Awak, Maafkan Saya!

Bismillahirahmanirrahim..

Maafkan saya kerana telah melukakan hati awak dengan kata-kata saya. Saya zahirkan kata-kata itu kerana saya sayangkan ukhwah antara kita. Jika awak kata awak sayangkan ukhwah kita, saya lebih-lebih lagi sayang walaupun kadang-kala saya meluahkan rasa tanpa mengambil kira hati awak. Saya tahu awak terasa walaupun awak cakap awak tak mudah terasa,  awak kata, "jangan risau ye?"

Awak selalu akan risau kalau saya tak membalas mesej awak, awak takut saya marahkan awak. Awak takut saya terasa dengan awak. Tapi sungguh saya beritahu, tidak pernah saya terasa kecuali atas satu perkara, saya terguris di kala awak khabarkan satu berita dan awak berkali-kali memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi janji. Saya faham awak. Saya tak marahkan awak. Saya cuma risaukan awak sahaja.

Kadang-kala semasa berbual di telefon, saya dengar tangisan kecil awak. Tapi awak sembunyikan dari saya, saya tahu tapi saya sengaja buat-buat tak tahu (kejamkah saya?). Menangis bukan tandanya lemah kan? Semua manusia pun pernah menangis. Itu lumrah tanpa mengenal jantina. Awak tahu kenapa saya sayangkan awak, sayangkan ukhwah kita? Sebab awak baik dan awak mengajar saya banyak perkara. Awak mungkin tak menyedarinya, tapi saya merasainya. 

Walaupun saya buat awak terluka tapi awak masih tersenyum terhadap saya. Saya seperti masih terbayang senyuman awak pada kali pertama kita berjumpa. Senyuman itu tampak ikhlas tetapi penuh tanda tanya yang saya tidak dapat rungkaikan. Sebabnya saya tidak dapat membaca hati awak. Hati awak sangat misteri. Saya tak mahu awak benci saya. Saya mahu perasaan sayang itu terus ada dalam hati awak untuk saya. Tidak salahkan untuk perasaan itu?

Awak baik, malah lebih baik dari saya. Kadang-kadang saya rasa terpukul dengan kata-kata awak yang mulia sedangkan saya, kejamnya hati saya. Awak kata awak seorang pendendam. Benarkah? Saya mohon sangat awak tidak mendendami saya.

Mungkin disebabkan kata-kata saya siang tadi, membuatkan awak menyepikan diri pada malam hari. Saya tidak pasti apakah perasaan awak di kala membaca luahan hati saya tapi saya tahu awak sedang terluka. Saya juga sedang terluka awak. Cuma hati saya terlalu keras untuk menitiskan air mata. 

Awak, awak jarang sangat tidak membalas mesej saya. Selalunya sayalah yang sering terlupa membalas mesej awak. Sehingga awak terasa saya marahkan awak. Tidak awak. Kalaupun awak tertidur di malam hari, awak akan meminta maaf keesokkannya kerana lambat membalas mesej saya. Awak memang calon pasangan idaman. Sesiapa yang memiliki awak pasti akan beruntung.

Awak, saya selalu doakan awak untuk terus mengecap bahagia. Saya tahu, awak juga selalu mendoakan saya bukan? Kerana kasih sayang yang ada dalam hati kita. Perkenalan kita, bukanlah satu detik perkenalan yang manis. Tapi Allah perkenalkan kita untuk memberi tarbiah. Awak hadir di saat dia pergi dari hidup saya. Terima kasih kerana membuat hidup saya ceria.

Awak, saya tidak pernah mencari kesempurnaan dalam diri pasangan saya kerana saya tahu saya juga tidak sempurna. Kekurangan dan kelebihan itu akan menjadi pelengkap bukan. Itu yang awak katakan pada saya.

 Gambar dari FB


Awak, saya mahu kita terus saling membantu untuk ke syurga. Walaupun saya tahu, sangat susah nak ke syurga Allah. 

Awak, awak. Misteri orangnya. Saya doakan yang terbaik untuk awak kerana awak adalah dari kalangan yang baik-baik. 

Sabda Rasulullah,
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

MO kata : Allah uji sebab Allah sayang. Saya tidak mahu memutuskan persaudaraan dengan sesiapapun. Mungkin benar awak terlalu marahkan saya. Atau awak terlalu letih sehingga awak tidak membalas mesej saya seperti selalu. Saya minta maaf awak, jika saya dah lukakan hati awak untuk kesekian kalinya.

Gambar dari FB

MO kata lagi : Jangan kutuk lepas baca.

Untuk Awak : Saya sayangkan awak kerana Allah. Tolong maafkan saya. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dan tolong jangan pergi dari hidup saya, biarlah ukhwah ini sampai bila-bila. Setiap kejadian itu berlaku dengan penuh hikmah.


2 Pesanan:

korie hensem said... [Reply]

waaa, puitisnye ayat, tgah bergaduh ke apa? hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@korie hensem

salah faham je.. hehehe.. tak gaduh pun