Assalamualaikum...
Semoga semuanya sihat-sihat dan dalam keadaan ceria..
Seminggu Laman MO senyap dari sebarang entry. MO agak kurang masa untuk blog buat masa sekarang. Banyak tanggungjawab lain yang menanti MO. Tapi MO gagahkan diri menulis untuk renungan MO dan sahabat yang membaca. InsyaAllah.
Menjaga hubungan dengan TIGA..
Tuhan,
Ibubapa,
Guru-guru,
Al-Quran..
Jangan membelakangkan Allah swt dalam setiap perlakuan kita,
Sentiasa memuliakan ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita,
Jangan lupakan Guru yang mengajar tulis baca,
Dan Jadikan Al-Quran sebagai teman rapat kita..
(kata-kata ini diperolehi semasa mendengar ceramah menjelang peperiksaan dulu - tepat sekali hubungan dengan yang TIGA ini perlu dijaga)
InsyaALLAH jika kita menjaga hubungan dengan yang TIGA ini, hidup akan sentiasa berada dalam rahmatNya.
Pantai.. Tahukah kita dari mana pantai itu bermula?? Jawapannya, kita tidak tahu dari mana pantai ini bermula.
Ya kita tidak tahu dari mana pantai itu bermula, kita tidak tahu dari mana bumi ini bermula. Adakah dari Australia dan berakhir dengan Malaysia atau dari Tanah Arab dan berakhir di Jepun??? Jawapannya TAK TAHU...
Tetapi kita harus tahu bahawa kita semua bermula daripada setitis air yang hina sehingga terbentuknya zigot di dalam rahim ibu kita dan setelah berada di alam rahim selama 38 minggu maka kita menjenguk ke dunia. Kehidupan kita di dunia kita tidak tahu selama mana. Mungkinkah hanya selama sebulan (tetapi Alhamdulillah anda yang membaca ini dan MO juga pastinya umurnya lebih panjang dari sebulan kerana ada sahabat kita yang mungkin kini sebaya atau lebih tua telah dipanggil pulang oleh ALLAH sejurus selepas dilahirkan), mungkin usia kita di dunia selama 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 60 tahun atau lebih panjang??
Jangan sesekali kita lupa bahawa daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Hanya masa dan ketikanya adalah dalam rahsia ALLAH. Tiada siapa yang mengetahui kecuali DIA.
Bersyukurlah kepada yang mengetahui bila mereka akan ‘pergi’. MO ada seorang teman yang pernah berkhidmat di salah sebuah hospital sebagai social worker, salah satu daripada tugasnya adalah memberi kaunseling kepada pesakit kronik yang mana menurut doctor tiada harapan lama untuk bertahan (hidup). Salah satu kes yang pernah beliau ceritakan kepada MO iaitu beliau terpaksa memberi kaunseling kepada pesakit kanser hati (kalau tak silap) yang ada masa kira-kira seminggu untuk hidup namun pesakit itu bukan beragama Islam. Beliau sendiri berasa tidak sampai hati dan risau mengenangkan nasib yang menimpa pesakit yang kini telah meninggalkan suami dan anak-anaknya yang masih kecil.
Beruntunglah jika kita mengetahui bila kita akan pergi menemuiNya. Bagi mereka yang mengetahui (mungkin yang sakit-sakit kronik) bisa bersedia menerima dengan redha. Namun kita yang sihat-sihat ini bagaimana?? Mahu duduk sajakah??? Takkan dah sakaratulmaut baru nak bertaubat a.k.a nak bertaubat last minute.
Kata beliau lagi, memang menginsafkan bila mengenangkan pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa di hospital. Kalau rasa-rasa anda sedang mengalami cabaran yang sangat genting (big n biggest problem yang tak tertanggung) anda bolehlah melawat ke hospital atau melawat ke rumah-rumah orang tua (yang kudratnya telah berkurangan berbanding kita yang masih muda belia) atau mambuat lawatan ke rumah spastik (kanak-kanak cacat CP) atau merenung nasib pengemis-pengemis di jalanan atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan kita berasa bersyukur bahawa situasi yang anda hadapi itu tidaklah sebesar mana.
p/s :
Minta maaf sangat-sangat. Juri masih lagi dalam proses pemilihan pemenang contest AKU INGIN BERUBAH. Ditambah pula MO hanya tinggal lagi kurang dua minggu nak menghabiskan praktikum MO dan hantar report. Masa yang ada sangat terhad untuk aktiviti-aktiviti lain. InsyaAllah pemenangnya tetap akan diumumkan nanti.
Sekian…sehingga berjumpa lagi…
Wassalam.