Hati

Bismillahirahmanirrahim

Sudah sebulan meninggalkan blog ini semenjak awal bulan Februari,
Kini sudah tiba pengakhiran bulan,
Dalam tempoh yang sekejap,
Semuanya boleh berubah dengan sekelip mata,
Kerana Allah yang merancang lebih hebat dari kita.

Kadang-kadang kita merancang, 
Kita berdoa tapi Allah tetap tidak makbulkan,
Allah tetap tidak izinkan perancangan kita berlaku,
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang sepatutnya berlaku. 

Takdir yang Allah tetapkan,
Mengharapkan diri ini menjadi lebih kuat,
Tidak perlu bersedih,
Tidak perlu menangis,
Tolak tambah darab dan bahagi.
Itulah kehidupan yang bukan hakiki. 

Hati ini terlalu keras untuk dilembutkan,
Tetapi setelah dilembutkan ia terpaksa untuk menjadi keras kembali,
Perasaan yang ada,
Terlalu sulit,
Berbaur menjadi satu,
Kadang-kadang
Kepedihan dalaman yang rasanya sangat halus,
Kadang-kadang pula,
Ketenangan yang sangat mendamaikan.

Inilah kehidupan yang perlu diteruskan,
Percaya dengan takdir,
Percaya dengan ketentuan Allah,
Peringatan kepada diri,
Semua yang berlaku pasti ada hikmah.

MO kata : Hidup ini semuanya bergantungan kepada Allah. Jangan suatu hari kita terasa seperti disisihkan Allah sedangkan kita dahulu yang menyisihkan Dia dari hidup kita. 

MO kata lagi : Hadapi segala takdir dengan senyuman. Mulakan hidup baru Mac 2013. Setiap hari ada lah hari baru dan kita perlukan mulakan hidup baru setiap hari supaya diri  menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Muka Surat 35 - Allah Sedang Membuka Jalan

Bismillahirahmanirrahim..

Sudah menginjak ke bulan Februari. Hari ini sudah 35 mukasurat buku perjalanan hidup Dua Kosong Satu Tiga. Hari ini alhamdulillah, dengan hati yang tenang akaun twitter telah dideactivekan. Akaun facebook juga telah dideactivekan semenjak minggu lepas. Hidup terasa kaku dengan dunia maya. Hidup di alam realiti perlu dikejutkan kembali. 

Tiga hari bercuti banyak yang diperolehi. Menerima jemputan seorang sahabat untuk menjadi pengapitnya. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz mereka berdua sah menjadi pasangan suami isteri. Pengalaman pertama saya menghadiri majlis akad nikah, mendengar taklik yang dibaca hati menjadi sebak macam saya pulak nak bernikah. Huhuhu. Saya katakan pada hati, masa saya juga akan sampai suatu hari nanti. InsyaAllah. Semoga Allah redha.

Pada awalnya saya sangat segan untuk menjadi pengapit. Saya tak sukakan flash camera. Huhuhu. Beberapa kali saya menolak pelawaannya untuk menjadi pengapit. Sebelum saya menerima pelawaannya,  pada penghujung tahun lepas saya tanya pada dia. "Tak ada orang lain ke yang nak jadi pengapit ampa ni, kami segan la?" dan jawapannya "Kami nak ampa jugak jadi pengapit kami,". Setelah meminta pendapat dua orang yang saya percayai, saya terima pelawaan dia untuk menjadi pengapitnya. Apa salahnya kita menggembirakan orang lain kan.

Buat kalian berdua yang saya kenali kedua-duanya, semoga hubungan yang dibina dibawah payung rahmat Allah. Sayang kamu kerana Allah my dear bestie.

Kebetulan tadi di dashboard ternampak satu entry atau lebih kepada cerpen sebenarnya berjudul Baik-Baik Sayang.  

Saya suka petikan dari cerpen tersebut "Ustaz tak semestinya kahwin dengan ustazah"dan Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 26 maksudnya “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

MO kata : Perbaiki diri kita untuk mendapat yang baik. Mungkin sejalarah lamanya "tidak baik" tetapi selepas bernikah dia menjadi baik seperti watak Fareez dalam novel Perempuan Lindungan Kaabah, seorang kaki botol dinikahkan dengan seorang ustazah dan akhirnya mereka hidup bahagia apabila Fareez telah kembali ke jalan yang Allah redhai.

MO kata lagi : Semasa entry ni ditulis, sedang menonton Syurga Seorang Isteri secara online. Tak sempat menonton cerekarama hari tu sebab membantu persiapan di rumah pengantin. Geram sangat dengan watak Awal Ashaari sebagai suami. Huhuhuhu. Diana Rafar, seorang anak yang baik yang sentiasa mengutamakan keluarganya, mahu membahagiakan ibu dan ayahnya tetapi dihalang oleh suaminya. Wanita kena ingat, selepas bernikah, syurga isteri terletak pada redha suami kan. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan kita dan dapat menerima keluarga kita. Kita perlu berkahwin dengan seluruh isi keluarga kan.

### Suka dengan kata-kata di penghujung cerita Syurga Seorang Isteri "Disaat kita takut untuk memberi, kita lupa bahawa semua yang kita beri adalah pemberianNya" 

Ada Visi Allah Izin Laluan.