Untuk Kamu


Bismillahirahmanirrahim...

Roda kehidupan sentiasa berputar
Atas bawah atas bawah
Kiri kanan kiri kanan
Depan belakang depan belakang

Dikala putaran itu
Aku dan kamu sentiasa berubah
Usia, perwatakan, kematangan

Benar kata cendiakawan
Masa bisa merubah segalanya

Suatu masa
Allah zahirkan ingatan terhadap dirimu
Aku terpaksa membuang jauh ingatan itu
Pedih
Tetapi terpaksa kugagahi

Tersenyum dalam kedukaan
Ketawa dalam tangisan
Hanya Allah yang tahu

Bibir dan hati
Kadang-kala tidak seiring
Memaksa diri menjadi hipokrit
Mengenai perasaan sendiri

Mujur saja
Keluarga masih setia di sisi
Menerima segala kekurangan dan kelebihan diri

Mujur saja
Sahabat masih setia berdiri
Memberi inspirasi setiap hari

Dikala aku sudah bersedia
Diri ini dipersenda
Hanya kerana cemburu butamu
Hina sangatkan aku
Sehingga kamu sanggup bilang begitu

Pernah suatu ketika
Katamu
Mahu menjaga aku
Tetapi
Jagakah kamu terhadap diriku?

Aku tidak tahu
Apa yang ada dalam hatimu
Misteri sungguh seketul hati itu
Hanya kamu dan Penciptamu sahaja yang tahu

Pada saat aku kembali riang
Tersenyum  kegembiraan
Kamu datang membawa kata hati
Seronokkah aku?
Aku sendiri buntu

Katamu padaku
Aku langsung tidak memberi peluang
Tapi sedarkah kamu
Sudah banyak peluang yang aku berikan
Kamu saja tidak pernah mengerti

Katamu lagi
Tidak usah aku menyimpan rasa sakit di hati
Kerana
Aku yang membuang kamu
Tetapi sedarkah kamu
Bukankah kamu yang buang aku suatu ketika dahulu?

Aku tidak pernah lupa
Kata-kata nistamu padaku dulu
Hancur musnah impian aku
Untuk hidup bersama kamu
Menjadi tulang belakang perjuanganmu

Setelah izin dari ayahanda dan bondaku
Kamu melakukan aku seperti abu
Ditiup bersepai tiada halatuju
Rayuku
Kamu buat tidak tahu

Tiga minggu aku menyusun kata
Mencari ruang
Membuahkan rasa

Terkejut bondaku mendengar rajuk dihatiku
Bondaku sentiasa disisiku
Kataku
Berikan aku dua tahun lagi
Aku masih mahu bermanja bersama ayahanda dan bonda tercinta

Jodoh itu terlalu misteri
Tidak mungkin aku mengetahui
Sesuatu yang masih menjadi rahsia
Selama 25 tahun lewat hidupku

Jika kamu mengerti perasaanku
Niat suciku
Tidak mungkin untuk kamu khianati aku

Aku tidak salahkan kamu
Ini ujian buat aku dan kamu
Akulah yang bersalah
Tetapi aku tidak mampu menurut katamu
Yang aku turuti
Hanya Kata Pencipta Aku

Khilafku dan khilafmu
Kerana Allah mahu memberitahu
Perjalanan episod hidup ini baru bermula

Tiada siapa yang tahu
Apa yang bakal berlaku sesaat kemudian
Masih bernyawakah aku?

Untuk aku dan kamu
Renungilah dari dalam diri
Apa yang ada tersembunyi
Disebalik seketul daging yang bernama hati

"Aku memilihmu untuk diriku?"
Kata itu selalu kamu ungkapkan padaku dulu
Tetapi sedarkah kamu?
Siapa yang memilih?
Aku? Kamu? atau Pencipta Aku dan Kamu?

Jika kamu tanya
Apa yang ada dalam hatimu dan hatiku
Jawapanku
Tanyalah pada Tuhanmu dan Tuhanku
Kerana Dia yang memasukkan "rasa" itu

Teruslah bermusafir di bumi Tuhan
Kelak
Kamu akan temui
Apa yang Allah pilih untukmu
Kelak
Aku juga akan temui
Apa yang Allah pilihkan untukku

Moga Allah ampunkan dosa. 

Muslimah Optimis
12.33 am
28/12/2012 = 14/2/1434H.


MO kata : Ternampak status Iffah Afeefah (penulis cerpen cinta dan jiwang semalaya) di Muka Buku "Lepaskan cinta itu pergi sekiranya ia mendatangkan kesengsaraan"

Kata MO pula : Ya, saya sedang melepaskan cinta itu pergi kepada yang haknya. Persinggahan cinta yang hanya seketika itu pernah membuat hati ini bahagia dan pernah juga membuat hati ini berduka. Perasaan kini? Entah bahagia, entah berduka. Saya serahkan kepada Allah swt semuanya. Buat masa sekarang saya masih mahu bermanja dengan ayahanda dan bonda. Belum puas rasanya dikala usia sudah menginjak suku abad bersama mereka yang tercinta. InsyaAllah. 1436H mungkin membongkar rahsia siapakah yang Allah pilih untuk saya. Ameen

MO kata lagi : Sebenarnya aku terlalu sayang untuk melepaskan kamu pergi, namun aku terpaksa memilih jalan ini. Bukan aku mementingkan diri, namun aku tahu, aku tidak mungkin dapat membahagiakan kamu. Aku yang degil dan keras kepala, kadang-kala mengundang baran di hati kamu. Aku minta maaf. Aku tidak tahu sama ada kamu akan membaca coretan ini atau tidak. Tetapi sekurang-kurangnya aku telah meluahkan sesuatu yang lama terbuku dihatiku. Aku mahu tutup buku tahun 2012. 

MO kata lagi dan lagi : 2013, pasti lebih banyak rencana Allah untuk saya dan kamu dan kamu semua di atas muka bumi ini. Jangan lupa Allah kerana DIA tidak pernah melupakan aku, kamu, kamu dan kamu. :-)

### Peringatan : Terpulang kepada pembaca mahu menganggap ini kisah benar atau rekaan. Jangan ingat Iffah Afeefah saja pandai menulis, MO pun sedang mencuba bakat juga. Heheheh. Tahun 2010 MO pernah mencuba bakat juga dalam pertandingan menulis cerpen antara blogger anjuran Ain Zulaikha. Nak baca Klik Cerpen Sesedap Rasa. MO menang Kategori Cerpen Paling Serius. Dapat topup RM10. Untung tu. Sapa nak bagi topup free padahal tu kali pertama berjinak-jinak menulis cerpen. Alhamdulillah.

4 Pesanan:

nur said... [Reply]

CINTA Allah... :)

mr E oSk gurL said... [Reply]

waaah....selamat mencuba bakat kak aimaa... nice la... kalau quotes istanbul aku dtg plak... "dua jiwa yg sebati sukar utk dileraikan..."

bagi kami... kalau seseorang tu betul selayaknya jodoh kita, apa pn berlaku tetap takdir DIA bakal menemukan... hati rabak tu nk buat mcm mana kan K.A...adat lah sbg manusia... all the best pertandingan cerpen nya ^_^

Muslimah Optimis said... [Reply]

@nur

ya, rebutlah cinta Allah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@mr E oSk gurL

ya, tu lah nak cuba menulis yang jiwang-jiwang pulak.. hehehe..

hati rabak?? TTM hati rabak eh???