Mengapa perlu ada peraturan cinta?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Soalan : 

Mengapa perlu ada peraturan cinta? 

Jawapan :

Kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepi..

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

Sumber tak ingat tapi edited by MO..

MO kata : Kalau nak bercinta, patuhi syarat-syarat yang Allah tetapkan dulu.. :-)
Usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali.

Sekian Wassalam. 
 

9 Pesanan:

:: Khai Artzfar :: said... [Reply]

kak aima..nak share :)

Halawatul_Insyirah said... [Reply]

sbb tu kalau nk bercinta kene tahu mana hala tuju cinta tu. kalau setakat nak bercinta hanya nak memenuhi kekosongan jiwa, tp tanpa ada tujuan dan ke arah perkahwinan, tak payah la merosakkan perasaan dengan bcnta. nk2 lagi kalau bcnta tu hanya nafsu semata. Nauzubillah.

p/s:(hati akan tenang kepada kebaikan, dan gelisah kepada keburukan :)

aniki said... [Reply]

sokong entry ni...

JIJI YU said... [Reply]

setiap benda ade pertauran..hurm..aku dok cari n3 engko sebelah tepi ghupenye dok tgh2 ni

Kumbang Jingga said... [Reply]

tima kaseh atas peringatan..yup setuju kena ke arah perkahwinan..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

semua perkara dlm dunia ni perlu ada peraturan kan dik.lebih2 lg bab cinta sesama manusia yg perlu ada peraturan dan batas2 tertentu

pengemisCinta said... [Reply]

bercinta lah kerna Allah..;)

aimie amalina said... [Reply]

=)
yakin kan
setiap ciptaan ada pasangannya
jgn dicari, makin ilang
ia akan dtg bila tiba waktu nya =]

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

setuju dengan ni. ;)