Terengganu Pengeluar Minyak Utama di Semenanjung Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Warna bendera negeri Terengganu Darul Iman adalah hitam dan putih. Dalam apa sahaja yang kita lakukan mesti ada hitam dan putih kan, perlu ada dokumen bertulis, tak cukup sekadar hanya cakap mulut sahaja. Ok, bukan nak cakap pasal warna hitam dan putih ni, tapi sekadar nak maklumkan dan berkongsi pengalaman dengan semua pembaca mengenai trip MO ke Terengganu bersama sahabat dari UM.

Kami memulakan perjalanan pada jam 9.30 malam dari Shah Alam (MO, Fa, dan Kir bersama Pok Ya). Jam 6.00 petang je terus bersiap-siap balik untuk kemas barang dan bawak apa yang patut ke Terengganu (selalunya kami balik lewat - MO, Fa dan Kir, bukan sebab nak bodek bos tapi sebab banyak kerja yang tak tau nak siapkan yang mana dulu, huhuhu). Kemudian, kami singgah di Pantai Permai. Di sini, muatan kereta adalah sebanyak 6 orang dengan pertambahan Kak Ain dan Sarah. Kami naik Alza yang disewa dengan bayaran sebanyak RM 450 untuk tiga hari. Tong-tong sorang sikit.

Kemudian perjalanan ke Terengganu bermula pada jam 11 malam dari Pantai Permai. Sepanjang perjalanan tu MO mampu bertahan sehingga jam 12.15 pagi je, then terus ketiduran sehingga hampir sampai ke Kerteh. Subhanallah, memang cantik lampu-lampu di Kawasan Perindustrian Minyak Terengganu (apa entah nama sebenarnya, MO lupa la pulak). Tapi tak boleh amik gambar, siap ada tulis DILARANG MENGABIL GAMBAR tapi mungkin juga ada orang yang amik kan. Jadi MO try google nak cari gambar Petronas. Jmpa sekeping gambar dari blog adunancahaya. 


Cuba klik gambar tersebut untuk mengetahui serba sedikit mengani Loji Petronas Kerteh. :-)

Kami sampai di rumah Fa yang bertempat di Dungun pada jam 5 pagi. Sementara nak menanti subuh tu terus check senarai nama untuk temuduga bagi Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sebab dimaklumkan senarai nama untuk empat negeri dah keluar. Ya, MO kena temuduga pada 30 Januari 2012. Masa yang ada kurang dari 10 hari. Ditolak percutian MO ke Terengganu ni, bertambah kuranglah hari untuk persediaannya. Yang menambahkan kerunsingan MO apabila hujung bulan ni juga akan diadakan Audit dalaman bagi kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan MO sebagai pengajar perlu menyediakan segala jenis fail yang berkaitan untuk audit tersebut dan MQA pula akan berlansung pada 14 dan 15 Februari 2012. Memang runsing, dengan belum ulangkaji untuk temuduga. Huhuhu. Semoga Allah permudahkan urusan. Ameen.

Hurmm, perjalanan 210112 dimulakan pada jam 9.25 pagi menuju ke kampung yang terpanjang di Terengganu iaitu kampung Delong (The Long) heheheh, untuk menghadiri majlis akad nikah seorang sahabat dari UM. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Ada satu pertemuan yang tak dirancang berlaku di rumah sahabat tadi. Dalam entry berkenaan Tunang Saya Berusia 25 tahun, ada dinyatakan tarikh jemputan walimah sahabat-sahabat. Dan tanpa disangka di kediaman Wan Hasanah, terjumpa dengan Che Det (rakan sepejabat) yang merupakan bekas teman serumah suami pengantin perempuan. Patutlah, mula-mula ternampak kelibat Che Det, eh macam kenal. Che Det pun perasan MO dan Fa agaknya, dia angkat kening menandakan kami tak salah orang. Minggu depan gilirang Che Det pulak bergelar suami orang. :-) Saya tumpang gembira.

Balik dari rumah Kak Anah, kami ke pekan Dungun sebentar untuk membeli hadiah kepada pengantin. Hadiah tak sempat nak beli. So bagi hadiah lambat sikit. Hihi. Lepas beli barang terus pulang ke rumah Fa, memandangkan Adah dan dua orang adiknya telah sampai. Adah singgah umah Fa selepas ke walimah kak anah. Adah merupakan partner praktikal MO dulu. :-) Kemudian, sampai pula Jie dan Linda yang juga sahabat dari UM. Sekarang masing-masing berdebor nak temuduga. Huhuhu.

Disebabkan tidak berapa nyeyak tidur semasa dalam perjalanan ke Terengganu, masing-masing ketiduran keletihan. Selepas asar, lebih kurang 5.45 petang, kami bersama dengan ahli keluarga Fa, menuju ke Pantai Teluk Gadong untuk menikmati hembusan angin pantai sambil-sambil makan keropok lekor. Sedap sungguh dihembus bayu pantai.

Kejadian di pantai yang menarik minat MO apabila seorang bapa mahu mendidik anaknya menjaga alam sekitar dengan menyuruh anaknya yang berusia dalam lingkungan 5 tahun, mengutip sampah yang berdekatan dengan kakinya. Si ayah juga hanya membiarkan si anak bermain pasir pantai. Sebenarnya dalam proses pembelajaran, bermain pasir adalah suatu aktiviti yang digalakkan kerana aktviti ini akan meningkatkan keupayaan motor kecil dan motor besar kanak-kanak. 

Kami pulang bila waktu hampir jam 7 petang. Sampai di rumah lebih kurang jam 7.30 petang. Malamnya, sangat meriah apabila kami dihidangkan dengan ikan dan kerang bakar. MO makan sangat banyak. Sebab sedap. Hihihihi. 

Lepas makan dan mengemas, tentulah sesi merehatkan diri. Esok akan sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Hajat di hati nak melawat Taman Tamadun Islam dan pusing-pusing sekitar Masjid Kristal. Esok ada diskaun sempena cuti sekolah. Diskaun RM 5 je pun. Tapi menguntungkan. Dengan RM 5 macam-macam boleh buat kan. :-)

MO kata : Percutian yang best tetapi jiwa sedikit runsing dengan panggilan temuduga dan urusan di tempat kerja yang sangat banyak. Walau apa pun, jangan berhenti berusaha untuk mencapai yang terbaik. Pesan seorang sahabat, nama baik kita kena jaga. 

Nantikan perjalanan esok pulak. :-)

Sekian Wassalam.

Explorace Antara Pelajar dan Pensyarah PTPL College di Taman Tasik Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama rasanya badan tak beriadah, kalo beriadah pun sekadar pergi dan balik kerja berjalan kaki. Naik tangga turun tangga rumah dan kolej.  Itu pun dikira riadah kan. Kiranya hampir setengah jam berjalan kaki pergi dan balik kerja dan jalan-jalan kaki di sekitar kawasan kolej. Cukuplah tu kan. 

Tapi tubuh badan ni terasa lama sangat tak jogging dan berlari-lari anak. Jadi kesempatan Exploarace antara Pelajar dan Pensyarah PTPL College di Taman Tasik Shah Alam, petang tadi (19 Januari 2012), digunakan sepenuhnya. 

Aktiviti dimulakan pada jam 2.30 petang (bergerak ke Taman Tasik Shah Alam dari PTPL College). Kemudian, pendaftaran dan senam robik sehingga jam 4 petang. Senam robik siap dengan aktiviti memanaskan badan. Dah lama tak bersenam robik ni, seronok pulak rasanya. Hurmm, macam lepas ni nak join senam robik pulak.

Lepas dah bersenam robik, semua pelajar dan pengajar di bahagi mengikut kumpulan masing-masing. Saya kumpulan UNGU. Ungu tu lambang kepada kemewahan dan kemampuan. Mewah tu subjektif kan, mewah dengan kasih sayang, mewah dengan ilmu dan segalanya. Mewah bukan merujuk kepada harta saja kan.

Taman Tasik Shah Alam tu bukan kecik, bosau sangat. Kami kena pusing dua pusingan untuk menyelesaikan explorace tu. Enjoy sangat. Di setiap check point akan diberikan tugasan untuk pelajar. Kami sebagai mentor saja membantu apa yang perlu dan sebagai sumber semangat.

Check point pertama, klunye adalah "Si Kembar siam duduk berteduh, nak minum kopi tak ada duit". Kat mana ni, jalan-jalan ke check point, salah, check point kedua yang kami jumpa pon salah dan check point ketiga barulah betul. Sebelum dapat klu dan tugasan kena habiskan pembayang pantun yang diberi.

Pembayang Pantunnya, 

Berburu ke padang datar, 
dapat rusa belang kaki

Alamak, tak ingat pantun ni. Tetiba Si Zaqir pun dengan lantangnya sambung berguru kepalang ajar dan dia terlupa maksud pantun terakhir. Memikirkan beberapa saat sebelum saya menyambung, bagai bunga kembang tak jadi. Yes, betul. Alhamdulillah, Allah kembalikan ingatan. Pantun ni dulu pernah dilukis sebagai mural di sekolah rendah MO dulu. Dah beberapa belas tahun, ingatan itu didatangkan semula. Tugasan pada check point pertama ini, adalah pelajar diminta menulis di atas kertas Siapa Mereka 7 tahun akan datang. Kalau MO, 7 tahun akan datang MO dah berkahwin, ada anak dan sudah tamat Sarjana. Ameen. Moga dipermudahkan urusan.

Kemudian kami diberikan klu kedua, "Mama, adik nak Nemo". Aduh..Aduh, kat mana nak cari Nemo?? Ok, sebelah tasik Shah Alam ni ada Wet World, mungkin di situ yang dimaksudkan. Kami ke Wet World. Mak Aihhh, jauh nak jalan. Jumpa lah check point seterusnya. Ada tiga teka-teki yang perlu dijawab sebelum diberikan tugasan dan klu. 

Soalan 1, Kenapa cowboy maxico bawak guitar? Jawapan yang kami beri "sebab dia tak bawak pistol". Yes betul.

Soalan 2, Apa persamaan antara gajah dan tiang eletrik? Jawapan kami "dua-dua perkataan ada huruf E". Tukang jaga checkpoint kata, jawapan boleh diterima. MO pun tanya lah apa jawapan yang diberikan, dia kata "dua-dua tak boleh terbang". Hahaha, kalau masukkan gajah dalam kapal terbang, agak-agak gajah tu terbang tak??? Hehehe. Kemudian, disampuk oleh Kak Bet, Kami bagi jawapan yang akademik. heheheh. 

Soalan 3, MO tak dapat nak recalled. Huhuhu.

Tugasan kat sini adalah, setiap pelajar perlu buat path way perjalanan hidup mereka dalam tempoh beberapa tahun akan datang. 

Kami meneruskan perjalanan dengan klu, "Memandang air mencurah-curah". jauh weh, ni kena pusing balik ke check point tak jadi kami yang pertama tu, yang hampir dengan tempat pelepasan. Ok, sampai kat sini, kami kena nyanyi lagu dengan lirik sendiri menggunakan melodi lagu tiga kupang. Ok, done. Tugasan adalah pelajar diminta untuk menuliskan strategi untuk berjaya menjadi siapa mereka tujuh tahun akan datang. 

Klu yang seterusnya kami dapat ialah, "Rumah pondok dasarnya basah". Ni kami agak mesti dekat pondok yang dalam air kat seberang sana. Sekali lagi kami terpaksa berlari-lari anak sambil berjalan-jalan kaki nak menuju ke sana. Kedudukan check point terakhir dengan check point tempat air mencurah-curah tu adalah lebih kurang setengah km kot.

Sampai di check point seterusnya, kami kena nyanyi dengan semangat beserta dengan gaya lagu yang kami cipta liriknya tadi. Ok, tugasan dekat sini adalah pelajar kena buat jadual belajar mereka sendiri dibantu oleh pensyarah. 

Leganya, bila dimaklumkan itu adalah check point yang terakhir. SO, memang genap dua pusingan kami berlari-lari anak tadi. Cuma nak ke kereta yang diparkir tu pun, jauh jugak nak berjalan. Kalau kira-kira dalah dalam Dua pusingan setengah tasik tu ditawafnye. 

Pengalaman yang menarik dan sangat enjoy. Positif-positif selalu. Walaupun nampak jauh sangat, tasik tu nak kena pusing, tapi berjaya diharungi dengan keyakinan yang kuat untuk sampai ke garisan penamat. Apa sahaja yang kita lakukan adalah mental kita kena kuat. Apa saja yang kita buat, mental kita yang kena beri arahan. Bila mental kuat, fizikal secara automatiknya akan kuat. :-)

MO kata : Esok malam akan bergerak ke Terengganu ke walimah Hasanah dan Husaini. :-) Perancangannya, esok malam gerak dan akan sampai pagi sabtu, singgah berehat di rumah Miss Fa dan tengah hari akan ke walimah sahabat tersebut. Kemudian akan pusing-pusing Terengganu lah. Hajat singgah-singgah ke tempat menarik. Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, harus dilawati. :-) Doakan perjalanan kami semoga selamat pergi dan pulang.

Sekian Wassalam. 


Tunang saya berumur 25 tahun (Dia Dah Tua)..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

25 tahun tu dah kategori tua ke??? Ishhh. Muda lagi lah. Baru seperempat (1/4) abad..

Minggu lepas masa dalam kelas, lepas mid semester exam, MO tak memulakan kelas lagi, MO cuma sembang-sembang berisi dengan student MO mengenai hidup, motivasi dan wawasan. Bagi yang dapat rendah tu, MO katakan jangan putus asa. Allah bagi kita merasa gagal sebab Allah nak bagi kita merasa berjaya.

Alasan yang diberikan kerana dapat result rendah adalah sibuk kerja sehingga tak sempat study. Berjayanya kita dalam peperiksaan belum tentu kita berjaya dalam kehidupan yang penuh mencabar kini. Setiap hari kita akan melalui proses untuk berjaya. Ujian dan cabaran dalam hidup itu adalah rencah untuk berjaya tapi kejayaan seperti mana yang kita mahukan?? Persoalan ini ditinggalan bersama jawapan yang anda tentukan sendiri. Minggu lepas juga diadakan ceramah motivasi untuk student tapi pengajarnya terlibat sekali dengan tajuk "PERCAYA UNTUK BERJAYA". 

Kita Percaya Untuk Berjaya, dengan iringan usaha dan doa pasti kita akan berjaya. :-)

Dalam sesi perbincangan tu (MO dalam kelas suka berbincang - komunikasi 2 hala) ada pulak suara mengatakan Qaisara (bukan nama sebenar) sibuk nak bertunang. Qaisara menafikan. At last dia mengaku jugak nak bertunang bulan depan dan MO pun tanyalah, nikah bila pulak? Dia kata Insya Allah tahun depan. MO tanya lagi, bakal tunang umo berapa (sibuk je nak tau kan.. hehehe). Dia kata bakal  tunang dia dah tua. MO ingatkan tua tu merujuk kepada umo 30-an ke, 40-an ke... Cehhhh, 25 tahun tu dia kata tua. Tua dari dia la tapi sebaya MO. MO tak boleh terima dia kata 25 tahun tu tua. Muda lagi ok.. MUDA.... (hakikat MO tak boleh terima diri dianggap tua).. Hehehe. Takdelah, boleh je terima. Tapi rasa macam, jiwa ni masih muda remaja.

Bila dengar orang nak menikah ni,. MO tumpang gembira. 

210112 : Wan Hasanah bersama pasangan,  Terengganu (sahabat masa di UM)
260112 : Zairi bersama pasangan, Kelantan (rakan sepejabat)
040212 : Akmar bersama pasangan, Terengganu (juga sahabat dari UM) 
040212 : Mastura  bersama pasangan, Gombak (kawan masa sekolah rendah)
040212 : Che Det bersama pasangan, Kedah (rakan sepejabat)


Tahniah untuk mereka.

Semalam ada seorang kenalan masa zaman sekolah chat di FB berkias-kias menyanyakan perihal MO yang dengar kbabarnya mahu bernikah,. Hurmm, katanya dia dapat tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Entah sumber manalah tu. MO memang nak bernikah, tapi tak tahu bila. Hehehe. MO cakap lah kat dia, mestilah dia yang dulu bernikah sebab dia dah bertunang. MO belum ikat janji dengan sapa-sapa. Jika sudah jodoh, MO terima dengan redha siapa jua pilihan Allah untuk MO. MO berdoa bakal suami MO juga adalah Jurutera-Bangsa sama macam MO. Senang nak plan cuti. Hehehe. Tapi kalau bidang kerja lain pun, MO terima je. :-)

MO kata : Selamat Pengatin Baru kepada semua sahabat handai yang akan atau telah menamatkan zaman solo. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Syurga. Ameen.

Sekian Wassalam.

Warkah Biru untuk Muslimah Optimis

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Warkah Biru Untuk Muslimah Optimis.
Warkah biru oo warkah biru..
Memuatkan mata hitamku mejadi biru..
Fikiranku jadi celaru....
Hidupku jadi tak menentu..
Siang dan malamku terganggu..
Sejak dua tiga menjak menerima warkah biru ni, hidup MO jadi tak tentu arah. Serius. Kenapa dan mengapa??? Sebabnya, MO terpaksa memaksa otak bekerja lebih pada kadar biasa. Sabtu dan Ahad juga terpaksa bekerja demi untuk mendapatkan sesuap nasi (ayat tragis sangat).
Almaklumkan, bila selesai saja sesuatu peperiksaan, pengajar-pengajar akan mula pening kepala nak menghabiskan menyemak skrip jawapan yang beraneka jenis jawapan dan tulisan. Masa yang diberi hanya TIGA hari selepas tarikh peperiksaan. Mereng kepala dalam tempoh tiga hari nak kena habiskan 100 atau 200++ skrip jawapan. Mujur skrip jawapan student MO 100++ je. Kalau yang 200++ memang masak la. Huhuhu. 
Bila menghadap terlalu lama helaian-helaian biru tu mata akan jadi letih amat-amat letih sampai rasa tak boleh nak bukak lagi dan sampai rasa tak boleh nak baca lagi apa yang ditulis, kalo baca pun tak paham butir tulisan (kes serius kan). 
Inilah dilema yang dihadapi oleh kami semua. Tapi kena juga jalankan tugas. Bila tengok ada student yang hanya membiarkan helaian kosong tanpa jawapan terasa sedih, pelbagai persoalan bermain di minda. Adakah apa yang diajar tidak difahami atau mereka yang malas belajar (MO pon pernah jadi pelajar yang malas belajar).. huhuhu. Ini agaknya yang menimpa mereka sekarang. Tapi bibir akan mengukir senyum bila menanda dan banyak jawapan yang betul, terasa sejuk hati seorang pendidik. :-)
MO kata : Belajar menguruskan tekanan hidup. Tekanan itu adalah teman baik manusia kerana kita akan menjadi lebih kuat dan matang selepas itu.
Sekian Wassalam.

Tanggal Kasut Dalam Exam Hall


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Musim peperiksaan akan membuatkan pengajar-pengajar mula sibuk menanda skrip-skrip jawapan yang pelbagai bentuk jawapan. Kalau bentuk buku jawapan tu sama je, segi empat tepat bewarna biru. Mempunyai ruang untuk ditulis nombor matrik, nombor meja, nombor IC, subjek, kod Subjek, tarikh, masa dan program pengajian. 

Yang memeningkan kepala pengajar-pengajar ni bila nak menyemak skrip-skrip jawapan yang sangat meriah dengan pen bewarna warni, tulisan pelbagai font. Yang pakai areal tu takpalah senang nak baca, tapi ada jugak yang pakai tulisan pusing-pusing, lilit-lilit semua ada sehinggakan mata pemeriksa naik juling. 

Bia mula membaca helaian pertama skrip jawapan pelajar pertama rasa mata dah berpinar, sehingga ke skrip jawapan yang paling akhir. Memang rasa nak mengeluarkan segala isi perut bila hampir sampai ke skrip jawapan terakhir. 

Baru kutahu, susah rupanya mahu menyemak skrip jawapan yang beraneka jenis jawapan ni. Tahap kesabaran kena tinggi, kalau tak boleh dapat tekanan darah tinggi. Patutlah dulu masa zaman belajar, pensyarah kata, kalau soalan tu minta EMPAT hanya bagi EMPAT jangan bagi lebih, menyusahkan pemeriksa. Memang benar. Dulu masa zaman study, ingatkan kalo tak konfem jawpan bolehlah bagi lebih, kot-kot jawapan yang lebih tu betul tapi akan menambahkan beban pemeriksa.

Eh, apa kaitan penulisan kali ni dengan tajuk entry. Memang tiada kaitan, cuma nak dikongsikan bahawa memang menjadi trend pelajar menanggalkan kasut semasa jawab exam ke?? Sebab MO pun pernah buat. Kelmarin semasa menjadi pengawas peperiksaan, MO terperasan ramailah pulak calon-calon yang menanggalkan kasut. Siap letak melintang bawah kerusi lagi. Maaflah, tiada gambar nak ditunjukkan, sebab tiada gadget canggih yang dibawa, bawa diri saja. 

Lagi, macam-macam gaya yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar semasa memikir jawapan, yang paling kelakar bila 10 minit lagi nak habis masa, semua pakat kalut dah nak menoktahkan jawapan. Apapaun, pengalaman itu telah saya lalui dulu. 

Dulu masa zaman sekolah saya teringin nak jadi cikgu yang bagi soalan atas meja, masa di zaman universiti saya teringin nak kumpul slip kehadiran pelajar. Dan hari ini, keinginan saya itu tercapai. Banyak keinginan kecil saya sudah tercapai. Alhamdulillah.

MO kata : MO memang suka berangan, dari angan-angan tu MO pasang cita-cita dan impian. Biar angan-angan menjadi kenyataan. Yang pasti usaha dan doa.. :-)

Sekian Wassalam.

Tiramisu vs Kek COklat Moise Tanpa Telur.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah tiga hari masuk tahun baru 2012. 18 Januari 2012 genap usia MO suku abad, atau lebih tepatnya pada 23 Safar 1433 H nanti. Kalau ikut bulan omputih 17 Oktober 2012 nanti baru genap 25 tahun. Haihhhh, 25 tahun sudah tapi rasa macam kerdil sangat dan jahil sangat diri ni. Masih banyak yang perlu dipelajari dan dijadikan amalan. 

Azam tahun ni apa?? 

Hurmmm. 

Mahu jadi lebih berdisiplin untuk bla.. bla.. bla.. 

DIsiplin tu penting, bila kita LEBIH berdisiplin maka hidup kita akan lebih teratur dan menjadi lebih sistematik. Bukan bermakna hidup sekarang tunggang langgang namun azam tahun ni untuk menjadikan diri ini lebih rigid dan lebih sistematik. Al-maklumlah, bila usia bertambah, tanggungjawab bertambah. 

Baru je sampai Shah Alam Subuh pagi tadi dari Kulim. 3 hari di kampung sempatlah membuat Tiramisu dan Kek Coklat Moise Tanpa Telur. Hasilnya tidak menghampakan. Balik sekali lagi, nak cuba resipi lain pulak. Mungkin Cheesecake. Mungkin, mungkin banyak kemungkinan. Apa lagi makanan yang sedap untuk dicuba masak sendiri ye?? Kawan-kawan ada cadangan??

Bila menyentuh soal makanan pasti akan terkait halal dan haram. Makanan yang dibeli dekat luar kadang-kadang diragui kebersihannya. Selama kita hidup ni kita dah makan berapa ratus kilo beras, ikan, ayam dan sebagainya (segala jenis benda kita makan kan). Kalau makanan itu diragui macam mana??? Renung-renungkan. 

Secara kesimpulannya, masaklah sendiri untuk kesjahteraan keluarga. 

MO kata : MO mahu lebih rajin memasak dan mempertingkatkan skill memasak. 

Sekian Wassalam.