Solat Hajat Merdeka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kenyang makan lemang, ketupat dan segala jenis kuih muih raya. Huhuhu. Konfem berat naik mendadak. Huhuhu lagi.. Hari ni 31 Ogos 2011. Setiap tahun pada tarikh ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi memperingati perjuangan pejuang terdahulu yang menuntut kemerdekaan bagi kemakmuran Malaysia. 


Selalu bila nak sambut merdeka mesti kena ada konsert-konsert kan. Tak paham la MO. Kenapa tak digantikan konsert-konsert tu dengan solat hajat perdana ke, dapat pahala disamping mendoakan kesejahteraan negara kita sampai akhir usia.

MO kata : Tahun ni kita merayakan Aidilfitri pada 30 Ogos dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Percaturan yang maha hebat, sebab tahun ni takdak konsert kan. Hihi. Bukan apa, bila ada konsert ada percampuran antara lelaki dan perempuan, dan boleh kena raba macam kes ini. 

Sekian Wassalam.

Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Hari ni hari raya, semua Umat Islam meraikan hari bersejarah ni, tapi tahukah anda bahawa ada kekecohan yang berlaku mengenai isu murtad dan kes makcik Sitt Al Wuzara???

Kalu rasa nak tau lebih banyak pasal ni cuma klik page ini. Didedahkan sedikit demi sedikit mengenai siapa dalang di sebalik penubuhan blog yang menghina Islam tersebut. MO nak cakap lebih-lebih pon tak berani, takut tersalah fakta. Cuma MO ikuti perkembangan pages ni, godek satu-satu sebab MO pon baru jumpa pages ni.

Apa kata korang klik dan baca sendiri serta nilaikan dan tolong report untuk blok pages AMS. 

MO kata : Semoga Umat Islam semuanya bersatu. Ameen


Sekian Wassalam. 

1 Syawal esok belum tentu milik kita..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah.. Selesai sudah Ramadan 1432 H.. Rendang dah masak, kuih raya dan isi dalam balang, ketupat tahun ni buat kat rumah orang (beli la maksudnya) Heheheh. Baju raya??? Hmmmm, memang mendukacitakan tak siap... Waaaaaaaaa.. Tukang jahit tu kata siap 26 Ogos, sekali tak siap dia kata 28, 29 dan akhirnya sehingga entry di ditulis baju raya kami sekeluarga belum siap.. Huhuhu.. Tunggu tengah malam nanti macam mana, kalau masih tak siap jugak, redha ajalah kan pakai baju lama. :-)
Dalam kita menyambut kemeriahan syawal esok, jangan kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dan kita juga kena sentiasa beringat bahawa Syawal esok belum tentu milik kita.. Huhuhu.. Beringatlah pada mereka yang tidak berkesempatan menyambut lebaran tahun ni atas musibah yang diuji Allah swt.. 
  
Mo kata : Esok lepas solat raya akan bertolak ke kampung abah (berjalan raya ke rumah sedara mara belah abah). Syawal kedua ke kampung mama pulak (berjalan raya ke rumah sedara mara belah mama pulak). 
Sekian Wassalam. 

Antara POMKI dan SHEMALE


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Benarlah kata Imam Al-Ghazali, perkara yang paling jauh adalah masa yang ditinggalkan. Kini Ramadhan bakal menginjak ke Syawal. Usia kita bertambah sehari lagi. Usia kita semakin pendek sehari lagi.

Bila dengar POMKI apa yang anda semua bayangkan??? Ermmmm... Kalau sebut Shemale lak??? Apa yang anda semua bayangkan??? OJ..  Meh sini nak share sikit maklumat pasal POMKI dan SHEMALE ni.. POMKI merupakan singkatan bagi Perempuan tapi Lelaki. SHEMALE pula maksudnya dalam bahasa Inggeris, jadi sama saja kan. 


Artikel kali ni adalah berdasarkan kajian yang pernah dilakukan oleh senior MO dalam subjek Silang Budaya dua tahun lepas. Definisi Shemale atau Pomki atau lebih dikenali sebagai Mak Nyah. Kita tengok dulu definisi yang diberikan oleh pakar psikologi.


Individu yang dilahirkan dengan ciri-ciri biologi lelaki tetapi merasakan dirinya perempuan (Carrera, 1981), 

Satu keadaan di mana anatomi seksualnya seseorang itu tidak sesuai dan bertentangan dengan orientasi sesksualnya yang sebenar (Mc Carv , 1978),


Peringkat Perkembangan Pomki @ Shemale @ Mak Nyah ni.


1. Peringkat Naivete
  • Kebanyakan mak nyah pada peringkat awal tidak sedar tentang kepentingan dan kesan budaya ke atas dirinya.
  • Mereka mula terlibat dengan mak nyah kerana dibesarkan dengan sepupu perempuan. dan bermain dengan alat permainan perempuan seperti bermain anak patung dan bermain masak-masak.


2. Peringkat Encounter 
  • Perubahan berlaku secara perlahan-lahan dalam diri.
  • Ketika dahulu gemar mengusik rakan-rakan wanita tetapi kini lebih gemar rakan lelaki menegur.


3. Peringkat Naming 
  • Didiskriminasikan oleh rakan-rakan dalam kelas 
  • Sering ditertawakan dan menjadi bahan ejekan namun lama kelamaan sudah terbiasa dengan persekitaran.
 
4.Peringkat Self Reflection
  • Menilai segala perubahan yang berlaku dalam diri selama ini, dan tetap merasa puas walaupun telah ditegur oleh abang dan ayahnya sendiri.
  • Dapat sokongan daripada kawan-kawan untuk tetap menjadi mak nyah    
  
5.Peringkat Intergration
  • Buat masa ini, dia tidak merancang untuk merubah dirinya menjadi lelaki normal sehingga dia merasa kepuasan untuk kelihatan lebih cantik berbanding wanita-wanita lain. 
  • Namun, dia telah meletakkan satu paras yang mana setelah memperolehi kepuasan, dia akan merubah dirinya kepada seorang lelaki. Kalau seseorang itu dilahirkan sebagai khunsa yakni mempunyai dua kemaluan maka tidak menjadi masalah untuk dia melakukan pembedahan dan menukar menjadi kepada jantina yang dikehendakinya tapi kalau sekadar suka-suka itu melawan fitrah namanya. 


MO kata : 
Dah elok-elok dilahirkan sebagai lelaki kenapa nak tukar jantina jadi perempuan pulak?? Jadi perempuan tak semudah yang disangka sehinggakan masa MO kecil dulu MO pernah tanya diri MO "kenapalah aku dilahirkan sebagai perempuan dan bukan lelaki" sebab masa tu MO tengok budak-budak laki banyak main je. MO lasak orangnya masa kecik-kecik dulu, kawan dengan budak-budak laki je sebab tu berfikiran macam tu. Syukur Alhamdulillah, bila dah masuk sekolah MO dah jadi perempuan sejati sehinggalah sekarang. Hihihi. 


Setiap kejadian tu ada asbab-musababnya.  Tak perlu nak mengubah kejadian yang akan merosakkan diri sendiri. Ingat buat pembedahan tukar jantina tu senang ke?? Silap-silap haribulan boleh cacat seumur hidup. Nauzubillah. 


Renung-renungkan. 


Sekian Wassalam.


Perempuan Memilih Lelaki sebab Kereta??



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Yeayyyyyy.. Dah nak raya. Hihihi. Macam mana persiapan?? Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Ada yang beli kereta baru ke nak jalan-jalan raya nanti?? Hihihi. Ok, meh hayati kisah di bawah pasal seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu.

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa. Walaupun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari ni aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tu. Maybe hari Isnin ni hari dia berkenalan dengan bakal bini dia merangkap mak aku kot. Mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang ni. Takde kuasa aku nak tau, baik aku cerita pasal aku.

Dan untuk pengetahuan kau, seperti yg kau lihat dan sememangnya tidak dinafikan lagi aku dilahirkan sehensem-hensem umat kerana itulah jugak berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang. Siap ada listing lagi. Tapi ada satu benda yang sedih, setiap kali awek yg keluar dengan aku mesti break selepas aku ajak diorang naik kereta aku. Aku pun tak tau pasai apa.

Intan, awek cun yang aku jumpa masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dia ni lain siket sebab aku dah janji dgn diri aku, dia la awek aku yg paling last. Kalau Intan tinggalkan aku... macam awek aku yang dulu, sumpah aku tak nak kawen.

Benda yang aku nyampah tu jadi jugak. Setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping. Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris. Macam-macam dier komplen. dia tau aku keje sebagai driver. Takkan takde kereta. "Bawaklah kereta awak tue, takkan nak terperap kat rumah je. Tak syok la naik moto. Rambut berserabut lar, muka cair lar, kain terselak lar, malu nanti orang tengok lar., tak buleh nak seksi lar, macam-macam.

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dia naik kete aku, sure itulah kali last aku akan jumpa Intan. Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus. Berdesing telinga aku. Aku cakap kat dia. Baiklah, esok aku akan datang naik kete besar. Jauh lagi besar dari kete mesedis. Seperti yang ku jangka, itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri. Aku dah agak dah mesti terjadi punya. Cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang semua ..Especially diorang yang pernah jadi awek aku or bakal awek aku...

Jangan korang pandang hina kat orang yang keje cam aku ni satu hari nanti.

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar

( Isnin )

Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak

sumber : sini


MO kata : Carilah kerja yang halal.. Biarlah orang memandang hina dengan pekerjaan kita, namun Allah mengetahui di mana kita di sisi Allah.. 


p/s : MO edit sikit je mungkin masih ada singkatan dan bahasa-bahasa selenge. Banyak sangat, walaupun MO ni tak suka sangat guna singkatan sebab kalau menaip tu mesti guna perkataan penuh. Huhu. Harap anda faham maksud yang tersirat.

sekian wassalam..

Peluang berjumpa dengan Lailatul Qadar

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Soalan ni ditanya oleh seorang kenalan di salah satu group FB. 
"Boleh tak sapa-sapa berkongsi ilmu tentang lailatul Qadar. Chu nak tanya kalau seseorang muslim itu tak beribadat kepada ALLAH. Adakah peluang untuk dirinya berjumpa dengan lailatul qaadar memang tak ada??? Atau macam mana??"
 
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 

Maksudnya: 

"Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya. Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu"

MO kata : Hanya insan-insan terpilih yang beriman dan bertakwa sahaja yang dipilih. Adakah kita tergolong dalamnya? Lailatul Qadr ni adalah ganjaran kepada hamba yang bertakwa.

MO kata lagi : Ramadan dan nak habis, sedih la pulak. Huhuhu

Sekian Wassalam.

 

Tu, cikgu pakai ketat-ketat takpe pulak ek!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Terpandang di status FB seorang sahabat.
"Cikgu, mana adil, kenapa cikgu-cikgu ni marah budak perempuan pakai baju ketat dan sendat. Ramai je cikgu pakai baju ketat-ketat, seksi tak kena tegur pun ! cikgu kena lah bagi contoh pada anak murid, macamne kami nak ikut kalau cikgu pun ntah apa-apa pakaiannya." - pahit untuk saya telan kebenaran ini.. Allah..
Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kalau dapat student macam ni, jenuh nak jawab. Hurmmmm. Cikgu ooo cikgu. Kenapa anda menimbulkan persoalan di minda anak-anak murid anda???

Menutup aurat tu kan wajib. Cuba rujuk sini, sini dan sini.

MO kata : Nak jadi cikgu bukan senang. Cikgu kan idola kepada anak murid. Setiap tingkah laku anda diperhatikan. Kepada semua cikgu dan bakal cikgu, please take note.

Sekian Wassalam.

Add Friend tak dikenali di Facebook sebab nak Famous

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Add Friend tak dikenali di Facebook sebab nak Famous. Hurmmm. Macam mana tu? Ye la, mungkin dirasakan bahawa kawan ramai di FB ni tanda pemes kot. Haishhhhhhhhh, sorry sikit na. Tak pemes mana pon.



 

Adakah kawan ramai di FB menandakan bahawa anda pemes?? Tidak sama sekali. Sapa pun boleh buat acc Fb then add manusia-manusia tak dikenali di FB kan. Pastu sampai full dan buat acc baru. Add lagi sampai full tapi hampehh tak dak bertegur sapa pun dengan member-member FB tu. 

Entry ni adalah rentetan daripada entry Rakan Facebook Yang Menjengkelkan.

Semalam ada sorang hamba Allah ni add MO di FB. Tapi MO macam tak kenai pulak awang tu. Tengok mutual friend kawan-kawan sekolah rendah. Hurmmm. Disebabkan tak mau tersilap approve orang lagi, MO pun inbox dia tanya siapa. Dia balas Abu (bukan nama sebenar). MO tanya lagi "Abu mana". Dia jawab "awak memang tak kenal saya pon". Hahhhh. Habis tu buat apa add. Hurmmm.

Lagipun MO tengok rakan dia di FB belum mencecah 100 orang. Dia pakai main add saja kot nak meramaikan rakan FB. Wallahualam. 

MO kata : Tapi kalau buat acc khas tuk blogger tak sempat nak beramah mesra tu, at least bila kita ping entry mungkin ada kalangan rakan-rakan blogger kita tergerak hati nak baca kan. :-)

Beringatlah setiap kejahatan manusia di FB kita tu, kita pon dapat saham sama. :-) Bab aurat paling mudah.. Sendiri mau ingatlah.

Sekian Wassalam.

Dalam Hati Saya Ada Taman

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Secara tiba-tiba MO rasa nak jiwang pula.
Jangan marah na.. Sekali-sekala layan jiwang tak salah kan, dah hati bekenan nak buat macam mana. Hehehe..
 
Kalau orang tanya, "dalam hati ada taman pa??" (ayat menduga)

MO akan jawab, "aha, dalam hati memang ada taman, dah lama dah, korang je tak tau"

Apa lagi mulalah rahsia dikorek-korek sehingga lidah kelu. :-)

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, nak tahu berkenaan taman di hati saya??

Dalam hati kita mesti ada taman
Baru hati kita akan tenang,
Bukan taman larangan
Tapi taman yang sentiasa inginkan kedamaian, 
Biarlah taman di hati kita taman yang dipenuhi Nur Islam


 
MO kata : Terfikir bait-bait kata tu masa kawan menduga dalam hati MO ada taman ke?? Wahahahah.. Memanglah dalam hati MO ada taman. Bukan taman cintan cintun tu. Tapi taman yang dahagakan ilmu dalam mencari Nur Islam.
 
MO kata lagi : Tema baju raya tahun ni warna ungu. Anda pula bagaimana? :-)

sekian, wassalam
 

Jika Blog anda terkena Malware


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Waaaaaaaaaa.. Tadi ada terima mesej dari Halawatul Insyirah (blogger) kat FB dia kata Laman MO kena malware.. Arrrr.. Tidak. Terkejut tu memang terkejut tapi MO boleh je masuk, pelik pulak kan. 

Then post kat KBU minta sesiapa tolong check, dibalas oleh sipootcomel yang mengesahkan bahawa Laman MO memang kena malware.. Ohhh noooo...


Tapi Nora Amila kata dia boleh pulak masuk Laman MO. Si Nora ni kata mungkin antivirus si sipoot comel ni tak kuat kot. :-) Dan apabila diselidik, rupa-rupanya salah satu link blog di bloglist dijangkiti virus. Asalnya nak buang link tu saja tapi cari punya cari tak dak pulak, mungkin bila sesuatu website itu dijangkiti malware atau virus maka link tersebut dah tak keluar di bloglist kot. 

BTW, apa malware tu??  

Malware, short for malicious software. Malware includes computer viruses, worms, trojan horses, spyware, dishonest adware, scareware, crimeware, most rootkits, and other malicious and unwanted software or program. In law, malware is sometimes known as a computer contaminant, for instance in the legal codes of several U.S. states, including California and West Virginia.


Sumber : Wikipedia

Jadi dengan rasa berat hati MO terpaksa buang semua bloglist walaupun tempoh bloglist tu sepatutnya bertahan sampai akhir bulan ni. Huhuhu..

Jadi MO nak buat bloglist baru. Boleh klik sini untuk info lanjut.

Dan kepada semua blogger. Cuba check jika blog anda terkena malware. 

Klik http://onlinelinkscan.com/ untuk scan blog anda. 

MO kata : Seminggu je lagi nak raya. Apa persiapan anda semua??

Sekian Wassalam..


Mengapa perlu ada peraturan cinta?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Soalan : 

Mengapa perlu ada peraturan cinta? 

Jawapan :

Kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepi..

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

Sumber tak ingat tapi edited by MO..

MO kata : Kalau nak bercinta, patuhi syarat-syarat yang Allah tetapkan dulu.. :-)
Usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali.

Sekian Wassalam. 
 

Contest Aku Berpuisi- Aku Mahu Bertaubat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni MO nak join contest Aku Berpuisi yang dianjurkan oleh Cikgu Azhan. Kalau berminat nak join jugak sila klik banner di bawah. :-) MO bukanlah pandai sangat berpuisi tapi sekadar menghilangkan rasa tekanan dan bosan kadang-kadang terhasil puisi-puisi yang merapu. Hihihi...




Panorama alam
Indahnya
Tidak pernah aku bayangkan
Bagaimana alam seabad akan datang
Masih adakah pohon-pohon hijau
Yang sentiasa sujud dan patuh kepadaMu?
Atau hanya ada hutan-hutan batu
Yang keras
Yang bewarna warni

Ketika itu
Mungkin aku sudah di alam lain
Di alam barzakh
Mungkin aku sudah hancur dimamah bumi  
atau
Di seksa
Setiap hari aku akan meraung meminta dikurangkan keseksaan

Namun
Siapa yang mendengar
Tiada siapa melainkan ALLAH s.w.t

Tetapi
Ketika itu menangis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi
Aku merasa penat
Namun seksaan itu juga tidak pernah berkurang
Aku tidak pernah dikasihani
Aku hanya mampu menangis dan meraung
Mohon dilepaskan dari seksaan

Namun jika aku dilepaskan 
Mungkin hanya sekadar mimpi

Kalaulah
Aku seorang anak yang soleh

Kalaulah
Aku seorang anak yang solehah

Kalaulah
Aku hamba Allah yang patuh

Kalaulah
Masa boleh diundur kembali

Aku mahu bertaubat YA ALLAH
Aku tidak sanggup diseksa begini YA ALLAH
Ampunkan aku YA ALLAH.
Ampunkan aku.

Nukilan,
Muslimah Optimis
11.11.10
9.30 Malam
Bilik Tesis dan Disertasi
Perpustakaan Utama Universiti Malaya

MO kata : Harap penyertaan ini diterima memandangkan nukilan ini dah lama dihasilkan semasa MO tekanan meyiapkan thesis MO. :-)

Syarat kena tag 3 orang : Bulan Bulat, Meor As-Syabab, Putera Remaja

Sekian Wassalam.

Rakan Facebook Yang Menjengkelkan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Dah Ramadan ke-21.. Semoga semuanya istiqamah untuk menyelesaikan Ramadan tahun ini sehingga ke hari yang terakhir. InsyaAllah.  

Rakan Facebook Yang Menjengkelkan. Kenapa? Sebab bila menambah rakan FB dan hanya buat koleksi tanpa ada inisiatif untuk beramah mesra. Buang masa ja la weyy!. Kawan FB personal MO adalah lebih kurang hampir 2000. Itu pun dalam dok jaga-jaga tak approve orang tak dikenali dan menambah orang tak dikenali, tapi entah macam mana ada yang terlepas jugak kan. 

Jadi dengan semangat yang jitu, MO mengambil keputusan untuk pembersihan FB ni. Bukan apa, kadang-kadang buat menyemak ja. Friend belambak-belambak tapi hampeh tak bertegur sapa. Kalau setakat nak meramaikan friend saja, baik lupakanlah hasrat tu. 

Jadi kepada mereka yang dah diunfriend (yang tidak dikenali) tu mintak maaflah sangat. Sambil nak unfriend tu jenuh dalam hati dok mintak maaf walau hakikatnya depa bukan tau pun. Huhu. Tapi lepas MO unfriend sorang ni, boleh dia pi add balik pulak, padahai MO rasa macam tak mengenali dia pun. Huhuhu..

Bukan tak boleh nak add orang tak kenal dan berkenalan ni di alam maya, tapi kalau dah add tu bertegur sapalah sama. Ni buat friendlist saja banyak-banyak lepas tu setakat nak cakap "tq appv" baik tak payah. Buat semak kepala saja. Opss, agak keraskah kata-kata ini?? Mintak maap noh. 

Lagipun rasanya biarlah rakan-rakan yang rapat saja ada dalam FB personal MO, senang nak panggil walimah nanti. Hehehe. Kalau ramai sangat kang jenuh nak kena tapis-tapis pulak kan. Tapi kalau FB Muslimah Optimis, dialu-alukan blogger nak add. Itu FB khas untuk blogger. :-)

MO kata : Rakan di FB ni ada banyak jenis. Hati-hatilah. Baik anda semua check semula siapakah kawan-kawan anda di FB. Mungkinkah seorang pembunuh. Haaaaaaaaa, bukan apa ada sorang ni dia add MO pakai nama Pembunuh Upahan. Ohhh. MO ignore terus. Takut wehhhh. 

 Budak tu bisik, "Terima kasih sudi jadi kawan saya yang sentiasa doakan kesejahteraan saya"

Sekian Wassalam.

17 dan 17777 dan 7111111


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hurmmm. Tengah tunggu sahur ni, so masuklah ke blog PCM (mama suruh cari resipi biskut raya), so ternampak satu entry PCM Menang loteri. Haiyakkkk.. Bior benar Pakcik Mat ni. Tak percaya hah, tengok sini (1), dari entry tu dibawa ke entry ni pulak(2).. 

Masa baca entry cadangan PCM tu (entry 2) terpandang pulak Folower BA. Errr... Angka yang sama cuma diterbalikkan dan kurang satu angka je. Tak percaya tengok bawah ni..


Yang tergerak hati nak buat entry ni sebab MO sangat suka angka 7 sampai MO ada buat entry kat sini dulu. Cik Sunah Sakura pun pernah buat entry pasal angka 7 nih khas untuk MO pulak tu.. Ngeee.. Tak percaya cuba klik sini

Kenapa angka 7 ni sangat special dalam diri MO sebab MO ada 7 beradik. Angka 17 terlebih istimewa sebab MO dilahirkan pada 17 Oktober 19**. Sebab tu masa ternampak je angka 7 kat blog bro BA tadi terus terasa nak buat entry. 

MO kata : Dah tau tarikh lahir MO tu, jangan lupa bagi hadiah. Hihihi..

Sekian Wassalam.


Malaysia dan Somalia Jauh Berbeza..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selesai sudah Ramadan yang ke-18. Alhamdulillah. Begitu pantas masa berlalu sehingga tak terasa Ramadan Fasa kedua bakal mengakhiri fasanya dan akan datang pula fasa ketiga iaitu 10 malam terakhir yang mana dalam salah satu malam itu adalah Lailatul Qadar yakni Malam 1000 Bulan.

Malaysia dan Somalia Jauh Berbeza. Ya sememangnya dari segi ejaan sudah terpampang dengan gahnya. Dari segi warna kulit juga ya, kita boleh lihat perbezaannya. Tapi yang paling ketara kemewahan berbelanja untuk berbuka puasa. Jika di Malaysia ada Bazar khas untuk kita membeli juadah untuk berbuka, tetapi tidak ada di Somalia. Nak makan pun susah.

Cuba tengok video di bawah. Menyedihkan.


http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

MO kata : Beberlanja tu berpada-padalah ketika berbuka. Jangan sampai membazir pulak kerana membazir tu sahabat syaitan. 

p/s : Jangan lupa klik pada link bawah video tu.. :-).. Sama-samalah kita bermuhasabah di bulan mulia ini. InsyaAllah ada ganjarannya.. 

Sekian Wassalam..

Bila MO Terlebih Rajin :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry ini adalah rentetan dari entry ini.

66666666666999996666666699999666999999999999999966666666 66666666666999999666666999999666999999999999999966666666 66666666666999999966669999999666999966666666999966666666 66666666666999969996699969999666999966666666999966666666 66666666666999966999999669999666999966666666999966666666 66666666666999966699996669999666999966666666999966666666 66666666666999966669966669999666999966666666999966666666
66666666666999966666666669999666999966666666999966666666
66666666666999966666666669999666999999999999999966666666
66666666666999966666666669999666999999999999999966666666

1. Tekan CTRL F
2. Tekan 9
3. Tekan enter.. :-)

Bila MO terlebih rajin jadi macam tulah.. Tapi seronok jugak kan. Cuba kawan-kawan buat jugak. :-)

MO kata : Salam Nuzul Al-Quran.  :-) Al-Quran itu penyuluh hidup manusia

Sekian Wassalam.

Rahsia di sebalik angka 6 dan 9. Subhanallah.. Amazing


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apa khabar semua?? Tadi ternampak Cikali post kat group Kami Blogger Utagha pasal benda ni. Subhanallah amazing. Cubalah, pasti anda akan kagum. Kreatif orang yang buat nih.

69666699999966699999966666696​666696666669666666666966669666​6696 696669999999969999999966669696​666966666696666666696966696666​696 696666999999999999999666696669​666966666696666666966696699999​996 696666669999999999996666966666​966966666696666669666669696666​696 696666666699999999666666999999​966966666696666669999999696666​696 696666666666999966666666966666​966966666696666669666669696666​696 696666666666699666666666966666​966999999699999969666669696666​696
 
Apa banyak sangat angka 9 dan 6 ni? Jangan fening dulu, ada tulisan di sebalik angka 6 dan 9 ni. Macam mana nak baca?? Senang je.
1. tekan Ctrl+F
2. taip 9
3. tekan enter 
Selamat mencuba. 
MO kata : Allah Maha Besar.. 
Sekian Wassalam.

"Game" Orang Dewasa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hohhhhh. Game orang dewasa? Apa yang anda bayangkan bila sebut game orang dewasa ni? Ingat budak-budak je ke pandai main game? Kalau masa kecik-kecik dulu MO dan kengkawan dah biasa sangat la kalau main game zero point, tudung botol (err ada kenangan ni main tudung botol lepas balik ngaji siap dengan baju kurung dan yang paling tak boleh blah, MO sorang je pompuan. Menang pulak tu OJ), panjat pokok, main jengkek (ketinting) dan macam-macam jenis game lagi la. Main layang-layang, gasing dan permainan zaman budak-budak yang seangkatan dengannya. Tapi budak-budak sekarang? Main game on9 saja pandai kan. 

OJ tu game budak-budak. Sekarang jom kita teliti pulak game orang dewasa macam kita-kita yang sedang membaca ni? Anda sudah dewasa kan. Hurmmm, ataupun penghujung remaja dan awal dewasa. Game kita sekarang ni "BLOG" kan. Hihihi. Boleh dikatakan lebih 60% rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 25-45 tahun mempunyai blog tak kira apa niche sekali pun. Kan. Itulah GAME orang dewasa yang dimaksudkan.

Kalau adik MO sekarang ni, pantang on9 je dia akan bukak FB dan game on9 tapi MO tak pernah pun main game on9 ni. MO kalau on9 je mesti akan blogwalking baca entry. :-) Sebab dengan membaca boleh menambahkan pengetahuan kita. 

MO kata : Pembaca sekalian suka main game apa? 

Sekian Wassalam.


Allah Penyumbang Terbesar Kejayaan Kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dapat 10 A SPM, dapat 4 Flat semasa di universiti. Kita dah boleh dikira sebagai berjayakah? Kalau dikira sebagai berjaya siapakah penyumbang utama kejayaan kita? 

Jika hari ini kita seorang doktor yang berjaya, jurutera yang disegani mahupun ahli politik yang dihormati, namun pernahkah seketika kita merenung kembali siapakah di sebalik kejayaaan yang kita kecapi pada hari ini? 
 
Ramai antara kita alpa dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah.
 
Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita.
 
Kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. 

Insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya. Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.
 
Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

MO kata : Kita berjaya kerana Allah, belum bersyukurkah kita??
Sekian Wassalam. 

Seorang Perempuan di Dewan Peperiksaan.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. 

Ceritanya begini : 

Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.  Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya. 

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.  Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. 

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. 

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah. Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya. Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Terima kasih Bulan Bulat atas perkongsian cerita ini. 

MO kata :
Sayangi dan berbaktilah kepada Ibu bapa kita selagi mereka masih ada di bumi ini. :-)

Sekian Wassalam. 

Mulut Busuk Arak..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

"Busuklah Mulut Kau, buat aku nak Muntah," kata Sabarudin kepada Ahmad Samdol.

"Apesal kau nak muntah pulak, aku gosok gigi hari-hari okeh, setiap kali sebelum solat aku gosok gigi," kata Ahmad Samdol kepada Sabarudin.

"Dol, kau solat 5 kali sehari semalam kan," tanya Sabarudin kepada Ahmad Dodol"

"Hello, common la Rud. Solat tu wajib okeh, aku muslim mestilah aku solat," Balas Ahmad Samdol dengan muka yang tak tau nak digambarkan macam mana.

"Ermmmm.. Solat tapi minum air kencing syaitan, macam mana tu. Boleh kau jelaskan kat aku," bidas Sabarudin. 

"Errr..." Ahmad Samdol terdiam tak terkata apa.

Mungkin ada sahabat pembaca yang berhadapan dengan situasi macam ni kan. Kalau yang pegi Kelab Malam tu wallahualam nak cakap diorang "teguk" atau tak? Ermmm. Kalau dah selalu pergi, asik kena hidang je, kena pujuk-pujuk sikit agak-agak korang Iman tu kuat lagi tak? 

MO pernah ada junior yang buat pengakuan pernah "minum", wallahualam nak percaya atau tak. Budak tu baru pindah ke sekolah MO dulu, masa tu MO Form 5 dia Form 4. Katanya dia dari KL dan dipindahkan ke sekolah MO sebab mak ayah dia hantaq dia duduk dengan nenek dia kat kampung MO. Dia sorang je budak yang free hair kat sekolah tu masa dia baru pindah tu, kalau pakai tudung pon masa masuk kelas Pendidikan Islam je lepas kena tegur dengan Ustazah. Sekarang ni tak tau apa dah jadi dengan dia. Jika dia pernah tersalah jalan semoga dia dah kembali ke pangkal jalan.

Baiklah berbalik kepada perbualan antara Sabarudin dan Ahmad Samdol tadi, korang agak solat si Samdol diterima atau tidak? Ya, siapa kita nak buat penilaian solat Samdol diterima atau tidak kan. Tapi jangan lupa ada jenis manusia yang solatnya tak diterima oleh Allah. 

Rasulullah bersabda, 10 orang yang solatnya tak diterima oleh Allah swt adalah :-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


OJ, cuba tengok point yang ketiga. Ini sabda Rasulullah bukan MO yang kata. Apa faedah minum arak ni? Berdasarkan kajian yang MO lakukan (ecewahh, kajian konon) 

Pertama, Minum arak ni memabukkan (menyusahkan diri sendiri). Habeh, dah mabuk-mabuk jalan terhuyung-hayang lepas tu jatuh dah kena ada orang tolong angkat pulak. Tu kalau jatuh je tak pe, kalau takde orang angkat tido je kat tengah jalan. Tapi kalau dah bawak kereta pulak, langgar orang, mati anak orang tu macam mana? Tak pasal-pasal kena saman pulak kan. Sebab memandu dalam keadaan mabuk.

Kedua, mulut busuk. (Uwekkkkk, nak muntah). MO belum pernah bau la. Tapi MO teringin nak tau bau dia macam mana busuk cuma tak teringin nak bau lah. Geli seh.. Tapi kawan MO kata 1st time dia terbau mulut peminum-peminum ni dia nak muntah, busuknya lebih busuk dari bau longkang atau sampah. Ni bukan MO cakap tapi salah seorang pekerja 7E yang terpaksa melayan pelanggan yang "minum", tapi sekarang ni dia pon tengah nak cari kerja lain, tak sanggup nak bersubahat. Tak percaya baca ni :-
klik untuk tumbersaran. 

Ketiga,dan seterusnya korang fikirlah sendiri. Takdak pekdahnya pon. Menyusahkan diri sendiri.

Hukum minum arak ni adalah dosa kerana arak ni HARAM di sisi Islam. Minum banyak ke, minum sikit ke tetap haram dan berdosa. Dosa besar tahu, bukan kata minum sikit dosa kecil, minum banyak dosa besar. Kita kena ingat bahawa ARAK itu adalah Ibu kepada kejahatan (Hadis Hasan).

Hukuman pagi peminum arak adalah SEBAT sebanyak 40 kali. Kalau kena 40 kali sebatan, mau terlerai isi punggung tu, koyak. Tak boleh duduk setahun gamaknya.

Untuk mengetahui mengenai penjelasan yang lebih terperinci mengenai Hukum Meminum Arak boleh rujuk di sini. InsyaAllah lengkap.

Terhasilnya entry ini daripada soal jawab di FB (Group Generasi Pencetus Revolusi) mengenai bagaimana nak menghalang muslim daripada membeli arak di 7E (Yang bertanya tu adalah cashier). Cadangan MO, buat satu pamplet dan selitkan dalam plastik beg orang yang beli arak tu. Dia kata bila dia tegur, Beer hanya dijual kepada bukan muslim dan si pembeli tadi kata "Ala, buat-buat tak nampak dah la dik". Huhhhhhhhh. Dah tau minuman tu busuk lagi mau minum ka??? Eeeeeeeeeee...

MO kata : Jauhkan diri anda dari ARAK kerana Arak boleh membunuh. Dan satu info lagi alkohol boleh buat mandul. :-)

Dari sudut agama pula, setitis arak yang diteguk menyebabkan 40 hari amalam kita tidak diterima, tapi cuba bayangkan dalam sebotol arak atau setin arak itu ada berapa juta titisan?? Kiralah sendiri.. 

Sekian Wassalam.

Pemenang Contest "AKU INGIN BERUBAH"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pertama sekali MO memohon sejuta kemaafan kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengumumkan pemenang contest "Aku Ingin Berubah". Memang terlalu sukar untuk membuat keputusan menentukan pemenangnya.

Keputusan adalah muktamad. Diharap semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak juri. Pertandingan kali ini diadili oleh tiga orang juri iaitu Mr. A dan Mr. N dan MO sendiri. Buat makluman semua MO pernah beberapa kali berjumpa dengan dua orang blogger hebat ini. Mereka gila-gila tetapi berilmu orangnya. :-)

Calon pemenang boleh semak disini. Dalam entry itu juga MO ada maklumkan cara pemilihan pemenang dibuat. Kami sedaya upaya menjadi telus dalam memilih pemenang dan pemenang adalah dipilih berdasarkan entry yang menyentuh hati dan jiwa juri. Berdasarkan senarai calon pemenang yang seramai 36 orang tu juri membaca semula kesemua entry mereka dan pemenang-pemenang di bawah adalah berdasarkan kewarasan fikiran juri pada saat keputusan dibuat kecuali pemenang buku perihal wanita dan lelaki kerana entry mereka menjadi pilihan ketiga-tiga orang juri . Sekali lagi diulang KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.

Baiklah, kita terus ke fokus utama entry ini iaitu pemenang Contest Aku Ingin Berubah.

Pemenang Utama yang akan memiliki hadiah seperti yang dimaklumkan dalam entry contest iaitu rujuk sini  ..


Pemenangnya...

Jeng..Jeng..Jeng

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


  • Pemenang yang akan menerima Sebuah buku perihal wanita + bookmark +  Photo Puisi  + header blog + Topup RM 5


Note : Sila emelkan url blog dan alamat anda untuk kiriman hadiah dan nombor telefon untuk Topup RM 5
******************* 
  • Pemenang yang akan menerima Sebuah buku perihal lelaki + bookmark +  Photo Puisi  + header blog + Topup RM 5 .
  

Note : Sila emelkan url blog dan alamat anda untuk kiriman hadiah dan nombor telefon untuk Topup RM 5.
******************* 
  • Pemenang yang akan menerima Sebuah Novel Sutera Bidadari Karya RAM + bookmark +  Photo Puisi  + header blog. 

Note : Sila emelkan url blog dan alamat anda untuk kiriman hadiah.
******************* 

  HADIAH-HADIAH LAIN 

7 header blog (x 7 pemenang)

1. http://lizahhamidin.blogspot.com/2011/04/aku-ingin-berubah.html
2. http://cikduyung.blogspot.com/2011/04/segmen-mo-aku-ingin-berubah.html
3. http://puteraduyong.com/blog/2011/05/aku-ingin-berubah.html
4. http://humairanamaku.blogspot.com/2011/04/aku-ingin-berubah.html
5. http://azwaonly.blogspot.com/2011/05/mo-nak-bagi-hadiah-hanya-buat-entry-aku.html
6. http://black-roses92.blogspot.com/2011/05/aku-ingin-berubah.html
7. http://tintaberkata.blogspot.com/2011/05/mo-nak-bagi-hadiah-hanya-buat-entry-aku.html

Note : Sila emelkan url blog anda.
 *******************

5 Design (x 5 pemenang) sama ada header, wallpaper atau apa sahaja design


Note : Sila emelkan url blog anda.

 ******************* 

Topup RM 5 (x 4 pemenang)


Note : Sila emelkan Nombor telefon bimbit anda.

******************* 

Bookmarks (x 2 pemenang)


Note : Sila emelkan alamat anda untuk kiriman hadiah.

******************* 

Untuk makluman semua.. Hadiah-hadiah adalah ditaja oleh :-

Hadiah-hadiah yang tertera dalam gambar di atas adalah ditaja oleh barisan juri. :-)
10 header - Myung a.k.a Mr Taufik
Topup bernilai RM 20 - Izzaty Hedry
Photo Puisi - Penulis Senja 
Bookmark - Zuneta Card Craf



p/s : Topup adalah kemana-mana rangkaian telco anda.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya dinobatkan sebagai pemenang bukan bermakna entry anda tidak bagus tetapi entry-entry di atas ini lebih memikat hati juri. Jangan serik mencuba dan join contest. :-)

Perhatian kepada semua pemenang, 
Sila emelkan maklumat yang berkaitan ke alamat emel ukhwah.dhearty@gmail.com. 
Subject : Pemenang Contest "Aku Ingin Berubah"


Diharapkan semua pemenang boleh menghantar emel yang diminta tempoh 10 hari dari tarikh entry ini disiarkan. Ini bermakna tarikh akhir emel diterima adalah pada 22 Ogos 2011. Sekiranya tiada maklum balas dari pihak anda, pihak kami menganggap anda tidak berminat dengan hadiah yang diberikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.


Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa menyokong Laman Muslimah Optimis. InsyaAllah masih ada 15 blog penyertaan terawal contest Aku Ingin Berubah yang belum dibedah oleh MO. InsyaAllah MO akan lakukannya dari semasa ke semasa bergantung kepada kelapangan masa MO. :-)


MO kata :
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan semoga Ramadan kali ini membawa lebih keberkatan dalam hidup kita. Ameen.


Sekian Wassalam.