Sudah sebulan meninggalkan blog ini semenjak awal bulan Februari,
Kini sudah tiba pengakhiran bulan,
Dalam tempoh yang sekejap,
Semuanya boleh berubah dengan sekelip mata,
Kerana Allah yang merancang lebih hebat dari kita.
Kadang-kadang kita merancang,
Kita berdoa tapi Allah tetap tidak makbulkan,
Allah tetap tidak izinkan perancangan kita berlaku,
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang sepatutnya berlaku.
Takdir yang Allah tetapkan,
Mengharapkan diri ini menjadi lebih kuat,
Tidak perlu bersedih,
Tidak perlu menangis,
Tolak tambah darab dan bahagi.
Itulah kehidupan yang bukan hakiki.
Hati ini terlalu keras untuk dilembutkan,
Tetapi setelah dilembutkan ia terpaksa untuk menjadi keras kembali,
Perasaan yang ada,
Terlalu sulit,
Berbaur menjadi satu,
Kadang-kadang
Kepedihan dalaman yang rasanya sangat halus,
Kadang-kadang pula,
Ketenangan yang sangat mendamaikan.
Inilah kehidupan yang perlu diteruskan,
Percaya dengan takdir,
Percaya dengan ketentuan Allah,
Peringatan kepada diri,
Semua yang berlaku pasti ada hikmah.
MO kata : Hidup ini semuanya bergantungan kepada Allah. Jangan suatu hari kita terasa seperti disisihkan Allah sedangkan kita dahulu yang menyisihkan Dia dari hidup kita.
MO kata lagi : Hadapi segala takdir dengan senyuman. Mulakan hidup baru Mac 2013. Setiap hari ada lah hari baru dan kita perlukan mulakan hidup baru setiap hari supaya diri menjadi lebih baik dari sebelumnya.
1 Pesanan:
mudahan.
aminn
rindu awk
Post a Comment