"Overcharge" di Pasaraya Giant.

Bismillahirahmanirrahim.

Baru-baru ni terbaca di FB mengenai sepasang suami isteri yang terkena overcharge di pasaraya Giant. Jadi saya juga terpanggil untuk berkongsi. Awal bulan Mac yang lepas saya ke Pasaraya Giant yang berhampiran dengan rumah.

Ada 4 item je yang saya beli. Kalau dulu berbelanja memang ikut sedap tangan je nak beli apa. Tapi setelah membaca buku Bijak Mengurus Wang karya Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir, saya menjadi lebih teliti ketika membeli-belah hanya membeli barang keperluan sahaja.

Kalau dulu tak pernah semak semula resit kadang-kadang pakai ambil je apa yang nak beli tanpa menyemak tanda harga tapi tidak lagi kini semua nak disemak. 

  1. Semasa mengambil item yang dikehendaki semak harga yang tertera di rak.
  2. Sebelum membuat pembayaran mesti semak harga di scanner yang disediakan. 
  3. Selepas membuat pembayaran pula mesti semak resit pembayaran.

Kenapa perlu buat semakan? Sebab kita tak mahu duit kita mengalir pada sesuatu yang tak sepatutnya. Kalau setakat RM 1 sedekah je lah takkan nak tuntut jugak kot kata sesetengah orang. Berkira sangat kata yang lain pula. Tapi sedar tak tindakan kita menyedekahkan RM1 pada Pasaraya Giant atau tak kisahlah kat mana Shopping Mall sekali pun satu tindakan yang kurang bijak.

Berbalik kepada cerita tadi, disebabkan membuat semakan saya berjaya menyelamatkan wang saya sebanyak RM11.60. Banyakkan.

Bila saya tanya supervisor kat situ, kenapa jadi macam ni. Harga lain scan lain katanya sistem problem. Wallahualam. Lepas ni kena berhati-hati ketika membeli. Walaupun RM 1 jangan dengan mudah nak sedekahkan pada pasaraya besar macam ni, kalau sorang RM1 kalau 100 000 orang tak ke RM 100 000. Pelanggan Giant bukan sedikit.

MO kata : Bijaklah berbelanja. Simpanan masa depan.

MO kata lagi : Kalau rasa nak sedekah berilah pada orang yang memerlukan bukan pada pasaraya Besar.

Muka Surat 63 - Peristiwa Lahad Datu Peringatan Allah

Bismillahirahmanirrahim..

Hari ini 4 Mac 2013.
Terasa baru kelmarin 1 Januari 2013.
Kenapa begitu cepat masa berlalu?
Begitu cepat yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah pada hari esok.

Hati ini merasa tidak selesa,
Gelisah memikirkan perkara itu,
Resah memikirkan mereka di situ,
Di sebuah kejauhan yang beribu-ribu batu dari tempatku.

Aku dan mereka,
Bukanlah siapa-siapa,
Bukan ahli keluarga,
Tiada juga hubungan darah,
Yang pasti aku dan mereka berpijak di bumi yang sama.

Ya Allah,
Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi ujian yang Engkau turunkan,
Sesungguhnya kami tahu,
Ini adalah satu peringatan daripadaMu.


Peristiwa yang berlaku di Sabah sangat menyentuh hati saya. Dari Pinggiran Lahad Datu menuju ke Kunak, ke Semporna. Didoakan mereka tidak akan ke Tawau selepas ni. Yang merisaukan saya jika mereka akan menawan keseluruhan pinggir pantai Sabah. Hati ini rasa tak tenang sangat. Memohon semoga semuanya berakhir dengan baik.

Takziah diucapkan kepada keluarga pejuang-pejuang negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi sebuah negara yang tercinta.

MO kata : Allah sedang memberikan peringatan. Bila-bila masa roda yang berputar boleh berhenti berputar dan pada ketika itu jika kita masih berada di atas basikal nescaya kita akan terjatuh.

MO kata lagi : Ada yang berkata ini mainan politik. Haihhh. Susah untuk percaya cakap-cakap orang pasal politik sekarang. Semua pakat nak menunding jari, meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain. Perkara yang kecil akan diperbesarkan. Parti itu cakap parti ini, parti ini cakap parti itu. Yang lebih mengetahui hanya Allah swt. Tapi kalau kita memilih untuk berdiam diri yakni menjadi badan berkecuali, tidak mahu mengundi, adakah ia akan mengubah apa-apa?

### Nak memilih buatlah isthikarah. Kalau semua rakyat nak turun mengundi tu buat solat istikharah, InsyaAllah jawapan yang Allah bagi itu selamat dunia akhirat kerana kita meletakkan Allah nombor 1 kan. Bukan masa nak pilih jodoh je lakukan istikharah. Biar Allah yang pilih untuk kita. :-)