Bismillahirahmanirrahim.
Wuuuu, entry pertama pada tahun 2015. Lamanya blog
bersawang.
3 September 2015
Alhamdulillah, telah selesai taklimat bagi
pelajar-pelajar baru calon pascasiswazah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia. Calon yang terpilih untuk meneruskan pengajian di
sini adalah seramai 190+ orang berbanding yang memohon seramai 400+ orang.
Daripada kesemua calon 3-4% daripadanya adalah calon PhD. Alhamdulillah MO
salah seorang yang terpilih meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana
Pendidikan. PhD, insyaAllah akan datang.
Sebenarnya dulu-dulu masa tahun pertama sarjana
muda, MO punya semangat belajar tinggi menggunung konon-konon habis degree
terus nak sambung master. Tapi bila dah mula kerja, semangat nak sambung master
dah semakin berkubur.
Tambahan pula course Early Childhood Education tidak
ditawarkan di universiti yang paling dekat dengan rumah MO (USM) bagi
coursework mode or mix mode. Yang ditawarkan hanyalah research mode sahaja.
Kalau research mode memang anytime boleh sambung di USM tapi bagi MO yang
bekerja dari jam 7.30-5.30 petang ni tak mampu pula rasanya nak buat fully
research. Sampailah pertengahan tahun 2015 course ECE buat julung-julung kali
ditawarkan di USM untuk mix-mode. Cuba nasiblah memohon sebagai pelajar separuh
masa. Alhamdulillah diterima. Sesi pendaftaran pada 5 September nanti.
Untuk semester 1 ni MO mendaftar 2 subjek iaitu
Research Methodology In Education dan Approaches In Early Childhood Education.
Kelas hanya pada hari Selasa dan Jumaat. Jam 5.00 hingga 10.15 malam (jam
7.00-8.15 rest untuk solat). Walaupun 2 kelas je Tapi MO dah terasa cabarannya
bila semua kena cari sendiri. Nota tak dibekalkan macam masa 1st degree dulu.
Tajuk diberi so pandai-pandailah korang cari artikel jurnal dan bahan bacaan
lain sebagai rujukan.
MO Kata : Semoga bertabahlah nak menghabiskan master
dalam tempoh dua tahun ini.