Ubat Batuk dan Kahak HOSOLVON

Bismillah..
Sebulan dua entry jek?? Kalau dulu sehari mau dua, tiga entry. Mungkin sebab perubahan masa dan usia menyebabkan kekangan masa nak mengupdate entry tambahan pulak lebih banyak komitmen sekarang ni. Nak update apa pun jadi tak reti. Nak tulis banyak sangat sampaikan tak tertulis. 

Sabtu lepas ke Putrajaya Internantional Convention Centre (PICC), ada convention yang melibatkan delegasi dari beberapa buah negara. Seronok melihat kejayaan orang lain. Tahniah kepada semua yang berjaya. Saya juga pasti berjaya macam anda semua suatu hari nanti. Saya naik pentas jugak, terima anugerah jugak cuma saya impikan anugerah yang lebih besar. Adakah saya tamak? 

Bukan tamak. Kita berhak untuk mencipta kejayaan dan mendapat kejayaan yang lebih besar dengan usaha kan. Jadi jika kita mahukan sesuatu yang lebih besar berusahalah. Pasti ada caranya dan pasti Allah akan makbulkan doa dan usaha. 

Allah berfirman "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka". Surah Ar-Rad, Ayat 11.

Oleh itu, saya sedang berubah ke arah itu sekarang. Saya tidak sentiasa berpuas hati dengan cara hidup sekarang. Saya mahu meningkatkan diri saya ke satu tahap yang lebih baik. InsyaAllah. Ada Visi Allah Izin Laluan. Percaya dan yakin, anda mampu lakukan. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan. 

Ok. Tajuk pasal ubat batuk. Saja nak iklan sebab ubat batuk HOSOLVON ni tidak menyebabkan anda mengantuk. 


MO kata : Batuk itu mungkin kafarah dosa lama. Semoga Allah ampuni dosa lama saya. Ameen. Berubahlah menjadi lebih baik setiap hari. Semoga suara ok semula untuk jadi MC sabtu ni. Ameen.