Perihal Hati dan Jodoh

Bismillahirahmanirrahim..

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini semuanya berada di hujung jari sama ada menggunakan laptop, telefon pintar atau gadget-gadget canggih. 

Setelah sekian lama tidak membuka laptop sendiri sejak bulan syawal yang lepas, akhirnya  bila saya nak buka laptop semula, saya terlupa password laptop. Huhuhu.

Peracangan Allah itu memang sangat hebat. Mungkin Dia mahu saya format semula laptop tersebut memandangkan terlalu banyak kenangan yang tersimpan dalamnya. Dia pasti mahu saya menjadi orang baru pada tahun 1434H ini. 

Lagi 3 hari sahaja 2012 bakal meninggalkan saya dan kamu semua. Yang terjadi biarlah berlalu sepi. Jadikan ia sebagai pengajaran berharga. Lagi 3 hari jugak blog ini tidak akan beroperasi menggunakan url http://ukhwah-dhearty.blogspot.com. Lepas ni, url blog ini akan dipadam. Biar tahun 2013 membuka lembaran baru.

Bercakap soal jodoh, iaitu satu topik yang tidak pernah lapuk dek zaman. Teringat dua kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat. 

Jodoh itu memang terlalu misteri. Ada dua kisah yang dia ceritakan kepada saya.

Kisah 1

Zafirah dan Haris bercinta tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Kerana rasa cinta yang sangat mendalam, Zafirah mengabadikan tarikh lahir Haris sebagai nombor pin kad ATMnya. Pada saat Zafirah berkahwin dengan suaminya (Zafril),  mereka terpaksa tinggal berjauhan kerana komitmen tugas. Setelah beberapa bulan berkahwin, Zafirah dan suaminya dapat ditukarkan untuk bertugas di daerah yang sama. Gaji pertamanya di tempat baru, tidak dapat dikeluarkan. Kenapa agaknya??? Sebab dia terlupa nombor pin  kad ATM. Itulah kuasa Allah, menghapuskan kenangan lama kerana cinta sejati. Kini mereka telah memiliki seorang cahaya mata yang sangat comel. Jadi usah takut dengan sejarah lama pasangan kita. Berdoalah seikhlasnya, InsyaAllah bantuan Allah akan tiba. 

Kisah 2

Suriati bakal berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya disaat dia baru ditinggalkan kekasih yang dia cintai. Hatinya masih pada kekasih yang telah terputus hubungan. Sehari sebelum tarikh pernikahan dia berasa ragu, bagaimana untuk dia hidup bersama dengan seorang lelaki yang dia tidak cintai? Sedangkan pada beberapa minit sebelum mereka diijabkabulkan, dia masih ragu dengan hatinya kerana tiada langsung walau sekelumit cinta dan kasih untuk bakal suaminya. Namun kuasa Allah, setelah tangan si suami berjabat dengan tangan kadi melafazkan "Aku terima nikahnya", langsung ingatan pada kekasih lamanya hilang. Itulah kuasa Allah. Dan kuasa percintaan selepas nikah.

Doa itu kan senjata orang mukmin. Allah yang berkuasa memakbulkan doa yang kita pohon. Apa pun Allah pasti memberikan kepeluan kita dan bukan kehendak kita. Redhalah.

Sekarang ni tengah hangat orang dok cerita pasal Drama Adam & Hawa, adaptasi dari novel yang ditayangkan di Astro sekarang ni. Tapi rumah saya tak langgan Astro, jadi adik yang tukang download cerita ni. Novel dia dah baca lama dah sejak zaman sekolah menengah rasanya. Sekarang ni layan drama dia pulak (itupun lepas kawan sekerja dok cerita best dan best). Lagi 9 episod akan tamat. 80 Episod semuanya. MO mahu simpulkan dua perkara mengenai drama ini.

1. Adam Mukhriz dan Ain Hawani yang bernikah secara terpaksa (berpisah selama 8 tahun,) tetapi kalau dah jodoh tetap bersatu semula. Sekarang ni  Am dan Ain dah bersatu semula tapi konflik tetap ada. Kadang-kadang jangan percaya dengan apa yang dilihat walaupun melihat dari depan mata sendiri, mungkin ia merupakan salah faham. Selidik dan siasat dahulu. Jangan main hantam kromo je.

2. Konflik cinta tiga segi antara Johan, Ain dan Azie. Sejak zaman universiti Johan cuba memikat Ain untuk dijadikan isteri, (Azie yang jadi orang tengah) namun tetiba Johan terjatuh hati dengan Azie pulak (sahabat baik dan housemate Ain sejak dari zaman universiti sehingga zaman pekerjaan). Part ni memang geram ni. Sorokkan hubungan pulak tu. Tapi jodoh tu kan misteri. Akhirnya Am bahagia dengan Ain dan Johan bahagia dengan Azie (mereka bernikah akhirnya) tapi dalam episod hujung-hujung kot. Lani Azie dan Johan masih dok bercinta lagi ni.

Sekarang ni tengah menonton episod ke 70 part Ain tengah sakit dan perbualan antara Azie dan Am. Kata Azie, "Johan is with me now. Ya, I tahu I mengaku memang dia susah nak lupakan Ain sebab dia terlampau cintakan Ain. Tapi I tak risau, sebab apa, Ain cuma anggap dia sebagai kawan baik. Itu je. Tu yang penting. So, nothing to be afraid off".

Dalam cerita Adam & Hawa ni, watak yang paling saya benci adalah watak Dee. Haihhh geram betul.  Kalau dalam cerita Cinta Itu Milikku pula watak yang paling saya benci adalah watak Dini. Nama pun hampir sama kan. Antagonis sungguh. Nampak sangat saya suka tengok drama kan. Tapi saya dah jarang tengok TV sekarang, tak sempat. Tapi adik download saya tengoklah. Hehehe.

MO kata : Biarkan masa itu datang dan serahkan semuanya pada Allah. Sat-sat tetiba ternampak status seorang jejaka di Muka Bukunya "Ya Allah Ya Tuhanku, jika si dia adalah jodohku seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuz oleh-Mu, jodohkanlah dan kekalkanlah daku dengannya yang tetap menungguku dengan sabar dan tidak putus asa walau seberapa daya daku menolaknya". Kepada si gadis yang saya kenali yang cukup sabar dengan karenah si jejaka. Saya doakan jodoh kalian berdua hingga ke syurga. Walaupun pendapat sesetengah orang, kamu layak mendapat yang lebih baik tapi saya percaya jodoh yang Allah utuskan itu adalah yang terbaik buat kamu wahai si gadis. Mereka adalah blogger tapi saya akan tagged selepas semuanya menjadi pasti disatukan dengan ikatan pernikahan. Nanti saya tagged depa macam saya tagged Frameandlense dan Kiera Sakura (depa ni pun pasangan cinta blogger jugak. Dengar kata mereka bakal menjadi ayah dan ibu tak lama lagi. Tahniah Nadh & Kiera).

MO kata lagi : Saya minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung. Saya banyak khilaf dan bukan insan sempurna. Dan saya juga tidak mencari yang sempurna. Cukuplah yang boleh menerima segala kelebihan dan kekurangan diri.

### Ini hadiah buat awak wahai sahabat muslimah saya. Hadiah untuk Muslimah. (Klik). 


Saman AES, Tangguhkan Pembayaran?


Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, 18.12.12 tarikh yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan awam. Sudah ramai yang mula bershopping-shopping membeli itu dan ini tambahan pula sekarang diadakan sales besar-besaran untuk masyarakat marhein seperti saya menghabiskan duit. Huhuhu.

Bulan Oktober yang lepas masa AES baru dilancarkan, saya dah dapat 3 keping surat cinta. Dua dari JPJ dan 1 dari PDRM. Tahu sahajalah wanita lasak seperti saya, mana tahan daulat bawa kereta perlahan-lahan, tambah-tambah atas highway, speed 140km/j-160km/j (takdelah laju sangat kan). Last-last balik rumah, tengok ada tiga surat saman (waktu berbeza) siap dengan gambar kereta dan pemandu lagi. Sadis betul. Itulah akibat kalau memandu lone ranger dalam perjalanan jauh. Selalunya naik bas atau train je lone ranger ni sejak zaman belajar lagi. Kali ketiga diminta ke KL, tiada yang nak menemankan, tak jadilah pergi takut kena saman lagi sebab takut tak dapat kawal kelajuan ketika memandu. :-(

Lepas dah kena AES ni mulalah pandu kereta slow sikit, sebab tu masa pergi Ipoh ke walimah pemilik blog Frameandlense dengan pasangannya Kiera Sakura pandu ikut lane kiri je. Itu pun sebab ada kawan-kawan yang ingatkan kalau terover speed. Huhuhu. Ingatkan nak jadi pemandu berhemah dah tapi sekejap je jadi pemandu berhemah ni bertahan November je, sekarang Disember dah mula bawa laju balik. Jiwa memberontak kalau pandu perlahan-lahan.

Niatnya nak membayar saman guna duit bonus nilah, tapi terbaca kenyataan Prosiding AES ditangguhkan. Jadi perlukah saya membayar saman AES yang bernilai RM600 (twice) + saman trafik yang bernilai RM300?.


Sepanjang perjalanan di Lebuh raya Utara-Selatan ni sebanyak 14 AES tu belum termasuk Speed Trap lagi. Memang rabaklah poket kalau asyik nak membayar saman AES saja. Huhuhu. 

MO kata : Rezeki tu memang Allah yang bagi tapi Allah boleh tarik semula rezeki kita bila-bila masa saja. Muhasabah diri selalu.

MO kata lagi : Lebih baik simpan duit untuk umrah dan nikah daripada bayaq saman kan. 



Pengalaman Cikgu Sekolah Rendah


Bismillah.. 
KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

MO kata : Sebelum mengambil sesuatu keputusan selidiklah dahulu. Jangan terus mahu memaki hamun. Suka untuk MO kongsikan tweet di bawah.

MO kata lagi : Muhasabah diri setiap hari.

Pasir dan Pantai


Bismillahirahmanirrahim..

Beberapa malam yang lepas, saya dihubungi oleh seorang teman menerusi chat di FB. Beliau menceritakan mengenai masalah yang dihadapinya. Bla.. Bla... Bla.. Sambil saya menasihatinya, saya juga mengambil ibrah daripadanya.

Tetiba terkeluar perumpamaan dari jari-jemari saya yang pantas menaip.

"Kalau ada pasir dalam kasut kita sebab kita berjalan di pantai, 
Kita buang je pasir dalam kasut tu kan, 
Lepas tu kita berjalan seperti biasa menuju ke hadapan"
 
MO kata : Hidup ni memang sentiasa dirundung masalah. Itu tandanya Allah sedang meluahkan rasa cintaNya kepada kita. Allah ingat kita dan Allah uji kita.

MO kata lagi : Allah uji sebab Allah sayang. Saya Sayang Allah juga. :-) Kekasih hati yang SATU, tiada tandingan. 

Rindu Dia

Bismillahhirahmanirrahim..
Hati ni kadang-kadang merindu kan? Merindui siapa? Menangis kerana rindu? Pernah ke anda buat begini?
Rindu dia
|
Baca text dia yang lama lama
|
Tengok gambar dia
|
Teringat kenangan dengan dia
|
Masuk bilik
|
Baring
|
Akhirnya mengalir air mata :'(
_______________________________________________
Atau anda buat begini?
_______________________________________________

SITUASI 2 :

Rindu DIA
|
Baca al-Quran
|
Teringat dosa-dosa lama
|
Solat Taubat & Hajat
|
Berdoa & Sujud akhir lama2
|
Akhirnya mengalir air mata :'(

MO kata : Mana yg pernah anda lakukan??? MUHASABAH...

MO kata lagi : Pilihan ada di tangan kita. Mungkin kita pernah terleka, bila dah kembali sedar berfikirlah dengan waras. Nasihat untuk diri sendiri. 

Anak Yang Membahagiakan Ibu Bapa


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ni kerap pula saya berfacebooking. Dan saya suka membaca dan berkongsi status-status yang boleh melembutkan hati saya lebih dekat dengan Islam. Saya ternampak status di bawah :

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh/solehah ye.. mak perlukan doamu di sana nak.. (lantas mengalirkan air mata cinta )


MO kata : Setiap ibu dan ayah mengimpikan anak-anak mereka menjadi soleh dan solehah. Melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan.

MO kata lagi : Jadi anak yang soleh dan solehah ye. Boleh tak kalau dapat anak nanti, nak letak nama Soleh dan Solehah. :-) Hohoho..

23 Safar 1434 vs Cinta High Class


Bismillahhirahmanirrahim..

Alhamdulillah berlalu sudah sebulan tahun baru hijrah 1434. Susunan angka yang sangat cantik hari ini iaitu 1/2/34. Lagi 22 hari maka genaplah saya 26 tahun mengikut Bulan Islam. Saya sudah dewasa. Bila semakin dewasa semakin besar tanggungjawab dan semakin banyak ilmu yang perlu digali dan dicari. 

Gambar diambil dari FB

Baru-baru ni orang sibuk menyusun tarikh 12.12.12 susunan angka yang sangat cantik. Hanya sekali dalam seumur hidup. Tunggu 22 tahun lagi untuk mendapat tarikh 1/2/34 iaitu pada 1 Februari 2034. Masa tu umur saya 48 tahun. Pangkat emak agaknya itu pun kalau bernikah dan mempunyai anak atau siapa tahu kalau saya tidak sempat untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-48. Wallahualam. Moga Allah panjangkan usia dan sentiasa limpahkan rahmat. Ameen. 

Tajuk entry pasal Cinta High Class. 

Gambar dari blog http://lukisan-hatiku.blogspot.com/2012/09/menjejak-cinta-high-class.html

Minat saya yang satu ini memang tidak dapat dibendung jika masuk ke kedai buku. Wajib untuk saya keluar dengan sebuah buku ditangan jika kaki sudah melangkah masuk ke kedai buku. Hari selasa lepas saya ke  kedai buku dan tiga buku menjadi pilihan. Daripada tiga buah bahan bacaan tersebut, satu daripadanya adalah novel yang berjudul Cinta High Class Cintaku Kerana Agamamu. Yang lagi dua buah tu buku motivasi. 

Saya memang suka membaca bahan bacaan yang boleh memberikan inspirasi untuk meneruskan hidup di bumi Allah ini. Cinta High Class, Cintaku Kerana Agamamu dibeli sebagai rujukan untuk persediaan jatuh cinta. Jatuh cinta untuk seseorang yang halal untuk saya. Tapi biarkan masa itu datang. Buat masa sekarang, biarlah hati ini beku dari cinta lelaki. Saya mahu menumpukan hidup ini hanya untuk keluarga dan kerjaya. Tapi andai kata jodoh saya telah tiba, saya doakan DIA akan pertemukan saya dengan seorang bakal Imam yang dapat membimbing saya ke syurga Allah. Ameen. 

MO kata : Siang dan malam nampak bermusuhan, namun keduanya mengabdi pada satu tujuan iaitu pengabdian kepada Allah SWT. Begitu juga lelaki dan wanita yang diciptakan Allah untuk saling melengkapi dan tujuan utamanya diciptakan ke dunia adalah untuk pengabdian kepada Allah SWT. 

MO kata lagi : Buku selalu dibeli tapi perlu membeli masa untuk membacanya juga. Curi masa beberapa minit sebelum tidur untuk membaca buku. Curi masa beberapa minit lepas solat untuk membaca Quran. Hidup kita adalah kerana Allah swt. 



Terima Kasih Awak


Bismillah..

Mood mengupdate seperti sudah kembali setelah sebelas bulan hanya satu atau dua entry sahaja sebulan. Malah ada bulan yang tiada entry langsung. Facebook kan wadah yang sering disinggahi setiap hari walaupun kini sudah jarang-jarang online dalam jangka masa yang lama.

Macam-macam ayat dan kata-kata puitis yang dikongsikan di pages-pages FB. Antara kata-kata itu seperti yang ingin saya kongsikan di bawah :-


Berterima kasihlah pada orang yg telah 
melukai hatimu
karena dia telah membuatmu kuat

Berterima kasihlah pada orang yg telah membohongimu
karena dia telah membuatmu lebih bijaksana


Berterima kasihlah pada orang yg telah 
membencimu 
karena dia telah mengasah ketegaranmu

Berterima kasihlah pada orang yg telah
mengecewakanmu
karena dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas

Berterima kasihlah pada orang yg 
menjaga dan mengerti semua
keadaanmu karena disitulah RAHMAN ALLAH ada bersamamu ^_____^

I LOVE YOU Because ALLAH ......

MO kata : Petikan tersebut dalam bahasa Indonesia. Asalkan faham maksudnya. 

MO kata lagi : Setiap kejadian yang berlaku itu, Allah ingin mengajar kita sesuatu. Asalkan kita tahu mengambil ibrah daripadanya. Terima kasih kepada awak-awak semua. 

Kanak-kanak Tidak Boleh Ke Masjid



Bismillah..

Sempat saya berbual dengan seorang ibu kepada 3 orang anak perempuan (berusia 4, 3 dan 1 tahun). Suaminya belajar dan hanya 2 atau 3 minggu sekali akan pulang menziarahi beliau dan anak-anak. Waktu paginya beliau akan mengajar tusyen, kemudian buka kedai sehingga petang.

Waktu malam biasanya dimanfaatkan membawa anak-anak bersiar-siar, dan tempat yang paling baik untuk dibawa adalah ke masjid. Se
lain mendekatkan fitrah anak-anak kepada cintakan masjid, ia dapat menyubur anak-anak terhadap minat kepada majlis ilmu.

Alhamdulillah, biasanya itulah rutinnya di waktu malam sehinggalah pada suatu malam anak kecilnya berusia 1 tahun menangis dan kakak-kakak yang berusia 4 dan 3 tahun tidak mahu mengasuh adik. Mendengar tangisan si anak, beliau terus mempercepatkan solat (berpisah dari imam), bergegas mengemas telekung dan pulang ke rumah.

Dalam suasana kelam kabut, beliau tertinggal cermin mata.

Keesokan harinya, bapa saudara suaminya yang juga AJK masjid menalifon suaminya dan berpesan supaya beliau tidak perlu ke masjid lagi, kalau mahu ke masjid juga tidak perlu bawa anak-anak.

Subhanallah.

Terpempam saya mendengar ungkapan tersebut. Dengan wajah yang sayu, suara yang layu beliau menggeleng kepala. Sangat kecewa dengan 'ketutupan' minda warga setempat yang tidak boleh bertolaransi dengan kanak-kanak. Walhal itulah kali pertama anak kecilnya menangis.

Bagaimanalah anak-anak kecil mahu didekatkan dengan masjid sekiranya warga masjid tidak mahu menerima kedatangan mereka?

Akhirnya, anak-anak membesar dengan tanggapan TIDAK BOLEH KE MASJID tetapi...

1. Boleh ke shopping complex
2. Boleh ke pasar malam
3. Boleh ke pantai
4. Boleh ke taman permainan
5. Boleh ke pusat hiburan

Subhanallah.

Secara jujurnya, saya sangat kecewa kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Kata-kata ibu tersebut kepada saya menjadi pemangkin semangat.

"Insyirah usahakanlah bawa Amir Solihin ke masjid atau surau, memanglah dia kanak-kanak dengan fitrah kanak-kanaknya. InsyaAllah lama-lama nanti dia akan faham dan tahu, akhirnya dia akan cintakan masjid."

Tidak usah terkejut apabila remaja bila ada masalah cari pub, kelab snooker, pusat karaoke, pil ectasy (maaf tak pasti ejaan), arak dan sebagainya kerana sejak kecil tidak dibenarkan memasuki ruang masjid dengan alasan membuat bising. Kita (masyarakat) sendiri tidak memasak ke dalam minda kanak-kanak bahawa masjid adalah pusat komuniti, boleh meluahkan masalah (dengan solat), tempat terbaik untuk mendapatkan ketenangan.

Wallahua'lam.
MO kata : Tulisan di atas adalah hasil pengalaman penulis Haruman Mawar

MO kata lagi : Saya selalu doakan supaya bila saya sudah bernikah nanti, suami akan membawa saya dan anak-anak untuk ke masjid setiap malam. 

Cinta Dari Syurga


Bismillah...

Sekarang sedang menonton cerekarama Cinta darti Syurga. Cinta tu tidak boleh dipaksa untuk hadir dan tidak boleh dipaksa untuk dihapuskan begitu sahaja. Ia datang dan pergi dengan izin Allah. Sebagai hamba kita kena berdoa selalu pada Allah. Mohon pada DIA untuk memudahkan segala urusan kita tapi jangan pula kita minta untuk diringankan beban kerana Allah menguji kita selayaknya dengan yang kita mampu. 

Tadi ternampak di FB, kata-kata yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Joi.
Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!
Saya pernah mendengar ceramahnya secara live, memang terkesan. Ada saya kongsikan dalam artikel  Salahkah Aku Bercinta?  (Entry lama Januari 2011).
Suka juga untuk saya kongsikan kata-kata yang saya jumpa di FB hasil perkongsian seorang teman FB di wallnya.
SILAPNYA SEORANG WANITA ialah::-
:}Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA...
:}Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI...
:}Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA.. 
Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI... 
wanita perlu BERHATI-HATI, janji manis di bibir...
mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGIRIS HATI
bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu...
mungkin menjadi SELUMBAR yang MELUKAKAN...
makanya, SELAGI BELUM PASTI...
 jangan memberi sepenuh hati, 
selagi belum memiliki dan di miliki SECARA HALAL dan SAH... 
JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita mudah memberi...
 maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPASKAN.
 
MO kata : Tengok cerita Cinta Dari Syurga tu si isteri sanggup melamar wanita lain untuk suaminya. Huhuhu. Saya takkan sanggup untuk berkongsi suami saya nanti dengan wanita lain. Doa saya setiap hari, Moga Allah memudahkan urusan saya untuk membina keluarga bahagia.
 Mo kata lagi : Petikan dari cerita Cinta Dari Syurga "cinta itu tidak pernah disedari, sehingga tiba saat perpisahan". Jadi Hargailah cinta semasa ia masih di depan mata.
   

Bahaya, Lelaki Bermulut Manis.


Bismillah...

Sekarang ni zaman teknologi,
Cinta mudah datang dan pergi,
Susah nak cari cinta sejati,
Cinta yang mendapat redha Ilahi. 

Saya sangat suka singgah di group "Srikandi Muslimah Sahaja" di FB. Banyak perkongsian dan peringatan hal-hal wanita sahaja. Seronok jumpa kawan baru di sana. Tadi terjumpa satu post yang sangat menyentuh hati saya.

Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik : 

"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita.. dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..

:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee.. HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..


Susah kan nak cari lelaki yang betul-betul boleh menjadi ketua keluarga yang baik sekarang ni. Terlalu sakit bila dipermainkan dan dikecewakan. Pastinya sukar untuk menerima kehadiran lelaki lain setelah dirisik dan mempunyai pilihan untuk memilih. Hati yang terluka pasti mengambil masa untuk sembuh. Tetapi jangan disalahkan pertemuan itu kerana kita sendiri boleh membuat pilihan untuk meneruskan perhubungan itu atau memutuskan hubungan itu kerana Allah swt. Jangan terus terjebak dalam kancah dosa.

Bak kata seorang kawan merujuk kepada artikel berita mengenai seorang "ustaz" yang berkahwin sebanyak 11 kali dengan alasan mahu mengahwini perempuan yang benar-benar solehah. Bila perempuan tu tidak cukup solehah terus ditinggalkan. Kenapa nak mencari yang solehah kalau diri itu tidak cukup soleh? Bukankah tugas seorang lelaki sebagai pemimpin keluarga untuk membimbing anak dan isteri menjadi soleh dan solehah serta membimbing diri sendiri menjadi soleh. 

MO kata : Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu untuk mentarbiah dan mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain.

MO kata lagi : Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan ramai insan yang baik-baik bagi saya mengubah diri menjadi lebih baik. Ada Visi Allah Izin Laluan.