Bismillahirahmanirrahim.
Alahai sekejap je masa dah 25/02/2017. Rasa macam baru je menjejak ke tahun 2017 tapi dah hampir dua bulan berlalu.
Walaupun dah hampir dua bulan berlalu, MO tetap nak mengucapkan selamat tahun baru. Tak kisahlah lambat pun sebab memang tak sempat nak masuk ke dunia blog ni awal tahun hari tu.
Tajuk entry kali ni RINDU. Ya MO sangat merindui zaman menulis blog tahun 2010, 2011. Masa tu sangat rancak menulis. Setiap hari wajib masuk blogger.com, blogwalking, masuk giveaway dan sebagainya.
Tapi bila tamat belajar dan memulakan alam pekerjaan, MO mula jadi malas nak menulis di blog. Nak kata up status di FB pun tak rajin juga. Memang malas sungguh. Bagaikan tiada mood nak menulis. Kadang-kala memang terdetik perasaan rindu di hati. Rindu nak menulis lagi, rindu nak jadi macam dulu.
Semoga 2017 ni menjadi titik tolak supaya MO rajin menulis. Tambahan pula sekarang MO berada di dalam semester akhir untuk menyiapkan tesis master. Harap-harap lepas habis menulis tesis mood rajin menulis di blog akan kembali. Mana tahu boleh tulis novel pula kan. Hahahah. Berangan je kerja MO ni.
Korang doakan MO ya.
MO kata : Nak mengubah sesuatu yang biasa itu sangat banyak cabarannya.
MO kata lagi : Enjoy your life.
2 Pesanan:
Assalamualaikum wbh MO..
Lama sungguh tak baca bicara bisu MO. Ingat da tak mahu berblog lagi.
Moga MO akan selalu menulis. Take care
Salam ziarah dari Penjejak Mimpi :)
Waalaikumussalam. InsyaAllah akan terus menulis. Doakan MO kuat ye untuk terus menulis dan berkarya.
Post a Comment