Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah hari ini 2 Jun 2013. Perjalanan hidup yang sangat pantas. Setengah daripada perjalanan hidup tahun 2013 dah terlaksana. Separuh lagi masih menanti percaturan hidup akan datang.
Musim cuti sekolah ni terlampau banyak jemputan walimatul urus yang diterima. Allahu banyak sangat. Tumpang gembira dengan perkhabaran dari sahabat handai. Moga kalian berbahagia hingga ke syurga.
Perkahwinan ini bukan sesuatu yang mudah semudah ABC. ABC pun susah tau bagi kanak-kanak 2 atau 3 tahun. Kalau bagi kita yang dah dewasa sesenang sangat la. :-)
Ada perkhabaran yang saya terima, si bakal isteri mengadu bahawa dia tidak berapa berkenan dengan sikap bakal suaminya yang agak "cepat meletupsss". Tak bolehlah macam tu, majlis pernikahan beberapa hari je lagi. Kadang-kadang semakin dekat dengan majlis semakin banyak dugaan yang datang dalam perhubungan hati antara dua manusia. Walau bagaimanapun pasangan ini telah selamat diijabkabulkan. Moga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Ameen.
Terimalah pasangan kita kerana kekurangannya supaya apabila kita mengetahui kelebihannya kita akan merasa lega. Namun jika kita hanya menerima kelebihannya kita akan merasa hampa apabila kita mengetahui pasangan kita banyak kelemahan. Setiap orang ada banyak kelemahan dan setiap orang juga ada banyak kelebihan. Tutuplah kelemahan si isteri dengan kelebihan yang ada pada si suami dan tutuplah kelemahan si suami dengan kelebihan yang ada pada si isteri. Itu baru bahagia. :-) Nasihat kepada diri sendiri memandangkan diri sendiri juga belum melalui situasi berumah tangga. Coming soon, mohon doakan.
Bila dah menghadiri jemputan soalan wajib keluar setiap "musim mengawan" (terjumpa istilah ni kat facebook) adalah "kamu bila pulak?" Ngeeee. Ada banyak versi jawapan yang boleh kita bagi.
Jawapan yang selalu saya bagi :-
Jawapan Pertama, kalau rasa nak jawab baik sikit,
Mohon __________ (makcik/pakcik/awak/kamu/sesape je nama orang yang tanya tu) doakan saya dipertemukan dengan lelaki soleh yang mampu membimbing saya ke syurga Allah. Banyak lagi yang saya perlu perbaiki diri ni sebelum Allah pertemukan dengan si dia yang Allah pilih untuk saya. Mohon doakan ya. Doakan sekali saya murah rezeki. Ameen.
Jawapan Kedua, kalau rasa nak jawab macam tak sopan sikit,
__________ (makcik/pakcik/awak/kamu/sesape je nama orang yang tanya tu), jodoh pertemuan, ajal maut semua tu Allah dah tentukan. Ia masih lagi menjadi rahsia Allah. Kalau makcik tanya saya bila nak kawen, saya tak ada jawapannya. Sama juga kalau makcik tanya saya bila nak mati lagilah saya tak ada jawapannya. Makcik tahu ke bila makcik nak mati?
Memang kejam tanya bila makcik tu nak mati kan. Hohoho. Tapi tak pernah lagilah menggunakan jawapan kedua. Selalunya guna jawapan pertama je. Minta orang ramai doakan kita yang baik-baik.
Semalam tertengok cerekarama tajuk "Bahagia Bukan Milikku"lakonan Wawa Zainal dan Farid Kamil. Farid Kamil nampak semakin hensem
sejak-sejak lepas kahwin dan bakal menjadi ayah ni. Seri nak jadi bapak
kot. Hehehe. Cerita tu mengisahkan Umairah yang telah bertunang dengan
Azrai dan mereka akan bernikah seminggu sahaja lagi. Tetapi dalam waktu
tersebut Azrai telah bertemu dengan wanita yang dirasakan lebih baik
daripada Umairah (bertudung) dan dia memutuskan pertunangan dengan
Umairah dan bernikah dengan Julia walaupun perkenalan dengan Julia hanya seminggu
sahaja.
Nak dijadikan cerita, setelah berkahwin Azrai merasakan Julia tidak menepati ciri wanita pilihannya. Sebelum kahwin lain dan selepas kahwin pulak lain. Sebenarnya bukan lain sebab sebelum kahwin kita belum kenal sikap pasangan kita kan. Jadi semuanya nampak indah saja. Tapi lepas dah hidup bersama, berkongsi segala-galanya barulah terbongkar sifat pasangan yang sebenarnya. Jadi kita kena bersedia segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Jadi sebagai insan biasa kita kena bersedia secara mental dan fizikal dan kita juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga. Perkahwinan bukan untuk sementara tapi kalau boleh hingga ke taman-taman syurga. Ameen.
MO kata : Tengok orang kahwin rasa macam nak kahwin jugak tapi terlalu banyak lagi persiapan diri perlu dilakukan dari segi emosi dan ilmu rumah tangga.
MO kata lagi : Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Cepat atau lambat itu semua dalam rahsia Allah. Tidak perlu memaksa untuk cepat kahwin dan jangan berkahwin dengan tergesa-gesa. Selidikilah dulu pasangan yang ingin anda kahwini.
[Keperluan Lelaki dan Perempuan dalam Hidup]

Klik artikel di bawah yang berkaitan dengan tajuk di atas. :-)
2 Pesanan:
saya sedang tunggu tarikh bintang saya kawin :)
:) ...
Post a Comment