Perjalanan Jauh Membuka Hati

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan untuk berada di bumi ini. InsyaAllah sihat cuma sedikit sakit kepala mungkin kerana terlalu letih, kurang tidur atau terlalu banyak faktor yang bermain-main dan berlari-lari dalam kepala. (Muka terpaksa tersenyum).

Perjalanan Jauh Membuka Hati. Ya, membuka hati untuk menerima segala kemungkinan yang Allah nak bagi. Saya sudah bersedia menerima takdir Ilahi. Jika itu ketetapannya. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini dan meredhai semua ini. Ameen.

MO kata : Mungkin Allah dah memakbulkan doa saya sedikit demi sedikit. Entry pendek sebagai penghujung Januari 2013. Sekejap sungguh masa berlalu. Telah hampir sebulan kita melayari bahtera 2013. Sudah 29 mukasurat esok. 
 
MO kata lagi : Perempuan Lindungan Kaabah. Indahnya, jika mampu menjadi seperti dia. Sedang berusaha untuk istiqamah meninggalkan yang tidak perlu. 
 
### Ucapan khas kepada mereka yang membantu perjalanan saya bermula  1 Januari 2013 hingga tarikh hari ini, terima kasih buat semua dan terima kasih ya Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup saya. Syukur Alhamdulillah. Mahu buka buku baru Februari 2013.

Ada Visi Allah Izin Laluan. 



Tips Mengatasi Kesedihan

Bismillahirahmanirrahim..
"Kehidupan ibarat secawan kopi. Apa yang terkandung di dalam cawan itu sama ada panas atau suam, pahit atau manis, itulah yang akan menceritakan kehidupan kita".
Kata-kata yang saya jumpai di laman muka buku. Ada benarnya kan. Kehidupan kita terlalu komplikated. Jadi hadapilah hidup ini dengan senyuman walaupun payah. Senyuman itu kan sedekah. Ganjarannya pahala. 

Sedih dan gembira adalah dua perasaan yang ada pada setiap manusia. Semua orang berpeluang merasainya. Tadi, membuka mesej-mesej di FB untuk dipadam mesej-mesej lama, kemudian terjumpa soalan seorang kenalan yang bertanya, bagaimana mahu mengatasi rasa sedih yang bertandang di hati. Soalan ini dah lama. Tahun 2011. Baru sekarang Allah izinkan untuk diberi penjelasan dan perkongsian di Laman Muslimah Optimis.

Apa yang saya kongsikan dengan beliau dalam mesej tersebut adalah "senaman dan riadah". Aktiviti sebegitu sebenarnya mampu untuk merawat kesedihan kita kerana sel-sel badan kita akan menjadi lebih aktif. Bila sel-sel badan aktif maka kesedihan akan hilang sedikit demi sedikit. 

Selain daripada senaman dan riadah, bercuti juga boleh menghilangkan rasa sedih. Luangkan masa untuk bercuti ke mana-mana dengan sahabat handai atau pun ahli keluarga. Ada perbezaanya apabila kita bercuti dengan sahabat handai dan bercuti dengan keluarga. Kedua-duanya pasti akan ada pengalaman menarik.

Allah memberi kesedihan kerana mahu kita ingat padaNya. Bila Allah menduga kita dengan rasa sedih atau rasa sakit itu adalah nikmat yang Allah berikan kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa lama kita yang tidak kita sedari kita telah melakukan dosa. Dosa ada di mana-mana kan. Kiri kanan depan belakang, mudah sangat nak melakukan dosa. Beruntunglah insan-insan terpilih kerana diuji dengan kesakitan kerana Allah sedang menggugurkan dosa-dosa lama.

Teringat saya pada suatu perbualan dengan seorang kakak. Pada ketika itu kami berbual mengenai harta dan kekayaan. Kata beliau, ada sesetengah orang yang tidak menjaga solat, melakukan kemungkaran tetapi diberi nikmat yang banyak, harta melimpah ruah. Kita dah buat semua yang Allah suruh tapi masih tetap di takuk lama. Beliau sedih dengan kehidupannya yang biasa-biasa sahaja.

Hmmm. Terdiam seketika saya. Saya hanya mampu berkata, Allah menguji dalam pelbagai bentuk. Jika si pelaku kemungkaran masih diberikan nikmat yang melimpah ruah itu mungkin istidraj. Jika si pelaku ibadah masih dalam kehidupan yang biasa-biasa sahaja mungkin Allah mahu dia lebih berusaha. Berdoa sahaja tidak cukup bukan. Usaha mesti diiringi dengan doa. 

MO kata : Bila kita sedih, ingatlah Allah. Allah sentiasa ada.

MO kata lagi : Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita tidak tahu apa kesudahan episod hidup kita. Jadi berusahalah dan berdoalah untuk mencapai apa yang kita inginkan. Allah ingin menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian yang kadang-kadang langsung kita tidak menjangkakannya. Hadapilah dengan redha. InsyaAllah. Ada jalan keluarnya. 

Suara Yang Ditinggalkan

Bismillahirahmanirrahim..

 
Terpanggil aku untuk bersuara
Dan suara ini, aku tinggalkan
Di sini; di ruangan putih ini
Tersusun di balik cermin kaca yang kau lihat
Tersembunyi dalam alam maya yang kau tatap


Ingin untuk aku,
Panggil angin itu,
Untuk aku katakan sesuatu,
Agar nanti angin sebarkan,
Suara yang akan aku tinggalkan


"Angin, engkau tahu sesuatu?"
Angin diam,
Tapi dinginnya ku rasa.


"Indah, Sungguh Indah kehidupan. Indah, ciptaan Tuhan"
"Tapi, tak ramai yang perasan."
Dan angin seolah mengangguk, mengiyakan.
Kerana damainya  masih terus bertiupan.


Biar angin tak mungkin berbicara,
Tapi damainya itu kita rasa


Tersiratnya sesuatu tidak semua disuratkan
Cukuplah, olahan kata ini hadir sebagai perantaraan,
Antara aku, kau, dia, dan semua,
Untuk lihat dunia ini,
Untuk mula kenal apa erti menghargai
Belajar apa itu mensyukuri
Belajar, untuk gunakan hati


Betapa tingginya nilai hati itu
Hati; ianya anugerah, tapi ramai tidak tahu
Dan impaknya bertaburan;
Masih ramai tidak ambil tahu.
Dunia sedih. Penghuninya seperti mendidih
Dan kesan itu terus menindih.
Kerana suara itu, masih terdengar merintih.


Dan aku tinggalkan suara aku ini
Agar suatu hari nanti,
Lenyap suara tangisan. Terpadam bunyi kesedihan.
Dengan izinNya, suatu hari nanti
Aku percaya.
Kerana Dia, Maha Mendengar segala suara dari hati.

Nukilan
Farah Mn

MO kata : Allah Maha Mendengar dan Mengetahui. Berkeluh-kesahlah pada Dia yang Esa. Pohonlah pada Allah supaya Dia memakbulkan doa-doa kita. InsyaAllah.

MO kata lagi : Menikmati keindahan alam. Jom, boleh tambah pahala jika kena caranya. :-)


Mengingati Yang Baik

Bismillahirahmanirrahim..
Fail mungkin boleh dipadam, FB mungkin boleh dibuang, barang-barang maujud mungkin boleh dilenyapkan dari depan mata, namun bolehkan kita memadamkan semua kenangan dari kotak fikiran kita? Ingatan tetap ada selagi otak masih berfungsi, bahkan manusia mampu untuk menyaksikan kembali semua kenangan-kenangan tersebut.
Quote di atas saya temui di FB suatu ketika dahulu, dikongsikan oleh seorang sahabat. Ciptaan Allah memang hebat. Kadang-kadang imaginasi yang dihasilkan oleh sang otak seperti kita sedang menonton filem di panggung wayang. Setiap yang pernah berlaku dalam hidup kita mampu untuk kita ulang tayang dalam fikiran kita.

Ketika bersembang-sembang dengan seorang sahabat mengenai kehidupan, secara tiba-tiba terkeluar mengenai mengingati yang baik.

Kenapa kita cenderung untuk mengingati perkara yang buruk dalam hidup kita tetapi mudah untuk  kita melupakan kebaikan orang pada kita. Ada perumpamaan, "Hanya disebabkan satu kejahatan yang dilakukan akan menutup 1000 kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini"

Selagi kita masih mengingatkan yang buruk-buruk selagi itu hidup kita tidak akan senang. Tetapi apabila kita hanya mengingati yang baik-baik dan melupakan keburukan yang orang lakukan pada kita, hati kita akan lebih senang. Saya pernah mengalami kedua-dua situasi di atas, dan saya akui, bila kita mengingati kebaikan orang dan melupakan keburukan yang dilakukan pada kita hidup terasa lebih indah dan menyenangkan.

MO kata : Ingatlah kebaikan yang orang lakukan pada kita, dan lupakanlah keburukan yang pernah orang lakukan pada kita. Mengingati kebaikan itu adalah mulia. Jom ingat yang baik-baik.

Tak Terukir Di Bintang

Bismillahirahmanirrahim..

Hangat orang menyanyikan lagi Terukir Di Bintang nyanyian Yunalis Zaraai selepas kemenangannya di AJL baru-baru ini. 

Tetiba keluar pulak parody lagu Tak Terukir Di Bintang nyanyian Mr. Bie yang baru sahaja di"upload" pada 8 Januari 2013 dua hari selepas kemenangan Lagu Terukir Di Bintang.

Lirik lagu Tak Terukir Di Bintang.

-->
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Jika enkau minta wang berjuta
Itu pun ku tak mampu
Jika engkau minta satu dunia
Lagi ku tak mampu
Tapi ku mampu jadi imammu pastikan kau bahagia
Hati ini hanya milik Ilahi
Yang beri cinta, yang termukan aku dan kamu
Sayangku, jika ujian datang dari Tuhan untukmu
Tak terukir di bintang segala jawapan
Doa pada Tuhan
Tak terukir di bintang segala jawapan
Cuba baca Al-Quran


MO kata : MO lebih suka lirik yang dicipta Mr. Bie ni. Tapi melodi tetap best lah lagu Terukir Di Bintang tu. 
MO kata lagi : Soal hati ni urusan Tuhan kan. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

### Kakak yang kecik tu yang share lagu ni kat FB. 
 

Motivasi Kehidupan

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih diberi sehari lagi kesempatan untuk menghirup oksigen percuma di atas tanah pemberian Ilahi yang semakin tandus diceroboh tangan-tangan rakus manusia. 

Manusia, 
Sering alpa dengan nikmat yang Tuhan berikan,
Sering saja terlupa bersyukur bukan,
Aku tidak mengata kamu, 
Tetapi menunding pada diriku sendiri,
Tapi tahukah kamu dan aku,
Sebahagian daripada iman adalah "sabar"
dan sebahagian lagi adalah "syukur"?

Berbual, berborak dan berbincang dengan seorang rakan mengenai kehidupan. Komplikatedkan hidup ni. Itu kata sesetengah orang yang punya banyak masalah. Habis, kau tak punya masalah? Undercontrol. 

Masalah tu teman rapat manusia. Jika tiada masalah, tidak sempurna hidup bukan. Pernahkah, anda yang sering ditemani masalah tetiba, tiada masalah yang melanda dan anda akan berasa kekok tanpa masalah. Itu normal bukan tipikal.

Motivasi. Motivasi. Motivasi.

Saya tidak katakan bila hanya kita berhadapan dengan masalah sahaja kita perlukan motivasi. Motivasi tu kita perlukan setiap hari. Kalau saya memang perlukan motivasi setiap hari, tidak kisah sama ada saya akan mendapatkan motivasi daripada pembacaan ataupun daripada perbualan. Saya juga tidak katakan kita adalah sama, mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.

Hasil perbincangan santai dengan sahabat yang tua setahun daripada saya, katanya dia mahu sambung belajar tetapi di kala dia diterima masuk ke peringkat ijazah pertama usianya sudah menginjak ke angka dua lapan , saya katakan, bukan dua tujuh ke? Katanya lagi bulan September baru kemasukan pelajar baru kan, jadi lagi 5 bulan ke tahun baru dan angka dua tujuh sudah bertukar menjadi dua lapan semestinya. 

Saya katakan tiada istilah terlambat untuk belajar. Saya pernah menghadiri Kolokium Pembimbing Rakan Siswa peringkat IPTA yang diadakan di UUM, Sintok pada tahun 2008. Pada majlis pembukaan, ucapan diberikan oleh Timbalan naib Canselor ketika itu, yang saya ingat namanya Datuk Dr. Faiz, sekarang Prof.  Madya beliau berkata beliau menduduki SPM kali kedua pada usia 25 tahun, selesai ijazah pertama pada usia awal 30-an, menghabiskan ijazah kedua pada usia 40-an dan menghabiskan ijazah doktor falsafah pada usia 50-an. Kata beliau, tiada istilah terlambat untuk berjaya jika kita mahu berjaya dan berusaha.

Ucapan MO untuk sahabat itu : Selamat berjaya untuk kamu sehingga ke PhD seperti yang kamu cita-citakan. Mahu sambung psikologi bukan? Moga jadi motivator berjaya. Ameen.

MO kata : Dalam hidup ni, tiada istilah terlambat untuk berubah. Kita terlambat apabila kita sudah berada di ambang kematian dan kemudian baru terfikir nak berubah. Itu memang sudah terlambat.

MO kata lagi : Suka untuk saya kongsikan kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, "Rasa sukar memaafkan insan petanda hati belum benar-benar inginkan keampunan Tuhan". Alhamdulillah. Tiada lagi bebanan tidak memaafkan yang dibawa dari tahun 2012. Hati lapang dan senang apabila sudah memaafkan. 

Terukir Di Bintang

Bismillahirahmanirrahim..

Pertama kali mendengar melodi lagu ini saya sudah jatuh hati. Melodinya unik. Saya akan menyukai sesebuah lagu itu kerana melodi yang best dan bukan disebabkan lirik lagu. Kadang-kadang sangat baharu saya akan menghayati liriknya.

Semalam berbual dengan seorang sahabat dan mengulas sedikit mengenai lagu yang memenangi AJL 27  semalam iaitu Lagu Terukir Di Bintang - Yunalis Zaraai. 

Kata saya, saya suka sebab melodinya sangat menarik. Sangat klasik. Tapi saya tidak pernah menonton video klipnya lagi tetapi selepas kemenangan lagu ini di AJL (dinyanyikan oleh Aizat), terus jari-jemari menekan papan kekunci komputer "terukir di bintang" di youtube dan buat pertama kali saya melihat video klipnya. Memang klasik habis, tapi saya tak suka solekan mata Yuna. Huhuhu. Pelik je .Natural kan lebih cantik.

Kata sahabat saya itu, lagu ni bukan mengisahkan pasal bekas kekasih ke? Saya pun tanya balik, yeke? Tak tahu pulak sebab saya mendengar lagu ini kerana melodinya, walaupun bibir kadang-kadang ikut sama menyanyi tapi tak pernah menghayati liriknya langsung. Macam lirik tu tak masuk ke otak. Boleh jugak macam tu kan.

Lirik Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
 
 -Yuna-


MO kata : Bombastik sangat bait-bait lirik lagu ni. 

MO kata lagi : Hati dan perasaan ini boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Allah yang berhak keatasnya. Memang kita tak dapat memaksa hati itu untuk menyukai atau membenci kerana Allah yang memasukkan "rasa" suka dan benci itu. Tapi kita boleh terus berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan perasaan yang terbaik buat kita..

Percutian Sebelum Kahwin

Bismillahirahmanirrahim..

1. Saya suka melancong.
2. Saya suka travel.
3. Saya suka jalan-jalan.
4. Saya suka untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Indah.

Kadang-kadang ada yang berkata, sebelum berkahwin dan sementara belum ada komitmen perkahwinan lah kita boleh berjalan-jalan bersuka-ria dengan kengkawan yang sekepala, yang memahami sang jiwa kononnya. Saya juga begitu. Cuma saya hadkan kisah perjalanan saya  sebelum nikah hanya di dalam negara sahaja kerana jika mahu ke luar negara saya sudah niatkan di hati selepas saya menunaikan umrah dan ziarah. InsyaAllah. 

Sebab apa saya mahu ke luar negara selepas menjejakkan kaki ke tanah suci? Mestilah sebab nak travel ke luar negara dengan sang suami. Hehehe. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. Walaupun saya belum mengetahui siapakah gerangannya lelaki itu (selagi belum bersedia selagi itu Allah tidak bukakan hati dan menemukan kita dengan jodoh kita kan). Moga Allah permudahkan. InsyaAllah. Ameen. Kata seorang sahabat, selagi belum sampai masa, selagi itulah jodoh itu akan bersembunyi. Walaupun dia dah ada di depan mata sebenarnya tapi kita tak tahu dia adalah jodoh kita selagi dia dan kita belum bernikah. Jangan risau tau kalau masih dipertemukan dengan jodoh masing-masing. Lakukan solat hajat selalu. Itu adalah satu usaha dan ikhtiar.

Kesukaan saya yang satu ini (merujuk kepada No. 1, 2, 3 dan 4) memang saya tidak dapat elak. Ditambah pula mendapat keizinan mama dan abah tercinta. Mereka sangat memahami. Tapi kalau saya tiada mood, jangan diajak. Tetap juga jawapannya tidak. 

Percutian Sebelum Kahwin membazir tak? Kadang-kadang saya rasa membazir, kadang-kadang saya rasa tak sebab saya nak pi bercuti jugak, jalan-jalan jugak. Kadang-kadang saya fikir lebih baik saya simpan untuk "Simpanan Perkahwinan" atau "Simpanan Masa Depan" memandangkan simpanan perkahwinan saya "tiada" sebab tidak menyimpan. Dah belum bersedia nak kahwin so, tak perlu menyimpan lagi kan. Hehehe. Tapi saya percaya pada rezeki orang nak kahwin. Bila dah sampai masa, pasti semuanya akan Allah permudahkan. Ameen. So, duit yang ada sekarang kita joli-joli dulu untuk pi bercuti. Tak gitu. :-)

Bila bercakap pasal "Simpanan Masa Depan", saya kena mula menyimpan ni memandangkan tahun ni umur saya adalah 26 tahun. Hari ini genap 26 tahun mengikut bulan islam. Macam tak percaya. Sudah 26 tahun. 

MO kata : Dikala usia sudah menjejaki angka dua puluh enam lebih banyak dosakah atau pahala? Huhuhuhu. Kerdilnya diri ini, insan hina yang berdosa. Moga Allah ampunkan dosa. Tiada istilah terlambat untuk berubah. Berubahlah Sayang. Moga tahun 2013 menjadi satu perjalanan baru yang diredhai Allah. Ameen.

MO kata lagi : Serahkan semuanya pada Allah swt untuk menentukan perjalanan hidup kita tapi kita perlu membuat pilihan untuk hidup dalam keredhaan Allah dan bukan kemurkaan Allah. 

 

Sementara Masih Punya Masa

Bismillahirahmanirrahim..

Aku sebenarnya terluka.
Bila saat aku kecewa.
Tiada yang bertanya.
Hingga aku rasa tawar dalam jiwa.
Bukan aku tak mahu bercerita.
Tapi aku tak tahu harus dari mana.
 
Temui aku dan tanyakan hatiku.
Itu yang aku impi dan mahukan selalu.

Hanya satu saat tika hatiku diketuk rasa.
Buat aku berfikir untuk apa aku berharap pada manusia?
Bukankah mereka juga insan biasa?
Seperti aku mereka juga pasti terluka.
Seperti aku  pasti mereka juga punya hari duka.
Seperti aku mereka juga perlu pendamping untuk terus menguatkan jiwa.
Jadi mana bisa mereka beri aku bahagia.
Aku terdiam kelu tanpa bicara.

Aku terlupa.
Ini aturan Dia.
Mahu aku terus berusaha.
Mahu aku kenal tarbiyyah dalam agama.
Mahu aku jadi gadis yang kuat jiwa.
Mahu aku tahu tawa dan tangis itu biasa.
Mahu aku faham hidup di dunia ini hanya sementara.
Mahu aku letakkan Dia jadi yang pertama.
Sementara aku masih punya masa.
Untuk buktikan pada Dia.
Kalau aku benar benar mahu jadi permata.

Aku tertawa.
Malu rasanya pada Dia.
Masih berharap pada manusia.
Sedang Dia ada.
Andai saat ini aku kecewa.
Andai saat ini di pipiku mengalir airmata.
Bukan lagi kerana di sisiku tiada sesiapa untuk bertanyakan tentang jiwa.
Tapi kerana kecewanya aku pada diriku yang selalu lupa.
Selamanya aku punya Dia.
Pencinta yang setia.

Nukilan, 

MO kata : Kita masih ada Dia yang tidak pernah melupakan kita dulu, kini dan selamanya. Dialah Tuhanku dan Tuhanmu. Terima kasih Tuhan kerana tidak pernah melupakan aku walaupun aku sering melupakanMu.

Berubahlah Sayang.

Bismillahirahmanirrahim.

Berubah, satu frasa yang mudah diterjemah dalam bentuk bahasa tetapi sangat sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.



MO kata : Berubahlah sayang-sayangku. Pesanan untuk diriku sendiri juga. Terima kasih untuk Fatihah Harun yang berkongsi video Aku Ingin Berubah.. Tapi.... :-)

2013, Satu Perjalanan Baru

Bismillahirahmanirrahim...
Tahun 2013 telah menunjukkan wajah. Hari ini merupakan hari yang kedua, jadi tinggal  lagi 363 hari untuk kita melalui tahun 2013 yang kita pun tak mengetahui bagaimana pengakhirannya. 
Tahun 2012 telah menjadi kenangan dan sejarah yang tak mungkin berulang lagi. Bagi saya, kisah silam akan hilang dan mahu dilupakan tatapi menurut kata Sunah Sakura, "Ingat Aima, masa silam adalah tempat terbaik untuk dilawati tetapi bukan tempat yang terbaik untuk tinggal. Move on sayang, Allah ada rancanganNya." Beliau meninggalkan komen di talian telefon bimbit bukan komen entry saya. Boleh jugak macam tu kan.
InsyaAllah. Akan diambil ibrah daripada kisah yang lepas. Teruskan hidup dengan senyuman ok walaupun saya ni tak pandai nak senyum. :-)
Terpandang status di FB sahabat-sahabat handai.
"Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya" -Nurul Huda Nasir-
Ya, tepat sekali. Ada sebuah kisah yang pernah menjadi pedoman saya. Jangan kita minta untuk diringankan beban tetapi mintalah untuk diberi kekuatan untuk menghadapinya. Lebih kurang sama kan quote tersebut. Kisahnya begini. Ada 5 orang pemuda gagah yang diberi ujian untuk membawa kayu balak menyusur sebuah perjalanan di dalam hutan. Seorang demi seorang mengeluh. Kayu balak yang panjang diminta dipendekkan, dikecilkan, diringankan dan sebagainya. Semua permintaan mereka dimakbulkan sehingga ada balak yang dipikul menjadi kecil seperti sebatang pensel. Hanya seorang pemuda yang tabah dan sabar memikul balak tersebut tanpa mengeluh. berzikir sahaja di dalam hati. Apabila sampai di suatu tempat mereka terpaksa menyeberangi sebuah sungai dan kayu balak yang dipikul itulah yang perlu digunakan untuk dibuat jambatan. Pemuda yang sabar dan tidak mengeluh tadilah yang berjaya mengharungi perjalanan tersebut. Yang lainnya, kandas di tengah jalan. 

Ujian yang Allah beri itu ada manfaatnya pada masa akan datang. Sebab selalunya Allah memberi ujian untuk memberikan tarbiah dan pengalaman supaya ia menjadi bekalan pada masa akan datang. Mintalah untuk dipermudahkan urusan dan kita boleh melalui semua ujian dengan janyanya dan bukannya meminta untuk diringankan ujian.
"Sememangnya hati kita kadangkala perlu diketuk dengan ujian. Rindu, sayang itu semua ujian hati. Semua itu untuk mendidik kita agar tidak sentiasa selesa dengan 'kesukaan' tetapi juga 'kesakitan' :) itulah asam garam kehidupan. Sampai satu ketika, kita akan tersenyum mengenang kesakitan kerana dia yang mengajar kita erti kehidupan :)" -Fatin Furtado- 
Biar sakit sekarang supaya pada masa akan datang kita mampu tersenyum kebahagiaan. InsyaAllah. Allah uji sebab Allah sayang. Tapi ujian hatilah ujian yang paling berat kerana seketul daging yang bernama hati itu apabila baik maka baiklah segala isi tubuh dan apabila ia buruk maka buruklah segala isi tubuhnya.
"Alhamdulillah.. 365 hari telah berlalu.. Tanggal 1.1.2012 membuka satu lembaran baru, moga 1.1.2013 juga membuka satu lagi lembaran baru. Moga Allah perkenankan doa kita. Amin.." -Ainul Hajar-
Moga Allah mendorongkan jalan yang baik-baik untuk kita. Doa itu senjata orang mukmin. jangan lupa berdoa kerana doa itu adalah secara lansung kepada Pencipta kita tanpa ada pengantara. Tak perlu gunakan wayar pun. Akses tanpa wayar. Itulah hebatnya Allah. Dalam dunia ni kalau nak jumpa bos besar kena jumpa pengantara dulu kan??? Islam ni indah kan.
"Doaku hari ini : Tuhan, terima kasih atas semua yang telah Kau beri. Maaf jika aku kurang bersyukur dan masih meminta banyak padaMu." -Pakcu Sofi-
Kita kadang-kadang memang jarang sangat nak bersyukur kan. Hanya tahu mengeluh bila Allah tidak memakbulkan doa. Alhamdulillah, selama saya hidup ada banyak doa saya yang Allah makbulkan. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah kerana masih memberi perhatian kepada hamba yang tidak punya apa-apa ini.
Ada yang bertanya mengenai azam tahun 2013. Tiada azam yang spesifik cuma setiap hari saya berazam untuk menjadi lebih baik dan lebih baik dan lebih baik lagi. InsyaAllah. Moga Allah redha dan makbulkan doa. Ameen. 
MO kata : Ermmm. hajat dihati memang nak tukar url blog ni. Tapi masih sayang dengan url http://ukhwah-dhearty.blogspot.com. Sebab dalam hati ada ukhwah yang terjalin dan lebih manis kalau ukhwah yang dibina dengan orang sekeliling kita adalah ukhwah untuk membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. By the way, saya kekalkan dulu url blog ni. Mungkin suatu hari nanti nak berdotcom pulak kan. Masa tu baru tukar. InsyaAllah. Ada orang nak sponsor hosting dan domain x?
MO kata lagi : Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan mengeluh. Ikut saja aturannya tapi kita perlu memilih jalan yang diredhai. InsyaAllah hidup akan gembira selalu. Hadapi dengan senyuman. :-)