Showing posts with label Pendidikan Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Anak-anak. Show all posts

Ibu, kenapa tinggal adik kat rumah kebajikan????


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Ibu, kenapa tinggal adik kat rumah kebajikan????" tanya seorang anak kepada ibunya. Ibunya tidak mampu menjawab melainkan meninggalkan si anak dengan air mata kesedihan.



Sedih kan. Bukan sengaja si Ibu nak tinggalkan si anak di rumah kebajikan. Pasti ada sebabnya. Bukan sebab si Ibu nak hidup senang tanpa mahu menjaga si anak, namun sedarkah bahawa Si Ibu tidak mahu Si Anak menderita sama, hidup dalam kesusahan dengannya. 

Tapi ramai si anak tidak menganggap bahawa tindakan si ibu sebab terbeban dengan si anak. Bukan begitu sayang. Ibu mana tak sayangkan anak. Kalau boleh si ibu tak mau tengok si anak susah pon, biar si ibu susah tak apa jangan si anak susah.

Sama juga dengan kes apabila Si Ibu menghantar Si anak kepada keluarga angkat yang dirasakan dapat memberikan kebahagiaan kepada si anak, namun apabila perkara sebenarnya terbongkar ramai si anak yang tak dapat menerima perkhabaran tersebut.

MO kata : Tak mudah nak menjadi seorang ibu, nak mendidik anak-anak menjadi khalifah di bumi Allah ni.

sumber idea : Suria di Cordoba

Sekian Wassalam.

CERITA SERAM PESONGKAN AKIDAH KANAK-KANAK

Assalamualaikum wbt.. 2010 telah melabuhkan tirai, 2011 memunculkan diri. Hari ni 11.1.11.. cantik kan nombor... ermmm.. 12 bulan akan datang 2011 juga akan meninggalkan kita dah kita akan berjumpa pula dengan 2012. Masa sangat pantas berlalu . Bukan soal masa yang MO ingin kongsikan namun kali ni MO ingin kongsikan mengenai penderaan emosi kanak-kanak dengan banyaknya penerbitan cerita-cerita seram di Malaysia. 

Kalau anda semua perasan la kan, sangat banyak cerita-cerita seram yang ditayangkan di televisyen dan menggunakan symbol U iaitu sesuai untk tontonan umum. Hai, sesuai ke budak-budak tengok. Last-last tak dapat nak tidur pulak. Bukan kanak-kanak saja tak dapat nak tidur orang dewasa pun sama jugak. Ha tu la, tengok lagi cerita seram. Banyak sangat cerita seram yang ditayangkan, tak dapet den nak tulis tajuk semuanya sebab tak ingat.. Bukan MO tak tengok, tengok la jugak tapi tak berapa gemar nak tengok.. hehehe… Tajuk tu anda cari sendiri ya…

Filem dan drama seram yang dihasilkan oleh pihak barat telah lama ditayangkan di Malaysia. Kalau cerita-cerita di Malaysia ni mungkin juga sedikit sebanyak ada melakukan kepercayaan kurafat dalam cerita tersebut dan pelakon tersebut pula terpaksa melakonkan watak yang diberikan. Walaupun niat mereka mungkin nak memberi pendedahan kepada orang ramai, namun kadang-kadang agak keterlaluan. Sakit mata pulak kita yang melihatnya...

Kalau cerita-cerita dari barat pula selalunya diterbitkan dan dilakonkan oleh orang beragama Kristian. Jadi mereka banyak menggunakan salib dalam cerita terbitan mereka untuk menghalau hantu. Kalau cerita melayu mungkin menggunakan doa-doa (baguslah kalau guna doa dan ayat al-Quran) tapi kalau yang guna amalan yang bertentangan dengan Islam (kepercayaan kurafat) macam mana pula??. Kalau cerita hantu cina, korea, siam dan sebagainya MO tak pasti pula bagaimana mereka menghalau hantu sebab MO jarang nak tengok cerita hantu ni. Macam MO kata tadi, tak brapa gemar nak tengok, tapi kadang-kadang layan jugak lah...

Ok, kita ambil contoh cerita barat. Bila hantu datang je mesti mereka akan tunjukkan salib, kanak-kanak yang melihat mungkin secara tidak sengaja bila hantu dalam cerita tu muncul akan berkata “cepat tunjuk salib” atau kalau mereka tak tau nak sebut salib tu mereka akan kata “cepat tunjuk tanda tambah tu”. atau apa-apa la yang budak-budak boleh kata... Ini akan memesongkan akidah walaupun menyebut tanpa itiqad. Ini pernah dibincangkan dalam satu majlis ilmu di Balai Islam kolej kediaman MO. Berhati-hatilah.

Bila emosi kanak-kanak terganggu maka ini akan menghantui tidur mereka sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sangat tidak wajar kanak-kanak menonton cerita-cerita seram walaupun bersama ibu bapa kerana minda mereka masih mentah dan muda. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil kanak-kanak tersebut akan mengalami tekanan perasaan dan perasaan takut yang melampau sehingga menggangu aktiviti seharian mereka. Kan bahaya tu...

p/ s:
Elakkan menonton cerita-cerita seram bersama anak-anak dan berhati-hatilah ketika menonton walau apa cerita sekali pun, ambil yang baik dan abaikan yang buruk.

Sekian, wassalam.


JOM MAIN DENGAN ANAK-ANAK 2


Salam semua.. apa khabar anda hari ini??? (ayat skema pulak)..hehe...tak lah, ini cikgu yang kelakar dan tak pernah marah anak murid sampai kawan naik poning sebab cikgu baik sangat kan..huhuhu... Eh, lupakan pasal tu... Sekali lagi MO nak ajak pembaca main dengan Anak-anak.. 

Dulu MO dah pernah post Jom Main Dengan Anak-Anak
 (kalau nak baca boleh klik sini)

Hari ni MO nak ajak main dengan anak-anak lagi.. 
Tak kesah lah anak-anak murid ke anak-anak sendiri ke atau adik-adik yang masih kecil ke asalkan budak yang ada nafsu main.. Kalau ada budak yang tak suka main tapi suka membaca, biarkan dia bermain dengan buku-bukunya (baca buku juga main sebenarnya, ada kaedah nak main dengan buku ni. InsyaAllah MO akan postkan kemudian)


ok sebelum MO huraikan dengan lebih lanjut kita tengok gambar-gambar di bawah..
permainan yang boleh jadi academic or non-academic...

ok..sedia semua..kita berlepas sekarang...

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 sapa yang tak pernah main askar kecik-kecik ni dulu???? macam-macam warna ada... 

Non-academic :   
Main tembak-tembak, susun-susun 

Academic :
 Main sambil mengira, mengenal warna, kedudukan senapang (tepi, atas, kanan, kiri)


Getah Pemadam..
Sapa yang tak pernah main lawan pemadam dulu???
MO suka gak main lawan pemadam ni...
Tapi kalo kat kedah panggil Lawan Raber (getah pemadam)...

Academic :
1)  Mengira jumlah pemadam yang paling banyak
2) Boleh belajar untuk mengingat nama negeri dan negara. 



 Guli. 
Boleh main Tuju Guli atau Congkak 
(teringat zaman budak-budak, hanya MO girl yang main bersama boys sekalian...adeiiii...
Nasib eden lo, sebab tak ramai budak perempuan kat kawasan umah eden...

Academic :
Bila main melibatkan guli secara automatik akan melibatkan pengiraan. 
Ye la kan, kalau nak tau sapa menang mestilah kena kira.



 Tudung Botol...
Sape tak pernah main tudung botol???
Sekali lagi MO seorang anak perempuan yang bermain bersama anak-anak lelaki di kawasan perumahan MO. Paling tak boleh lupa, balik mengaji Quran dengan baju kurung semua, pi singgah main tudung botol ni kat rumah jiran. haha..kelako plak bila ingat...


Academic :
 1 ) Nak kena kira markah tu. Kena cekap math (siap congak lagi)
2 ) Fokus pandangan kena tajam (satgi jentik tak kena pulak)



 Colourful Stick
Academic :
1 ) stick ni pun sama... Fokus..Fokus dan Fokus takut menggerakkan stick yang lain kan...
(fokus ini perlu dilatih supaya cekap dalam segala hal)
2) Pengiraan math
3) Mengenal Warna




Gasing...
MO pun suka main gasing pangkah ni....
Tapi dah lama tak main, mesti kalo pangkah je tak kena, 
silap-silap gasing tu berpusing terbalik paku kat atas (hehe)

Ya sekali lagi FOKUS perlu diberi perhatian...


Kawan-kawan semua mesti suka main ni kan. MO percaya sebab MO pun suka main masa zaman sekolah rendah dulu.. Askar kecik-kecik tu pun ada buat koleksi (cita-cita nak jadi askar) tapi bila dah besar waaaaaa, hasratku nak masuk Palapes pun tak diizinkan..
Rezeki saya bukan sebagai seorang tentera...

Ok...

Cuba perhatikan permainan yang simple dan mudah.. 
Namun ada ibu bapa yang melarang anak-anak daripada bermain, katanya hanya buang masa.
Ya, permainan ini hanya akan menjadi sia-sia kalau tidak diselitkan dengan unsur-unsur akademik...

FOKUS...
setiap daripada permainan di atas memerlukan
  FOKUS..FOKUS..dan FOKUS...

Semua ini adalah melibatkan kognitif kanak-kanak

Tapi zaman sekarang ni, budak-budak lebih suka main permainan komputer..

salah satunya


ramai sungguh suka main ni...
ikhlas dari hati MO, sejak daftar FB tak pernah MO main game kat FB...
huhuu..even MO ni gamer, tapi tak tau nape tak berminat nak main game kat FB..huhuhu...


Semoga ibu bapa masa kini tidak terlalu membiarkan anak-anak anda berada kerap di hadapan komputer. Mata pun boleh rabun tau. Sebab tu budak-budak zaman sekarang banyak yang pakai cermin mata (tak percaya ramai budak-budak sekolah rendah pakai cermin mata??? pi servey kat sekolah rendah). Sekali sekala mungkin boleh membawa permainan zaman "dahulu", dan perkenalkan kepada anak-anak anda zaman sekarang...

p/s :
sekarang ni kalau jumpa jiran-jiran lelaki tu semua, waaaaaa, cek mau lari..
malu... hanya bertegur sapa di dalam FB...Boleh tak gitu... hehehh..
Bila dah besar-besar ni, langsung sudah tidak bertegur sapa..hhuhu..


sampai sini saja dulu rasanya..
Lain kali sambung lagi ya..
sekian, wassalam

JOM MAIN DENGAN ANAK-ANAK



Salam Persinggahan buat semua sahabat-sahabat MO yang MO sayang.. Ye, saya sayang kamu kerana Allah.. InsyaAllah (macam lagu Maher Zain tu).. Ramai sungguh orang buat entry pasal MZ, apa yang best pon xtau (even ringtone hp MO memang lagu MZ pun)..heheh.. lagu2 MZ memang best (bagi MO la, bagi orang lain tak tau la)

Tengok tajuk Jom Main Dengan Anak-anak…Hohoho… MO ada ramai anak.. Anak tekak, anak tudung, anak rambut, anak lidah, anak buah dan anak muriddd….

So, apa kaitan dengan tajuk kan.. Nak tau kena baca sampai habis k..

Tadi masa chat dengan my fren di FB, ada la terkeluar perkataan OOOOOOOOOOOOOO... MO percaya dan berani kerat jari korang lah setiap yang chat (no matter FB or YM or apa-apa saja mesti akan terkeluar bunyi OOOO) 



Disebabkan chat saja, so tak nampaklah muncung mulut-mulut korang kan.. Kalau berbicara face to face habis muncung mulut-mulut kan... Kalau setuju cakap hohoho....


Bila si A kata OOOO

Si B pulak balas OOO itu bulat..

Tak kurang juga yang balas, PPPPPPPP....

Tapi masa MO berchatting tadi MO cakap PPPPPPPP.

Dibalasnya QQQQQ

So, MO cakaplah Q for Qatar...


Lalalala


Actually teringat permainan zaman budak-budak dulu Main ABC / Nama Negeri (siapa yang pernah main sila tinggalkan pesanan supaya MO boleh berkenalan dengan antum dan antuna sekalian...

Sebenarnya permainan ni bagus untuk meransang pemikiran kanak-kanak.
Disamping mengenal ABC ia juga mengajar kanak-kanak untuk mengetahui nama negeri/negara..

Tapi permainan ini tak fokus pada nama negeri saja. Anda boleh juga variasinya kepada focus objek yang ingin anda ajar.

Sebagai contoh, Main ABC dan fokusnya peralatan dapur, peralatan bilik mandi, peralatan bilik tidur dan sebagainya. Ini secara tidak lansung akan memperkenalkan kanak-kanak dengan peralatan yang sering kita gunakan seharian...

Permainan ini boleh dicuba oleh guru-guru tadika sekalian atau ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka..

Ingat!!!

Bermain adalah pekerjaan kanak-kanak (Montessori)

Jadi, jangan stresskan anak anda dengan buku, buku dan buku. Ada banyak cara nak ajar anak-anak ni.

Bila dah main tu, boleh suruh anak-anak anda ambil barang tu dan tunjukkan pada anda (peralatan dalam rumah saja pun) kemudian baru disusuli dengan buku..

Jadilah ibu bapa yang bijak mendidik anak-anak.

Sabda Rasulullah,

“Anak adalah tuan ketika umurnya 0-7 tahun, pembantu ketika 7-14 tahun dan kawan ketika 14-21 tahun”
(sabda Rasulullah ni lebih panjang, namun MO pendekkan supaya mudah faham)

Semoga semua menjadi ibu dan bapa yang diredhai. Didiklah anak-anak dengan Nur Islam..

p/s :
artikel pertama MO berkenaan Hak Seorang Anak telah disiarkan di ILuvIslam..
Kalo berminat nak baca boleh klik

Terima kasih.
Sehingga berjumpa lagi.
Assalamualaikum

LEAVE ME ALONE !!!!!!!!


Assalamualaikum…. (buat gaya Upin Ipin tau)… hehe. Tetibe je teringat kat kartun melayu tu…Comei n kiut… Semalam baru tengok kartun Upin Ipin ni.. Melucukan dan mencuit hati... Credit la kepada programmer  yang terlibat.

Leave me alone??? Plzzzzzzzzzzzzzzzz… Apa kena dengan Cikgu Mira ni ye?? Ada masalah besar ke??? Eh… Setiap manusia tak pernah berenggang dengan masalah. Setiap hari ada saja masalah.. Opsss.. Bukan masalah.. Gunakan CABARAN ATAU SITUASI…. Cabaran atau situasi adalah teman rapat manusia. Dari sekecil-kecil sehingga yang sebesar-besar. Dakwat pen habis ketika jawab soalan exam pun cabaran gak tu  (sebab masa menjawab exam tadi dakwat hampir kering, tulisan menjadi semakin kabur dan Alhamdulillah sempat menghabiskan dakwat pen tersebut setelah menoktahkan penulisan).

p/ s: bawak pen lebih semasa exam k.

Takdak duit nak bayar yuran pengajian, cabaran jugak.. Usaha sampai boleh bayar k. Tapi ingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semua benda la.. Senarai la sendiri apakah situasi dan cabaran dalam hidup anda. Cuba selesaikannye ye jangan lari pulak…Orang yang lari daripada masalah sebenarnya orang pengecut. Sebab masalah tu tak akan jauh daripada kita semakin kita lari semakin masalah tu mendekat dan mendekat sehingga dekat amat dengan kita. Masa tu nak buat apa lagi??? Terpaksa juga cari jalan penyelesaian kan. So, lebih baik terus mencari penyelesaian daripada lari dan at last kena cari jalan penyelesaian jugak. Huhu.

My Ex-Master Kolej Kediaman iaitu Dr. Ahmad Salihin (Sekarang dah tukar master baru), pernah cakap dalam ucapan perasmian Kursus Kepimpinan Bestari “Kalau nak jadi pemimpin, jangan anggap sebagai masalah tetapi situasi ataupun cabaran…Hohoho.. Ada macam lagu Bunkface tu tak Situasi??? Kalau nak tau lirik lagu tu boleh klik sini tapi tak dak langsung pun perkataan sitausi dalam lirik lagu tersebut.. hoho..

Apa kaitan SITUASI dengan LEAVE ME ALONE????

Ha, ada kaitan tu….

Sebab kan, selalunya la cek tengok dalam TV…. Kalau orang yang berhadapan dengan situasi ni kan akan cakap LEAVE ME ALONE!!!!! Siap marah-marah lagi…Apa kes nak dok sorang-sorang dalam keadaan yang kurang waras (yela, bila tengah marah kurang waras la kan.. Semua harta benda nak dilempar – ni bagi sesetengah orang je). Lebih baik berdiam diri. Kalau tengah marah ketika berdiri silakan duduk. Kalau sedang berdiri silakan duduk. Senyummmmmmmm (kebetulan sedang mendengar lagu SENYUM nyayian Kumpulan Raihan).

Artist: Raihan
Kategori lagu: Nasyid

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


 Tengok, kucing pun tau senyum. 

Jika dihayati lirik lagu ni memang penuh dengan nasihat. Senyuman itu tanda keimanan. Orang beriman kena senyum selalu. Ha, sapa yang tak senyum tu, baik senyum sekarang. Hehe. Senyumlah kita hanya kerana Allah. Itulah senyuman bersedekah. Nak bersedekah tak payah keluar duit pun, dengan seyuman pon dapat pahala. Tapi senyum jangan disalah guna. Tapi kalau dah menyalahgunakan senyuman, lain pulak maksudnya kan. Contohnya, senyuman sinis yang bikin hati bertambah panas bukan bertambah senang macam lirik lagu ni. Hati yang gundah terasa senang. Bila melihat senyum hatikan tenang. Tapi senyumlah seikhlas hati. Senyuman dari hati jatuh ke hati. Hohohoh…

 Jom lawan gigi sapa cantik lagi??? hehe


So sila kawal tahap kemarahan anda ya.. Jangan biarkan nafsu amarah menguasai diri. Teringat pulak kata seorang teman (dah lama berlalu adalah la setahun lebih kot masa ni kami sama-sama sebagai MT Projek – sebuah projek yang melibatkan penyertaan seluruh IPT di Malaysia)… Dia penah cakap… Aima ni (depa semuan panggil cek Aima) tak penah marah. Silap statement tu sebenarnya. Eh, bukan tak penah marah, cek ni jarang nak marah kot tapi senyum susah jugak (sebab tu kena cop sombong sokmo)..huuhu.… Maybe dia tak pernah tengok cek marah kot. Biasalah kan, dalam kalangan MT cek la yang paling cool…Menjadi penghibur di kala duka dan menjadi pendamai pon cek juga.. hehe… rindu la pada kamu semua… Cik Mai, Cik Kira, Cik TS n Shah a.k.a Pakcik … Bila agaknya kita boleh keluar minum sama-sama lagi. Masing-masing ada komitmen dan urusan masing-masing kan yang menjadikan kita semakin jauh dan menjauh…huhuhu…InsyaALLAH tahun depan kita konvo sama-sama k…

Berbalik kepada frasa Leave Me Alone… Kenapa ye, orang suka sangat guna frasa ni… Hai, beringatlah wahai manusia kalau nak alone macam mana pun ALLAH sentiasa ada bersama kita. Mustahil kita nak alone… dan Syaitan juga ada bersama-sama kita masa tu. Malaikat yang ada di kiri dan kanan juga jangan dilupa.

Bila dah duduk sorang-sorang (pada pandangan mata manusia la), mulalah terjadi macam-macam hal. Setakat menangis sampai bengkak mata tak adalah kes besaq sangat tapi sampai ada kes nak bunuh diri. Makan racun tikus la, kelar tangan la (sakit lor), terjun bangunan la (kalau belum ajal silap-silap cacat seumur hidup – naya je)… Ni semua adalah pujukan syaitan disebabkan IMAN yang rapuh. 


Allah berfirman dalan suruh Al-A’ raf ayat 34 :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengudurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkannya. 


Entah macam-macam lagi cubaan membunuh diri. Mira ada kawan (kenal sejak darjah 2 sehingga sekolah menengah – form 5 sekelas tapi tak rapat sangat sebab dia lelaki) orang kata dia mati bunuh diri pasal cinta tak berbalas. Dalam berita katanya dia terjun Jambatan Pulau Pinang. Tapi dia bukan muslim. Kalau Muslim tak tau la nak kata apa lagi. Lepas daripada kejadian ni, satu sekolah heboh dan kaunselor dan cikgu—cikgu pon banyak la buat ceramah macam-macam. Kawal stress, tingkatkan keimanan dan macam-macam la supaya tak mahu kes sebegitu berulang kembali. Mungkin dia tak berniat nak suicide kot, dia just duduk-duduk (berdiri sebenarnya) tepi jambatan tu, tup-up dia terjatuh (husnizhon – berbaik sangkalah). Wallahualam.

Mungkin orang yang menggunakan frasa leave me alone tu nak tenangkan fikiran la konon… Tambah-tambah di musim-musim peperiksaan ni, tah mahu diganggu la konon. Entah lah. Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan berbeza. Ini cuma pendapat peribadi Mira saja.

Dan pernah tak dengar ada orang cakap macam ni “Aku rasa jiwa aku kosong la, tak ada perasaan”… Dia tipu je tu. Kalau dia tak ada perasaan mana dia nak rasa jiwa dia kosong. Bahaya tu jika hanya mebiarkan perasaan anda kosong. Lagi senang syaitan nak masuk. Paling-paling kurang pun berangan la siapa anda 10 tahun akan datang tak dak lah rasa jiwa tu kosong je. Bila dah berangan-berangan tu cuba seiringkan dengan usaha supaya InsyaALLAH 10 tahun akan datang ALLAH makbulkan doa kita. Tapi kalau asyik berangan je tanpa usaha dan tindakan jangan mimpi la nak dimakbulkan. ALLAH memberi berdasarkan usaha dan doa. Itu Qadar namanya. 

Ish, dah jauh melencong daripada frasa Leave Me Alone… Ok…. Kalau sesiapa yang membaca penulisan ini, kalau boleh jauhkan diri daripada menggunakan frasa ini. Sangat tidak elok untuk diri sendiri. Sebabnya, ingatlah kita tak nampak ALLAH tapi ALLAH nampak kita. Walaupun kita rasa kita bersendirian namun ALLAH akan sentiasa ada bersama kita. Seperti yang Mira katakan sebelum ni, Syaitan pun akan turut ada untuk menghasut kita (dah memang tugas dia menghasut manusia). 

Kalau terasa jiwa kosong penuhkan dengan Zikrullah. Tulisan ini bertujuan untuk menasihati diri sendiri terutamanya. Tapi kalau ada pembaca yang mahu turut sama rasa dinasihati, Mira hargainya. Sama-sama kita tegur menegur dan nasihat-menasihati k. 

Beransur dulu ya.Al-maklumlah minggu exam ni mau study-stydo..hehehehe...

Assalamualaikum.

G.I.G.O bukan GIGOLO….

Assalamualaikum wbt…
Bercuti selama seminggu memang menggembirakan hati-hati yang sedang parah menangung rindu pada keluarga.  Ok… Semua sihat kan. Kalau ada yang diserang demam atau flu itu menandakan bahawa ALLAH mahu menaikkan taraf anda sebagai mukmin di muka bumi ini sebelum kembali kepadanya pada suatu masa yang telah ditetapkan. Cuma masa itu adalah rahsia ALLAH saw. Dah bersedia ke??? Huhuhuh….Check balik Iman kita... Orang beriman akan sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia...
Tiba-tiba je masa dah ada kat rumah ni terfikir pasal GIGO.. Apakah GIGO itu?? Jangan salah paham ya bukan GIGOLO tetapi GIGO. GIGO ni amat penting dalam kehidupan kita sebagai hamba ALLAH yang sentiasa inginkan kebahagiaan dalam hidup. Dimana letaknya kebahagiaan hidup sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kebahagiaan masing-masing juga terletak pada cara yang berbeza. Namun sedarkan kita dalam mencari kebahagiaan itu perlu disertakan dengan redha. Apa yang kita lakukan jika disertakan dengan redha ALLAH maka kita akan bahagia dan yang paling penting redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Jadi jangan sesekali membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan.

Garbage in Garbage Out atau akronimnya GIGO amat penting dalam kehidupan kita. (dapat perkataan ni masa bengkel penulisan thesis, kalau nak menulis thesis yang baik kena mengelakkan GIGO kata pensyarah). Kalau diterjemahkan secara terus maka maksudnya masuk sampah keluar sampah. Tetapi maksud yang cuba Mira sampaikan di sini adalah sekiranya input tidak elok maka output yang dihasilkan juga tidak elok. Semalam sempat Mira membaca buku Pendidikan Anak-anak tulisan Saedah Siraj yang mementingkan Pendidikan Anak-anak menurut Islam. Tidak mudah ya ingin mendidik anak-anak namun tidak sesukar mana jika kena acuannya. Ramai ibu bapa hari ini yang membesarkan anak-anak mereka bersama-sama syaitan. Kenapa Mira cakap macam tu??? Amboi sesedap rasa saja kan cakap mcm tu. Namun sedarlah bahawa untuk melahirkan anak-anak yang sempurna imannya bermula daripada diri ibu bapa itu sendiri.

Luqman Al-Hakim pernah menyebut “Aku mendidik anak-anakku 20 tahun sebelum mereka dilahirkan”. Jadi bermula daripada pemilihan calon pasangan yang beriman akan menentukan hidup anak-anak sangat penting. Ya memang benar, IMAN TAK BOLEH DIWARISI dan AMAT MUSTAHIL JIKA IMAN BOLEH DIWARISI namun IBU BAPA ADALAH MODEL KEPADA ANAK-ANAK, terdapat sebuah hadis yang menyatakan
“Sebaik-baik perkara yang diwariskan para ibu bapa kepada anak-anak adalah adab (percakapan dan perbuatan yang baik)”
Rasulullah juga pernah bersabda
“Tidak ada seorang pun yang dilahirkan kecuali dilahirkan di atas fitrah maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”
Maksudnya di sini Ibu bapa yang melatih anak dan mencorakkan kehidupan anak-anak seperti mana yang mereka mahukan. Oleh itu, ibu bapa perlu menjaga akhlak, personaliti dan ketrampilan diri kerana anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang mana jika ibu bapa tidak mencorakkan dengan baik maka persekitaran lain akan mencorakkan anak-anak yang mungkin akan menjadi tidak baik.

Jika kita lihat hari ini, ramai ibu bapa yang terlalu sibuk urusan di luar rumah sehingga mengabaikan kasih saying kepada anak-anak di rumah yang menyebabkan anak-anak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak elok (semata-mata mahukan perhatian ibu bapa).

Bila berbincang mengenai soal didikan kepada anak-anak soal makanan yang diberikan kepada anak-anak tidak boleh dilupakan. Dari mana sumber makanan atau pendapatan yang diberikan kepada anak-anak kita (Mira belum ada anak, namun ini sekadar peringatan apabila mempunyai anak nanti). Adakah dari sumber yang halal atau syubhah??? Makanan yang dimakan ni akan dibawa kemana-mana tau sebab akan bercampur dengan darah dalam badan kita (jadi daging).

Teringat satu dialog dengan kawan. Tak ingat pulak bersembang pasal apa masa tu, yang ingat dia kata

“Jom saya belanja awak. Hadiah la tu. Awak akan bawa hadiah tu kemana-mana, mungkin juga sampai mati”..


 Tapi pastikan hadiah yang diberi tu dari sumber yang halal ya. Heheh…. Jangan buat naya kat orang..huhu

Beri makan anak ni bermula sejak hari pertama anak dilahirkan. SUSU IBU.. Halal ke susu ibu ni??? InsyaALLAH halal jika sumbernya halal. Sebab apa Mira cakap macam tu?? Sebabnya kalau si Ibu makan makanan yang haram atau dari sumber yang syubhah, maka susu ibu yang diberikan kepada anak-anak akan mempengaruhi perangai dan sikap anak apabila mereka besar nanti kerana sumber makanan yang diberikan berasal daripada sumber yang diragui. Waalahualam…

Mira tak nak sentuh banyak pasal pendidikan anak-anak, anda semua boleh baca daripada buku-buku yang terdapat di pasaran (kalau beli pun tak mahal) atau di perpustakaan (pinjam je free je pun).

Itulah pentingnya GIGO… Garbage In Garbage Out…InsyaALLAH ibu bapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik. Tapi nanti ada pulak orang cakap, habis mcm mana anak tok Imam terlibat dengan maksiat??? Huh.. sapa nak jawab tu??
Jawabnya, bukan salah ibu mengandung. Itu sebab mereka yang hanyut dengan nafsu kerana janji syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia di muka bumi. Jadi, kita yang waras ni.. Pilihlah JALAN yng kita MAHUKAN…

Buat makluman, Mira baru je selesai menonton cerita Tiupan Sangkakala lakonan Rita Rudaini, Eman Manan dan beberapa pelakon lain. Kisah anak dan Isteri derhaka. Boleh dijadikan contoh GIGO bila part dia marah kat mak dia tu. Dia kata, dia jadi macam tu sebab mak n ayah dia …Nak ke kita jadi anak yang macam tu??? Selamat menonton. Minta maaf sebab tak dapat nak upload, dah banyak kali cuba, maybe sebab besar sangat kot..huhu.. Kalau nak tengok kena cari ler kat youtube ke atau kat mana-mana ek.. Minta maaf sangat-sangat... Lagi pun cerita ni dah pernah ditanyangkan kat TV3 tapi tak ingat tahun bila.. Dah lama dah..
Sekian, Wassalam..

Hak Seorang Anak

Assalamualaikum wbt...

comel kan baby ni.. nama dia Zawir Afham.. anak kepada pasangan Puan Amirah (sahabat saya) dan En. Fairul...




Agak-agak la kan apa hak sebagai seorang anak sejak dia dilahirkan?? hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa....Mungkin ada yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi kan. Mira percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti. Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.

Mira minta tolong untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..

Sabda Rasulullah saw :
“ Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu :

1. Memberikan nama yang baik
2. Mengajarkan tulisan (ilmu dan adab )
3. Mengahwinkan apabila telah baligh

Cuba kita perhatikan yangpertama. Berikan nama yang baik kepada anak-anak.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (namanya Mira tidak ingat) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air. Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh. Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).. secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaallah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di Jalan ALLAH...

Kedua adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah). Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah. Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006)... Bukan sikit denda yang dikenakan, boleh bayar muka kereta.. hehe..

Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.

Mutiara kata:

Sebaik-baik perkara yang diwariskan para ibu bapa kepada anak-anak adalah adab

(Maksud mutiara kata Amiru'l Mu'minin Ali k.w)...

Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia/baik.

Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia
(Maksud mutiara kata Amiru'l Mu'minin Ali k.w)...


lagi sabda Rasullullah

“ Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari..”


Ketiga adalah Mengahwinkan apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.

Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat.. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan (erkk, tp mcm belum layak nak kahwin je..huhu). Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini,

1. Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.

2. Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu memandangkan 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.

3. Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata...

jadi

yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.

Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."


Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.

Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan,

Wahai ayah dan Ibuku,

1. Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
2. Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
3. Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
4. Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
5. Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
6. Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
7. Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
8. Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
9. Suburkan kecintaanku kepada Allah
10. Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah
11. Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
12. Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
13. Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
14. Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
15. Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.

Ini sekadar pengetahuan Mira yang cetek disamping merujuk buku2 dan sumber-sumber yang boleh dipercayai..
Maklumat lain mengenai hak anak boleh dibaca di sini

semoga memberi manfaat...sekian massalamah