Showing posts with label Blog Review. Show all posts
Showing posts with label Blog Review. Show all posts

Generasi Pencetus Revolusi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Generasi Pencetus Revolusi .. Wahhhhh.. Tajuk bikin gempak kan. Memang pon. Dalam dunia hari ini begitu banyak yang dapat kita tengok.. Kiri kanan depan belakang, rata-rata menjadikan Islam itu tersangat mudah. Ya memang Islam agama yang mudah tapi nak dipermudahkan lagi ke?

"Pakai tudung bawal tu payahlah. nak pin, pin lah, nak kena ironlah,"
 "Kalau payah pakai tudung bawal, pakailah shawls, tak payah nak iron-iron"
"Pakai shawls nak kena belit-belit, susahlah"

Haihhhhhhh, banyak pulak alasan ko bagi ye. Kalau rambut tu cantik takpe gak kan. Errrr.. Ni ada yang rambut macam dawai besi (huhhh, ni bukan MO sesaje cakap.. Realiti di masa kini)

Tu alasan yang tak pakai tudung kan. Yang pakai tudung pulak bagi alasan lain bila suruh pakai baju longgar-longgar, labuh-labuh.

"Kitorang pakai tudung la, tutup aurat la. bla..bla..bla"

Korang pikio ler sendiri. Benda dah wajib, lagi mau soal-soal. Bukan susah pon pakai baju longgar-longgar, labuh-labuh ni. Lebih selesa kot. Serius la MO cakap, lebih selesa berpakaian longgar.  Daripada pakai ketat-ketat menunjukkan lemak-lemak terkumpul.. Hohoho.. Kalo terasa maap ek.. 

Intro je tuh. Sebenarnya nak perkenalkan sebuah group baru yang diberi nama Generasi Pencetus Revolusi.
Klik untuk join group GPR




Kami sedang mengumpul mereka yang support dalam menaikkan Syiar Islam sebagai pegangan dalam sudut kehidupan seharian. Bukan sekular yang menjadi pilihan.


If you do,anda dijemput untuk join group Generasi Pencetus Revolusi yang diadakan di Facebook. Anda bebas bersuara,berbincang,dan menyampaikan apa apa suara yang anda ingin sampaikan.


Kita generasi yang bakal mengubah masa hadapan nanti.

Dan anda juga dijemput untuk like Fanpage Generasi Pencetus Revolusi di SINI..

Bukan sekadar group dan fanpages, blog  Memadam Komplikasi, Buang Sekulariti juga diwujudkan untuk berkongsi idea. Setakat ni dah ada 17 entry dan diterajui oleh 6 penulis (jika berminat menjadi penulis blog MK sila maklumkan pada kami). Anda bolehlah godek-godek dan tinggalkan komen ye. 


Semoga usaha kita yang kecil ini membawa makna yang besar dalam perjuangan demi menegakkan agama Islam tercinta. 

Masih ingatkah kita pada satu kisah Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Jadi apa tindakan kita sekarang??? Ayuh klik jangan tak klik..
Terima kasih atas sokongan anda semua kepada Laman Muslimah Optimis dan kepada GPR.

Sekian Wassalam.

Heziqa Yoo Budak Bermasalah...

Assalamualaikum...
Huiiii.. Hari Isnin.. 
Sakit kepala menyerang lagi. Jadi MO mengambil keputusan untuk ke klinik sekaligus check telinga MO yang sakit ni ha. Abaikan pasal MO gi klinik tu, saje je nak ngadu. Huhuhu.

Hohhhh.. tengok tajuk Heziqa Yoo Budak Bermasalah... Hurmm.. Jangan buat keputusan melulu nak marah MO okeh sebab bukan masalah apa pun. Cuma HY ni bermasalah penglihatan je. Sebab dia rabun, pakai cermin mata. Hihihi.. Pakai cermin mata tu lebih baik dari pakai lense ok. Baiklah kali ni MO nak bedah blog si adik manis HY.. 

HY tu merujuk kepada nama pena beliau Heziqa Yoo. Tapi nama penuh beliau mengikut IC adalah Mas Izean Heziqa Binti Mohammad Mushadad. Akan berusia 18 tahun pada 31 Ogos 2011 nanti. Tarikh lahir beliau sama dengan Hari Kebangsaan tu. Anak meredekalah kiranya ni ek, HY. 

HY kata kan pengkomen adalah lebih penting daripada follower.. Hurrmmm.. Ada betulnya di situ. Meh kita baca apa dia tulis.

HY, ada persamaan la antara abah MO dengan papa HY ni. Hohoho. Nak tau apa dia kena baca entry ni sebab alasan papa HY bagi sama je macam alasan abah MO bagi. So sampai sekarang umah MO takde piring terbang (pi baca entry dia baru paham).. Hoho..

Hurmmm.. Kalau korang semua nak tau, cik adik HY ni pon dah mula tulis novel tau. Tajuk dia Cinta ke-100... Huiyoooo... Sampai 100 kali bercinta. Nak tau alkisahnya meh le baca kat sini, so far baru sampai bab ke 13. Akan bersambung lagi kan HY? Hurmm.. 



Konfem cik adik HY ni minat pelakon korea. Tengok sampaikan header bog pon ada gambo pelakon korea (tapi MO tak kenal pon sapa pelakon tu)...hihihi.. Ok, komen pasal blog beliau pulak, belang-belang itu sangat cute. Cuma, ada entry-entry yang tak dapat dibaca sebab tulisan yang colourful sangat dan background pon colour turqois kot.. Huhuhu.. Mungkin sebab sebelum ni pakai templet lain so entry-entry lama yang bukan tulisan hitam tu memang payah nak baca la. Apa pun HY teruskan menulis okeh.. Sebab pasti ada yang membaca penulisan anda.. :-D

Jadi apa tunggu lagi meh ler terjah blog beliau di http://heziqamushadadlee.blogspot.com .

HY ni adalah peserta kedua contest AKU INGIN BERUBAH. Jadi kepada peserta ketiga hingga ke-17 sabar ya menanti giliran bedah blog anda.

Sekian Wassalam.

Sipoot comel itu adalah Budak Pulau

Assalamualaikum...
Ceria-ceria semua di hari Ahad ini. Selamat Hari Abah untuk abah saya dan kepada semua abah, ayah, abi, walid, daddy, ayah di dunia ni. Semoga semuanya dalam lindungan Allah selalu..ameen.. Kakak sayang abah, mama dan adik-adik.. :-D
 
Okeh.. Entry kali ni MO nak melangsaikan hutang kepada peserta-peserta terawal contest AKU INGIN BERUBAH. Peserta pertama adalah Si Sipoot Comel ni. Entah mana dia dapat idea nak letak url blog dia sipootcomel.blogspot.com.

Beliau adalah seorang jejaka okeh bukan si gadis. Hohoho.. Kalau tengok url mesti ramai ingat dia ni pompuan kan. Oh..anda tersilap percaturan. Nama blog beliau adalah LAGENDA BUDAK PULAU kerana beliau berasal dari Pulang Helang. Pulau Helang tu Pulau Langkawi la.

Beliau ni peminat MU rasanya sebab kat sidebar blog beliau ada jersi MU. Hohoho. Eh lupa nak perkenalkan nama beliau. Nama beliau seperti dalam IC tak tau la tapi nama yang digunakan di FB ialah Syukri Hasshan. Hurmmmm.. Ada orang kata muka dia ada iras-iras Syahir AF8... Yeke?? Entah ler sebab MO bukan kenal Syahir tu pon.. hohoho.. Tapi kalo nak tau kesahihannya boleh klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Si sipoot comel ni buat MO terharu lah pulak. Nak tau kenapa?? Meh klik sini dan anda akan tau kenapa MO terharu..Ohh..ohhh.. Terima kasih Syuk.


Ni header blog beliau.. Apa kebenda yang warna-warni tu?? Itu adalah straw.. Tau apa itu straw?? Ala yang kita gunakan nak sedut air tu. Hohoho. Beliau ni juga dikenali sebagai Mr Straw sebab hobi beliau yang suka gigit straw. Hadoiii.. Habbit pelik ni. Hohoho.. Eh ada lagi sorang kenalan MO yang suka gigit straw, insyaAllah nanti MO akan review blog beliau pulak. 

Terima kasih sebab menjadi yang pertama join contest AKU INGIN BERUBAH anjuran Laman MO.  Sebagai janji masih ada 16 blog peserta terawal yang akan dibedah. Tunggu turn lah ye. Mungkin cepat mungkin lambat bergantung kepada urusan-urusan seharian MO yang agak padat sekarang ni. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua..ameen..

Meh kita terjah blog Budak Pulau yang muka dia macam Syahir AF 8 tu. Blog beliau simple dan kemas. Teruskan menulis, sebab ada yang akan membaca penulisan anda wahai Budak Pulau.

p/s : Syuk, coklat Forrero Rocher cheq jangan lupa na. Hihihihi... 

Sekian Wassalam

PENULIS BLOG INI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Assalamualaikum... 


Tadi MO berjalan-jalan di alam maya.
Biasalah kan, nak berjalan di alam realiti ni malas sikit kan..
Banyak kekangan...

Kemudian MO tersinggah ke sebuah blog..
Seorang engineer tapi boleh juga digelar ustaz..
Kira gang proztaz la ni...


terkejut MO membaca nukilan di blog beliau..
Mohon jasa baik saudara dan saudari untuk mendoakan kesejahteraan bagi penulis asal pemilik blog ini". "Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Untuk makluman semua pengunjung blog ini, penulis blog ini, si fulan bin si fulan telah kembali ke rahmatullah pada waktu dan hari sekian. Justeru itu, diharapkan pihak saudara-saudari dapat memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan beliau dan menghalalkan segala hutang-hutang beliau. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik saudara dan saudari sekalian".

tersentak seketika apabila membacanya..
MO ingatkan tuan blog ni dah kembali menemui Sang Pencipta sebab MO pernah masuk ke blog beliau suatu ketika dahulu dan kenyataan di atas amat mengejutkan MO..

Rupa-rupanya itu hanyalah mukadimah bagi entrynya yang satu itu sempena ulangtahun kelahirannya yang ke -24...

sangat tertarik dan mula memikirkan kemungkinan 
yang akan berlaku pada diri MO..  

dan MO juga tertarik dengan satu kata-kata beliau dalam entry yang sama,
InsyaAllah saya tidak mahu berhenti menulis, bahkan saya ingin menjadikan ia sebagai aset saya 'di sana'. Kerana saya orang yang tidak banyak berpahala, lalu biarlah tulisan dalam ruangan ini menambahkannya walaupun kandungannya biasa-biasa.
 untuk membaca artikel penuh sila klik sini 

p/s :
semakin hari kita memang semakin hampir dengan kematian,
dan tiada siapa boleh menyangkal kenyataan itu..


MO juga mahu menjadikan menulis sebagai satu medium mengumpul khazanah untuk dibawa bekal ke "sana"

semoga kita semua sentiasa istriqamah melakukan sesuatu kerana Allah swt..

p/s lagi:
ni kiranya blog review la.
tak rugi menjenguk ke blog beliau.. 

blog beliau juga sangat menenangkan kepada sesiapa yang singgah..
banyak pengisian yang berguna kepada kita semua..


jom klik..


MO sangat suka ayat Mari Melakukan Kebaikan Setiap Hari 
petikan kata Saidina Ali r.a

sekian wassalam...

BLOG REVIEW OLEH MO : 5 ~ BY FARAH MN



Assalamualaikum...

selepas selesai menggodek-godek Blog Bicara Seorang Aku...
Mai pulak godek-godek blog By Farah Mn...

bermulanya interaksi sebab dia nak share satu entry nih..
entry mana?
entry nih la...
dan MO pun kata silakan nak share mana-mana entry..
ilmu kan untuk dikongsi...

Takdir Allah memungkinkan segalanya...
rupa-rupanya Miss Farah ni junior MO kat UM rupanya..
cuma fakulti dan kolej lain-lain..
tapi berkenalan kot blog ja lepas tu diteruskan kot FB..



okelah...
siapakah Farah Mn ni???
apa Mn tu???
Mn tu singkatan nama bapak dia tapi ceq tak ingat pulak nama apa...
maap noh...

nak kenai ngan blog cik Farah???

sebelum tu nak share 1 entry dia...
ni ha... 
(sila klik untuk ke halaman beliau)

lihat kotak yang bertanda merah tu..

Aku akan berhenti berfikir.
Bila aku berhenti bernyawa.

Memang Mo tak nafikan la...
dia ni memang otak sastera padahai budak account...

dia ada satu gi blog..
ni ha..


blog ni hanya menempatkan sajak-sajak beliau saja okeh...

sesiapa nak berkenalan silalah terjah...
ayat dia best-best...

dan paling MO terharu dengan dia nih,

V
V
V
V
V
V
V
V


dia masukkan link Laman Muslimah Optimis di ruangan (bloglist) Inspirasi..
Peace dan Tenang pulak tu..
Tenangkah Laman MO ni????
dan hanya ada tiga blog di ruangan itu..
link-link lain di ruangan The Bloggers..
sangat terharu..
tu kira satu penghormatan buat MO tuh...


terima kasih sangat-sangat sebab sudi jadi Follower Laman MO 
dan masukkan Laman MO di bloglist...

p/s :
Jom la pi singgah...

sekian wassalam


BLOG REVIEW OLEH MO : 4 ~ BICARA SEORANG AKU


Assalamualaikum...
Entah mengapa perut lapaq pulak???
Dah tak makan mestilah lapaq kan.. 
hohohoho...
sebenaqnya MO dalam stress amat-amat nih..
tapi dok excited sebab nak balik kampung jugak nih...
adeeeiiii laaa...

okeh..okeh..
saja nak habaq MO nak balik kampung saja..
ada sapa-sapa nak ikut??
hhoho...

Ni ha, menunaikan janji kepada seorang teman...
BLOG REVIEW OLEH MO : 4 ~ BICARA SEORANG AKU

siapakah dia??
ohhh..dia menggunakan nama panggilan Cik PM...
bukan Perdana Menteri ataupun Pembantu Mahasiswa
tapi
Penjenjak Mimpi...
Tak paham gak MO,
 mimpi apa lah dia dok jejak tu..
hohoho..
tu kena tanya dia la noh....
macam mana pulak nak tanya tu???

mai la masuk blog dia...
meh klik gambar di bawah meh..


entry tu sal tips meneguhkan iman..
memang terbaik la kita kena ikut kan...

sebabnya iman manusia ni dok naik turun, naik turun...

Cik PM...
nak tanya sikit nih???

memang suka warna kelabu ka???

lepas tu nak
komen sikit pasai blog Cik PM nah..
jangan marah tau...

errrrr.. kalau buleh pilihlah templet warna yang mudah nak tengok dan baca..
MO ni ala-ala rabun jugak
(bukan ala-ala tapi memang rabun pun cuma tak mau pakai cemin mata ja)
so, bila latar warna kelabu, 
tulisan warna putih (haluih-haluih) 
pulak tu susah sikit orang nak baca..

mintak maap nah...

warna kelabu tu comei dah...
tapi bagi la tulisan besaq sikit noh...
hehehe...
itu je komen...
maap sekali lagi kalo terasa na...

terima kasih Cik PM sebab sudi follow Laman MO ni...
buleh pi kira pulak dia follower yang ke 200..

apapun,
pesanan MO,
menulislah kerana Allah...
dari hati yang ikhlas..
(pesanan untuk diri sendiri jugak)

p/s :
apa tunggu lagi...
jom pi singgah..


ni slogan dia..
"Ape yang aku rase, aku nampak, aku pikir, aku alami itulah yang aku tulis. Aku menulis bukan kerna nama..."
(memang terbaik)

Sekian Wassalam

BLOG REVIEW OLEH MO :2~ CINTA HINGGA SYURGA


Assalamualaikum. Hari ni 1 lagi blog akan direview oleh MO. 

Pemiliknya seorang isteri kepada suaminya dan ibu kepada anaknya. 
kalau tengok tajuk blog beliau 
CINTA HINGGA SYURGA.
InsyaAllah. 

entry ni pasai anak dia..
KLIK untuk membaca..

kalau ada anak mesti kita sayang anak kita sangat-sangat kan,
sedangkan anak orang yang kita jaga pun kita sayang apatah lagi anak sendiri kan..
tapi hairan bila dunia akhir zaman ni ramai orang tak sayang anak.
buang anak merata-rata. 

aiyoookkkkk...
dah la mengandung 9 bulan, 
pastu nak bersalin lagi,
pastu pi buang...
memang akai xdiguna pakai..

kawan MO seorang doktor,
dia housemanship kena duty kat labour room..
ada akak nurse tu kata kat dia,
kalo ibu-ibu yang melahirkan anak luar nikah
 memang senang nak bersalin tapi bila nak sakaratulmaut, nauzubillah...
sebaliknya,
ibu-ibu yang bersalin anak hasil pernikahan yang sah agak sukar dan sakit nak bersalin tapi mudah bila nak meninggal sebabnya bila seorang ibu melahirkan anak, 
maka si ibu akan bersih dari sebarang dosa,

pemilik blog ni namanya Laili...
juga menggunakan latar hijau dan biru..
konfem sangat sayang suami dan anaknya sebab tengok header pun dah tau..



jom masuk blog dia...
dan follow sekali okeh...


wassalam..


BLOG REVIEW OLEH MO :1~ FRAME AND LENSES


Assalamualaikum..

MO menulis untuk menunaikan janji kepada Sahabat Blogger MO. 
jadi MO bercadang mahu review sebuah blog Sahabat MO..
(sebelum MO bercuti lagi dari menulis)

Blog Siapakah???

jeng..jeng..jeng


Beliau adalah seorang lelaki. 
Macho..erkkk.. Macho ke???? 
Entah la macho ke tak tapi yang pasti kiut..
Hahahah.. 
MO puji kiut tu, 
konfem dia membaca sambil tersengih-sengih 
sebab pengakuan tak berani mati MO ni.
Hahahaha...

Disebabkan nak review blog, 
so, 
MO kena la godek-godek entry lama dia dulu kan..

godek punya godek,
klik sana punya klik sini, 
terjumpa la dengan entry ni...
sejuk perut mak mengandung weiiii...

(bila anda klik gambar akan terus ke laman beliau okeh)

sangat suka ayat
"harap sangat suatu hari nanti,
semua akan berjemaah ramai-ramai kat office"
InyaAllah...Allah perkenankan..

blog dia simple tapi menarik...
sebab dia guna hijau kot..
Bukan bias okeh, cuma pensyarah MO pun pernah cakap,
kalau nak buat slide presentation either use background hitam, putih atau hijau.
(ni apa campuq-campuq maglish ni??errrr..)

bila tengok sesuatu yang bewarna hijau kita akan menjadi segar..
Thumbs Up...

Blog beliau juga menceritakan kisah hidup beliau sendiri,
perkongsian-perkongsian agama, contohnya entry ini, 
dan banyak-banyak lagi la..
tak larat la MO nak godek-godek semua...
juling habih mata-mata.

so kalau ampa semua nak kenai dengan pemilik blog kiut-miut ni, 
pi la terjah blog dia na. 


p/s :
dengaq-dengaq dia masih solo..
so, kalo ada gadis-gadis yang berkenan,
roger-roger MO na, 
insyaAllah kalau dah jodoh tak ke mana...

waahhhh...
mood mau jodohkan orang pulak...
hohoho..
suka hati sayalah...


p/s lagi :
tolong orang bina baitul muslim kan pahala tu...

sekian, wassalam