Siapakah Pemilik Hati Ini?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama sangat MO tak mencoretkan sesuatu di laman ini sehinggakan ada yang bertanya kemana MO menghilang meninggalkan Laman Muslimah Optimis sepi tanpa khabar berita. MO mohon maaf atas segala kesulitan.

Siapakah Pemilik Hati Ini?

Pagi-pagi ni sementera menunggu anak-anak datang, tetiba terasa nak membuka blog, melihat ada update daripada sebuah blog hijau mengenai Hati Ini Milik Siapa?

Dah lama MO menyedari akan hakikat itu. Hati ini bukan milik kita, kerana Allah yang memegang hati kita. Perasaan kita, Allah juga yang memasukkan perasaan sayang, kasih, rindu, cinta dan benci. Tapi jangan dibiarkan perasaan benci itu bersarang dalam hati kita kerana sukailah semua orang, jangan pernah membenci bukan takut perasaan benci bertukar menjadi cinta tetapi jika mahu membenci, bencilah sikapnya yang tidak kita sukai bukan kita membenci orangnya sekali.

Jika sayang pula, sayangilah dan cintailah Allah sepenuh hati tapi cintailah manusia seadanya saja kerana dalam mencintai manusia, kecintaan kepada Allah adalah yang lebih utama. Cinta kepada manusia adalah sanadaran cinta kepada Allah. Mencintai manusia supaya rasa cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.

MO kata : Dua tiga hari ni memang tak berapa sihat. Sakit kepala, sakit perut, batuk dan demam kesan daripada infection di telinga. Tapi kerja tetap perlu diteruskan seperti biasa juga. Melayan karenah anak-anak kecil yang suci dari dosa. Mereka adalah pengubat duka di hati cikgu. Cikgu sayang kamu semua.

MO kata lagi : Sambil menulis sambil melayan lagu Penghujung Cintaku nyanyian Pasha dan Adelia. Lagu ni "seseorang" yang perkenalkan pada MO dan MO jatuh suka pulak dengan melodinya. Dimanakah penghujung cintaku??? Hohoho... Saya sedang menanti dia untuk melafaz akad "saya terima nikahnya". Hati sedang merindu pada dia yang bakal menjadi imamku. Semoga Allah dorongkan jalan.. Ameen :-)

Sekian, Wassalam.

2 Pesanan:

Sunah Sakura said... [Reply]

insya'Allah... DIA telah tetapkan siapa pemilik hati MO... :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura

insyaAllah..ameen.. biarkan masa itu datang