BAHAYA LETAK GAMBAR DI INTERNET


Assalamualaikum..

Aku bukan siapa-siapa,
Aku hanya manusia yang tak lepas dari kesalahan.. 

petikan lirik lagu
siapa pun penyayinya namun kredit kepada penulis lirik lagu tersebut..

Memang manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan yang nyata..
MO juga pernah alpa suatu ketika dulu dan
 alhamdulillah Allah menarik MO kembali ke jalan yang benar..
dan MO sentiasa berpegang dengan kata
"Semua orang ada kisah silam dan semua orang juga ada masa depan"
jangan pernah berhenti berharap dengan Allah swt..

baiklah, 
bukan mengenai lirik lagu tersebut yang mahu MO bicarakan di sini,
namun mengenai hak milik kita yang mungkin akan diceroboh..

cuba lihat gambar di bawah

sumber : sini


haaaaaaaaa.......bahaya tak????

suatu ketika dahulu MO banyak juga upload gambar-gambar di FB,
banyak jugak gambar-gambar di blog,
tapi selepas suatu insiden,
semua gambar dibuang dari blog dan FB..
bukan kerana takutkan kejadian ini berlaku
(tapi takut jugak la)

namun salah satu sebab lain
sebab ini,
sila klik untuk ke halaman tersebut..
beringatlah sebelum kena..
nasihat untuk diri MO dan yang lain juga..

hargailah diri kita sendiri kerana yang merosakkan diri kita bukan orang lain
 namun diri kita sendiri jika kita membiarkan nafsu beraja di hati..

sekian wassalam

HIJAB IS NOT JUST A COVER, IT IS A PROTECTION..


Assalamualaikum..

MO just nak share sikit je lah pasal cover aurat ni..
semua pun tau kan cover aurat ni ada wajib kan..


Cuba tengok macam gambar di atas tu..

dengan slogan 
HIJAB IS NOT JUST A COVER, IT IS A PROTECTION..
credit to ILuvIslam..

tutup aurat ni bukan saja sekadar tutup tapi dengan menutup aurat kita terhindar daripada perkara yang tak elok. 

sebelum ni pun MO ada buat entry pasal ni..
kalau nak baca mai la klik link-link di bawah..


di sini juga suka untuk MO kongsikan doa pelindung dengan sahabat pembaca sekalian

cukuplah sekadar tiga link yang MO selitkan...

semoga semua muslimah di luar sana menjaga diri dengan baik..
MO sendiri sedang berusaha menjadi lebih baik 
dan MO berpegang dengan kata

"Setiap orang ada masa silam dan setiap orang juga ada masa depan"
Masih ada ruang untuk kita bertaubat.

sekian wassalam


PENULIS BLOG INI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Assalamualaikum... 


Tadi MO berjalan-jalan di alam maya.
Biasalah kan, nak berjalan di alam realiti ni malas sikit kan..
Banyak kekangan...

Kemudian MO tersinggah ke sebuah blog..
Seorang engineer tapi boleh juga digelar ustaz..
Kira gang proztaz la ni...


terkejut MO membaca nukilan di blog beliau..
Mohon jasa baik saudara dan saudari untuk mendoakan kesejahteraan bagi penulis asal pemilik blog ini". "Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Untuk makluman semua pengunjung blog ini, penulis blog ini, si fulan bin si fulan telah kembali ke rahmatullah pada waktu dan hari sekian. Justeru itu, diharapkan pihak saudara-saudari dapat memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan beliau dan menghalalkan segala hutang-hutang beliau. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik saudara dan saudari sekalian".

tersentak seketika apabila membacanya..
MO ingatkan tuan blog ni dah kembali menemui Sang Pencipta sebab MO pernah masuk ke blog beliau suatu ketika dahulu dan kenyataan di atas amat mengejutkan MO..

Rupa-rupanya itu hanyalah mukadimah bagi entrynya yang satu itu sempena ulangtahun kelahirannya yang ke -24...

sangat tertarik dan mula memikirkan kemungkinan 
yang akan berlaku pada diri MO..  

dan MO juga tertarik dengan satu kata-kata beliau dalam entry yang sama,
InsyaAllah saya tidak mahu berhenti menulis, bahkan saya ingin menjadikan ia sebagai aset saya 'di sana'. Kerana saya orang yang tidak banyak berpahala, lalu biarlah tulisan dalam ruangan ini menambahkannya walaupun kandungannya biasa-biasa.
 untuk membaca artikel penuh sila klik sini 

p/s :
semakin hari kita memang semakin hampir dengan kematian,
dan tiada siapa boleh menyangkal kenyataan itu..


MO juga mahu menjadikan menulis sebagai satu medium mengumpul khazanah untuk dibawa bekal ke "sana"

semoga kita semua sentiasa istriqamah melakukan sesuatu kerana Allah swt..

p/s lagi:
ni kiranya blog review la.
tak rugi menjenguk ke blog beliau.. 

blog beliau juga sangat menenangkan kepada sesiapa yang singgah..
banyak pengisian yang berguna kepada kita semua..


jom klik..


MO sangat suka ayat Mari Melakukan Kebaikan Setiap Hari 
petikan kata Saidina Ali r.a

sekian wassalam...

Si Buta itu sangat bertuah…


 Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu dengan insan-insan istimewa  yang gelap mata kasarnya dan celik mata hatinya di Persatuan Orang Buta Malaysia bagi menjalankan sedikit kajian di sana untuk thesis MO.

Banyak sangat ilmu yang MO dapat hari ni. Orang buta ni tak banyak dosa kerana kebanyakkan dosa kita bermula dari mata. Sebab tu ada klausa “dari mata turun ke hati”. Teringat pula MO pada satu tazkirah di Surau Kolej suatu ketika dahulu. Senior yang member tazkirah berkata “jika diberi pilihan sama ada untuk menjadi buta, pekak atau bisu, dia memilih untuk menjadi buta. Biar buta mata jangan buta hati. Katanya lagi orang buta kurang dosa, banyak pahala yang boleh dikumpul. Dengan mendengar bacaan ayat al-Quran juga pahala”. Betapa bertuahnya mereka tidak melihat kerosakan di muka bumi. Betapa bertuahnya mereka tidak melihat panorama manusia yang tidak indah dek kerana pakaian yang mencolok mata. Mereka bertuah kerana tidak melihat aksi-aksi menjengkelkan manusia. Mata itu perisai. 

MO sempat bersembang dengan beberapa guru di PERMATA (Permasalahan Mata). Memang kena sabar untuk mengajar kanak-kanak bermasalah penglihatan ni kerana mereka istimewa, mereka tidak nampak sama seperti kita jadi untuk mengajar mereka, kita perlu meletakkan diri di tempat mereka. Mungkin senang bagi kita tapi sangat susah bagi mereka.

Puan Sue (supervisor PERMATA) memberi kerjasama yang sangat baik tadi. Terima kasih Puan Sue. Betapa kerdilnya diri ini dirasakan bila bersama dengan komuniti cacat penglihatan. MO juga salah seorang daripada sukarelawan PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa UM). Kadang-kadang bila bersama mereka MO rasakan mereka tiada beza dengan manusia normal. Cara hidup yang sama, gaya bersembang yang sama cuma mereka tidak nampak.

Setiap kejadian Allah itu pasti ada sebab dan musababnya. Kita sebagai hamba perlulah redha dengan setiap ketetapan.

Quote ayat seorang sahabat di KBU..
"Semua sama disisiNya, cuma bezanya yang kuat imannya, apalah beza kamu dan saya, cuma insan yang hina dina, andai dirasa diri salah satunya, beringatlah kita, ucapkan yang baik sahaja, moga yang lain dapat manfaatnya, semua beroleh rahmat dan redha, pertemuan menjadi serba bermakna"...

Yang membezakan seorang hamba itu adalah iman dan takwa.


p/s :
Tundukkan Pandangan 

Semoga menjadi renungan kepada semua yang celik.

Sekian wassalam. 


RESTUILAH PERKAHWINAN SAYA


Assalamualaikum...
Topik yang paling hangat sampai melecur yang dibincangkan oleh golongan dewasa kini adalah topik nak kawen...
hohhoho..
saya juga bersama rakan-rakan lain tidak terkecuali membincangkan topik ini.
Mujurlah mama dan abah belum bersuara...
Mereka memahami anak mereka ini. 
Sebab anak mereka ini belum bersedia nak menamatkan zaman solo ler..
InsyaAllah will soon..
Doakan saya dan kamu juga...
ameen..


eh, 
bukan pasal saya nak kawen ni..
cuma nak kongsi pasal surat seorang anak kepada 
mak dan ayahnya mengenai isi hatinya untuk berkahwin..


Mula-mula link surat ini dikongsikan oleh seorang sahabat FB
 yang saya kenali sebagai Tika..
Kemudian seorang lagi sahabat FB 
yang saya panggil Cikgu Ida mengirimkan surat ini kepada saya melalui Inbox FB..


Jadi saya rasakan perlu untuk berkongsi 
dengan semua yang singgah di Laman MO.
Kalau yang dah pernah baca abaikan saja surat ini.
Kalau yang belum pernah baca, 
jemputlah baca..


Suratnya bermula begini..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Untuk menghabiskan pembacaan..sila klik sini. 

Terima kasih kepada Tika dan Cikgu Ida yang sudi berkongsi link dengan saya...
Dan Tahniah kepada saudara Syahirul..
Kalau nak ke Blog penulis sila klik Syahirul.com

Semoga mendapat ibrah daripada isi kandungan surat tersebut..

sekian wassalam...

DOA MENGELAKKAN DICABUL DAN DIROGOL


Assalamualaikum...
tadi kan MO pi jalan-jalan kat blog Ustaz Zaharuddin...
tetiba ternampak pasal post doa untuk mengelakkan dicabul dan dirogol..
nak share jugak lah..

 رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ

DALAM ejaan rumi
BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

: Ertinya
:Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa 
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya 
samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah
 subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa 
"kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya

Untuk membaca artikel penuh sila klik sini ok


selamat beramal


sekian wassalam

SURAT CINTA DARI KEKASIH

salam alaik...
Di bawah ini ada surat cinta buat kita semua.
Semoga kita bisa lebih menghargai cintaNya ..
baca dan hayatilah..


" Hamba-Ku menyombongkan diri terhadap-Ku
padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka
Antara-Ku dan jin serta manusia terjadi berita besar :
bahwa Aku yang telah menciptakan mereka
namun yang disembah adalah selainKu
Aku yang memberi rizki, namun selain-Ku yang disyukuri

Kebaikan-Ku senantiasa turun kepada hamba-Ku,
tapi kejahatan mereka yang naik kepada-Ku
Aku mencintai mereka dengan memberi nikmat-nikmat Ku
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka
mereka memancing kemurkaan-Ku dengan berbagai kemaksiatan
padahal mereka adalah yang paling perlukan-Ku

Siapa-siapa yang datang kepada-Ku,
akan Kujemput ia dari kejauhan
Siapa-siapa yang berpaling dari-Ku,
maka Aku akan memanggilnya dari kejauhan
Siapa-siapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,
Aku berikan padanya, lebih dari cukup
Siapa-siapa yang menginginkan keridhaan-Ku,
Aku pun akan menginginkan apa-apa yang dingininya
Siapa-siapa yang bertindak dengan mengandalkan kekuatan-Ku,
maka akan Kulunakkan besi baginya

Orang yang mengerjakan maksiat,
tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmat-Ku
Jika mereka bertaubat kepada-Ku,
maka Aku akan menjadi kekasih mereka, sebab Aku mencintai
orang yang bertaubat dan mensucikan diri
Jika mereka tidak bertaubat kepadaku,
maka Aku akan menjadi tabib bagi mereka, Aku berikan cobaan
untuk membersihkan mereka dari berbagai aib

Dan siapa-siapa yang lebih mementingkanKu dari selain-Ku,
maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain
Satu kebaikan di sisi-Ku adalah
senilai sepuluh kali lipat yang sepertinya,
hingga tujuh ratus kali lipat,
hingga kelipatan yang sangat banyak

Sedangkan kejahatan di sisi-Ku, adalah bernilai satu
Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun,
Aku pun mengampuninya
Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit,
dan mengampuni banyak kesalahan-kesalahan
Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku

Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan sanksi
Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksa-KU
Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku,
daripada kasih sayang ibu kepada anaknya... "


(Hadist Qudsi dari buku "Menggapai Manisnya Iman-Butir Ma'rifatuLlah
Ibnul Qayyim Al-jauziyah"
oleh Syaikh Shaleh Syadi -



beringatlah kita wahai manusia,
masih belum terambat dalam mengejar hidayat ALLAH kecuali apabila hari Kiamat Tiba...
sama2 kita bersihkan hati dan jiwa dalam mengejar KEKASIH YANG SATU...

Cinta ALLAH itu adalah cinta ABADI

sekian sahaja untuk kali ini...

semoga kita semua mendapat ibrah daripada surat ini

wassalam



TSUNAMI UJIAN ATAU BALA?????


Assalamualaikum..

Masih teringat Tsunami yang melanda Jepun semalam.
Banyak nyawa dan harta terkorban. 
Redha..
Itulah yang terbaik...

Tsunami Ujian Atau Bala???
Dan semasa BW tadi ternampak Ustaz Love punya artikel pasal ni, 
terus MO berminat nak baca,
tu yang nak share ngan Pembaca Laman MO jugak...

Paling tertarik dengan ayat ni, 
Tsunami merupakan satu bencana yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada manusia. Sama ada ianya menjadi ujian ataupun bala, maka bergantung kepada jenis orangnya. Kalau bencana itu terkena pada orang beriman, maka ianya adalah ujian daripada Allah.. Jika terkena pada orang kafir, maka ianya merupakan bala’ daripada Allah. Tapi, orang beriman ke, orang tak beriman ke. Tetap akan terkena bencana itu bila Allah dah turunkan.


Untuk baca artikel penuh sila klik sini. 

Semoga kita semua dijauhkan dari bala ini.
tapi tak mustahil untuk Allah turunkan bala di Malaysia memandangkan banyak iktilat yang dilakukan di negara kita ni...

p/s :
Huhuhuhuhuhu (mood sedih)
sebab tadi keronsang yang dihadiahkan oleh kawan MO
 dari Bandung tercicir semasa dalam perjalanan ke KL Sentral..
Uwwaaaaaaaaaa (ngada nak nangis)...
Tapi MO redha InsyaAllah.
Sebab Allah dah tetapkan, 
keronsang tu bukan milik MO lagi...


Moga diampunkan segala dosa..
ameen..

sekian wassalam.  

Tawaran Program e-PJJ/PLK sesi Mei 2011 (Pra-Diploma/Diploma UiTM)


Assalamualaikum..
Perhatian..
Di sini ada satu berita baik..

Universiti Teknologi MARA mempelawa bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi siswazah Universiti Teknologi MARA dengan mengikut program-program PRA-DIPLOMA/DIPLOMA seperti berikut :

Makluman :

1. Program Ijazah (e-PJJ/PLK) akan dibuka pada sesi September 2011. Iklan dijangkakan akan dikeluarkan pada Jun 2011 (*tertakluk kepada perubahan).
2. Untuk melihat Struktur Program sila klik link di bawah:




 Pelawaan untuk memohon pengeculian "Yuran Pengajian" menerusi 
Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa 
Untuk keterangan lanjut sila klik => sini

Cara Memohon:

1. Pemohon dikehendaki membeli no pin di mana-mana kaunter Bank simpanan Nasional dengan harga RM13.00 (RM12.00 bayaran proses dan RM1.00 caj bank) sebelum membuat permohonan. (Nota : Pembelian di MESIN ATM Tidak Dibenarkan. Kepada pemohon yang telah terbeli di mesin ATM, sila hubungi Pusat Pengajian ePJJ/PLK untuk tindakan selanjutnya. Sila berikan nama, no.k/p dan no akaun BSN.)

2. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online). Sila klik di sini untuk mengisi borang secara online. Pemohon hendaklah membaca Syarat Kelayakan Akademik sebelum mengisi borang permohonan.

3. Pemohon hendaklah melengkapkan semua butiran yang diperlukan dan mencetak borang tersebut.

4. Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus.

5. Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dihantar berserta:
a. Salinan Surat Beranak,
b. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan, dan
c. Surat Pengesahan Majikan


6. Tarikh akhir penerimaan borang online adalah 4 April 2011.

7. Alamatkan kepada :

(Untuk permohon e-PJJ sahaja)

Pusat Pendidikan Jarak Jauh

Institut Perkembangan Pendidikan (InED),
Dwelling 2, INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5522 5498/ 5314/ 5315/ 5238


(Untuk permohonan PLK sahaja)
Pusat Pengajian Luar Kampus
Institut Perkembangan Pendidikan (InED),

Dwelling11, INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 
03-5522 5350/ 5356/ 5332/ 5337.


sumber : sini
semoga informasi ini membantu semua..
sekian wassalam.