Syarikat Telekomonukasi Digi, Celcom, Maxis, U-Mobile.


Bismillah..

30 Oktober 2012. Sekejap je kan masa berlalu. 17 Oktober 2012 dah meninggalkan kita. Ulangtahun kelahiran yang ke-25. Suku abad sudah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berkhidmat di atas bumi Allah ini. Fokus sekarang adalah kerja dan bisnes. Masih muda belia tak perlu nak serabutkan fikiran dengan perkara yang tidak sepatutnya kan.

Sekarang ni sangat banyak persaingan daripada syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia. Semua syarikat berluba-lumba untuk mendapatkan pelanggan yang berjumlah jutaan manusia. Begitu banyak plan menarik yang ditawarkan, pilihan terdapat di tangan manusia itu sendiri nak memilih talian pilihan. 

Begitu juga dengan kehidupan kita, begitu banyak cara hidup yang terdapat di dunia ni. Pilihan ada di tangan kita. Tetapi kehidupan di akhirat kelak cuma ada dua pilihan sahaja iaitu SYURGA DAN NERAKA. Pilihlah nak yang mana. 

Kita boleh mempengaruhi orang lain untuk membuat pilihan. Tetapi jika kita mempengaruhi untuk ke arah yang lebih baik adalah mulia, tetapi kalau kita mempengaruhi seseorang untuk membuat pilihan ke arah yang tidak baik, itu satu tindakan yang keji. 

Apa jua yang berlaku, sebelum membuat pilihan mohonlah pada Allah melalui Isthikarah. InsyaAllah, jawapan yang Allah beri selalunya adalah jawapan yang terbaik untuk kita. :-)

MO kata : Sedia membantu msyarakat yang memerlukan untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Khidmat sosial dan fardu kifayah. :-)