KEMPEN KAMI TAK SAMBUT HARI VALENTINE DAN KEMPEN KAMI SAYANG RASULULLAH SAW


Assalamualaikum.
Hari ini 13 Februari 2011 = 10 Rabiulawal 1432 H.
Esok sudah pasti 14 Februari 2011 = 11 Rabiulawal 1432 H.
Lusa sudah tentu 15 Februari 2011 = 12 Rabiulawal 1432 H.

Tanggal 14 Februari telah disogokkan sebagai hari berkasih sayang.
Semua ini adalah anasir-anasir yang mahu memsongkan akidah umat Islam.

ada banyak versi kisah pasal Valentine ni..
ada yang kata seorang yang bernama Valentine yang dipenjara dan dihukum mati meninggalkan sekeping kad kepada kekasihnya dan tarikh 14 Feb dijadikan tarikh memperingati kekasih memandangkan dia mati pada tarikh ini.

wallahualam..

Namun sebagai seorang Islam,
kenapa mesti kita melakukan sesuatu yang shubhah.
kita dah tau nama pun nama omputih (Valentine),

buat apa nak sambut Hari Kekasih ni??
perlu ke???
Dalam Islam bila-bila masa saja kita boleh tunjukkan kasih sayang
kita, bila-bila masa saja kita boleh bagi hadiah.
Tak ada tarikh yang spesifik nak bagi hadiah
kecuali ulangtahun kelahiran atau ulangtahun perkahwinan.

Sambutan hari kekasih konon, tahu ke dalam islam mana ada istilah kekasih bagi pasangan yang belum halal baginya. Kalau suami isteri takpa la nak sambut setiap hari, hari kekasih pun.
mungkin anda berminat nak baca Salahkah Aku Bercinta???

jadi sebagai Muslim tak payah la nak sambut Valentine's Day ni.
buang masa dan agama yang menjadi taruhan.
Dalam Islam,
kalau kita memakai pakaian agama lain maka akan jatuh kufur walaupun tanpa iktikad,
dalam kes menyambut VD ni bukan sunnah Rasulullah tapi sunnah bekas ketua paderi kristian...
Nauzubillah...
BERFIKIRLAH DENGAN BIJAK DEMI AGAMA ISLAM TERCINTA

Kempen ini dianjurkan oleh Cik Sunah 

JOM RAMAI-RAMAI SOKONG KEMPEN NI...

__________________________________________________________

Kempen kedua pulak dianjurkan oleh Saudara Hakim




"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"

15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 RabiulAwal kan Maulud Nabi.. 
Ingatilah tarikh kelahiran Nabi Muhammad Saw, Kekasih Allah Swt.. 

 Lupakan 14 Februari iaitu Valentine's Day (biarkan non-muslim menyambutnya tapi bukan kita yang beragama Islam)
dan
 ingatlah 12 Rabiul Awal iaitu Maulidur Rasul.

semoga semua umat Islam mendapat syafaat Rasulullah saw di Padang Masyar kelak.. ameen..

sekian wassalam

TOLONG BERITAHU SI DIA


assalamualaikum semua...
MO nak kongsikan sesuatu...
jom baca sama-sama, semoga semua memperoleh barokah..insyaAllah.

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


kepada si dia (atau dalam erti kata lain) kata-kata ini ditujukan kepada diri kita sendiri sebenarnya.. Islam itu indah dan sangat indah..
Jaga diri, jaga hati, jaga Iman 
(kata-kata seorang sahabat yang selalu MO ingat)

sekian, wassalam..