Taaruf dan Bersetuju (17.12.12 )

Bismillahhirahmanirahim..

Alhamdulillah.

17.12.12 hari yang saya pilih. Kalau orang lain sibuk memilih 12.12.12 tapi saya lebih senang memilih 17.12.12 sebabnya 17 adalah angka istimewa dalam hidup saya, tarikh saya dilahirkan ke dunia ini. = 17.10.87.  

InsyAllah dengan izinNya, jika ini jodoh yang Allah suratkan untuk saya tahun 1436H kami akan disatukan. Tapi kalau terawal atau terlambat tu, Allah yang tentukan, saya akan terima dengan redha. Ini doa saya. Moga Allah makbulkan.

Masih banyak masa untuk saya persiapkan diri untuk menuju ke jalan yang benar-benar diredhai Allah. Tidak perlu tergesa-gesa untuk hidup bersama kerana untuk hidup bersama ini bukannya mudah. Bermula tarikh ini, saya perlu lebih banyak menimba ilmu.

Tidak mahu mengulang kisah lama. Walaupun bersetuju untuk hidup bersama-sama, itu bukan tandanya perlu bercouple bukan. Tak perlu pun nak berhubung selalu kan. Yang penting jaga diri masing-masing. Say No Couple Before Akad.

Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..
 Gambar dari FB

MO kata : Tadi sembang-sembang dengan mama, walaupun nak nikah lambat lagi tapi mulai tahun depan dah boleh membeli gift untuk orang ramai sikit-sikit kan. Lepas dua tahun, mesti tak terasa wang yang dikeluarkan untuk satu jumlah yang banyak. Moga Allah memberikan ruang untuk terus dekat padaNya. Kami dahagakan limpah dan rahmatMu Ya Allah. Ameen.

MO kata lagi : Tahniah untuk Puan Maria Elena, dah kahwin pun pada tanggal 12.12.12. Cantik sangat baju kahwin dia, saya pun nak macam tu.

Nak tahu lebih banyak pasal Taaruf dalam Islam?? Klik

4 Pesanan:

H Y D E said... [Reply]

amboi? sesungguhnya saya terperanjat umpama gelombang ombak menghempas pantai. ini berita baik ni!!

Muslimah Sejati said... [Reply]

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan jodoh MO... Kita perempuan harus memilih bakal 'imam' untuk dia membimbing kita ke jalan yg diredhaiNYA..

p/s: Bgthu awl tau kalau dh majlisnya nanti.. InsyaALLAH akan menyusul ke sana nanti ;-)

aDisH.sHidA said... [Reply]

jangan lupa jemput ye bila tiba masa nya nanti

Z@i Z@mR33 said... [Reply]

Alhamdulillah...moga2 jodoh itu ada