Hari ini 4 Mac 2013.
Terasa baru kelmarin 1 Januari 2013.
Kenapa begitu cepat masa berlalu?
Begitu cepat yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah pada hari esok.
Hati ini merasa tidak selesa,
Gelisah memikirkan perkara itu,
Resah memikirkan mereka di situ,
Di sebuah kejauhan yang beribu-ribu batu dari tempatku.
Aku dan mereka,
Bukanlah siapa-siapa,
Bukan ahli keluarga,
Tiada juga hubungan darah,
Yang pasti aku dan mereka berpijak di bumi yang sama.
Ya Allah,
Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi ujian yang Engkau turunkan,
Sesungguhnya kami tahu,
Ini adalah satu peringatan daripadaMu.
Peristiwa yang berlaku di Sabah sangat menyentuh hati saya. Dari
Pinggiran Lahad Datu menuju ke Kunak, ke Semporna. Didoakan mereka
tidak akan ke Tawau selepas ni. Yang merisaukan saya jika mereka akan
menawan keseluruhan pinggir pantai Sabah. Hati ini rasa tak tenang
sangat. Memohon semoga semuanya berakhir dengan baik.
Takziah diucapkan kepada keluarga pejuang-pejuang negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi sebuah negara yang tercinta.
MO kata : Allah sedang memberikan peringatan. Bila-bila masa roda yang
berputar boleh berhenti berputar dan pada ketika itu jika kita masih
berada di atas basikal nescaya kita akan terjatuh.
MO kata lagi : Ada yang berkata ini mainan politik. Haihhh. Susah untuk
percaya cakap-cakap orang pasal politik sekarang. Semua pakat nak
menunding jari, meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain. Perkara
yang kecil akan diperbesarkan. Parti itu cakap parti ini, parti ini
cakap parti itu. Yang lebih mengetahui hanya Allah swt. Tapi kalau kita
memilih untuk berdiam diri yakni menjadi badan berkecuali, tidak mahu
mengundi, adakah ia akan mengubah apa-apa?
### Nak memilih buatlah isthikarah. Kalau semua rakyat nak turun
mengundi tu buat solat istikharah, InsyaAllah jawapan yang Allah bagi
itu selamat dunia akhirat kerana kita meletakkan Allah nombor 1 kan.
Bukan masa nak pilih jodoh je lakukan istikharah. Biar Allah yang pilih
untuk kita. :-)
5 Pesanan:
boleh tanya m/s 63 ayat apa yg dimaksudkan MO?mohon penjelasan..terima kasih
@Anonymous
Err.. Muka Surat 63, tak dak maksudkan ayat apa-apa. Cuma Muka surat 63 merujuk kepada hari ini muka surat 63 daripada 365 hari.. Sebab tu permulaan ayat berkaitan tarikh hari ini dan tarikh 1 januari. :-) jangan salah faham ye. huhuhu
salam.
MO, saya dah tukar url bloglist dah :).
Betul, saya setuju,jika dalam apa jua keadaan kita letak Allah S.W.T sebagai no 1, paling atas, hasilnya tentu lebih berkat. Tapi tu la, manusia ni lemah. kadang-kadang lebih memilih berdasarkan emosi dan hati je (termasukla diri sendiri T__T)
Saya baru saja melihat ke blog teman bahwa ada kejadian pertikaian di Malaysia., hmmm beritanya tidak smapai di telingan saya jadi tidak tau pasal apa yang menyebabkannya... Ikut berdoa saja semoga keadaan semakin membaik, untuk keamanan negara2 muslim di seluruh dunia sampai tercapainya tujuan bersatu dalam khilafah :)
apamaksud muka surat 63 ^^
KLIK IPT DISAMANA AMBIL PELAJAR DIBAWAH KELAYAKAN
Post a Comment