Bismillahirahmanirrahim..
1. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini dengan aman damai walaupun subsidi petrol ditarik 20 sen. Lepas ni kena bayar petrol lebih 20 sen la untuk seliter. Kerajaan kekurangan dana dah kot. Rakyat marhaen macam saya ni memang terasa jugak keperitannya memandangkan perjalanan saya setiap hari almost 100km++ pergi balik.
2. Lupakan seketika pasal petrol naik 20 sen. Hari ni dah 4 Oktober 2014. Sekejap je kan dah 4 Oktober. Esok dah raya Eidul Adha. Saya mohon maaf zahir dan batin. Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah swt. Korban ni luas skopnya dan untuk mengecapi sesuatu yang kita impikan kita terpaksa korbankan banyak benda lain kan. Lumrah alam.
3. Pejam celik pejam celik je nanti 17 Oktober saya pun akan berusia 27 tahun. Amboi sekejapnya masa berlalu. Masih banyak liku-liku hidup yang perlu ditempuh. Moga Allah memanjangkan usia dan mengampunkan dosa-dosa saya agar saya dapat terus berbakti pada keluarga dan masyarakat.
MO kata : Maafkan saya. Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari tidak berjaya saya habiskan kerana kekangan tugas yang lain.
MO kata lagi : Sekarang ni nak menulis blog pun aduiii berat amat rasanya. Tapi saya akan cuba juga selitkan sedikit masa untuk blog ni. Ada banyak nak kongsi tapi masa je tak mengizinkan. Ada tugasan lebih penting.