Showing posts with label PETUA DAN TIPS. Show all posts
Showing posts with label PETUA DAN TIPS. Show all posts

Jika Blog anda terkena Malware


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Waaaaaaaaaa.. Tadi ada terima mesej dari Halawatul Insyirah (blogger) kat FB dia kata Laman MO kena malware.. Arrrr.. Tidak. Terkejut tu memang terkejut tapi MO boleh je masuk, pelik pulak kan. 

Then post kat KBU minta sesiapa tolong check, dibalas oleh sipootcomel yang mengesahkan bahawa Laman MO memang kena malware.. Ohhh noooo...


Tapi Nora Amila kata dia boleh pulak masuk Laman MO. Si Nora ni kata mungkin antivirus si sipoot comel ni tak kuat kot. :-) Dan apabila diselidik, rupa-rupanya salah satu link blog di bloglist dijangkiti virus. Asalnya nak buang link tu saja tapi cari punya cari tak dak pulak, mungkin bila sesuatu website itu dijangkiti malware atau virus maka link tersebut dah tak keluar di bloglist kot. 

BTW, apa malware tu??  

Malware, short for malicious software. Malware includes computer viruses, worms, trojan horses, spyware, dishonest adware, scareware, crimeware, most rootkits, and other malicious and unwanted software or program. In law, malware is sometimes known as a computer contaminant, for instance in the legal codes of several U.S. states, including California and West Virginia.


Sumber : Wikipedia

Jadi dengan rasa berat hati MO terpaksa buang semua bloglist walaupun tempoh bloglist tu sepatutnya bertahan sampai akhir bulan ni. Huhuhu..

Jadi MO nak buat bloglist baru. Boleh klik sini untuk info lanjut.

Dan kepada semua blogger. Cuba check jika blog anda terkena malware. 

Klik http://onlinelinkscan.com/ untuk scan blog anda. 

MO kata : Seminggu je lagi nak raya. Apa persiapan anda semua??

Sekian Wassalam..


SMEi dalam dunia blog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tetiba tadi tengok komen ada yang komen SMEi.. Apa kebenda tu?? Jenama henpon baru kot.. Tapi salah telahan.

 
SMEi = Saya Membaca Entri Ini !

MO ni jenis suka membaca tapi jarang nak drop komen. Mostly MO akan jadi silent reader je, masuk baca dan keluar. Aktiviti setiap hari MO adalah BW blog yang MO folo. SO setiap hari MO akan tercangak depan dashboard cari tajuk-tajuk yang best untuk MO baca.. Errrr, folo memang banyak blog (setakat ni 572 blog) tapi nak baca semua tu agak mustahillah jugak kan. So yang tajuk best ada pengisian jiwa MO akan masuk baca. :-)

Bukan bermakna MO langsung tak meninggalkan komen di mana-mana entry yang MO baca. Kalau entry tu betul-betul ada magnet buat MO komen, MO akan komen kadang-kadang panjang jugak komen MO. Hihihihi... 

Even blog yang baru pertama kali MO masuk pun kadang-kadang MO tak tinggal jejak atau drop komen. Hihihi.. Entah mengapa, malas kot.. :-)

Lepas ni kalau rasa malas sangat nak drop komen panjang-panjang taip je SMEi.. TAPI PASTIKAN ANDA SUDAH MEMBACA ENTRY TERSEBUT OJ... 

credit to Muhammad Iqbal atas idea SMEi ini. Meh sini baca entry beliau. 


MO kata : 
OJ tu adalah kata ganti OK.. Diilhamkan oleh Miss Ran. So lepas ni sama-sama kita guna OJ ye.. comel kan OJ je.. hihihi.. 

572 blog yang MO folo tu sebab MO nak folo, ada yang MO folo secara anon dan ada secara public, Most blog secara publiclah, tapi tak tau kenapa ada beberapa blog yang MO folo secara anon. Hihihi.. saja suka-suka. Sesapa yang suruh MO folo balik blog dia mintak maaflah, MO akan folo blog yang MO nak baca. Dalam blog yang MO suka nak baca tu pon ada entry yang tak terbaca. Tipu dan tipu kalau ada orang kata "aku baca semua blog yang aku folo melainkan dia hanya folo kurang dari 10 blog)..

Tepuk dada tanya hati, anda nak follower yang macam mana?? Folo dan blah atau folo dan baca?? MO nak orang yang datang folo blog MO sebab diorang folo dan nak datang lagi baca entry di Laman MO. 

Terima kasih atas kesudian membaca dan meninggalkan komen. :-)
Sekian Wassalam..


Ais Sangat Baik Diminum Selepas Makan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haaaaaaaaa.. Sapa suka minum air sejuk (minuman berais) selepas makan?? Ada berita baik untuk anda.. Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan. Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini.

Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat. Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan. Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.

Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis. Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus kecil.

Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia berfungsi seperti sistem penyejuk kereta. Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah jantung, dan lain-lain.
Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.

Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini. Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.

Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.

Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat berkait dengan perkembangan akal manusia. Sama-salah kita jaga kesihatan ya kerana kesihatan tak boleh dibeli dengan wang ringgit namun pelaburan untuk mendapatkan kesihatan yang baik memerlukan wang ringgit.. :-D

sumber : IluvIslam
Sekian Wassalam. 

Faedah Join Bloglist??


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. 
Harapnya semua pembaca Laman MO sihat sejahtera.. Ok.. Kali ni MO nak kongsi pasal faedah join bloglist. Mungkin ramai yang dah tau dan ramai juga yang belum tau kan. Dulu kan MO pernah rasa apalah tak malu sangat nak buat entry nak join bloglist blogger lain nih. Siyes malu kot macam terhegeh-hegeh pulak kan. Tapi bila dah agak lama sikit berblogging baru MO tau fungsi join bloglist nih. Dan kini MO tak malu lagi nak join bloglist blogger lain tak kisahlah blogger baru ke blogger lama ke, kalau berkesempatan pasti MO akan join.

Sebab bila blog kita dimasukkan dalam bloglist di sesebuah blog tu secara tak langsung kita dah ping entry terbaru kita kat blog dia. So, bila ada orang masuk baca blog dia dan ternampak entry terbaru kita, mungkin pembaca tu pon berminat nak baca entry kita kan dan klik link blog kita kan.. :-)

P/s : 
MO ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang masukkan Laman Muslimah Optimis dalam bloglist mereka walaupun tanpa dipinta. Jika anda membaca entry ini dan anda dah masukkan Laman MO dalam bloglist anda namun MO tidak berbuat demikian, sila maklumkan ya. Nanti MO akan masukkan dalam JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG. 

dan

Kepada pembaca Laman MO yang berminat nak berada dalam bloglist Laman MO (tapi tak janji la akan ada yang singgah blog anda dari Laman MO ni), anda boleh berbuat demikian dengan meninggalkan link blog anda di ruangan komen. Tapi dengan syarat anda terlebih dahulu dah masukkan Laman MO dalam bloglist anda.. Kemudian, insyaAllah MO akan masukkan blog anda pula di bloglist MO. Cepat atau lambat pasti MO akan masukkan.. Kekangan masa sekarang ni untuk berblogging dengan aktif.. Jadi bila ada masa lapang baru MO akan menghadap blog ni lama-lama..

sekian wassalam..

BUANG MASA LA JOIN SEGMEN BEN ASHAARI..



Assalamualaikum..
Haaaaaaaaaaa.. Kenapa ramai orang suka join segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari??? Kenapa?? Kenapa?? Korang tak rasa buang masa ke? Ermmm. Sebelum MO ceritakan kenapa ramai sangat orang suka join Segmen BA ni, meh MO ceritakan macam mana MO boleh berkenalan dengan blog beliau yang menyebabkan MO selalu jugaklah singgah blog beliau tapi hanyalah sebagai silent reader je. Sebenarnya banyak blog yang MO masuk sebagai silent reader, taktaulah kenapa tapi MO memang begitu. 

Sebenarnya...

MO mula berkenalan dengan blog BA ni pada penghujung 2010, pada bulan Disember rasanya sebab MO pun mula aktif berblog pada bulan November. Dalam dok berblogwalking tu termasuklah ke blog BA (tak ingat blog manakah yang membawa MO ke blog BA), tapi MO tak terus folo (masa tu follower BA baru 4000 ++). MO bertanya sendiri dalam hati "awatla ramai sangat orang dok folo blog dia ni?? Apa yang best sangat???" Tapi masa tu MO jadi silent reader blog BA, lima enam kali keluaq masuk baru MO folo dan sampai sekarang MO masih mengikuti perkembangan blog beliau walaupun tak meninggalkan komen. 

Macam yang Bro Ben Selalu cakap, kita buat segmen ni nak tukar pembaca dan sememangnya betul la kan. Jadi dengan join segmen BA sedikit sebanyak pembaca blog BA akan datang menjengok blog korang jugak. Join la jangan tak join. Tapi MO sendiri pon kadang-kadang join kadang-kadang tak bergantung kepada masa yang ada dan jenis segmen. Hihihi..

Ini adalah 5 blog yang menyumbang referal tertinggi Minggu lepas. Lihat Blog BA yang tertinggi tau.

4. Blog Bro Hamzah
5. Catatan Tinta Emas

Empat blog yang lain tu mungkin sebab Laman Muslimah Optimis diletakkan dalam bloglist mereka. Jadi lihatlah di sudut kanan ni ada lima bloglist blogger hebat di atas. Penghargaan khas buat mereka.


Jadi kepada semua, jika mahu blog anda berada di bloglist khas 5 Penyumbang Trafik Tertinggi Minggu Lepas, maka pandai-pandailah anda. MO akan update setiap minggu, InsyaAllah.Tapi andai kata tidak berubah. Maka tidak akan bertukarlah bloglist tu. Hihi

Terima Kasih kepada semua yang sentiasa menyokong Laman MO sehingga ke hari ini. MO hargainya sangat. Walaupun dalam kesibukan, insyaAllah MO akan cuba mengarang entry pengisian jiwa. Masih tersimpan di draf ni. Dokan semuanya dipermudahkan urusan ya. Dan kepada sahabat MO yang diuji dengan kesakitan, MO doakan semoga cepat sembuh. Allah menguji kita dengan sakit sebab Allah sayangkan kita. Berbaik sangkalah dengan Allah, InsyaAllah banyak manfaatnya.

Sekian Wassalam.

TIPS : INGAT ORANG TERSAYANG


salam semua...
11.1.11 telah meninggalkan kita... 
hari ini 12.1.11...
esok pasti 13.1.11..
begitulah seterusnya sehingga 2011 meninggalkan kita..
hidup perlu diteruskan dengan tabah...
jangan ada istilah futur dalam diri kita..
yang perlu ada hanyalah future bukan futur..

Ingatlah orang yang tersayang..
MO tengah dilamun rindu ni dengan orang tersayang..
Bila dah lama tak berjumpa pastilah rasa rindu bersarang di hati..
Tapi bukan rasa rindu yang mahu MO ketengahkan dalam entry kali ini…

Ok.. apa yang anda fikirkan bila membaca tajuk entry ini??
Adakah pasal kemalangan jiwa disebabkan tidak berhati-hati semasa memandu??
Kan dulu ada iklan, Ingatlah Orang yang Tersayang…

Bukan juga mengenai iklan ini yang ingin MO kongsikan…
Namun MO ingin kongsikan mengenai rasa kebas atau sesemut..
Tau tak rasa kebas atau sesemut tu macam mana??
Entah MO pun tak tau nak jelaskan macam mana…
Kalau yang duduk bersimpuh lama di lantai tu kebarangkalian akan merasai sesemut ini…

Haa… kalau nak tau rasa macam mana cubalah duduk dalam jangka masa yang lama tanpa ada gerakan di bahagian kaki anda, pasti anda akan merasai sesemut ini sebabnya pengaliran darah dan oksigen yang kurang ke bahagian ini.

Baiklah, apa kaitan dengan ingatlah orang yang tersayang pulak kan???
Ermmmm…

Semalam, 11.1.11 telah diadakan perjumpaan antara Pihak Pengurusan Kolej Kediaman dengan semua warga kolej kediaman MO… macam-macam isulah yang dibangkitkan..
Bila dah duduk lama tu, jiran sebelah MO mula merasakan kakinya kebas,
Alhamdulillah kaki MO tak diserang sesemut pulak..
MO pun tolonglah picitkan kaki dia, sebab kalau kaki diserang sesemut selalunya MO akan picit tumit atau bengkongkak ibu jari kaki…

Tapi dia maklumkan pada MO bahawa dia pernah terbaca suatu artikel yang mana jika anggota badan diserang sesemut maka ingatlah orang yang tersayang, insyaAllah rasa sesemut itu akan hilang… 
dan katanya berkesan…
semalam dia dah cuba, dan dia kata berkesan...
entah ye entah tidak..
MO belum pernah cuba...
kalau anda nak tahu, cubalah sendiri


Agak-agaknya kenapa ya???
Ermmmm…
Sebabnya focus ingatan kita bukan pada kaki yang kebas namun pada orang tersayang…
Bila kita tidak memikirkan mengenai rasa kebas tersebut mak, 
rasa kebas itu dengan sendirinya akan beransur hilang... 

hehehhe... 
berdasarkan logik akal MO je..
sebab bila kita demam atau sakit perut ke atau sakit je lah di mana-mana anggota badan, jangan difikirkan sangat tentang rasa sakit dan akhirnya kita tak berasa sakit...
mental kena kuat...

betul kan...

itu je MO nak kongsikan buat masa sekarang...
insyaAllah ada kesempatan kita jumpa lagi...
mungkin petang ni, esok, lusa, hanya Allah yang tahu
walaupun MO berhajat nak post satu lagi entry petang ni...

sekian, wassalam..


FOLLOWER ANON

Salam semua...
ye hari ini kita bersama lagi dalam rancangan di Laman Muslimah Optimis..
hidup mau optimis ya..
pedulikan kata-kata orang lain...

ha, tengok tajuk tu.
Follower Anon..
bukan nama follower tu Anon (even cek ada jiran kami panggil dia cik Anon)
tapi anon = anonymous @ tanpa nama @ no name @ un konwn

jangan la sedih kalo follower tak ramai
tengok cek tak sedih pun...

kadang-kadang ada orang suka folo secara anon ni,
boleh jadi dia klik folo private atau dia bookmark blog kita..
maksudnya dia berminat nak baca lagi la..

dah tu, suka pulak jadi silent reader je..
hihihi..biarkan dia menjadi silent reader..jangan paksa orang meninggalkan komen..
orang akan komen sendiri dengan ati yang ikhlas..

macam cek la kan,
kalo orang komen Alhamdulillah, 
kalo tak komen pun alhamdulillah,
sebabnye cek pun suka jadi silent reader je...

banyak blog cek masuk,
cek baca dan keluar...
melainkan kalo betul-betul ada magnet dekat blog dia 
yang dok tarik suruh komen baru cek akan komen.

cek ni pun masih baru dalam dunia blog ni..
saja je nak kongsi yang ini..
nak bagi semangat dekat kawan-kawan yang sedih follower tak ramai tu
follower cek pun bukan ramai pun,
relax-relax sudeyyyy...
smile..cakkk..
senyum kan comei tu..
jangan minyok-monyok ye..
tak cumelll nanti..hehehe..

ikhlas menulis kerana Allah,
pasti ada ganjaran yang menanti..


biar orang yang membaca itu mendapat manfaat daripada penulisan kita.
dan dia menyampaikan pula kepada orang lain..

sabda Rasulullah,
sampaikanlah walau sebaris ayat.

yang baik itu sama-sama kita sebarkan, 
yang tak baik juga boleh disebarkan untuk teladan bersama, 
namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan aib kepada orang lain.

macam cikgu yang mengajar murid-murid lah..
lepas anak murid dia pulak jadi cikgu 
(ada juga yang jadi doktor, peguam dan sebagainya)
tapi hasilnya, ilmu yang dipelajar dicurahkan kepada orang lain bukan untuk kegunaan sendiri.

 doktor : merawat pesakit
peguam : membela masyarakat teraniya (tapi kalo yang bela pesalah tu, sendiri mau jawab la di akhirat kelak)
contoh-contoh lain, anda fikirkan sendiri ya.

suka pula MO nak kongsikan sajak karya Usman Awang,

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


sekian,
nanti kita jumpa lagi na
wassalam