Hug Your Kids Today Campaign


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hug Your Kids Today Campaign telah dirasmikan oleh Datuk Wira Syukri Abd Yajid, Presiden MSU & PTPL Groups pada hari Selasa yang lepas bertarikh 27 Disember 2011. 

Apa yang ingin disampaikan melalui kempen ini adalah ibu bapa perlu memeluk anak mereka setiap hari. Kenapa???
1. Tiada kos
2. Tidak memerlukan bateri untuk dicas
3. Tiada cukai dikenakan

Apakah kelebihan yang akan anda dapat dengan memluk anak anda setiap hari??

Hilang semua tekanan lepas peluk anak kan. Balik-balik kerja penat, tengok anak hilang penat, apatah lagi peluk lagi hilang penat.

Melancarkan pengaliran darah. Kenapa dengan memeluk anak akan melancarkan pengaliran darah?? Sebab bila peluk anak kita rasa gembira, anak pun rasa gembira.. Hilang tekanan so pengaliran darah pun menjadi lancar. Secara saintifiknya tak tau pulak nak hurai macam mana. Huhuhu.

Meningkatkan Keyakinan didik anak anda. Sebab anak anda akan terasa lebih disayangi oleh anda. :-) Tahap kepercayaan si anak jugak akan meningkat pada si ibu dan ayah.

Apa yang perlu anda buat???

1. Peluklah anak anda setiap hari.
2. Ucapkan Selamat pagi dan Assalamualaikum dengan pelukan.
3. Ucapkan Selamat malam dengan pelukan.
4. Ucapkan Terima Kasih dengan pelukan.

Bukan ayah atau mak je peluk anak-anak kecil mereka tapi anak-anak yang dah besar jangan segan-segan nak peluk mak da ayah kita yang semakin hari semakin dimamah usia..

Kempen ini dilancarkan oleh MSU KIDS (Pusat jagaan anak-anak Staff MSU) dengan kerjasama pelajar Early Childhood Education MSU. 

MO kata : Peluklah anak anda setiap hari (bagi yang ada anak), peluklah ibu dan ayah anda setiap hari (bagi si anak), bagi kita yang duduk di rumah sewa atau di hostel nak peluk sapa?? Peluklah kawan-kawan anda (sejantina saja ok). Ceria-ceria selalu.. :-)

Sekian Wassalam.

"Status Saya Sebagai Suri Rumah dan Hutang PTPTN".


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti 3 hari, apa faedah yang kita dapat daripada cuti ni??? 

Cuti dah nak habis, esok dah kena memulakan kerja semula dan minggu depan cuti lagi. Cuti, cuti dan cuti. Kenapa manusia perlukan cuti? Sebab manusia ni makhluk. Tak sempurna. Badan perlukan rehat. Otak perlukan rehat. :-)


Perkongsian kali ni berkenaan dengan "Status Saya Sebagai Suri Rumah dan Hutang PTPTN".


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Dialog di atas MO jumpa di FB dan MO kongsikan di wall suatu ketika dahulu. Geram sebenarnya pada Encik Zainal tu. Kalau dapat, nak lenyek-lenyek ja muka dia dengan tayar trektar.

Lepas tu tadi saja masuk blog Solihin Zubir baca pasal kisah Lisa Surihana dan Yasri nak berkahwin , kemudian ternampak link blog beliau yang satu lagi Suri Rumah : Bekerja atau Tidak Bekerja. 

Sebenarnya MO tertarik nak berkongsi komen di bawah ini yang ditinggalkan di ruanga komen entry Suri Rumah : Bekerja atau Tidak Bekerja.

Saya seorang guru. Kadang2 org bertanya, "Isteri bekerja ke?" Saya jawab,"Ya, kat rumah". Kalau soalan, "Isteri guru juga ke?". Saya kata"Ya, mengajar anak2 di rumah". Sebenarnya kerja2 yg dilakukan oleh isteri kat rumah lebih banyak dari yg dibuat oleh sisuami di luar. Kasihan kpd para isteri yg terpaksa melakukan dua kerja (di luar dan di rumah). Para suami bila di rumah, asyik berehat saja, manakala siisteri macam lipas kudung.
Ha, dengar tu para suami dan akal suami sekalian. Contohi sikap pengkomen tersebut.

Sini suka untuk MO kogsikan TOPI YANG DIPAKAI atau PERANAN yang dimainkan oleh suri rumah.

1. Penyanyi = Kita dilahirkan dah didodoi dengan selawat-selawat dan lagu-lagu yang tidak lagha tapi menghiburkan.

2. Perancang Pemakanan = Merangka makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk sekeluarga, walaupun masakannya tak setanding dengan makanan-makanan di kedai yang dah diadun pelbagai perasa.

3. Interior Designer = Mengatur hiasan di dalam rumah bagi menepati konsep ‘Rumahku Syurgaku’.

4. Perancang Kewangan = Menjadi penasihat terbaik buat suami, bagaimana menuruskan perbelanjaan rumah tangga, sebab kebiasaannya, suami kurang arif mengatur kewangan sendiri. ;)

5. Doktor = Dialah doktor kita kalau kita sakit. Sibuk menguruskan ubat-ubat yang perlu untuk kita.

6. Nurse = Menjadi peneman setia sakit kita. Pantang merengek siket, terus dia terjaga untuk memenuhi keperluan kita.

7. Ustazah = Dia yang mengajar kita mengenal huruf-huruf Al-quran, mengajar kita ilmu agama, bercerita kepada kita kisah para anbiya’ sebagai tauladan dan panduan kepada sedari kita masih kecil, agar cerita tersebut mampu dijadikan panduan hidup.

8. Cikgu = Dia dengan sabar mengajar kita dari kecil mengenal huruf dan angka, menghafal sifir, menunjuk ajar pelajaran semampunya.

9. Gardener atau Tukang Kebun = Dia yang banyak tanam bunga, siap ada reka bentuk susunan bunga-bunga yang ditanam lagi.

10. Farmer = Dia yang berbakti pada tanah, sekurang-kurangnya lepaslah nak makan sekeluarga, kurangkan belanja dapur. Perancang ekonomi yang sangat pintar!

11. Tailor = Jahit baju anak-anak dan baju suami yang koyak sendiri. Yang tau jahit fesyen-fesyen, mabruk!

12. Hakim =  Kalo anak-anaknya gaduh, dialah yang akan dengar masalah yang sebab mereka bergaduh. Haaaa dah habis semua mengadu, semua dapat ‘penalti’ yang sama.

13. Model Eksklusif = Penampilannya menjadi panduan, bagaimana penampilannya apabila berada di rumah, bersama ahli keluarga, bersama suami, keluar daripada rumah. Pakaian mereka akan menjadi ikutan anak-anak kelak, kerana anak-anak ini cara pembelajarannya bukan lebih kepada mendengar arahan, tetapi mereka akan mencontohi teladan yang dipersembahkan oleh kedua ibu bapa mereka.


Saya berbangga ibu saya seorang suri rumah yang bekerjaya untuk membantu suaminya yakni Abah saya. Saya juga seorang suri rumah yang bekerjaya. InsyaAllah. 

Apa kaitan pula Suri Rumah dengan Hutang PTPTN??

Tak ada apa kaitan pun. Cumanya MO tertarik dengan kata-kata Nur Lina Jamal yang mahu hantaran belanja kahwinnya nanti cukuplah sekadar suaminya melunaskan pinjaman PTPTN beliau.. Hehehehe.. Alangkah bagusnya kalau begitu kan.

MO kata : Banyak benda perlu dilunaskan dalam desakan waktu yang terhad. Bak kata Imam Hassan AL-Banna "Urusan yang mengejarmu lebih banyak daripada masa yang kamu ada".

Sekian Wassalam. 

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) - HARUS BACA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu yang sangat sibuk untuk menyiapkan soalan-soalan Final Exam. Susah beno nak menyiapkan soalan-soalan ni ye.. Lagi susah daripada kita nak menjawabnye. Lupakan pasal soalan-soalan exam ini semua... Jom kita pi siasat pasai SBPA.

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), heboh betoi orang dok kata. Kat blog CUEPACS, macam-macam ada pasal ni. Kalau nak baca bolehlah klik CUEPACS.

Sebelum meneruskan membaca entry MO ni silalah baca entry yang ditulis oleh abang MO ni dulu.. Ecewahhh, abang la konon kan. Heheh. Dah dia lagi tua, abang la kot ke pakcik entah. Pakcik pun mungkin jugak kan..

Ok, kalau dah habis baca entry tu boleh la sambung baca tulisan MO pulak.

Kerja biarlah ikhlas, ni keja dok tunggu gaji setiap bulan (walaupun tunggulah jugak kan) tapi enjoylah dengan kerja walaupun kepenatan selalu menjalar ke setiap urat saraf.. huhu.. Bila dah bekerja ni otak ni asik dok pikio duit ja sebab duit yang keluaq tu lagi banyak dari yang masuk. Haaaaaaaaaaaa, masalah sungguh kalau macam tu kan. Berbelanjalah mengikut kepeluan. :-)

OK, bila berbicara bab pencen pulak. Bagi MO, tak payah pikir nak pencen sampai umur 60 tahun ke tak. Umur kita ni esok pun belum tentu hidup kan. So, apa salahnya kalau pilih bersara 60 tahun, kerja ja macam biasa. Andai katanya di saat-saat 50++ tu terjatuh sakit, boleh mengusulkan untuk bersara awal walaupun kita dah sign agreement untuk bersara umur 60 tahun. Kerajaan bukanlah kejam sangat, dah sakit terlantar pun nak paksa kerja kan. :-) Tapi kalau rasa badan tu tak kuat untuk bekerja sampai umur 60 tahun, silalah bersara awal. 

Abah MO, memilih untuk bersara pada umo 58 tahun. So, masih ada beberapa tahun sebelum abah bersara. Setia dengan sekolah lama selama 32 tahun, alih-alih pada tahun ni abah ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.. Huihhhhh, jauh tu dari rumah MO. Hampir 2 jam jugak la naik kereta. Jadi terpaksalah mama dan abah berenggang seketika sebelum abah memohon untuk ditukarkan ke Kulim semula. Di kala usia menghampiri waktu senja perlu pula berjauhan dengan keluarga. Dok pikio-pikio jugak, nanti abah kena iron baju sendirilah, kalau tak mama akan iron seminggu 5 pasang kemeja dan seluar slack abah... Ngeh3.. Kalau anaknya ni, nak pi keja pagi ni, pagi ni jugak baru iron baju. Huhuhu. 

Apa pun semoga Allah permudahkan urusan. Ameen..

MO kata : MO sedang mendidik jiwa supaya mengikhlaskan diri bekerja kerana Allah. Bila kita ikhlas kerana ALlah, kerja yang dilakukan akan jadi ibadah yang diberi ganjaran. :-)

Sekian Wassalam..

Teater 1 Plastik Hitam- Review Penuh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry ini adalah rentetan daripada entry ini. 
Tolong baca entry terdahulu untuk kefahaman cerita.. Terima kasih

KLCC tu bukannya kecik kan, jadi kami tersesatlah. Huhuhu. Pusing sana, pusing sini kami tak berjumpa dengan laluan ke Convention Centre sebab Along dan Iffah ada di sana. Ada macam-macam pameran kata Along dan Iffah. Last-last kami jumpa di depan pokok krismas kat tengah-tengah tu. Dah berjumpa tu, kami pun terus menuju ke kereta dan menghala ke bangunan DBP untuk menyaksikan persembahan teater 1 Plastik Hitam yang hanya dilakonkan oleh 5 watak. Tapi memang banyak mesej berguna dalam teater ini. Tahniah kepada penulis skripnya. 

Sebelum sampai ke DBP pun kami agak sesat jugak menyebabkan kami sampai agak lewat dan setelah hampir setengah jam teater dimulakan. 

Review Teater 1 Plastik Hitam

Kisahnya bermula apabila seorang Busker menyuruh seorang budak berpakaian sekolah menjaga Taman Larangan Membuang Bayi sehingga dia datang semula sejam kemudian, tetapi tiba-tiba muncul perempuan berpurdah membawa sebuah beg plastik hitam yang besar tetapi tidak diketahui isi kandungannya.

Perempuan bepurdah itu meninggalkan plastik hitam tersebut di atas sebuah kerusi di taman larangan itu dan dia meminta budak perempuan yang berpakaian sekolah itu untuk menjaga  platik hitam tersebut. Katanya dia mahu mengambil barang yang tertinggal.  Sedikit pertengkaran kecil beraku apabila si budak perempuan berpakaian sekolah itu ingkar pada mulanya kerana kedatangan dia ke taman itu untuk menghilangkan tekanan disebabkan putus cinta. Budak perempuan berpakaian sekolah ini, memaklumkan kepada perempuan berpurdah itu bahawa teman lelakinya meminta putus dan keputusan teman lelakinya itu diisytiharkan di  FB, yang menyebabkan budak perempuan berpakaian sekolah ini berasa malu.

Tahu apa yang dilakukan oleh perempuan berpurdah ini?

Perempuan berpurdah ini dengan selambanya mengambil laptop budak perempuan berpakaian sekolah ini dan menghempuknya sampai berkecai, kononnya nak menyelesaikan masalah tapi masalah tu bukan selesai pun kan (ceteknya kan pemikiran sesetengah manusia ni. Inilah yang berlaku dalam dunia realiti, marahkan isteri, anak ditangankan). Kemudian dengan tergesa-gesa perempuan berpurdah itu meninggalkan tempat itu. Tinggallah budak sekolah tadi mengenangkan nasib diri. Satu ayat yang MO suka "walaupun putus cinta saya tak akan mati dengan sia-sia" (yela kan, satu tindakan bodoh jika ingin mati sebelum masanya, ingat mati tu senang ke?? Sakit yang paling sakit adalah sakit ketika menghadapi sakaratul maut).

Sedang budak sekolah itu mengenangkan nasib dirinya datang pula seorang lelaki perkasa. Lelaki perkasa tersebut cuba mengalihkan plastik hitam itu kerana mahu duduk di kerusi yang disediakan. Dengan tegas budak perempuan berpakaian sekolah tadi menghalangnya. Lelaki perkasa ini dengan berfikiran negatif cuba meracuni pemikiran budak perempuan berpakaian sekolah itu. Dia menyatakan bahawa kemungkinan terdapat bom di dalam bugkusan platik hitam itu. Tetapi budak perempuan berpakaian sekolah ini tetap positif tidak bulat-bulat mempercayai kata-kata si lelaki perkasa (sifat ini yang kita mahukan, positif selalu).

Pada waktu ni banyak pengulangan dialog demi untuk mempertahankan plastik hitam itu supaya tidak disentuh dan dialihkan dari tempatnya.

Datang pula graduan musflis mempengaruhi pemikiran mereka berdua menyatakan bahawa kemungkinan dalam beg plastik hitam tersebut ada sejumlah wang yang nilainya jutaan ringgit. SI lelaki perkasa terus terpengaruh tetapi si budak perempuan berpakaian sekolah ini masih lagi setia dan tetap dengan pendiriannya kerana amanah yang dipegang.

Kesudahannya, budak perempuan berpakaian sekolah itu dirogol dan dibunuh kerana ingkar dengan kata-kata graduan muflis dan lelaki perkasa.

BILA SYAITAN MENGETUK PINTU HATI, SEORANG ALIM JUGA AKAN TEWAS JIKA TIDAK BERLAWAN DENGAN NAFSU SENDIRI. MANUSIA MEMANG MUDAH TEWAS PADA NAFSU, TAK KIRA SAMA ADA NAFSU MAKAN, SHOPPING ATAU APA SAHAJA.

MOST :

Latar tempat :
Taman Larangan Membuang Bayi (mungkin mesej yang nak disampaikan jangan buang bayi kot, tapi berdasarkan props banyak pulak patung-patung bayi yang dibuang berselerakkan)

Amanah : satu sifat yang perlu ada pada semua manusia. Amanah ni dituntut. Apa yang kita buat di dunia, akan disoal di akhirat kan. Budak perempuan berpakaian sekolah tetap dengan pendiriannya bahawa beg plastik hitam yang diamanahkan kepadanya tidak disentuh, dibuka dan dialihkan dari tempatnya.

Berbaik sangka dan positif : Bila kita positif selalu barulah aura-aura positif akan berlegar-legar di sekeliling badan kita. Seperti budak perempuan berpakaian sekolah sentiasa positif dan bersangka baik bahawa di dalam beg plastik hitam tersebut mungkin ada sesuatu yang baik (lupa pulak ayat yang dinyatakan).

Jangan besarkan perkara yang remeh.:

1. Ni mungkin part putus cinta tu kan. Kalau dah putus tu putus la kan. Kecewa memang la kecewa tapi hidup tetap kena teruskan kan. Jadi mahu tak mahu kena kuatkan semangat untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh keceriaan dan motivasi untuk berjaya. Putus cinta bukan penghalang untuk kita berjaya kan.

2. Haihhh, dah orang kata JANGAN tu JANGAN la, tapi mentaliti masyarakat sekarang ni kalau orang kata jangan tu la yang nak dibuatnya. Semangat INQUIRI tinggi sangat kan.
Mungkin ada banyak lagi mesej yang nak disampaikan. Ada juga ayat-ayat sakarstik dalam tu yang berkaitan dengan kejujuran, pilihanraya dan apa lagi ntah tak ingat pulak. Huhuhu. 

BTW, korang nak tau tak ada apa dalam plastik hitam yang diberi ARAHAN supaya JANGAN disentuh, dibuka dan dilalihkan????

jeng.. jeng.. jeng..

MO pun tidak mengjangkakan ada tetttttttttt... Hihihihi...

Menurut perempuan berpurdah itu, dalam beg plastik hitam tersebut mengandungi lampin pakai buang bayinya semenjak lahir sehingga sekarang dan satu yang sirius jika berlaku dalam dunia realiti. Tahu apa BARANG YANG TERTINGGAL OLEH PEREMPUAN BERPURDAH tu????? Grrrrrrrrrrrrrrrrr.. Bayinya sendiri. Memang malang betui kalau tertinggai anak ni.. Haishhhhh...

Tapi semasa di akhir persembahan, diceritakan kembali oleh perempuan berpurdah kepada busker tersebut apa yang terjadi. Bila si perempuan berpurdah tadi ingin mengangkat beg plastik hitam tersebut, tak termampu diangkat olehnya. Kerana isinya telah ditukar. Mayat budak perempuan berpakaian sekolah tadi ada di dalamnya.

Apa yang MO boleh katakan di sini. Penceritaan yang menarik. AMANAH walaupun diminta menjaga sebuah bungkusan plastik hitam (plastik sampah) yang tidak diketahui isi kandungannya dan diminta pula untuk dijaga oleh seorang yang tidak dikenali. Bukan calang-calang orang boleh AMANAH macam ni kan.

Cuma yang tak paham, mana plastik hitam asal jika dalam bungkusan tersebut dimasukkan mayat budak perempuan berpakaian sekolah tu??? ngeh4....

Dan satu yang MO tak puas hati di akhir teater ni dibuat penyingkiran (entah MO pun tak paham, ala-ala macam penyingkiaran AF tu siap bawak beg segala bagai). Lelaki perempuan berpegangan tangan, berpelukan. Commonlah guys, bukan muhrim ok. Malu la sikit depan orang ramai kot. Yang pakai tudung pun sama je. Tak tahulah wataknya bertudung tapi sebenarnya tidak bertudung ke wallahualam. Dah pakai tudung lepas tu nak berpeluk-peluk pulak dengan lelaki (yela berpelukan kesedihan la kononnya). Haahhhhhhhhhh... Tak boleh diterima akal.

MO kata : AMANAH lah dalam melakukan setiap pekerjaan. MO pun sedang mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang amanah malah lebih amanah.

Tambahan daripada seorang penggiat teater iaitu Along Usop : 

Teater ni sebenarnya banyak menegur dalam bentuk sarka (perli)

1. Tentang watak wanita berpurdah tu merujuk kepada banyak artis kita yang berpurdah hanya dalam lakonan tapi kat luar??? sebab tu dia pakaikan legging pink (warna terang)

2. Tentang tempat dilarang membuang bayi tu dia sarka 2 perkara
i - banyaknya pembuangan bayi sampai dah jadi perkara biasa sekarang ni.

ii- kat tempat yang orang larang buang sampah lah berlungguk sampah dibuang

Sekian Wassalam.




Akses Tanpa Wayar


Assalamualaikum dan Salam Sejhatera.

BTW, review Teater 1 Plastik Hitam masih dalam proses penulisan. Jadi untuk entry kali ni MO tertarik untuk kongsikan serangkap ayat yang sangat bagus sebagai peringatan dikaitkan dengan kehidupan masa kini.
ALLAH boleh diakses di mana-mana kawasan. Liputan terbaik seluruh dunia. Free of charge. Allah tak ada Twitter, tapi kita kena 'Follow'. No pin Blackberry 24434. Tiada Facebook tetapi sila baca status di page Al Quran. Makin kerap dihubungi, makin tinggi kredit percuma dan mata ganjaran :)
*copied from FB
Sekian Wassalam.

13.12.11.. Daulat Tuanku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekejap je 5 tahun berlalu kan. Sultan Mizan sudah pun turun takhta sebagai YDPA Malaysia yang ke-13 dan kini tiba giliran Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah menaiki takhta untuk pemerintahan 5 tahun yang berikutnya. Kiranya Sultan Kedah ni adalah satu-satunya Sultan yang menaiki takhta sebagai Agong selama dua kali dan satu-satunya Sultan yang menjadi Agong ketika anak dan bapa menjadi Perdana Menteri yakni pada kali pertama pada tahun 1970-1975 pada ketika itu Tun Abdul Razak sebagai PM dan kini pada ketika Datuk Seri Najib sebagai PM. 

Daulat Tuanku..

Semoga Malaysia akan terus makmur dan harmoni..

Sekian Wassalam

Teater 1 Plastik Hitam - Banyak Mesej Berguna


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kelmarin susunan angka yang sangat cantik 11.12.11... MO bersama 3 orang sahabat telah mengambil keputusan untuk menghabiskan masa bersama. 

Sebelum tu, pada 10.12.11 MO dan seorang sahabat (Siti) memulakan perjalanan 3 hari 2 malam kami ke Kuala Lumpur dari Shah Alam. Sebenarnya nak ke UM, walaupun baru beberapa bulan meninggalkan bumi UM namun rindu kian terasa pada kawan-kawan dan pensyarah. Ada urusan sebenarnya.

Kami menaiki KTM dari Stesen Batu Tiga Shah Alam ke Mid Valley. Tapi kami tak tau pulak kena tukar tren ke Seremban di KL Sentral. Patut la pelik sebab di signboard tu tak dak tulis pulak Mid Valley. MO sebelum ni dari Shah Alam akan turun di Kl Sentral dan amik ulat bulu (Putra) ke Stesen U. So 1 pengalaman baru bila nak turun ke Mid Valley. Sekurang-kurangya lepas ni takdaklah jakun lagi kan. 

Sesampai je di Mid Valley, perut mesti diisi memandangkan kami berdua belum menjamah apa-apa makanan berat sedangkan jam telah menunjukkan jam hampir 4.30 petang. Jadi kami singgah makan di Oasis, dan menu pilihan adalah Nasi Putih bersama Portugise Gril (entah macam mana eja tak tau). Huhuhu. Memang sedap. Lepas makan kami menuju ke surau dan tandas Jusco. Subhanallah, manusia punyalah ramai. Tandas dan surau tu pulak kecik. Jadi anda bayangkanlah macam mana keadaannya. Buat makluman, surau dan tandas Jusco ni bersebelahan je. Lepas dah selesai urusan di dua tempat wajib tersebut, kami pun round-round tengok ada sales bagus atau tidak.

Hurmmm. Bila ada sales, tentulah duit dalam dompet tu merayu-rayu untuk bertukar tangan. Kesimpulannya, dapat la sepasang kasut (tak dak diskaun pun sebab new arrival) dan hand bag (ada diskaun) dari rona yang sama. Mau jugaklah terbang beberapa keping not hijau. Huhuhu. Tapi itu hadiah untuk diri sendiri kan sempena sudah menjadi wanita yang bekerjaya. :-)

Lepas dah dapat beg dan kasut, kami singgah untuk beli buah tangan untuk Mentor yang banyak bagi dorongan dan tunjuk ajar semasa di UM dulu. Sebagai tanda ingatan. Kemudian kami terus mengambil teksi menghala ke UM kerana malam tersebut diadakan Malam Citra Seni oleh Early Childhood Education Society. Rasanya persembahan yang paling best tarian singa kot sebab tu secara live MO tengok tarian singa dengan jarak yang sangat dekat. Mengagumkan sebab komitmen penari tersebut yang beraksi seperti singa. Yang belakang tu la teruk kena banyak tunduk je. Yang depan pulak kena banyak angkat tangan. Haihhh, lenguh ceq tengok aihhh.

Habis event kami pun menghala ke rumah sewaan sahabat di Pantai Permai. Membersihkan diri, bersembang melepaskan kerinduan dan bertanya khabar, online sekejap kemudian terus tido. 

Hari berikutnya MO meneruskan perjalanan ke Stesen Masjid Jamek bersama Siti. Selalunya kami akan naik ke Stesen U kemudian mengambil putra ke Stesen Masjid Jamek tapi kali ni kami naik Metro Bus ke Stesen Bangsar baru menaiki putra ke Stesen Masjid Jamek. Errr, sampai di Stesen Putra satu kepelikan berlaku bila tiada orang yang bertugas di kaunter. Rupa-rupanya mesin beli kad pun dah berubah, sekarang dah tak pakai kad lagi tapi pakai token (besar syiling 20 sen dan bewarna biru). Satu lagi pengalaman baru kerana buat pertama kalinya membeli token Rapid KL. Yela, dah dua bulan meninggalkan bumi KL ni. Dalam masa sebulan je macam-macam boleh berubah kan.

Kami berdua berpisah di MJ, MO berjumpa dengan sahabat MO (Yuyu) dari Gombak manakala Siti pula berjumpa dengan kawannya. Dah sampai di Masjid Jamek tu apa lagi MO jadi rambang mata untuk membeli Pashmina yang pelbagai warna. AL-maklumlah MO ni pemakai Pashmina kerana saiznya yang besar dan memberi keselesaan tambahan pula tak perlukan masa yang terlalu lama untuk menghilangkan kedut. Kadang-kadang lepas dah kering dari jemuran terus dah boleh pakai tanpa iron. Heheh, malas punya orang kan.

Lepas menghabiskan lagi beberapa keping not merah dan hijau dari dalam dompet, MO dan Yuyu pun bergerak ke KLCC untuk berjumpa dengan Along dan Iffah. Ada peristiwa tak berapa manis di KLCC sebelum kami bergerak ke DBP. Huhuhuhu.

By the way, dah terpanjang pulak entry ni, so, untuk review Teater 1 Plastik Hitam ni tentu akan jadi bertambah panjang. Jadi MO akhiri entry ni di sini saja.

MO kata : Review 1 Plastik Hitam pada entry seterusnya. :-) Cuma satu yang boleh MO katakan, rasa berbaloi membayar harga tiket sebanyak RM 20 untuk satu persembahan teater yang cukup baik.

Sekian Wassalam.

Fiksyen 302 - Khatam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah baca entry ini?? Sebelum menghabiskan bacaan entry ini sila habiskan bacaan entry sebelum ini dahulu. Entry ini adalah sekuens kepada entry ini.

Dalam entry terdahulu ada dinyatakan bahawa pembunuh dalam novel Fiksyen 302 terdiri daripada pesakit mental. Mereka adalah Lan lani, Prakash Kumar, Jimmy Yeoh dan Farid Ja'ah. Mereka melakukan pembunuhan kejam namun terlepas daripada hukuman gantung mandatori atau Hukuman Jenayah Kanun Keseksaan 302 kerana didapati tidak sihat akal. 

Mereka membunuh dan melakukan tindakan yang sama kerana percaya pada Zonan yang kerap datang menggangu mereka meminta mereka melakukan sedemikian. Di dalam entry terdahulu MO tertanya-tanya siapakah Zonan. Namun persoalan itu sudah terjawab.

Zonan sangat bijak memanipulasi minda manusia menggunakan otak tengah. Zonan bukanlah "roh jahat yang tidak berwajah" namun dia adalah seorang manusia biasa yang bertindak mahu membalas dendam atas kematian Zarina Mustapha yakni bekas kekasihnya yang sangat dicintainya. DIsebabkan ingin membalas dendam dia telah bertindak mencipta Fiksyen 302. Dia telah mengawal minda keempat-empat mangsa yang dijadikan pembunuh upahan tanpa membiarkan mereka jatuh ke tali gantung kerana hukuman membunuh. 

Pada tahun 2032, Rita yang telah membongkarkan rahsia penyiasatan yang tertangguh selama 20 tahun ini. Ini semua dengan bantuan Dr. Rozlina dan dibantu oleh Dr. Hakimi dengan membawa Rita kembali ke zaman 2014 demi membongkar siapa Zonan yang sebenarnya. Namun belum sempat semuanya berakhir, Zonan telah datang ke Hospital Permai, Johor Bharu dan bertindak membunuh Dr. Rozlina dan Dr. Hakimi dengan tragis. Manakala Rita yang berada di dalam inkubator pula dibiarkan bebas kerana dia telah mencabut semua wayar-wayar yang berselirat yang disambungkan ke badan Rita. Dengan itu, Rita akan menjadi amnesia tahap serius. 

Disebabkan kejadian itu, Rita telah percaya bahawa dia adalah Noorhafiza Izura peguam muda yang mati dibunuh oleh Zonan 18 tahun yang lalu kerana semasa menjalankan pengembaraan minda ke masa silam, Rita telah memainkan peranan sebagai Noorhafiza Izura dan apabila dia sedar ke dunia realiti dia telah mengalami pertukaran watak akibat gangguan dalam projek khas itu. Memorinya tertinggal 18 tahun kebelakang. 

Ingatan Rita kembali normal apabila berlaku perlanggaran kuat antara keretanya dengan kereta Zonan yang pada ketka itu cuba mahu membunuhnya. Namun dia terselamat dan akhirnya Zonan diberkas oleh polis. 

Siapa pembunuh sebenar Zarina Mustapha???

Untuk mengetahuinya , anda perlu mendapatkan Fiksyen 302. "Jangan Percaya"



Judul Novel : Fiskyen 302
Penulis : Ramlee Awang Mursyid
Halaman : 501

MO kata : Setelah menghabiskan pembacaan, MO merasakan MO perlu bekerja lebih keras jika mahu menjadi seorang penulis yang berjaya seperti RAM. Perjalanan hidup MO masih jauh lagi. :-) Semoga Berjaya untuk diri sendiri.

Sekian Wassalam.

Review penuh Fiksyen 302


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah setelah enam hari, habis jugak MO membaca Fiksyen 302 karya Ramlee Awang Mursyid.











Kalau nak baca Review penuh tunggu entry autopublish malam ni.. Hihihi.. Saja nak buat peminat RAM tertunggu-tunggu. Jangan marah.

Sekian Wassalam.

Fiksyen 302 - RAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu lepas MO dan dua orang penulis yang lain telah ke Karangkraf untuk shopping novel. Hehehe. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. Semua novel yang MO beli adalah bergenre triller. 4 buah daripadanya adalah karya RAM. Ohhh, MO sangat mengangumi cara penulisan beliau yang berlandaskan fakta dan beliau menyusun kata dengan baik sekali. 

MO nak cerita sikit mengenai Fiksyen 302 yakni novel terbaru beliau yang diterbitkan oleh Alaf 21. Beliau mula menulis novel tersebut pada 27 Februari 2011. Hanya beberapa bulan sahaja, novel tersebut teah diterbitkan dan mendapat sambutan bak goreng pisang panas. Superb. Sungguh teruja untuk membacanya.

Fiksyen 302 mengisahkan mengenai empat orang pesakit mental yang melakukan pembunuhan kejam. Selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut mereka akan menanggalkan semua pakaian seterusnya menghubungi pihak polis dan mereka akan menyerah diri dalam keadaan yang berbogel. Kenapa mereka berbogel??? Jawapannya anda akan dapat di dalam Fiksyen 302. Silalah baca kalau nak tahu kenapa. Heheheh.

Siasatan demi siasatan dibuat, rupa-rupanya Zonan iaitu "roh jahat yang tidak berwajah" yang menyuruh mereka berbuat demikian. Motifnya adalah membalas dendam terhadap kematian Zarina Mustapha. Siapa Zarina Mustapha? Kena baca Fiksyen 302 untuk menemui jawapanya. Heheheh lagi..

Siapakah Zonan?? Kenapa Zonan mahu mereka membunuh mangsa yang terlibat dalam kematian Zarina Mustapha? Memang agak pening kepala membacanya, kerana sekejap kita akan ke zaman 2032, sekejap ke zaman 2012, sekejap ke zaman 2014, sekejap kita akan ke Hospital Permai, Wad Psikatri, sekejap kita akan ke Kuala Lumpur, sekejap kita akan ke lokap, sekejap ke mahkamah, sekejap kita akan ke bilik eksperimen. Semua tempat-tempat ini menjadikan MO lebih teruja nak menghabiskan pembacaan.

Pada awal pembacaan memang MO tak dapat nak menduga bahawa ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak Dina Din. Siapa Dina Din? Dina Din ialah seorang penganalisis saham yang berjaya. Namun setelah helaian demi helaian diselami setiap ayatnya, menjadikan MO tak sabar-sabar nak menghabiskan pembacaan walaupun hari ni merupakan hari yang ke 5 pembacaan MO. Masih ada 14 bab untuk MO menoktahkan pembacaan.

Tak sabar nak tahu siapa Zonan. Siapa dalang di sebalik cerita ni. Adakah cerita ni lebih kurang cerita Rahsia Perindu? Rahsia Perindu diterbitkan pada tahun 2005 dan itu merupakan novel pertama RAM yang MO baca. Memang menguji minda. Fiksyen 302 pun macam lebih kurang sama dengan Rahsia Perindu cuma jalan cerita Rahsia Perindu MO dah lupa sebab MO baca pun masa zaman sekolah. Huhuhuhu. 

MO kata : Kepada semua peminat novel thriller anda patut dapatkan novel ini dipasaran. Satu lagi MO cadangkan anda membaca Novel Hero karya Hilal Asyraf yakni sebuah novel Islamik yang penuh dengan aksi. Sangat seronok untuk menghabiskan helaian demi helaian sehingga tiba ke noktah terakhir. Tapi mungkin ada ramai peminat novel yang tidak gemar untuk membaca genre sebegini. Cuma yang mahu MO katakan, carilah bahan bacaan yang menguji minda untuk berfikir :-)

Sekian Wassalam.


RASA CINTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..

Tetapi kita kena ingat.. 

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” 

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki/perempuan kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki/perempuan miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” 

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki/perempuan tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki/perempuan ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita.. Alangkah bertuahnya kita kalau kita mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..

HULURKANLAH CINTA PADA YANG SUDI MENERIMA CINTA KERANA ALLAH SWT....

MO kata : Ini adalah entry repost.. Semoga hubungan yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH swt...

Sekian wassalam..

Ramlee Awang Mursyid Penulis Thriller No.1 di Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Entry ni mengisahkan mengenai seorang blogger yang katanya belum pernah menjejaki ke Perlis Indera Kayangan. Tetapi hakikat hidupnya dia sudahpun menjejakkan kaki ke negeri Perlis pada penghujung tahun 2008. Aduhaiiiiiiiiiii.. Padang Besar tu di Perlis rupanya. Selama ni dia ingatkan di Kedah. Ishhh..Ishh..Ishhh.. Tragis kan.. Kalau tahu Padang Besaq tu kat Perlis maknanya dia dah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia ni. 

Intro je berkenaan Padang Besar di Perlis ni.  Entry sebenar sila scrol ke bawah gambar. :-)




Hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan 2 Disember 2011 atau dalam bulan Hijriahnya 6 Muharram 1433 MO bersama dengan seorang novelog hebat di alam Blogging ni yakni  Nadh dan pembaca Novel Tegar yang sudah mempunyai mini libary di rumahnya iaitu kakak Shida Anwar mengadakan satu pertemuan sulit.

Kami bertiga berjumpa di Extreme Park Shah Alam sebelum bergerak menaiki Kuda Biru Kak Shida yakni kereta Saga SEnya ke sebuah destinasi yang sudah dirancang perjalanannya berminggu-minggu lamanya. Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 3 petang dan sesampainya kami di tempat yang dituju yakni sebuah kawasan yang penuh dengan bangunan yang dicat putih dan ungu, Fuhhhhhhhhhhh, ramainya manusia di Pejabat Karangkraf ni walaupun hanya ada beberapa khemah sahaja yang dipasang. Dengar-dengar cerita Awal tahun depan akan ada lagi Sales. Ohhh, membeli sakanlah ye kepada semua peminat Novel.

Nampak tak gambar di atas tu, semua tu adalah koleksi novel yang dibeli oleh kami bertiga. Novel yang MO beli semua adalah genre thriller. Yang barisan paling bawah tu, dua yang paling kanan tu bukan MO punya ye. Hehehe.. Sekarang ni novel-novel cinta selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk dibaca. MO lebih gemarkan novel thriller dan aksi selain daripada Islamik Novel. 

Yang paling menarik pada pertemuan kami bertiga itu adalah blogger Nadh masak Spageti dan dihabiskan oleh MO. Dah lama sebenaqnya nak makan spageti ni, pastu tetiba balik-balik rumah rumet pun masak spageti memang rezeki MO la Sabtu lepas makan Spageti Bolongnise dan Carbonara. Heheheh... Alhamdulillah. Allah mendengar doa MO. :-) 

Sebenarnya, MO dah menghabiskan beberapa buah buku dan novel dalam bulan Oktober dan November yang lepas cumanya MO tidak ada semangat nak mereviewnya. Hati memang nak review tapi, seperti ada sesuatu yang menghalang MO untuk berbuat demikian yakni satu semangat hitam (penyakit M) yang beraja di hati ditambah pulak dengan kesibukan sebagai seorang pendidik. Kalau ada kelapangan akan direview InsyaAllah..

Errrr, kenapa tajuk berkenaan dengan RAM??? Sebabnya MO borong 4 daripada novelnya yang masih belum dibaca oleh MO. Sebelum ni MO hanya pinjam saja kebanyakkan novel-novel Melayu ni, baru sejak dua tiga tahun lepas MO mula membeli novel-novel Islamic dan Thriller untuk dijadikan koleksi disamping buku-buku yang memberi manfaat pada si pembaca. Impian MO, MO akan memiliki sebuah Mini Library di rumah MO sendiri nanti. Ameen.

Uktuk maklumat semua, MO beli 7 buah novel, ditambah dengan meminjam 3 buah novel koleksi Bagaikan Puteri karya RAM menjadikan jumlahnya 10 buah dan akan menyusul 2 buah lagi sekuens Bagaikan Puteri setelah tuannya menghabiskan bacaan. Kesimpulannya, ada 12 buah novel yang akan menjadi stok bacaan MO untuk setahun, Erkkk, yeke setahun, ke setengah tahun?? Hihihi.. Apa pun bergantung kepada kelapangan masa MO membaca novel dan membaca buku ilmiah untuk pengajaran MO..

Semoga kita semua dipermudahkan urusan selalu.. Ameen

MO kata : MO tidak lupa hutang pada blog ini.. Akan MO lunaskan 1 persatu. InsyaAllah

Sekian Wassalam. 

Keperluan Lelaki dan Perempuan dalam Hidup.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah kita dah memasuki ke tahun baru yakni 1433 Hijriah. Sekejap je kan masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk bulan kedua MO berkelana di bumi Shah Alam. Banyak perkara yang MO belajar di sini, walaupun baru masuk bulan yang kedua. Setiap hari kita akan melalui pengalaman yang berbeza. Nikmati hidup selagi nyawa dikandung badan.

“Aku tak perlukan lelaki / perempuan dalam hidup aku. Lelaki / Perempuan hanya menyusahkan sahaja. Mengongkong hidup. Aku mahukan kebebasan supaya tiada siapa boleh halang apa yang ingin aku lakukan.”

Pernah kita dengar kata-kata sebegini daripada kenalan lelaki mahupun perempuan? Kerana mereka terlalu mengejar kerjaya sehingga meletakkan perkahwinan itu suatu yang menyusahkan. Lebih baik hidup sorang-sorang daripada hidup dengan pasangan berlawanan jantina. Mereka menyangka mereka mampu hidup seorang diri tanpa bantuan pasangan yang berlawanan jenis.

Setiap kejadian itu dijadikan Allah dengan penuh hikmah. Lelaki dengan tugasnya yang tersendiri dan perempuan pula dengan tugasnya yang tersendiri. Bak kata orang, lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain.

Bila menyebut mengenai saling melengkapi antara satu sama lain, pasti akan ada suara-suara yang membantah. Siapa kata, dia tak perlukan lelaki mahupun perempuan dalam hidup. Ohhhh, dia seorang penipu besar tu. Mana mungkin kita tak perlukan lawan sejantina dengan kita dalam hidup ni. 

MO tidak mahu mengulas dari sudut perkahwinan. Yang MO mahu sentuh adalah dalam aspek kehidupan. Mana mungkin seorang perempuan itu berjaya tanpa seorang lelaki dan tidak mungkin seorang lelaki itu berjaya tanpa seorang perempuan.

Hidup seorang diri (mungkin diri rumah) iaitu dengan melakukan semuanya secara sendirian. Tetapi semasa di tempat kerja dan di luar rumah pasti ada insan berlawanan jenis dengan kita kan dalam sama-sama melakukan kerja. Jadi bantuan antara satu sama lain memang diperlukan.

Sebagai contoh, kereta rosak. Belum pernah rasanya MO menjumpai bengkel kereta yang mana mekaniknya seorang perempuan. Yang ada semuanya lelaki. Mungkin ada mekanik perempuan tetapi bilangannya sangat sedikit. Bolehkah “dia” yang tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya membaiki keretanya sendiri?

Contoh lain yang paling ketara adalah ibu dan bapa. Mana mungkin seorang bayi dilahirkan tanpa salah seorang sama ada tanpa ayah atau tanpa ibu kecuali Nabi Isa yang dilahirkan Saidatina Maryam secara sendirian. Jadi sepanjang hidupnya memang dia memerlukan pasangan berlawanan jantina untuk meneruskan hidup.

Jangan ego dengan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui keperluan orang lain dalam hidup kita. Percaya dan yakin dengan Allah kerana Allah memang menjadikan manusia itu dengan peranan yang tersendiri.
Artikel ini ditulis kerana mahu kita semua memandang bahawa setiap penciptaan Allah itu ada peranan yang tersendiri. Seperti mana tumbuh-tumbuhan untuk membebaskan oksigen dan menghirup karbon dioksida. Manusia pula memerlukan oksigen untuk hidup dan membebaskan karbon dioksida. Saling melengkapi bukan?
MO kata : Dah masuk tahun baru ni? Ada azam tahun baru ke? Azam MO tahun ni, errrrmmm.. Biarlah MO je yang tahu.. :-)
Sekian Wassalam.