Showing posts with label Kongsi Sama. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Sama. Show all posts

Tu, cikgu pakai ketat-ketat takpe pulak ek!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Terpandang di status FB seorang sahabat.
"Cikgu, mana adil, kenapa cikgu-cikgu ni marah budak perempuan pakai baju ketat dan sendat. Ramai je cikgu pakai baju ketat-ketat, seksi tak kena tegur pun ! cikgu kena lah bagi contoh pada anak murid, macamne kami nak ikut kalau cikgu pun ntah apa-apa pakaiannya." - pahit untuk saya telan kebenaran ini.. Allah..
Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kalau dapat student macam ni, jenuh nak jawab. Hurmmmm. Cikgu ooo cikgu. Kenapa anda menimbulkan persoalan di minda anak-anak murid anda???

Menutup aurat tu kan wajib. Cuba rujuk sini, sini dan sini.

MO kata : Nak jadi cikgu bukan senang. Cikgu kan idola kepada anak murid. Setiap tingkah laku anda diperhatikan. Kepada semua cikgu dan bakal cikgu, please take note.

Sekian Wassalam.

Add Friend tak dikenali di Facebook sebab nak Famous

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Add Friend tak dikenali di Facebook sebab nak Famous. Hurmmm. Macam mana tu? Ye la, mungkin dirasakan bahawa kawan ramai di FB ni tanda pemes kot. Haishhhhhhhhh, sorry sikit na. Tak pemes mana pon.



 

Adakah kawan ramai di FB menandakan bahawa anda pemes?? Tidak sama sekali. Sapa pun boleh buat acc Fb then add manusia-manusia tak dikenali di FB kan. Pastu sampai full dan buat acc baru. Add lagi sampai full tapi hampehh tak dak bertegur sapa pun dengan member-member FB tu. 

Entry ni adalah rentetan daripada entry Rakan Facebook Yang Menjengkelkan.

Semalam ada sorang hamba Allah ni add MO di FB. Tapi MO macam tak kenai pulak awang tu. Tengok mutual friend kawan-kawan sekolah rendah. Hurmmm. Disebabkan tak mau tersilap approve orang lagi, MO pun inbox dia tanya siapa. Dia balas Abu (bukan nama sebenar). MO tanya lagi "Abu mana". Dia jawab "awak memang tak kenal saya pon". Hahhhh. Habis tu buat apa add. Hurmmm.

Lagipun MO tengok rakan dia di FB belum mencecah 100 orang. Dia pakai main add saja kot nak meramaikan rakan FB. Wallahualam. 

MO kata : Tapi kalau buat acc khas tuk blogger tak sempat nak beramah mesra tu, at least bila kita ping entry mungkin ada kalangan rakan-rakan blogger kita tergerak hati nak baca kan. :-)

Beringatlah setiap kejahatan manusia di FB kita tu, kita pon dapat saham sama. :-) Bab aurat paling mudah.. Sendiri mau ingatlah.

Sekian Wassalam.

Rakan Facebook Yang Menjengkelkan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Dah Ramadan ke-21.. Semoga semuanya istiqamah untuk menyelesaikan Ramadan tahun ini sehingga ke hari yang terakhir. InsyaAllah.  

Rakan Facebook Yang Menjengkelkan. Kenapa? Sebab bila menambah rakan FB dan hanya buat koleksi tanpa ada inisiatif untuk beramah mesra. Buang masa ja la weyy!. Kawan FB personal MO adalah lebih kurang hampir 2000. Itu pun dalam dok jaga-jaga tak approve orang tak dikenali dan menambah orang tak dikenali, tapi entah macam mana ada yang terlepas jugak kan. 

Jadi dengan semangat yang jitu, MO mengambil keputusan untuk pembersihan FB ni. Bukan apa, kadang-kadang buat menyemak ja. Friend belambak-belambak tapi hampeh tak bertegur sapa. Kalau setakat nak meramaikan friend saja, baik lupakanlah hasrat tu. 

Jadi kepada mereka yang dah diunfriend (yang tidak dikenali) tu mintak maaflah sangat. Sambil nak unfriend tu jenuh dalam hati dok mintak maaf walau hakikatnya depa bukan tau pun. Huhu. Tapi lepas MO unfriend sorang ni, boleh dia pi add balik pulak, padahai MO rasa macam tak mengenali dia pun. Huhuhu..

Bukan tak boleh nak add orang tak kenal dan berkenalan ni di alam maya, tapi kalau dah add tu bertegur sapalah sama. Ni buat friendlist saja banyak-banyak lepas tu setakat nak cakap "tq appv" baik tak payah. Buat semak kepala saja. Opss, agak keraskah kata-kata ini?? Mintak maap noh. 

Lagipun rasanya biarlah rakan-rakan yang rapat saja ada dalam FB personal MO, senang nak panggil walimah nanti. Hehehe. Kalau ramai sangat kang jenuh nak kena tapis-tapis pulak kan. Tapi kalau FB Muslimah Optimis, dialu-alukan blogger nak add. Itu FB khas untuk blogger. :-)

MO kata : Rakan di FB ni ada banyak jenis. Hati-hatilah. Baik anda semua check semula siapakah kawan-kawan anda di FB. Mungkinkah seorang pembunuh. Haaaaaaaaa, bukan apa ada sorang ni dia add MO pakai nama Pembunuh Upahan. Ohhh. MO ignore terus. Takut wehhhh. 

 Budak tu bisik, "Terima kasih sudi jadi kawan saya yang sentiasa doakan kesejahteraan saya"

Sekian Wassalam.

Bila MO Terlebih Rajin :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry ini adalah rentetan dari entry ini.

66666666666999996666666699999666999999999999999966666666 66666666666999999666666999999666999999999999999966666666 66666666666999999966669999999666999966666666999966666666 66666666666999969996699969999666999966666666999966666666 66666666666999966999999669999666999966666666999966666666 66666666666999966699996669999666999966666666999966666666 66666666666999966669966669999666999966666666999966666666
66666666666999966666666669999666999966666666999966666666
66666666666999966666666669999666999999999999999966666666
66666666666999966666666669999666999999999999999966666666

1. Tekan CTRL F
2. Tekan 9
3. Tekan enter.. :-)

Bila MO terlebih rajin jadi macam tulah.. Tapi seronok jugak kan. Cuba kawan-kawan buat jugak. :-)

MO kata : Salam Nuzul Al-Quran.  :-) Al-Quran itu penyuluh hidup manusia

Sekian Wassalam.

"Game" Orang Dewasa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hohhhhh. Game orang dewasa? Apa yang anda bayangkan bila sebut game orang dewasa ni? Ingat budak-budak je ke pandai main game? Kalau masa kecik-kecik dulu MO dan kengkawan dah biasa sangat la kalau main game zero point, tudung botol (err ada kenangan ni main tudung botol lepas balik ngaji siap dengan baju kurung dan yang paling tak boleh blah, MO sorang je pompuan. Menang pulak tu OJ), panjat pokok, main jengkek (ketinting) dan macam-macam jenis game lagi la. Main layang-layang, gasing dan permainan zaman budak-budak yang seangkatan dengannya. Tapi budak-budak sekarang? Main game on9 saja pandai kan. 

OJ tu game budak-budak. Sekarang jom kita teliti pulak game orang dewasa macam kita-kita yang sedang membaca ni? Anda sudah dewasa kan. Hurmmm, ataupun penghujung remaja dan awal dewasa. Game kita sekarang ni "BLOG" kan. Hihihi. Boleh dikatakan lebih 60% rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 25-45 tahun mempunyai blog tak kira apa niche sekali pun. Kan. Itulah GAME orang dewasa yang dimaksudkan.

Kalau adik MO sekarang ni, pantang on9 je dia akan bukak FB dan game on9 tapi MO tak pernah pun main game on9 ni. MO kalau on9 je mesti akan blogwalking baca entry. :-) Sebab dengan membaca boleh menambahkan pengetahuan kita. 

MO kata : Pembaca sekalian suka main game apa? 

Sekian Wassalam.


Kena Raba masa pergi tengok Bola di Stadium.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Bahang kehangatan bola semalam masih terasa kan. Seawal jam 2 petang (eh, yeke) orang ramai dah mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Semangat punya pasal kan. 


Dalam kemeriahan ramai-ramai tu, rasa-rasa ada yang hilang apa-apa tak? Ngaaaaaaaa.. Selalunya dalam kemeriahan ramai-ramai macam tu ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan (tidak menuduh, cuma berdasarkan pengalaman lampau saja) mencopek ataupun lebih dikenali dengan pick pocket. So hati-hati tau.

Cuba bayangkan hampir 100 000 lautan manusia yang pelbagai ragam dan jantina (eh, ada dua ja jantina lelaki dan perempuan but mungkin juga ada pomki~pompuanlelaki. Hohohho.. Manusia ni secara lahiriah ada dua mata, dua telinga, dua lobang hidung, dua kening, semuanya berpasang-pasang namun kita harus sedar bahawa manusia hanya ada satu saja hati yang menjadi rahsia diri masing-masing. 

Kita tak tau apa yang ada dalam hati orang lain kan. Ermmm. Ilmu Kasyaf??? Mungkin dia mengetahui tapi yang lebih mengetahui adalah Allah swt. So, hati-hati dengan makhluk bernama manusia. Zaman la ni (sekarang), kalau dok sorang-sorang bukan nak takut benda-benda yang kita tak nampak tapi takutkan manusia. Ya manusia. Manusia bertopengkan syaitan. Errrrrr... Takut...

Bab kena Raba masa pergi tengok Bola di Stadium pulak kan. Terjadi ka??? Boleh jadi raba secara sengaja atau tak sengaja. Yelah dah ramai-ramai berhimpit-himpit. Tolak sana, tolak sini. Sebab tu MO tak suka pi tempat orang ramai-ramai satgi MO boleh pengsan dengan macam-macam bau lagi. Bau rokok dah sepasai tak boleh nak bau satgi mula nak kena nafas ikut mulut. Huhuhu...

So, kepada yang pernah jumpa MO, dan jika anda merokok depan MO dan MO tutup hidung, itu maknanya MO benar-benar maksudkan OJ (ganti penggunakan OK).

Jadi kepada semua, berhati-hatilah bila pi tempat ramai orang yang terpaksa bersesak-sesak. Kalau boleh pakai la sweater ke ketika keluaq (memang hobi MO nih sampai budak-budak kolej panggil kak sweater.. Ngeee).

Entry ni hanya sebagai peringatan sebelum Ramadhan menjelang. Bila dah pi Bazar Ramadhan tu berpakaianlah sopan sikit. Dan jaga diri anda. Biasalah orang yang datang shopping bukak puasa tu mengalahkan orang pi shopping kat Uptown Shah Alam. 1st time pegi situ seram terus, tak beli apa pon. Sangat ramai manusia. Kat padang Masyar nanti macam mana ek?? Sendiri mau bayangkanlah.

Sekian Wassalam. 



Generasi Pencetus Revolusi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Generasi Pencetus Revolusi .. Wahhhhh.. Tajuk bikin gempak kan. Memang pon. Dalam dunia hari ini begitu banyak yang dapat kita tengok.. Kiri kanan depan belakang, rata-rata menjadikan Islam itu tersangat mudah. Ya memang Islam agama yang mudah tapi nak dipermudahkan lagi ke?

"Pakai tudung bawal tu payahlah. nak pin, pin lah, nak kena ironlah,"
 "Kalau payah pakai tudung bawal, pakailah shawls, tak payah nak iron-iron"
"Pakai shawls nak kena belit-belit, susahlah"

Haihhhhhhh, banyak pulak alasan ko bagi ye. Kalau rambut tu cantik takpe gak kan. Errrr.. Ni ada yang rambut macam dawai besi (huhhh, ni bukan MO sesaje cakap.. Realiti di masa kini)

Tu alasan yang tak pakai tudung kan. Yang pakai tudung pulak bagi alasan lain bila suruh pakai baju longgar-longgar, labuh-labuh.

"Kitorang pakai tudung la, tutup aurat la. bla..bla..bla"

Korang pikio ler sendiri. Benda dah wajib, lagi mau soal-soal. Bukan susah pon pakai baju longgar-longgar, labuh-labuh ni. Lebih selesa kot. Serius la MO cakap, lebih selesa berpakaian longgar.  Daripada pakai ketat-ketat menunjukkan lemak-lemak terkumpul.. Hohoho.. Kalo terasa maap ek.. 

Intro je tuh. Sebenarnya nak perkenalkan sebuah group baru yang diberi nama Generasi Pencetus Revolusi.
Klik untuk join group GPR




Kami sedang mengumpul mereka yang support dalam menaikkan Syiar Islam sebagai pegangan dalam sudut kehidupan seharian. Bukan sekular yang menjadi pilihan.


If you do,anda dijemput untuk join group Generasi Pencetus Revolusi yang diadakan di Facebook. Anda bebas bersuara,berbincang,dan menyampaikan apa apa suara yang anda ingin sampaikan.


Kita generasi yang bakal mengubah masa hadapan nanti.

Dan anda juga dijemput untuk like Fanpage Generasi Pencetus Revolusi di SINI..

Bukan sekadar group dan fanpages, blog  Memadam Komplikasi, Buang Sekulariti juga diwujudkan untuk berkongsi idea. Setakat ni dah ada 17 entry dan diterajui oleh 6 penulis (jika berminat menjadi penulis blog MK sila maklumkan pada kami). Anda bolehlah godek-godek dan tinggalkan komen ye. 


Semoga usaha kita yang kecil ini membawa makna yang besar dalam perjuangan demi menegakkan agama Islam tercinta. 

Masih ingatkah kita pada satu kisah Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Jadi apa tindakan kita sekarang??? Ayuh klik jangan tak klik..
Terima kasih atas sokongan anda semua kepada Laman Muslimah Optimis dan kepada GPR.

Sekian Wassalam.

Jangan Salahkan Orang yang Bunuh Diri..

Assalamualaikum. 
Huh. Hukum membunuh diri adalah berdosa besar. MO sendiri ada pengalaman kawan sekolah MO yang meninggal sebab terjun jambatan Pulau Pinang. MO dah kenal dia dari darjah 2 sampai MO terima berita kematian dia masa MO Lower 6. Huhuhu.. Mengerikan. Tapi dia Non-Muslim. Kawan-kawan lain kata dia sucide sebab awek dia ada lelaki lain.. hadoiiii... mesti akan ada orang kata "bodohnya bunuh diri kerana cinta. Carilah cinta lain".. Hohoho.. No komen pasal tu. 

Yang MO nak tekankan kat sini bukan bunuh diri tu sebagai takdir namun peristiwa seminit sebelum kejadian bunuh diri itu berlaku. Ermmm, kebanyakkan orang yang nak bunuh diri ni akan terjun bangunan, terjun jambatan, kelar tangan. Dan sebab mereka nak bunuh diri pon ada pelbagai. Putus cinta la, gagal exam la, kena hina la, kena kutuk kaw-kaw la, lagi apa sebab lagi ek? (boleh tinggalkan di ruangan komen jika ada). Tapi pernahkan anda terfikir apa yang menghasut mereka bertindak demikian???

Kononnya la, bila mati selesai masalah. Hohhhhhhhh.. Selesai la sangat kan. Balasan di "sana" tau ka macam mana?? Seksaan kubur tau ka macam mana?? Pastu buatnya patah kaki ka, pecah kepala ka, mati otak (koma) ka tu semua akan menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan semua orang tau. Fikir-fikir banyak kali orang kata sebelum ambil sesuatu keputusan tu.

Ermmm.. Ok back to the topic (cewahh speaking omputeh la pulak).. Jangan Salahkan Orang yang Bunuh Diri.. Kenapa?? Sebab masa seminit sebelum kejadian bunuh diri itu berlaku mereka dah tak sedar apa-apa. Hati dan akal mereka sedang bertembung bercakap menyalahkan antara satu sama lain. Semua dok bermain dalam kepala. Sebelah hati berkata-kata yang protagonis dan ada yang antagonis. Sebab tu terjadinya peristiwa hitam tu. Tapi sebagai contoh jika dalam masa seminit itu telefon berdering ka ada orang sergah dari belakang ka yang membuatkan si polan tu tersedar (jika masih ada secebis iman dalam hati) pasti dia akan merasakan tindakan bunuh diri tu adalah satu tindakan yang bodoh dan dia akan berpaling kebelakang (maksudnya tak jadi nak sucide la). 

Mungkin disebabkan tekanan yang teramat sangat boleh membuatkan manusia rasa lost everything sampaikan ada yang nak bunuh diri. Jadi bijaklah tanggani tekanan. Hurmmm.. Ada satu malam tu MO sakit kepala sangat-sangat ditambah printer buat hal padahal baru je beli ink yang boleh inject2 tu..Hadoii tapi ink tu dia tak nak masuk gang pulak dengan cartridge. So MO pun called mama sembang-sembang hilangkan rindu dan mengadu pasal sakit kepala MO tu (hohoho.. macam anak manja kan.. Tapi memang pon manja dengan mama dan abah je..hihihi).. Eh apa motif MO cerita pasal ni pulak. Hoho.. Sebab mama kata mungkin MO stress kot, so, mama MO ada kongsi tips nak hilangkan tekanan yang mama dengar kat radio siang sebelum MO hello-hello dengan mama tu. InsyaAllah kalau ada kelapangan masa pasti MO akan kongsikan dengan sahabat pembaca semua. 

Maaflah sebab masih terdapat entry yang dijanjikan kepada pembaca Laman MO yang belum disiarkan.
1. Tips membaca novel tanpa menganggu tugasan harian.
2. Bendera Hitam dan Bendera Putih
3. Bedah 17 Blog Peserta Terawal Contest AKU INGIN BERUBAH.
4. Pemenang Contest (belum dapat list entry pilihan dari juri lagi dua orang. Harap bersabar ya semua)
5. Tips Menghilangkan Tekanan.

MO memohon maaf atas sebarang kesulitan. InsyaAllah MO akan cuba usahakan menulis dengan mencuri masa yang ada ni. Doakan kita semua dipermudahkan urusan, InsyaAllah.

p/s : 
MO dah beli cartdrige baru. 

Terima kasih sudi membaca sampai habis.
Sekian Wassalam. 

Romantik.. Sukanya..


Assalamualaikum... Dalam dok menyiapkan tugasan praktikum.. Dalam dok berblogwalking.. tak dak apa nak dikongsikan sangat pon.. cuma tersentuh melihat video di bawah ni je... Romantik sangat..

Surat untuk calon Suamiku



Assalamualaikum.. Wahhh, tengok tajuk.. Errrr.. Calon pun belum ada, haha, gatai nak bagi surat kat calon suami ye. Huhuhuhu.. Sebenarnya tadi tengok ada requeste freind baru dari dua orang muslimah (tak kenal pun) tapi tengok mutual friend orang dikenali, so diorang ni pon mesti golongan baik-baik ni, jadi approved sajalah. MO ni kalo perempuan senang nak approve kalau lelaki susah sikit la.. hihihi.. Sebab tu ramai friend MO kat FB mostly Muslimat.. :-D

KECIK KENOT KE KECIK KONET???


Assalamualaikum.. Kecik Kenot ke Kecik Konet ek?? Ermmm.. Alkisahnya berbunyi begini. Minggu lepas tema pengajaran adalah kenderaan air, jadi semua aktiviti yang dilakukan mesti berkaitan dengan kenderaan air. MO mengajar Tunjang Sains dan Teknologi-Matematik Awal, jadi MO ajar topik klasifikasi saiz. Jadi MO pon buatlah kapal kertas tu (ke sampan ek), hahaha, panggil kapal je. MO buat empat saiz, besar, sederhana, kecil dan paling kecil. Lepas tu MO minta murid-murid klasifikasikan saiz kapal dan siap eja sekali. Comel je bila murid-murid tu eja ramai-ramai, bila suruh eja sorang-sorang ada yang boleh ada yang gagap. Ermmm, tak pe, slow-slow cikgu ajarkan.

KHIDMAT CIKGU PRAKTIKAL DIMANFAATKAN SEPENUHNYA


Assalamualaikum.. Lama benar saya tidak menulis di Laman Muslimah Optimis ni. Sejak akhir-akhir ni memang masa yang ada perlu disusun dengan begitu rapi dan teratur supaya semua perkara yang tersenarai di to do list dapat dilaksanakan dengan baik. Jika ada pun mengupdate entry, hanyalah repost entry-entry lama yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan bersama dan hanyalah update Contest AKU INGIN BERUBAH. Masih ada seminggu lagi untuk blogger-blogger yang berminat untuk join contest ni. Antara hadiah yang ditawarkan adalah buku perihal wanita dan lelaki, novel terkini Sutera Bidadari karya RAM, topup bernilai RM 30 untuk dimenangi, header blog, banner blog, photo puisi, bookmark dan kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh klik sini. 

JIWA YANG KOSONG



Assalamualaikum semua pembaca Laman Muslimah Optimis. Jiwa kosong. Pernahkan anda berperasaan demikian. Anda rasakan dunia anda gelap kerana anda merasakan kosong. Selalu MO mendengar luahan begitu. Benarkah?? Kalau MO katakan tipu bagaimana?? Mustahil hati manusia kosong tiada perasaan. Pada ketika dia merasakan hatinya kosong maka itulah perasaan yang dia rasakan.

Cuba lihat gelas di bawah.

APA KAITAN BADAN MENGEMBANG DENGAN BILANGAN DOSA KITA??


Assalamualaikum. Sekarang ni tengah dok berblogwalking menilai peserta-peserta "AKU INGIN BERUBAH"..Fuhhh hebat-hebat belaka. Ada yang sampai menitiskan air mata membacanya. Kepada yang teringin nak join masih belum terlambat lagi. Jom ramai-ramai memeriahkannya.

Baiklah dalam perkongsian kali ni MO nak share pasal badan mengembang (saiz bertambah la). kenapa badan mengembang ni?? Makan ikut sedap mulut saja jadi lagu tu la. Tapi cuba cakap kat sini sapa yang tak suka makan? Kalau dah makan memang la badan akan naik (even sikit yang tak nampak perbezaan ketara. Kita ni makin hari makin besar bukan makin kecik). Eh, ada ka orang tak suka makan ni?

KAITAN WAKTU DAN BULATAN.. KERANA ???

Assalamualaikum..
 Apa khabar? (ayat skema tanya soalan bahasa melayu).
Diharapkan sihat-sihat sejahtera.

Andai saya dapat mencipta waktu,
saya akan pastikan waktu itu berlari dalam satu bulatan yang panjang sekali.
Dan bukannya berjalan dalam satu garisan yang tiada penghujungnya.

kenapa???

STUDENT UTM JADI PELACUR????


Assalamualaikum...
errrrrrrrrr.. terkejut MO dapat tau pasal tajuk entry kali ni..
jangan buat tak endah...
nasib bukan keluaq student UM
bertambah malu ceq..
hope non muslim la tu hat jadi pelacur tu..
nauzubillah...

2 C YANG PENTING DALAM KEHIDUPAN KITA

hihihi.. gambar tiada kena mengena dengan entry.. hanya sebab guitar tu kiut..saya suka