Mandatori. Case Closed


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Mandatori. Cased Closed.


Mengambil masa hampir setengah tahun untuk menghabiskan bacaan novel RAM yang satu ini. Bukan apa, baca sikit satu dua bab dah tertangguh sehingga 6 bulan. Banyak komitmen lain daripada nak baca novel ni. Sebenarnya banyak juga report belum siap ni tapi hati tak keruan jadi, tak mau sibukkan diri dengan kerja, bacalah novel. Hihihi.

Dua tiga hari lepas memulakan pembacaan semula. MO mengambil masa 6 hari untuk menghabiskan bacaan Mandatori ini. Fuhhhhh... Jangkaan yang tepat tapi sedikit tersasar. Tidak menjangkakan plot ceritanya begitu.

Amran, Bogart (nama yang paling MO suka dalam cerita ni), Norman dan Carlos dan Bilal Piut. Orang yang sama tetapi mempunyai watak yang berbeza seperti ada satu kuasa asing terhasil daripada kuasa minda.

Segala-galanya bermula apabila Tassan (ayah kepada Amran merangkap pemandu Datuk Johari. Datuk Johari pula merupakan ayah kepada Juliana iaitu orang yang paling Amran cintai) dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membawa dadah seberat 2 kg. Wohaaaa. Angkara siapa ini dadah? (bahasa apa dipakai ni. Hohoho). Sejak peristiwa itu hidup Amran tertekan. Amran berhenti sekolah dan menolong Tua Putih menangkap ikan di laut tapi malang tidak berbau. Bot yang dinaiki mereka dipukul ombak besar yang menyebabkan Amran terlantar di tepian pantai.

Kalau baca cerita ni sekejap kat sana sekejap kat sini. Perlu bersabar untuk mengetahui jalan ceritanya yang banyak selekoh. Malas nak tulis panjang-panjang. Peminat-peminat novel triller, selamat membaca ye. :-)

Apapun penulisan RAM memang semuanya best-best. Pemikiran di luar kotak. I loike so much. 

MO kata : Selepas ini 9 Nyawa by RAM atau Meniti Maut by Eyman Hykal?? 

MO kata lagi : Sepatutnya MO kena baca Meniti Maut dulu by Eyman Hykal ni baru Detik Debar tapi masa beli hari tu terus pi baca Detik Debar, rupanya Detik Debar tu sambungan Meniti Maut. :-( Pengajaran lain kali baca sinopsis dulu. Huhuhu.

Sekian Wassalam.

Jika Terakhir Buatku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Allah sayangkan kita kan. Sebab tu Allah berikan ujian. Tapi kita kena sentiasa sedar kenapa ujian itu diturunkan.

Oh Tuhan
HambaMU ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Oh Tuhan
HidayahMU pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi padaMu

Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu

Rahmat kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba.

Tolong klik kat SINI.

MO kata : Moga Allah ampunkan segala dosa dari kesilapan lalu dan Allah teguhkan hati untuk terus istiqamah melakukan kebaikan. Ameen..

MO kata lagi : Kalau kita sayangkan seseorang tu mesti kita nak bersama-sama dia ke syurga Allah kan. :-)

Sekian Wassalam.

Keaiban diri dan Taubat..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni dah 1 Jun 2012..
Cepatnya masa belalu.. 
Hargailah masa yang ada..

Rakaman video di bawah ni MO sudah uang dengar berpuluh-puluh kali sejak tahun 2011. Sangat menyentuh hati dan memberi inspirasi. Selamat menonton.




Aib itu sesuatu yang sangat memalukan diri sendiri.. Jangan kita buka aib orang lain dan jangan pula kita buka aib diri sendiri.

Jika terasa diri ini berdosa, mohonlah ampun pada Allah. 



Ingatlah. Barangkali kamu menyukai sesuatu tetapi Allah mengetahui apa yang kamu perlukan bukan yang kamu suka sebab itu Allah memberikan keperluan kamu bukan kesukaan kamu.


Sekian Wassalam.