Assalamualaikum semua sahabat  pembaca  Laman Muslimah Optimis. MO nak habaq satu perkara penting  mengenai diri  MO. Perkara apakah itu??? Teeettttttt… MO suka membaca dan  membaca  merupakan hobi MO disamping hobi lain. Hobi lain tu apa dia??  Ermmm..  MO suka main game, tidoq (dah hari-hari buat kira hobi la kan,  sapa kat  sini tak suka tidoq habaq mai kat cek. Menderita kot kalau tak  dapat  tidoq semalaman), tengok drama @ movie tapi tengok dalam lappy @  TV ja,  nak pi panggung sayang duit la. Lagi MO suka pi jalan-jalan dan  join  program kebajikan. Uihhhh, banyak pulak hobi MO yer.. Ok, tak mau   cerita pasai hobi tapi MO nak review sebuah novel ilmiah.
Judul Novel : BUMI CINTA
Karya : Hebiburahman El-Shirazi (seorang penulis hebat dari Indonesia).
Bil Halaman : 722 m/s
Walaupun  dah banyak novel @  buku MO baca. Banyak tak banyak sangat tapi dah  puluhan novel malah  mungkin dah ratusan sejak MO mula pandai membaca, MO  tak pernah nak  buat review buku, jadi kali ni MO nak buat review buku  dan insyaAllah  selepas ni akan lebih banyak review buku yang akan  menyusul. MO tak  berapa nak suka sebut novel la sebab banyak ilmu dalam  tu bukan kisah  ciptaan kosong macam sesetengah novel lain. MO ni memilih  sikit kalau  nak baca novel pun, kalau setakat kisah-kisah cinta biasa  dah jemu baca  (jalan cerita lebih kurang sama saja). Tu zaman-zaman  sekolah boleh  la, la ni dah matang sikit, bahan bacaan pun perlu lebih  berat. 
Buku  Bumi Cinta ni kalau tengok  cover dia sangat tak menarik dan suram (bagi  MO la) tapi isi kandungan  buku ni Subhanallah sangat membuatkan MO  kagum kepada penulisnya.  Bukan senang bagi seorang penulis menghasilkan  sebuah novel ilmiah  sebegini, memerlukan kajian yang mendalam kerana ia  melibatkan  hukum-hukum islam. 
Bumi   Cinta mengisahkan mengenai seorang lelaki Indonesia bernama Ayyas yang   menjelajah ke sebuah negara bukan Islam yang sangat tinggi kadar   pelacuran dan pornografi. Ayyas sedang melanjutkan pengajian di   peringkat sarjana dan beliau ke Rusia atas sebab mahu menjalankan kajian   mengenai sejarah Islam di Rusia. Pelbagai ujian yang dihadapinya namun   Allah itu Maha Adil. Dia menguji hamba-hambanya yang selayaknya diuji.   Di Mexico dan dia terpaksa tinggal bersama dengan dua orang rakan   serumah berlainan jantina yang seorang bekerja sebagai pelacur kelas   atasan (Yelena yang tidak percaya wujudnya Tuhan) dan seorang lagi   bekerja sebagai wartawan dan pada masa yang sama merupakan ejen Mosad   (Linor). 
Ayyas   juga terpaksa berhadapan dengan Penyelia kajiannya yang juga seorang   perempuan cantik yang memegang kuat dengan ajaran Kristian (Dr.   Annatasia Palazzo). Dr. Anatassia banyak menimbulkan persoalan mengenai   agama Islam kepadanya sehingga namun semuanya dijawab dengan tenang dan   tersusun. Disebabkan satu peristiwa dia dijemput menjadi panel ganti   bagi diskusi Tuhan Era baru dan apabila dia berbicara mengenai agama dan   Tuhan yang dia sembah, maka semua orang terpaku dengan hujahnya.   Hujahnya menjurus kepada pakar-pakar pengkaji barat yang tidak percaya   pada agama dan akhirnya menjadi Muslim sejati kerana kajian yang mereka   buat menemukan mereka dengan sesuatu yang telah tertulis di dalam   al-Quran. Disebabkan sambutan yang sangat hangat, stesen TV di sana   menjemput Dr. Annatasia dan Ayyas untuk menjadi panel jemputan dalam   rancangan yang diterbitkan oleh TV Rusia. Pada masa yang sama Linor   telah merancang pengeboman sebuah hotel dan menjadikan Ayyas sebagai   orang yang disyaki melakukan pengeboman dan Allah itu Maha Adil, pada   masa bom meletup Ayyas sedang bersiaran dan dia terlepas daripada   tuduhan tersebut. 
Pada   masa yang sama Linor pulang ke kampung halamannya dan dia bertemu   dengan ibunya yang semakin dimamah usia. Ibunya seorang bekas   sukarelawan Palestin. Linor hanyalah anak angkatnya namun dia mengasuh   Linor saling tidak tumpah seperti anaknya sendiri kerana dia dan   mendiang suaminya tidak mempunyai anak. Suaminya merupakan ejen Mosad   dan Linor juga dilatih supaya menjadi ejen Mosad sehingga menjadikan   Linor seorang yang sangat cekap. Semasa dia berada di rumah, ibunya   telah menceritakan satu rahsia besar yang mana Linor sebenarnyaa adalah   seorang anak kepada wanita Palestin yang mati syahid. Namun diasuh oleh   seorang yang berbangsa Yahudi menjadikan dia seorang Yahudi yang  patuh.  Namun pada suatu hari dia ternampak ibu angkatnya bersolat dan  membaca  Al-Quran, dia bertanya adakah ibunya kini seorang Muslim dan  ibunya  menjawab “Ya”. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana Islam  adalah agama  yang paling dibencinya namun akhirnya dia mula menerima  Islam dan dia  mula mengkaji mengenai Islam sehinggalah dia menjadi  Muslimah yang  solehah kerana dia sememangnya berdarah Palestin dan  bukannya Yahudi. 
Yelena   yang tidak percayakan Tuhan juga telah menerima hidayah dan menjadi   Muslimah solehah kerana satu peristiwa yang hampir-hampir meragut   nyawanya. Dikala dia terlantar kerana dibuang di celahan salji pada   suatu malam yang dingin, hati kecilnya meminta bantuan Tuhan dan   akhirnya dia ditemui oleh seorang wanita tua yang juga pengamal Kristian   Ortodoks serta dibantu oleh Ayyas. Akhirnya dia percayakan Tuhan itu   ada dan hanya Allah yang wajib disembah. 
DI   akhir cerita dikisahkan Linor datang melamar Ayyas dan Ayyas yang pada   mulanya ragu-ragu akhirnya berhasrat mahu menerima Linor sebagai   pasangan hidupnya, namun belum sempat dia memberi kata putus Linor   ditembak. 
Kesudahannya???? Bacalah kalau nak tau. Hehehe
Cerita yang memang best dan banyak pengajaran. Tak rugi kalau kita baca. 
MO  juga baru sahaja selesai  membaca sebuah novel Pembentangan Perbandingan  Antara Islam dan  Kristian : Isabella karya Maulana Muhammad Saeed  Dehlvi (terjemahan  dari bahasa Urdu) tapi buku ni lebih nipis hanya 336  m/s. InsyaAllah  buku kedua yang akan MO review adalah Novel Isabella. 
Dan  kini MO sedang berusaha  untuk menghabiskan bacaan Buku Kembara Atiq  Wazif Satu Anugerah karya  Hasan Suyut. Entah bila nak habis baca buku ni  tak tau. Jurnal pun  banyak nak kena baca ni. Ermmmm..mudah-mudahan  dipermudahkan segala  urusan. Ameen. 
Tips MO baca novel @ buku non-academic tanpa menganggu urusan seharian:
Nak tau ka???? InsyaAllah MO akan maklumkan dalam next entry okeh…
p/s :
Kalau budak-budak UM yang nak pinjam buku-buku MO sangat dialu-alukan. 
MO tak kedekut nak pinjamkan dengan syarat jaga elok-elok dan pulangkan dalam keadaan baik. 
Kita boleh runding.
Sekian wassalam.
 
8 Pesanan:
I read this novel and it is indeed a very interesting novel. A pleasant reading just like expected from Hebiburahman.
Tapi .. Ending dia macam tergantung je... hehe .. kan? Kan? Kan?
http://konspirasikubiey.blogspot.com
tahniah!! genggam bara api biar smpai jdi abu!! genggam keyboard dan mouse biar smpai jd scroll box!!!!
kubiey AkhmAL : bukan macam tergantung tapi memang tergantung pun..heheh. mb ada sambungan bumi cinta 2 sama macam karya beliau ketika cinta bertasbih 1 yang memang tergantung...
SJ : xpayah la genggam SJ jz sentuh je keyyboard n mouse..hehehe..tq cikgu SJ..hehe
ampa penah cita sal novel ni kat kami kan? nak pjm.. hehehe.. :D
nak pinjam gak MO. jika ilmu itu ibarat setitik nila didalam belangan susu, maka rosaklah susu sebelanga akibat warnyanya itu. :)
@fRaMe LenSeS
boleh2..xdak masalah.. nanti kita jumpa kami bawak kat ampa..syarat jaga baik2 na..
@hadiee
jauh sangat nak bagi pinjam..huhu..jauh sangat
Post a Comment