang nak buat dosa kan). Jadi kalau kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata “Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua”. Ada juga yang berkata “Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin”.

Sedia itu merujuk kepada apa? Ilmu rumah tangga? Ilmu agama? Persediaan mental dan fizikal. Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu kena tanya diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yg tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat. "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (QS.Thaha:132)"
 -Imam Hasan Al Banna - 

Tapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah saw. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”
 
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah,

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu nak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah swt. Material pun kena sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Takkan lepas nikah nak duduk bawah jambatan kan. Dan paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah terletak pada redha Ibu bapa.
Artikel ini adalah susulan daripada entry ini.

MO kata : Terima kasih kerana sudi membaca. Maaflah MO agak sibuk sekarang ni kerana semester baru akan dibuka bulan depan, jadi sekarang ni MO dalam proses menyiapkan lecture notes dan merangka program untuk sepanjang sesi hadapan. Dalam meeting room yang lepas, MO sempat menyiapkan 5 entry namun belum sempat nak menaip dan publish. InsyaAllah nanti. Banyak hutang di blog ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan. :-)

Sekian Wassalam. 

Selamat UlangTahun Kelahiran Untuk Saya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah bertambah sehari lagi usia kita dan berkurang sehari lagi usia kita.
 
Ingatlah kamu (kita semua) bila tibanya Hari Ulangtahun Kelahiran, bukan masa untuk kita bersuka ria namun harus kita bermuhasabah kerana bila tibanya hari lahir maka kesempatan kita di dunia ni menjadi semakin singkat. Usia semakin pendek. Masa yang ada akan menjadi lebih terbatas. Jadi hargai masa yang ada dan jadikan ia saat manis kita bersama untuk ke syurga, InsyaAllah. -MO-

MO kata :

Syukur pada Allah swt kerana kehidupkan MO di atas muka bumi ni dengan izinNya.

Terima kasih kepada mama dan abah yang melahirkan, menjaga dan memberikan didikan kepada kakak sampai besaq.

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang memberi didikan semenjak tadika sampai universiti.

Terima kasih kepada semua yang sudi menganggap diri ini sebagai sahabat.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan diri ini.

TERIMA KASIH.. 

Sekian Wassalam..

Berhati-hati dalam berkata.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Berhati-hati dalam berkata. Kamu tak tahu masalah yg tengah dihadapi seseorang. Hal kecil darimu mungkin bisa sangat menyakitinya." 

Ayat tu tadi ternampak di twitter. Hurmm. Ya kadang-kadang benar sekali pepatah tersebut. Kita kan tak tahu apa yang terbuku dalam hati manusia lain. Disebabkan perkara yang kecil mungkin menyebabkan salah faham yang membuatkan dua manusia tidak bertegur sapa kerana terasa hati. Tapi itulah lumrah dunia.

Jadi kena jaga pertuturan selalu kan. Ya saya akan sentiasa belajar dan mengingatkan diri untuk menjaga pertuturan dan perlakuan tambah-tambah sebagai staff baru. Banyak mata yang memandang apa saja yang kita lakukan. 

Pagi tadi department kami mengadakan gotong-royong membersihkan stor dan membuang semua skrip-skrip peperiksaan lama. Sempat jugaklah MO berkenalan dengan beberapa rakan sekerja yang lain. Esok pulak diadakan portluck jam 10 pagi untuk department kami dan tengah hari pulak dijemput makan tengah hari di rumah salah seorang staff. Alhamdulillah Rezeki. 

Apa yang MO nak bawak esok ya?? Semestinya Kek Lapis. :-) InsyaAllah..

Ada satu berita yang mungkin baik dan mungkin tidak baik. MO dipindahkan office. Waaaaaa. Tempat baru MO adalah berdepan dengan bilik Boss department MO. Aduhaiii. So lepas ni memang tak boleh nak mengelat selalu la mengonlinekan diri. Kena lebih banyak study la lepas ni kan. 

Bagus jugak macam tu so, MO tak dak la nak lagha sangat dan boleh siapkan nota-nota untuk lecture bagi semester depan. 

Semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Ameen. 

MO kata : Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali menyalahkan Allah. Kerana Allah mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui. Positif selalu. :-)

Sekian Wassalam.


Kerja ohh Kerja


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah sangat-sangat.. Allah permudahkan urusan saya. Tak perlu menganggur lama. Saya ditawarkan dua kerja yang memang dalam bidang yang saya pelajari di UM dulu. 


Dulu masa kecik-kecik saya pernah bercita-cita nak jadi Pensyarah, bila masuk UM dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Khas saya bercita-cita nak jadi Usahawan Berjaya dengan membuka Tadika sendiri. Sekarang kedua-dua peluang tu datang pada saya. 


Pertama, Saya ditawarkan jawatan sebagai Pengetua/Pengurus Tadika untuk Cawangan yang akan dibuka tahun 2012 (Kalau terima boleh belajar selok belok uruskan sebuah perkhidmatan Tadika). Kedua, saya ditawarkan jawatan sebagai Tutor di salah sebuah IPTS. Kedua-duanya perlu lapor diri pada 10.10.11. Kedua-duanya menyumbang dalam institusi Pendidikan.


Saya pernah terkilan kerana tidak dibenarkan menyambung pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Kimia selepas saya tamat SPM. Abah saya mahu saya menjadi pendidik. Jadi dengan hati separuh rela (pada mulanya), saya mendaftar masuk ke Tingkatan 6 kerana impian abah saya mahu saya menjadi Pelajar Cemerlang STPM Daerah Kulim. Alhamdulillah, saya berjaya membuat mereka tersenyum pada Hari Anugerah Cemerlang Sekolah (abah dan mama yang naik amik sijil, pada masa tu saya dah berada di UM).


Kemudian, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (Minor Pendidikan Khas). Sekali lagi saya terkedu kerana ianya bukan pilihan pertama saya. Pilihan pertama saya adalah Sarjana Muda Kaunseling kerana mahu jadi seorang Kaunselor (cita-cita terbina semasa mengikuti Kursus Asas Kaunseling di ILKEB, Port Dikson). 


Tetapi 4 tahun di UM, melatih saya menjadi seorang yang lebih positif dalam membuat keputusan dan menerima ketentuan Allah dengan Redha. Dalam tempoh 4 tahun di UM banyak benda yang saya belajar (termasuklah soal hati dan perasaan). Hohoho. Alhamdulillah saya diberi peluang menjadi Pimpinan Kolej Kediaman, menjadi Jawatankuasa dan Majlis Tertinggi untuk beberapa projek anjuran Kolej Kediaman mahupun Persatuan PAKK,UM. Semua itu adalah ilmu yang takkan diperoleh di dalam bilik kuliah. Pengalaman yang sangat berguna walaupun pernah dimarah dan diherdik (seram je bunyinya kan). Tapi tu semua adalah pengalaman berguna. Terima kasih kepada penyarah, penyelia kolej, sahabat-handai yang banyak menyokong sebelum ni.
 
Alhamdulillah, ini adalah perancangan Allah kepada saya. DIA tak benarkan saya menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia kerana DIA mahu saya menjadi pendidik bangsa dan agama. 


Tawaran mana yang saya pilih?? Tawaran kedua. Sebabnya, jika saya memilih untuk menjadi Pengetua/Pengurus tadika ilmu ini hanya akan dikongsi dengan 25 orang kanak-kanak (untuk tempoh setahun) dan jugak guru-guru tadika tersebut disamping tugas mengurus sebuah organisasi, tapi jika saya memilih tawaran kedua ilmu yang saya ada akan dikongsikan dengan bakal-bakal guru yang kemudiannya dikongsi pula dengan anak didik mereka. 


Lagi pula jika saya memilih tawaran pertama, hasrat saya untuk menjadi Pensyarah mungkin tak akan kesampaian tapi jika saya memilih tawaran kedua, saya masih berpeluang membuka sebuah tadika saya sendiri nanti. InsyaAllah jika diizinkan Allah swt. 

Anda semua adalah sebahagian hidup saya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya dan sentiasa mendoakan saya. Terima kasih kepada abah dan mama yang banyak menyokong dan bersabar dengan karenah kakak selama hari ni. Sayang mama dan abah. 


Perlu lebih alert dengan masa lepas ni.

MO kata : 
5.10.11 adalah hari bersejarah dalam hidup MO, my convocation day. 10.10.11 lapor diri bekerja. Saya sempat menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 bulan bermula 1.8.11.. Lepas ni jadi suri rumah separuh masa la pulak. Oh bila dah bekerja makin banyak tanggungjawab dan komitmen. 17.10.11 pulak adalah ulangtahun kelahiran MO. Banyak sejarah dicipta dalam bulan Oktober 2011. Semoga semuanya dalam redha Allah.. Ameen. Sesungguhnya peracangan Allah adalah yang terbaik. :-)


MO kata lagi : Saya lebih suka kesibukan melanda diri berbanding banyak masa lapang kerana dalam kesibukan itu saya berjaya menjadi diri saya yang sangat patuh pada masa.

Terima kasih atas kesudian membaca. Sekian Wassalam. 


MO Masuk Hospital


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Petang tadi MO bersama mama dan abah ke Hospital Kulim untuk melawat jiran yang sakit. Asalnya nak melawat Pak Long Tofik (ustaz yang ngajaq MO mengaji dulu) tapi sesampai di sana terjumpa dengan beberapa jiran dan kenalan yang terpaksa berehat di hospital. 

Bila masuk hospital MO teringat pada seorang teman yang telah pergi meninggalkan MO. MO yang hantar dia pergi hospital. Tapi Allah mengambil dia dahulu lebih cepat dari yang disangkakan. Dia pergi dalam usia 22 tahun. Semoga roh kamu ditempatkan bersama insan-insan yang beriman. 


Setiap hari penuh manusia di hospital. Semasa di sana otak ligat berfikir, bagaimana keadaan aku bila tua nanti ya. Kalo aku masuk hospital ada tak orang nak datang melawat. 

Bila melihat si tua dengan sukar menyuap makanan ke mulut, 
Bila melihat mereka dengan susah payah menarik selimut ke dada, 
Bila melihat mereka dengan susah payah turun dari katil hendak ke tandas,
Bila melihat mereka hatiku jadi sayu. 



Sakit itu adalah kafarah bagi dosa.Bertuahlah bagi mereka yang terpilih kerana dapat pahala bonus. :-) Jangan mengeluh kerana Allah sayangkan kamu. 

Terutama pesakit barah. Sekurang-kurangnya kamu boleh bersedia beramal ibadat bagi menghadapi saat-saat kematian. Bagi manusia yang hidupnya sangat ceria dan tidak sakit (yakin akan hidup lama lagi) tetiba pergi menghadap Allah terlebih dahulu.

MOST : Kita kena sentiasa mengingati mati.

MO kata : Suka melihat Abet yang dah makin bulat sekarang selepas habis kimoterapi. Suka melihat senyuman dia. Abet saya doakan kamu grad tahun depan ya. Allah uji kamu sebelum ini. :-)

Semoga mereka yang diuji dengan kesakitan itu terus tabah dan cepat sembuh. 

Sekian Wassalam.

Menerima Dengan Seadanya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada suatu petang yang hening (ayat macam nak mula bercerita kan), MO tengah sagat jagung nak buat coq jagung (jemput-jemput jagung), mama MO pulak tengah gubah bunga dari guni bawang (kraf tangan) masa tu kat dapur. Mama tanya, kat mana nak letak pasu bunga tu nanti, nak ubah kedudukan sedia ada. MO cakaplah, "letak je lah kat luaq rumah. Rumah kita jugak". Mama kata, "satgi mai anak jiran tu tangan dok tak diam habis bunga mama". Erkkk. MO pon jawablah, "alah, haippp la sikit kat anak orang tu". Mama kata lagi, "mama tak suka nak marah anak orang depan mak dia, mesti mak dia terasa sama macam mama pun tak suka orang marah anak mama. Jahat macam mana pon anak. Kenalah terima jugak".

Gambar Hiasan.

Hurmmmm. Ya, kita kena terima seadanya kan. Mana boleh nak tukaq-tukaq kan. Darah daging kita kan. Kadang-kadang kita selalu memilih, kita cuma nak yang indah-indah saja dalam hidup kita. Kalau boleh tak mau ada kekurangan langsung. Semua nak perfect. Kalau dapat anak yang kurang sempurna, rasa macam nak tinggal-tinggalkan je. Tapi MO respek sangat la dekat ibu dan bapa yang ada anak istimewa yang mencurahkan sepenuh kasih sayang pada anak mereka. 

MO amik minor Pendidikan Khas, jadi sedikit sebanyak MO belajar jugak macam mana nak tangani budak-budak istimewa ni. Tapi MO sendiri masih ragu-ragu dengan diri MO jika MO diuji begitu. Tabiklah kat ibu-ibu, bapa-bapa yang sangat setia menguruskan anak mereka dari bayi sampai besar. Kadang-kadang rasa nak menitis air mata. Serius, sangat tabah mereka yang ada anak macam ni.

Sama jugak dalam hal memilih pasangan hidup. Mana mungkin kita mahukan pasangan yang tottaly serupa dengan keinginan kita. Kita tak suka orang marah-marah kita, kita tak suka kena marah dan kita jugak tak suka nak marah orang. Tapi jika ketentuannya pasangan kita adalah orang yang hot tempered, kenalah terima jugak. Tapi si hot tempered jugak boleh berubah mengatasi rasa cepat amarah. Ada banyak teknik sekarang ni. Mahu atau tidak mahu saja.

Atau si wanita tak suka lelaki yang merokok, tetapi pasangannya merokoklah pulak. Habis nak buat macam mana tu? Takkan nak putuskan perhubungan tu? Lelaki tersebut hanya diketahui merokok setelah setahun berkawan. Ya la, selama berjumpa si lelaki tak pernah merokok depan tunangnya (kisah benar). Dah nak kawen takkan nak putuskan macam tu saja kan. Sebab tu penerimaan harus dengan redha. Perubahan boleh dilakukan sedikit demi sedikit.

MO kata : Terimalah seadanya. Kita berhak memohon dan berdoa untuk mendapat sesuatu yang lebih baik daripada Allah swt tapi kita tak berhak nak menolak sesuatu yang Allah dah berikan pada kita. Terimalah dengan redha. Dan kita jugak tidak berhak untuk memarahi atau apa saja jika sesuatu kesayangan kita diambil balik dari kita kerana semuanya hanyalah pinjaman saja. Tiada sesuatu di dunia ini adalah milik kita. Wallahualam.

Sekian Wassalam.

Tanggung dan Jawab


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ni MO berada di bumi UM. Hari rabu depan insyaAllah satu sejarah bakal tercipta. MO menumpang je di bilik-bilik adik-adik junior. Diorang semua baik-baik. Semoga Allah melindungi dan memberkati kalian. 

Waktu antara Maghrib dan Isyak semalam sempat kami berkongsi mengenai tanggungjawab. Tanggungjawab ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang isteri/suami (jika sudah berkahwin), sebagai seorang ibu/ayah (jika sudah mempunyai anak), sebagai seorang pekerja, sebagai seorang ketua dan sebagainya.


Setiap hari, hidup kita dipenuhi dengan tanggungjawab. Bagaimana kita melaksanakannya tanggungjawab kita itu. Bagaimana kita menyusun waktu hidup kita. Bagaimana dan bagaimana. Kadang-kala kita tak menyangka sesuatu itu akan berlaku. Sebab itu kita kena perlu sentiasa bersedia. Kerana hanya Allah yang mengetahui sesuatu yang kita tak tahu.


Tanggungjawab ialah "tanggung" dan "jawab"
Hal-hal yang kita tanggung di dunia dan kita jawab di akhirat.


MO kata : Bila meninggalkan zaman belajar, lebih banyak tanggungjawab yang kita kena galas.

Entry sini menarik untuk dibaca jugak. Tanggung dan Jawab

MO kata lagi : Saya lebih suka kesibukan melanda diri berbanding banyak masa lapang kerana dalam kesibukan itu saya berjaya menjadi diri saya yang sangat patuh pada masa.


Sekian Wassalam