Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Benarlah kata Imam Al-Ghazali, perkara yang paling jauh adalah masa yang ditinggalkan. Kini Ramadhan bakal menginjak ke Syawal. Usia kita bertambah sehari lagi. Usia kita semakin pendek sehari lagi.
Bila dengar POMKI apa yang anda semua bayangkan??? Ermmmm... Kalau sebut Shemale lak??? Apa yang anda semua bayangkan??? OJ.. Meh sini nak share sikit maklumat pasal POMKI dan SHEMALE ni.. POMKI merupakan singkatan bagi Perempuan tapi Lelaki. SHEMALE pula maksudnya dalam bahasa Inggeris, jadi sama saja kan.
Artikel kali ni adalah berdasarkan kajian yang pernah dilakukan oleh senior MO dalam subjek Silang Budaya dua tahun lepas. Definisi Shemale atau Pomki atau lebih dikenali sebagai Mak Nyah. Kita tengok dulu definisi yang diberikan oleh pakar psikologi.
Individu yang dilahirkan dengan ciri-ciri biologi lelaki tetapi merasakan dirinya perempuan (Carrera, 1981),Satu keadaan di mana anatomi seksualnya seseorang itu tidak sesuai dan bertentangan dengan orientasi sesksualnya yang sebenar (Mc Carv , 1978),
Peringkat Perkembangan Pomki @ Shemale @ Mak Nyah ni.
1. Peringkat Naivete
- Kebanyakan mak nyah pada peringkat awal tidak sedar tentang kepentingan dan kesan budaya ke atas dirinya.
- Mereka mula terlibat dengan mak nyah kerana dibesarkan dengan sepupu perempuan. dan bermain dengan alat permainan perempuan seperti bermain anak patung dan bermain masak-masak.
2. Peringkat Encounter
- Perubahan berlaku secara perlahan-lahan dalam diri.
- Ketika dahulu gemar mengusik rakan-rakan wanita tetapi kini lebih gemar rakan lelaki menegur.
3. Peringkat Naming
- Didiskriminasikan oleh rakan-rakan dalam kelas
- Sering ditertawakan dan menjadi bahan ejekan namun lama kelamaan sudah terbiasa dengan persekitaran.
4.Peringkat Self Reflection
- Menilai segala perubahan yang berlaku dalam diri selama ini, dan tetap merasa puas walaupun telah ditegur oleh abang dan ayahnya sendiri.
- Dapat sokongan daripada kawan-kawan untuk tetap menjadi mak nyah
5.Peringkat Intergration
- Buat masa ini, dia tidak merancang untuk merubah dirinya menjadi lelaki normal sehingga dia merasa kepuasan untuk kelihatan lebih cantik berbanding wanita-wanita lain.
- Namun, dia telah meletakkan satu paras yang mana setelah memperolehi kepuasan, dia akan merubah dirinya kepada seorang lelaki. Kalau seseorang itu dilahirkan sebagai khunsa yakni mempunyai dua kemaluan maka tidak menjadi masalah untuk dia melakukan pembedahan dan menukar menjadi kepada jantina yang dikehendakinya tapi kalau sekadar suka-suka itu melawan fitrah namanya.
MO kata :
Dah elok-elok dilahirkan sebagai lelaki kenapa nak tukar jantina jadi perempuan pulak?? Jadi perempuan tak semudah yang disangka sehinggakan masa MO kecil dulu MO pernah tanya diri MO "kenapalah aku dilahirkan sebagai perempuan dan bukan lelaki" sebab masa tu MO tengok budak-budak laki banyak main je. MO lasak orangnya masa kecik-kecik dulu, kawan dengan budak-budak laki je sebab tu berfikiran macam tu. Syukur Alhamdulillah, bila dah masuk sekolah MO dah jadi perempuan sejati sehinggalah sekarang. Hihihi.
Setiap kejadian tu ada asbab-musababnya. Tak perlu nak mengubah kejadian yang akan merosakkan diri sendiri. Ingat buat pembedahan tukar jantina tu senang ke?? Silap-silap haribulan boleh cacat seumur hidup. Nauzubillah.
Renung-renungkan.
Sekian Wassalam.