Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts

RASA CINTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..

Tetapi kita kena ingat.. 

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” 

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki/perempuan kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki/perempuan miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” 

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki/perempuan tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki/perempuan ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita.. Alangkah bertuahnya kita kalau kita mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..

HULURKANLAH CINTA PADA YANG SUDI MENERIMA CINTA KERANA ALLAH SWT....

MO kata : Ini adalah entry repost.. Semoga hubungan yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH swt...

Sekian wassalam..

Dalam Hati Saya Ada Taman

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Secara tiba-tiba MO rasa nak jiwang pula.
Jangan marah na.. Sekali-sekala layan jiwang tak salah kan, dah hati bekenan nak buat macam mana. Hehehe..
 
Kalau orang tanya, "dalam hati ada taman pa??" (ayat menduga)

MO akan jawab, "aha, dalam hati memang ada taman, dah lama dah, korang je tak tau"

Apa lagi mulalah rahsia dikorek-korek sehingga lidah kelu. :-)

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, nak tahu berkenaan taman di hati saya??

Dalam hati kita mesti ada taman
Baru hati kita akan tenang,
Bukan taman larangan
Tapi taman yang sentiasa inginkan kedamaian, 
Biarlah taman di hati kita taman yang dipenuhi Nur Islam


 
MO kata : Terfikir bait-bait kata tu masa kawan menduga dalam hati MO ada taman ke?? Wahahahah.. Memanglah dalam hati MO ada taman. Bukan taman cintan cintun tu. Tapi taman yang dahagakan ilmu dalam mencari Nur Islam.
 
MO kata lagi : Tema baju raya tahun ni warna ungu. Anda pula bagaimana? :-)

sekian, wassalam
 

Mengapa perlu ada peraturan cinta?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Soalan : 

Mengapa perlu ada peraturan cinta? 

Jawapan :

Kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepi..

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

Sumber tak ingat tapi edited by MO..

MO kata : Kalau nak bercinta, patuhi syarat-syarat yang Allah tetapkan dulu.. :-)
Usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali.

Sekian Wassalam. 
 

"Kami Couple, Tapi Islamic Way"

Assalamualaikum... Ni MO nak kongsi 1 kisah lagi.. Tadi terjumpa artikel ni kat FB group Srikandi Muslimah.. Jom sama-sama baca..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s :

 yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri MO sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah MO akan kongsikan kisah percintaan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah lain kali..

kot-kot rajin nak baca Salahkah aku bercinta dan Rasa Cinta. 
Klik jangan tak klik

sekian, wassalam


SALAHKAH AKU BERCINTA???

Assalamualaikum wbt... Salahkah aku bercinta?? itulah tajuk entry kali ni... Salah ke??? eh, tak salah cuma kena berada pada landasan yang betul. Pandai pulak MO nak kongsi pasal cinta ya padahal belum ada pengalaman bercinta dengan manusia berlainan jantina yang tiada ikatan darah.. Bahaya ni kalau jatuh cinta dengan yang bukan halal bagi kita sebab itu MO memilih untuk mendiamkan diri sahaja... Belum tiba masanya, insyaAllah jika sudah bersedia fizikal dan mental MO akan maklumkan pada sahabat handai.. Sama-sama kita berdoa ya..ameen

Sebenarnya tadi MO berpeluang ke satu majlis ilmu yang membicarakan mengenai Salahkah Aku Bercinta?? Panel yang dijemput adalah dua orang yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan iaitu Ustaz Pahrol Juoi dan Ustaz Syaari Abd Rahman. 

Alhamdulillah tak rugi menghadirkan diri sebab kalau ada kelapangan MO suka juga ke majlis-majlis ilmu ni tambah-tambah kalau free.. hehehe... Baiklah, MO mahu kongsikan serba sedikit apa yang telah disampaikan oleh panel Diskusi Salahkah Aku Bercinta??

Mula-mula sekali kita fahamkan dulu konsep cinta itu. Ramai orang yang berkongsi perasaan cinta tetapi persepsi setiap orang adalah berbeza. Ada yang kata cinta ni tak dapat digambarkan dengan kata melainkan yang merasainya sahaja yang tahu akan hakikat cinta.  Benar. Cinta adalah ibarat tenaga, tak mampu dilihat namun mampu dirasai. Tiba-tiba saja lampu menyala, sedangkan hakikatnya haba telah menukarkan tenaga kepada cahaya (eh betul ke ni)..hehehe... 

Cinta ini luas. Sebelum kita mencintai seorang lelaki atau wanita dalam hidup kita, SEHARUSNYA MALAHAN WAJIB untuk kita mencintai PENCIPTA RASA CINTA iaitu ALLAH swt dan KAABAH adalah simbolik cinta kita kepada Allah swt... sebab tu kena solat 5 waktu sehari semalam  dengan hati yang tunduk menunjukkan kecintaan kita kepada SANG PENCIPTA. Cintai IBU BAPA dan KELUARGA dan semestinyalah sebelum kita mencintai orang lain terlebih dahulu kita kena mencintai diri sendiri kerana kita adalah khalifah dan setiap khalifah di muka bumi ini wajib untuk menyebarkan kebaikan tambah-tambah kepada orang yang kita cintai kerana kalau boleh mestlah kita nak meniti jalan ke syurga bersama-sama orang yang dicintai, kan.

Cinta seharusnya atas dasar aqidah bukan atas dasar lain sehinggakan Nabi Ibrahim a.s sanggup untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s kerana rasa kecintaan kepada Allah swt yang sangat menggunung dan akhirnya sembelihan diganti dengan seekor kambing. Itulah terjadinya ibadah korban yang jatuh pada tanggahl 10 Zulhijah setiap tahun hijrah. Kalau ibu bapa zaman sekarang sanggupkah untuk melakukan demikian?? Wallahualam... Sama-sama kita berdoa supaya kita dikuatkan hati untuk terus berjuang di landasan Islam yang benar.. Ameen...
Sahabat-sahabat pembaca yang budiman, cinta boleh menjadi cinta rahmat dan boleh juga menjadi cinta laknat. Cinta yang dipenuhi rahmat itu mestilah cinta yang halal dan cinta yang mengutamakan Allah dalam segenap hal manakala cinta yang laknat pula tentulah cinta yang bertuhankan nafsu dan syaitan..wallahualam..

nak kempen sikit boleh??? Say no couple before akad (klik untuk membaca)...Allah lebih menyukai pasangan yang halal bercinta dan MO nak betulkan pendapat seorang teman blogger yang menghantar komen pada entry sebelum ini, beliau berpendapat bahawa cinta  MO terhalang kerana ego. Bukan cinta MO terhalang kerana ego namun kerana MO tidak mahu terjebak dengan cinta masa belajar. dan cinta sebelum kahwin. Bila dah terjebak susah nak patah balik. Carilah cinta yang halal. InsyaAllah diredhai...


sekian, wassalam...