Derita Semalam

Bismillahirahmanirrahim.

Hidup itu satu putaran
Berputar mengikut paksi yang tersedia
Aku yang hilang
Sedang mencari dan tercari
Allah yang sentiasa menyayangi

Berpeluk tubuh
Mengharapkan keajaiban
Jangan harap akan ada keajaiban berlaku
Kerana Allah mahu kita berusaha
Berusaha walau dengan secebis doa

Bertindak walau ia meyakitkan
Bertindak walau ia melukakan
Bertindak walau diri dimalukan

Kesakitan hari ini
Derita hari ini
Mahupun derita semalam
Hanyalah sementara

Allah takkan mengubah nasib hamba-hambaNya tanpa usaha dari kita
Masih mahu menunggukah
Tunggulah kalau masih mahu menunggu tanpa tindakan

Pastikan hari esok
Senyuman sentiasa di bibir

Aku tidak baik
Jauh sekali alim

Cuma memperbaiki diri
Itu matlamat hidup hakiki.


MO kata : Hari ini merupakan mukasurat terakhir bagi buku Dua Kosong Satu Tiga dan esok akan bermula buku baru Dua Kosong Satu Empat. Semoga perjalanan hidup kita akan diredhai.

MO kata lagi : Banyak perancangan 2014. Kita buat satu-satu ye.


Ogos, September dan Oktober

Bismillahirahmanirrahim..

Sekarang dah bulan September. Bulan depan dah Oktober. Bila Oktober menjelma, usia saya akan bertambah lagi setahun. Tahun ni angka akan menginjak ke 26 tahun. Yeayyy dah dewasa. Tapi sedarkah kita, bila usia kita makin bertambah sebenarnya bukan tiket untuk kita menjadi besar kepala dan boleh melawan cakap ibu bapa sesuka hati kerana menyangka kita sudah dewasa boleh buat keputusan sendiri. 

Bila dah dewasa tak bolehlah nak mengharap mak ayah support lagi kan. Kita pulak la kena support mak ayah kan. Misi 2014 nak bawa mama dan abah menunaikan umrah. Impian ni sejak zaman study lagi, dalam tempoh 5 tahun selepas grad; pertama, saya nak beli sebuah kereta untuk memudahkan urusan mama memandangkan mama tak boleh bawak kereta manual kepunyaan abah. Heheh. Anak dia pun tau bawak auto je.. Hihihi. Alhamdulillah, impian pertama dah tercapai pada sambutan ulangtahun kelahiran mama ke-45 tahun lepas. Kereta sendiri?? Tunggu lepas nikah. Hahaha. Impian kedua, nak bawa mama dan abah ke tanah suci. Semoga niat suci ini Allah akan permudahkan tahun depan. Dah lama berhajat, moga Allah makbulkan hajat hati saya 2014. 

Lepas pulang dari menunaikan umrah, saya nak bernikah boleh tak. Hihihihi. Bukan gatal tapi usia macam dah layak nikah kot. 2015, umur saya 28 tahun. Mama saya usia 20 tahun dah dapat saya kot, anak beliau umur 26 tahun pun masih single. Hahahah. Belum sampai masa kan. Tengok kawan-kawan seusia, malah junior-junior lebih muda pun dah ramai yang menamatkan zaman bujang. Tumpang gembira dan bahagia. Moga Allah permudahkan juga niat tuan blog ni selepas menunaikan umrah tu. Tapi kalau saya bernikah pada tahun 2015 (awal tahun), suami saya nak ikut saya atau izinkan saya join Trip Trans Seberian tak middle of 2015 ni? Trip 3 minggu atau sebulan. Jadi bersedia untuk cuti tanpa gaji. Which one come first nikah @ TS. Doakan saya okey. Kepada suami saya nanti, nasiblah dapat isteri kuat berjalan @ melancong. Jomlah melancong bersama-sama. Please.... :-)

Kenapa saya kongsi kat blog niat saya yang dua ini. Sebab ini adalah misi yang terdekat 2014 dan 2015. Ada lagi misi 2014 dan 2015, tapi itu rahsia dulu. Ada beberapa perkara penting yang saya ingin capai 2014 dan beberapa perkara penting lagi yang ingin saya capai 2015. Saya kongsikan yang dua paling penting antara banyak-banyak impian yang tercatat dalam dream board saya. Nikah tu masuk dalam acara terpenting sebab pernikahan itu menyempurnakan separuh daripada iman kan. Saya kongsi impian saya kerana saya mengharapkan doa kawan-kawan juga yang terbaca catatan ini. Tolong doakan ye. Ameen. Terima kasih. Wink.

Saya rasa dah lama sangat tak menulis blog kan. Lama membiarkan blog ini sepi je. Nak kata sibuk, takdalah sangat. Nak kata malas, macam ye jugak. Nak kata takda idea menulis pun macam banyak je idea cuma tak terluah di atas papan kekunci je. 

Percaya dengan rezeki Allah. Yang penting usaha dan doa. 


MO kata : Hadiah hari lahir 2013 untuk diri sendiri Galaxy Notes III ok tak?? Ok. Berangan.

MO kata lagi : Genap usia saya 26 tahun, saya nak rajin menulis catatan perjalanan hidup saya yang boleh dijadikan perkongsian bersama orang lain (kalau ada yang terbaca la). Mungkin ada sedikit ibrah yang boleh dijadikan peringatan. Laman Muslimah Optimis kan laman peribadi, boleh kongsi apa sahaja kan tentang diri tuan punya blog. Heheheh. 

MO kata lagi dan lagi : Ogos tak da entry sebab terlupa nak tulis. Alasan boleh diterima tak? Hohoho. Dan belum terlambat kan nak mengucapkan Selamat Hari Malaysia. 16 September 2013. Malaysia dah 50 tahun. Semoga Malaysia terus aman. 

P/S : Subsidi minyak ditarik 20 sen menjadikan harga petrol naik 20 sen. Memang terasa sebab harga barang semua naik. Jika anda sedang mencari peluang perniagaan untuk dijadikan pendapatan kedua (bukan pendapatan sampingan sebab kalau sampingan mesti ciput-ciput je). Boleh hubungi saya ok. 

Emel : shameera.aima@yahoo.com

Sekian. 


Dugaan Dalam Hidup

Bismillahirahanirrahim..

31 Julai 2013 @ muka surat 212 buku Dua Kosong Satu Tiga

Sekejap je masa berlalu, hari ni dah hari terakhir bulan ketujuh tahun 2013, 22 Ramadhan. Lagi 8 hari je nak raya. Masa begitu pantas berlalu atau kita yang terlalu leka sehingga tak perasan perjalanan masa yang sangat cepat?

Selama 212 hari kita hidup pada tahun 2013 ini apakah yang telah kita sumbangkan pada masyarakat, agama dan negara? Paling kurang pun apakah sumbangan kita pada keluarga? Tepuk dada tanya hati yooo..

Sempena dah nak raya ni, saya ingin memohon ampun dan maaf berjuta-juta kali pada sesiapa yang pernah terguris hati dengan saya. Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf dosa. 

Berbalik kepada dugaan dalam hidup, setiap hari saya percaya setiap insan pasti diduga. Cuma bentuk dugaan sahaja berbeza. Tengok makanan sedap di siang hari bulan puasa sehingga meleleh air liur tu pun dugaan jugak kan. Ada hikmah semuanya tu.

Allah uji sebab Allah sayang. Berbaik sangka selalu. 

MO kata : Tanggungjawab bertambah. 

MO kata lagi : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Perkahwinan dan Walimahtul Urus

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini 2 Jun 2013. Perjalanan hidup yang sangat pantas. Setengah daripada perjalanan hidup tahun 2013 dah terlaksana. Separuh lagi masih menanti percaturan hidup akan datang. 

Musim cuti sekolah ni terlampau banyak jemputan walimatul urus yang diterima. Allahu banyak sangat. Tumpang gembira dengan perkhabaran dari sahabat handai. Moga kalian berbahagia hingga ke syurga. 

Perkahwinan ini bukan sesuatu yang mudah semudah ABC. ABC pun susah tau bagi kanak-kanak 2 atau 3 tahun. Kalau bagi kita yang dah dewasa sesenang sangat la. :-) 

Ada perkhabaran yang saya terima,  si bakal isteri mengadu bahawa dia tidak berapa berkenan dengan sikap bakal suaminya yang agak "cepat meletupsss". Tak bolehlah macam tu, majlis pernikahan beberapa hari je lagi. Kadang-kadang semakin dekat dengan majlis semakin banyak dugaan yang datang dalam perhubungan hati antara dua manusia. Walau bagaimanapun pasangan ini telah selamat diijabkabulkan. Moga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Ameen.

Terimalah pasangan kita kerana kekurangannya supaya apabila kita mengetahui kelebihannya kita akan merasa lega. Namun jika kita hanya menerima kelebihannya kita akan merasa hampa apabila kita mengetahui pasangan kita banyak kelemahan. Setiap orang ada banyak kelemahan dan setiap orang juga ada banyak kelebihan. Tutuplah kelemahan si isteri dengan kelebihan yang ada pada si suami dan tutuplah kelemahan si suami dengan kelebihan yang ada pada si isteri. Itu baru bahagia. :-) Nasihat kepada diri sendiri memandangkan diri sendiri juga belum melalui situasi berumah tangga. Coming soon, mohon doakan.

Bila dah menghadiri jemputan soalan wajib keluar setiap "musim mengawan" (terjumpa istilah ni kat facebook) adalah "kamu bila pulak?" Ngeeee. Ada banyak versi jawapan yang boleh kita bagi. 

Jawapan yang selalu saya bagi :-

Jawapan Pertama, kalau rasa nak jawab baik sikit, 

Mohon __________ (makcik/pakcik/awak/kamu/sesape je nama orang yang tanya tu) doakan saya dipertemukan dengan lelaki soleh yang mampu membimbing saya ke syurga Allah. Banyak lagi yang saya perlu perbaiki diri ni sebelum Allah pertemukan dengan si dia yang Allah pilih untuk saya. Mohon doakan ya. Doakan sekali saya murah rezeki. Ameen. 

Jawapan Kedua, kalau rasa nak jawab macam tak sopan sikit,

__________ (makcik/pakcik/awak/kamu/sesape je nama orang yang tanya tu), jodoh pertemuan, ajal maut semua tu Allah dah tentukan. Ia masih lagi menjadi rahsia Allah. Kalau makcik tanya saya bila nak kawen, saya tak ada jawapannya. Sama juga kalau makcik tanya saya bila nak mati lagilah saya tak ada jawapannya. Makcik tahu ke bila makcik nak mati?

Memang kejam tanya bila makcik tu nak mati kan. Hohoho. Tapi tak pernah lagilah menggunakan jawapan kedua. Selalunya guna jawapan pertama je. Minta orang ramai doakan kita yang baik-baik.

Semalam tertengok cerekarama tajuk "Bahagia Bukan Milikku"lakonan Wawa Zainal dan Farid Kamil. Farid Kamil nampak semakin hensem sejak-sejak lepas kahwin dan bakal menjadi ayah ni. Seri nak jadi bapak kot. Hehehe. Cerita tu mengisahkan Umairah yang telah bertunang dengan Azrai dan mereka akan bernikah seminggu sahaja lagi. Tetapi dalam waktu tersebut Azrai telah bertemu dengan wanita yang dirasakan lebih baik daripada Umairah (bertudung) dan dia memutuskan pertunangan dengan Umairah dan bernikah dengan Julia walaupun perkenalan dengan Julia hanya seminggu sahaja.

Nak dijadikan cerita, setelah berkahwin Azrai merasakan Julia tidak menepati ciri wanita pilihannya. Sebelum kahwin lain dan selepas kahwin pulak lain. Sebenarnya bukan lain sebab sebelum kahwin kita belum kenal sikap pasangan kita kan. Jadi semuanya nampak indah saja. Tapi lepas dah hidup bersama, berkongsi segala-galanya barulah terbongkar sifat pasangan yang sebenarnya. Jadi kita kena bersedia segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Jadi sebagai insan biasa kita kena bersedia secara mental dan fizikal dan kita juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga. Perkahwinan bukan untuk sementara tapi kalau boleh hingga ke taman-taman syurga. Ameen.

MO kata :  Tengok orang kahwin rasa macam nak kahwin jugak tapi terlalu banyak lagi persiapan diri perlu dilakukan dari segi emosi dan ilmu rumah tangga.

MO kata lagi : Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Cepat atau lambat itu semua dalam rahsia Allah. Tidak perlu memaksa untuk cepat kahwin dan jangan berkahwin dengan tergesa-gesa. Selidikilah dulu pasangan yang ingin anda kahwini.

Klik artikel di bawah yang berkaitan dengan tajuk di atas. :-)

[Keperluan Lelaki dan Perempuan dalam Hidup]
 

Hidup Sebuah Penantian

Bismillah.

Ruang masa yang ada kini sangat terhad.
Rutin setiap hari yang sangat padat.
Semua ini lakukan demi sebuah penantian yang belum ditemui jawapan.

Lama tak mencoret kisah di Laman MO. Sibuk kononnya dengan misi kemanusiaan. Hari ini merupakan hari kelima di Miri. Semua ini adalah demi satu tanggungjawab. Kempen Kesedaran Kanser dah selesai. Hari ini jom kita berhopping sakan. Bonus pun dah masuk. Hehhe.

Dari hari pertama sampai sehingga kelmarin jadual yang sangat padat. Seronok sungguh bila berada dalam situasi yang padat macam ni. Masa yang ada tidak sempat untuk melakukan perkara yang tidak-tidak.

Keperluan berfikir juga hanya memikirkan perkara yang penting sahaja kerana untuk menjadi orang berjaya tidak perlu mengetahui semua perkara tapi cukup sekadar mengetahui perkara yang berkaitan dan pakar dalam bidang tersebut.

MO kata : Moga Allah permudahkan impian MO dalam merialisasikan penantian ini.

MO kata lagi : Sejak sampai ke Miri selsema dan sedikit batuk. Kafarah dosa agaknya.

Hak dan Batil

Bismillahirahmanirrahim..

Kebatilan itu akan terbongkar jua pada suatu masa sama ada cepat atau lambat. Selalunya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Allah mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui sama ada secara terang mahupun tersembunyi. 

Suka untuk MO kongsikan kata-kata ini. "Saya tidak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tidak cukup berusaha. (Dr. James Mantague). -tiada kena mengena dengan tajuk-

Kata-kata itu seperti sindiran kepada saya. Saya menyedari bahawa Allah banyak menegur saya melalui kata-kata yang saya jumpa di FB mahupun melalui ceramah yang saya dengar di radio. Ianya secara kebetulan membicarakan topik yang sama. Itu adalah salah satu cara Allah menegur bukan. SYukur Alhamdulillah. Allah masih sayang. 

MO kata : Yakinlah dengan Allah. InsyaAllah hidup pasti dalam rahmatNya. 



Aku Yang Jahat

Bismillahirahamnirahhim..

"Kejahatan" di dunia
Takkan pernah berhenti
Setiap orang mempunyai agenda peribadi

Kita tiada ilmu kasyaf
Jadi mustahil untuk mengetahu intipati yang berada di dalam hati yang satu lagi

Yang kita tahu
Menunding jari itu dan ini
Yang kita tahu menyalahkan pihak itu dan pihak ini
Yang kita tidak tahu menyalahkan diri sendiri

Mengapa mahu menunding jari
Mengapa tidak saja perbaiki diri?

Kadang-kadang
Rasa amarah yang meluap-luap
Rasa benci yang teramat sangat
Rasa geram memenuhi akal fikiran

Kita selalu menerima
Menerima usul tanpa mengkaji
Kemudian membuat kesimpulan sendiri

Aku yang jahat
Jahat dalam erti kata bagaimana?
Kesalahan apa yang telah tangan ini lakukan?

Jahat kerana masih membiarkan hati ini dinodai iblis
Jahat kerana terlalu mengikut kata hati

Insaflah wahai diri
Jangan biarkan syaitan dan iblis merajai hati.

MO kata : Jahat terlalu subjektif untuk dirungkaikan.

MO kata lagi : Jangan jadi jahat.




"Overcharge" di Pasaraya Giant.

Bismillahirahmanirrahim.

Baru-baru ni terbaca di FB mengenai sepasang suami isteri yang terkena overcharge di pasaraya Giant. Jadi saya juga terpanggil untuk berkongsi. Awal bulan Mac yang lepas saya ke Pasaraya Giant yang berhampiran dengan rumah.

Ada 4 item je yang saya beli. Kalau dulu berbelanja memang ikut sedap tangan je nak beli apa. Tapi setelah membaca buku Bijak Mengurus Wang karya Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir, saya menjadi lebih teliti ketika membeli-belah hanya membeli barang keperluan sahaja.

Kalau dulu tak pernah semak semula resit kadang-kadang pakai ambil je apa yang nak beli tanpa menyemak tanda harga tapi tidak lagi kini semua nak disemak. 

  1. Semasa mengambil item yang dikehendaki semak harga yang tertera di rak.
  2. Sebelum membuat pembayaran mesti semak harga di scanner yang disediakan. 
  3. Selepas membuat pembayaran pula mesti semak resit pembayaran.

Kenapa perlu buat semakan? Sebab kita tak mahu duit kita mengalir pada sesuatu yang tak sepatutnya. Kalau setakat RM 1 sedekah je lah takkan nak tuntut jugak kot kata sesetengah orang. Berkira sangat kata yang lain pula. Tapi sedar tak tindakan kita menyedekahkan RM1 pada Pasaraya Giant atau tak kisahlah kat mana Shopping Mall sekali pun satu tindakan yang kurang bijak.

Berbalik kepada cerita tadi, disebabkan membuat semakan saya berjaya menyelamatkan wang saya sebanyak RM11.60. Banyakkan.

Bila saya tanya supervisor kat situ, kenapa jadi macam ni. Harga lain scan lain katanya sistem problem. Wallahualam. Lepas ni kena berhati-hati ketika membeli. Walaupun RM 1 jangan dengan mudah nak sedekahkan pada pasaraya besar macam ni, kalau sorang RM1 kalau 100 000 orang tak ke RM 100 000. Pelanggan Giant bukan sedikit.

MO kata : Bijaklah berbelanja. Simpanan masa depan.

MO kata lagi : Kalau rasa nak sedekah berilah pada orang yang memerlukan bukan pada pasaraya Besar.

Muka Surat 63 - Peristiwa Lahad Datu Peringatan Allah

Bismillahirahmanirrahim..

Hari ini 4 Mac 2013.
Terasa baru kelmarin 1 Januari 2013.
Kenapa begitu cepat masa berlalu?
Begitu cepat yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah pada hari esok.

Hati ini merasa tidak selesa,
Gelisah memikirkan perkara itu,
Resah memikirkan mereka di situ,
Di sebuah kejauhan yang beribu-ribu batu dari tempatku.

Aku dan mereka,
Bukanlah siapa-siapa,
Bukan ahli keluarga,
Tiada juga hubungan darah,
Yang pasti aku dan mereka berpijak di bumi yang sama.

Ya Allah,
Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi ujian yang Engkau turunkan,
Sesungguhnya kami tahu,
Ini adalah satu peringatan daripadaMu.


Peristiwa yang berlaku di Sabah sangat menyentuh hati saya. Dari Pinggiran Lahad Datu menuju ke Kunak, ke Semporna. Didoakan mereka tidak akan ke Tawau selepas ni. Yang merisaukan saya jika mereka akan menawan keseluruhan pinggir pantai Sabah. Hati ini rasa tak tenang sangat. Memohon semoga semuanya berakhir dengan baik.

Takziah diucapkan kepada keluarga pejuang-pejuang negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi sebuah negara yang tercinta.

MO kata : Allah sedang memberikan peringatan. Bila-bila masa roda yang berputar boleh berhenti berputar dan pada ketika itu jika kita masih berada di atas basikal nescaya kita akan terjatuh.

MO kata lagi : Ada yang berkata ini mainan politik. Haihhh. Susah untuk percaya cakap-cakap orang pasal politik sekarang. Semua pakat nak menunding jari, meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain. Perkara yang kecil akan diperbesarkan. Parti itu cakap parti ini, parti ini cakap parti itu. Yang lebih mengetahui hanya Allah swt. Tapi kalau kita memilih untuk berdiam diri yakni menjadi badan berkecuali, tidak mahu mengundi, adakah ia akan mengubah apa-apa?

### Nak memilih buatlah isthikarah. Kalau semua rakyat nak turun mengundi tu buat solat istikharah, InsyaAllah jawapan yang Allah bagi itu selamat dunia akhirat kerana kita meletakkan Allah nombor 1 kan. Bukan masa nak pilih jodoh je lakukan istikharah. Biar Allah yang pilih untuk kita. :-)

Hati

Bismillahirahmanirrahim

Sudah sebulan meninggalkan blog ini semenjak awal bulan Februari,
Kini sudah tiba pengakhiran bulan,
Dalam tempoh yang sekejap,
Semuanya boleh berubah dengan sekelip mata,
Kerana Allah yang merancang lebih hebat dari kita.

Kadang-kadang kita merancang, 
Kita berdoa tapi Allah tetap tidak makbulkan,
Allah tetap tidak izinkan perancangan kita berlaku,
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang sepatutnya berlaku. 

Takdir yang Allah tetapkan,
Mengharapkan diri ini menjadi lebih kuat,
Tidak perlu bersedih,
Tidak perlu menangis,
Tolak tambah darab dan bahagi.
Itulah kehidupan yang bukan hakiki. 

Hati ini terlalu keras untuk dilembutkan,
Tetapi setelah dilembutkan ia terpaksa untuk menjadi keras kembali,
Perasaan yang ada,
Terlalu sulit,
Berbaur menjadi satu,
Kadang-kadang
Kepedihan dalaman yang rasanya sangat halus,
Kadang-kadang pula,
Ketenangan yang sangat mendamaikan.

Inilah kehidupan yang perlu diteruskan,
Percaya dengan takdir,
Percaya dengan ketentuan Allah,
Peringatan kepada diri,
Semua yang berlaku pasti ada hikmah.

MO kata : Hidup ini semuanya bergantungan kepada Allah. Jangan suatu hari kita terasa seperti disisihkan Allah sedangkan kita dahulu yang menyisihkan Dia dari hidup kita. 

MO kata lagi : Hadapi segala takdir dengan senyuman. Mulakan hidup baru Mac 2013. Setiap hari ada lah hari baru dan kita perlukan mulakan hidup baru setiap hari supaya diri  menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Muka Surat 35 - Allah Sedang Membuka Jalan

Bismillahirahmanirrahim..

Sudah menginjak ke bulan Februari. Hari ini sudah 35 mukasurat buku perjalanan hidup Dua Kosong Satu Tiga. Hari ini alhamdulillah, dengan hati yang tenang akaun twitter telah dideactivekan. Akaun facebook juga telah dideactivekan semenjak minggu lepas. Hidup terasa kaku dengan dunia maya. Hidup di alam realiti perlu dikejutkan kembali. 

Tiga hari bercuti banyak yang diperolehi. Menerima jemputan seorang sahabat untuk menjadi pengapitnya. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz mereka berdua sah menjadi pasangan suami isteri. Pengalaman pertama saya menghadiri majlis akad nikah, mendengar taklik yang dibaca hati menjadi sebak macam saya pulak nak bernikah. Huhuhu. Saya katakan pada hati, masa saya juga akan sampai suatu hari nanti. InsyaAllah. Semoga Allah redha.

Pada awalnya saya sangat segan untuk menjadi pengapit. Saya tak sukakan flash camera. Huhuhu. Beberapa kali saya menolak pelawaannya untuk menjadi pengapit. Sebelum saya menerima pelawaannya,  pada penghujung tahun lepas saya tanya pada dia. "Tak ada orang lain ke yang nak jadi pengapit ampa ni, kami segan la?" dan jawapannya "Kami nak ampa jugak jadi pengapit kami,". Setelah meminta pendapat dua orang yang saya percayai, saya terima pelawaan dia untuk menjadi pengapitnya. Apa salahnya kita menggembirakan orang lain kan.

Buat kalian berdua yang saya kenali kedua-duanya, semoga hubungan yang dibina dibawah payung rahmat Allah. Sayang kamu kerana Allah my dear bestie.

Kebetulan tadi di dashboard ternampak satu entry atau lebih kepada cerpen sebenarnya berjudul Baik-Baik Sayang.  

Saya suka petikan dari cerpen tersebut "Ustaz tak semestinya kahwin dengan ustazah"dan Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 26 maksudnya “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

MO kata : Perbaiki diri kita untuk mendapat yang baik. Mungkin sejalarah lamanya "tidak baik" tetapi selepas bernikah dia menjadi baik seperti watak Fareez dalam novel Perempuan Lindungan Kaabah, seorang kaki botol dinikahkan dengan seorang ustazah dan akhirnya mereka hidup bahagia apabila Fareez telah kembali ke jalan yang Allah redhai.

MO kata lagi : Semasa entry ni ditulis, sedang menonton Syurga Seorang Isteri secara online. Tak sempat menonton cerekarama hari tu sebab membantu persiapan di rumah pengantin. Geram sangat dengan watak Awal Ashaari sebagai suami. Huhuhuhu. Diana Rafar, seorang anak yang baik yang sentiasa mengutamakan keluarganya, mahu membahagiakan ibu dan ayahnya tetapi dihalang oleh suaminya. Wanita kena ingat, selepas bernikah, syurga isteri terletak pada redha suami kan. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan kita dan dapat menerima keluarga kita. Kita perlu berkahwin dengan seluruh isi keluarga kan.

### Suka dengan kata-kata di penghujung cerita Syurga Seorang Isteri "Disaat kita takut untuk memberi, kita lupa bahawa semua yang kita beri adalah pemberianNya" 

Ada Visi Allah Izin Laluan. 

Perjalanan Jauh Membuka Hati

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan untuk berada di bumi ini. InsyaAllah sihat cuma sedikit sakit kepala mungkin kerana terlalu letih, kurang tidur atau terlalu banyak faktor yang bermain-main dan berlari-lari dalam kepala. (Muka terpaksa tersenyum).

Perjalanan Jauh Membuka Hati. Ya, membuka hati untuk menerima segala kemungkinan yang Allah nak bagi. Saya sudah bersedia menerima takdir Ilahi. Jika itu ketetapannya. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini dan meredhai semua ini. Ameen.

MO kata : Mungkin Allah dah memakbulkan doa saya sedikit demi sedikit. Entry pendek sebagai penghujung Januari 2013. Sekejap sungguh masa berlalu. Telah hampir sebulan kita melayari bahtera 2013. Sudah 29 mukasurat esok. 
 
MO kata lagi : Perempuan Lindungan Kaabah. Indahnya, jika mampu menjadi seperti dia. Sedang berusaha untuk istiqamah meninggalkan yang tidak perlu. 
 
### Ucapan khas kepada mereka yang membantu perjalanan saya bermula  1 Januari 2013 hingga tarikh hari ini, terima kasih buat semua dan terima kasih ya Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup saya. Syukur Alhamdulillah. Mahu buka buku baru Februari 2013.

Ada Visi Allah Izin Laluan. 



Tips Mengatasi Kesedihan

Bismillahirahmanirrahim..
"Kehidupan ibarat secawan kopi. Apa yang terkandung di dalam cawan itu sama ada panas atau suam, pahit atau manis, itulah yang akan menceritakan kehidupan kita".
Kata-kata yang saya jumpai di laman muka buku. Ada benarnya kan. Kehidupan kita terlalu komplikated. Jadi hadapilah hidup ini dengan senyuman walaupun payah. Senyuman itu kan sedekah. Ganjarannya pahala. 

Sedih dan gembira adalah dua perasaan yang ada pada setiap manusia. Semua orang berpeluang merasainya. Tadi, membuka mesej-mesej di FB untuk dipadam mesej-mesej lama, kemudian terjumpa soalan seorang kenalan yang bertanya, bagaimana mahu mengatasi rasa sedih yang bertandang di hati. Soalan ini dah lama. Tahun 2011. Baru sekarang Allah izinkan untuk diberi penjelasan dan perkongsian di Laman Muslimah Optimis.

Apa yang saya kongsikan dengan beliau dalam mesej tersebut adalah "senaman dan riadah". Aktiviti sebegitu sebenarnya mampu untuk merawat kesedihan kita kerana sel-sel badan kita akan menjadi lebih aktif. Bila sel-sel badan aktif maka kesedihan akan hilang sedikit demi sedikit. 

Selain daripada senaman dan riadah, bercuti juga boleh menghilangkan rasa sedih. Luangkan masa untuk bercuti ke mana-mana dengan sahabat handai atau pun ahli keluarga. Ada perbezaanya apabila kita bercuti dengan sahabat handai dan bercuti dengan keluarga. Kedua-duanya pasti akan ada pengalaman menarik.

Allah memberi kesedihan kerana mahu kita ingat padaNya. Bila Allah menduga kita dengan rasa sedih atau rasa sakit itu adalah nikmat yang Allah berikan kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa lama kita yang tidak kita sedari kita telah melakukan dosa. Dosa ada di mana-mana kan. Kiri kanan depan belakang, mudah sangat nak melakukan dosa. Beruntunglah insan-insan terpilih kerana diuji dengan kesakitan kerana Allah sedang menggugurkan dosa-dosa lama.

Teringat saya pada suatu perbualan dengan seorang kakak. Pada ketika itu kami berbual mengenai harta dan kekayaan. Kata beliau, ada sesetengah orang yang tidak menjaga solat, melakukan kemungkaran tetapi diberi nikmat yang banyak, harta melimpah ruah. Kita dah buat semua yang Allah suruh tapi masih tetap di takuk lama. Beliau sedih dengan kehidupannya yang biasa-biasa sahaja.

Hmmm. Terdiam seketika saya. Saya hanya mampu berkata, Allah menguji dalam pelbagai bentuk. Jika si pelaku kemungkaran masih diberikan nikmat yang melimpah ruah itu mungkin istidraj. Jika si pelaku ibadah masih dalam kehidupan yang biasa-biasa sahaja mungkin Allah mahu dia lebih berusaha. Berdoa sahaja tidak cukup bukan. Usaha mesti diiringi dengan doa. 

MO kata : Bila kita sedih, ingatlah Allah. Allah sentiasa ada.

MO kata lagi : Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita tidak tahu apa kesudahan episod hidup kita. Jadi berusahalah dan berdoalah untuk mencapai apa yang kita inginkan. Allah ingin menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian yang kadang-kadang langsung kita tidak menjangkakannya. Hadapilah dengan redha. InsyaAllah. Ada jalan keluarnya. 

Suara Yang Ditinggalkan

Bismillahirahmanirrahim..

 
Terpanggil aku untuk bersuara
Dan suara ini, aku tinggalkan
Di sini; di ruangan putih ini
Tersusun di balik cermin kaca yang kau lihat
Tersembunyi dalam alam maya yang kau tatap


Ingin untuk aku,
Panggil angin itu,
Untuk aku katakan sesuatu,
Agar nanti angin sebarkan,
Suara yang akan aku tinggalkan


"Angin, engkau tahu sesuatu?"
Angin diam,
Tapi dinginnya ku rasa.


"Indah, Sungguh Indah kehidupan. Indah, ciptaan Tuhan"
"Tapi, tak ramai yang perasan."
Dan angin seolah mengangguk, mengiyakan.
Kerana damainya  masih terus bertiupan.


Biar angin tak mungkin berbicara,
Tapi damainya itu kita rasa


Tersiratnya sesuatu tidak semua disuratkan
Cukuplah, olahan kata ini hadir sebagai perantaraan,
Antara aku, kau, dia, dan semua,
Untuk lihat dunia ini,
Untuk mula kenal apa erti menghargai
Belajar apa itu mensyukuri
Belajar, untuk gunakan hati


Betapa tingginya nilai hati itu
Hati; ianya anugerah, tapi ramai tidak tahu
Dan impaknya bertaburan;
Masih ramai tidak ambil tahu.
Dunia sedih. Penghuninya seperti mendidih
Dan kesan itu terus menindih.
Kerana suara itu, masih terdengar merintih.


Dan aku tinggalkan suara aku ini
Agar suatu hari nanti,
Lenyap suara tangisan. Terpadam bunyi kesedihan.
Dengan izinNya, suatu hari nanti
Aku percaya.
Kerana Dia, Maha Mendengar segala suara dari hati.

Nukilan
Farah Mn

MO kata : Allah Maha Mendengar dan Mengetahui. Berkeluh-kesahlah pada Dia yang Esa. Pohonlah pada Allah supaya Dia memakbulkan doa-doa kita. InsyaAllah.

MO kata lagi : Menikmati keindahan alam. Jom, boleh tambah pahala jika kena caranya. :-)


Mengingati Yang Baik

Bismillahirahmanirrahim..
Fail mungkin boleh dipadam, FB mungkin boleh dibuang, barang-barang maujud mungkin boleh dilenyapkan dari depan mata, namun bolehkan kita memadamkan semua kenangan dari kotak fikiran kita? Ingatan tetap ada selagi otak masih berfungsi, bahkan manusia mampu untuk menyaksikan kembali semua kenangan-kenangan tersebut.
Quote di atas saya temui di FB suatu ketika dahulu, dikongsikan oleh seorang sahabat. Ciptaan Allah memang hebat. Kadang-kadang imaginasi yang dihasilkan oleh sang otak seperti kita sedang menonton filem di panggung wayang. Setiap yang pernah berlaku dalam hidup kita mampu untuk kita ulang tayang dalam fikiran kita.

Ketika bersembang-sembang dengan seorang sahabat mengenai kehidupan, secara tiba-tiba terkeluar mengenai mengingati yang baik.

Kenapa kita cenderung untuk mengingati perkara yang buruk dalam hidup kita tetapi mudah untuk  kita melupakan kebaikan orang pada kita. Ada perumpamaan, "Hanya disebabkan satu kejahatan yang dilakukan akan menutup 1000 kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini"

Selagi kita masih mengingatkan yang buruk-buruk selagi itu hidup kita tidak akan senang. Tetapi apabila kita hanya mengingati yang baik-baik dan melupakan keburukan yang orang lakukan pada kita, hati kita akan lebih senang. Saya pernah mengalami kedua-dua situasi di atas, dan saya akui, bila kita mengingati kebaikan orang dan melupakan keburukan yang dilakukan pada kita hidup terasa lebih indah dan menyenangkan.

MO kata : Ingatlah kebaikan yang orang lakukan pada kita, dan lupakanlah keburukan yang pernah orang lakukan pada kita. Mengingati kebaikan itu adalah mulia. Jom ingat yang baik-baik.

Tak Terukir Di Bintang

Bismillahirahmanirrahim..

Hangat orang menyanyikan lagi Terukir Di Bintang nyanyian Yunalis Zaraai selepas kemenangannya di AJL baru-baru ini. 

Tetiba keluar pulak parody lagu Tak Terukir Di Bintang nyanyian Mr. Bie yang baru sahaja di"upload" pada 8 Januari 2013 dua hari selepas kemenangan Lagu Terukir Di Bintang.

Lirik lagu Tak Terukir Di Bintang.

-->
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Jika enkau minta wang berjuta
Itu pun ku tak mampu
Jika engkau minta satu dunia
Lagi ku tak mampu
Tapi ku mampu jadi imammu pastikan kau bahagia
Hati ini hanya milik Ilahi
Yang beri cinta, yang termukan aku dan kamu
Sayangku, jika ujian datang dari Tuhan untukmu
Tak terukir di bintang segala jawapan
Doa pada Tuhan
Tak terukir di bintang segala jawapan
Cuba baca Al-Quran


MO kata : MO lebih suka lirik yang dicipta Mr. Bie ni. Tapi melodi tetap best lah lagu Terukir Di Bintang tu. 
MO kata lagi : Soal hati ni urusan Tuhan kan. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

### Kakak yang kecik tu yang share lagu ni kat FB. 
 

Motivasi Kehidupan

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih diberi sehari lagi kesempatan untuk menghirup oksigen percuma di atas tanah pemberian Ilahi yang semakin tandus diceroboh tangan-tangan rakus manusia. 

Manusia, 
Sering alpa dengan nikmat yang Tuhan berikan,
Sering saja terlupa bersyukur bukan,
Aku tidak mengata kamu, 
Tetapi menunding pada diriku sendiri,
Tapi tahukah kamu dan aku,
Sebahagian daripada iman adalah "sabar"
dan sebahagian lagi adalah "syukur"?

Berbual, berborak dan berbincang dengan seorang rakan mengenai kehidupan. Komplikatedkan hidup ni. Itu kata sesetengah orang yang punya banyak masalah. Habis, kau tak punya masalah? Undercontrol. 

Masalah tu teman rapat manusia. Jika tiada masalah, tidak sempurna hidup bukan. Pernahkah, anda yang sering ditemani masalah tetiba, tiada masalah yang melanda dan anda akan berasa kekok tanpa masalah. Itu normal bukan tipikal.

Motivasi. Motivasi. Motivasi.

Saya tidak katakan bila hanya kita berhadapan dengan masalah sahaja kita perlukan motivasi. Motivasi tu kita perlukan setiap hari. Kalau saya memang perlukan motivasi setiap hari, tidak kisah sama ada saya akan mendapatkan motivasi daripada pembacaan ataupun daripada perbualan. Saya juga tidak katakan kita adalah sama, mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.

Hasil perbincangan santai dengan sahabat yang tua setahun daripada saya, katanya dia mahu sambung belajar tetapi di kala dia diterima masuk ke peringkat ijazah pertama usianya sudah menginjak ke angka dua lapan , saya katakan, bukan dua tujuh ke? Katanya lagi bulan September baru kemasukan pelajar baru kan, jadi lagi 5 bulan ke tahun baru dan angka dua tujuh sudah bertukar menjadi dua lapan semestinya. 

Saya katakan tiada istilah terlambat untuk belajar. Saya pernah menghadiri Kolokium Pembimbing Rakan Siswa peringkat IPTA yang diadakan di UUM, Sintok pada tahun 2008. Pada majlis pembukaan, ucapan diberikan oleh Timbalan naib Canselor ketika itu, yang saya ingat namanya Datuk Dr. Faiz, sekarang Prof.  Madya beliau berkata beliau menduduki SPM kali kedua pada usia 25 tahun, selesai ijazah pertama pada usia awal 30-an, menghabiskan ijazah kedua pada usia 40-an dan menghabiskan ijazah doktor falsafah pada usia 50-an. Kata beliau, tiada istilah terlambat untuk berjaya jika kita mahu berjaya dan berusaha.

Ucapan MO untuk sahabat itu : Selamat berjaya untuk kamu sehingga ke PhD seperti yang kamu cita-citakan. Mahu sambung psikologi bukan? Moga jadi motivator berjaya. Ameen.

MO kata : Dalam hidup ni, tiada istilah terlambat untuk berubah. Kita terlambat apabila kita sudah berada di ambang kematian dan kemudian baru terfikir nak berubah. Itu memang sudah terlambat.

MO kata lagi : Suka untuk saya kongsikan kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, "Rasa sukar memaafkan insan petanda hati belum benar-benar inginkan keampunan Tuhan". Alhamdulillah. Tiada lagi bebanan tidak memaafkan yang dibawa dari tahun 2012. Hati lapang dan senang apabila sudah memaafkan. 

Terukir Di Bintang

Bismillahirahmanirrahim..

Pertama kali mendengar melodi lagu ini saya sudah jatuh hati. Melodinya unik. Saya akan menyukai sesebuah lagu itu kerana melodi yang best dan bukan disebabkan lirik lagu. Kadang-kadang sangat baharu saya akan menghayati liriknya.

Semalam berbual dengan seorang sahabat dan mengulas sedikit mengenai lagu yang memenangi AJL 27  semalam iaitu Lagu Terukir Di Bintang - Yunalis Zaraai. 

Kata saya, saya suka sebab melodinya sangat menarik. Sangat klasik. Tapi saya tidak pernah menonton video klipnya lagi tetapi selepas kemenangan lagu ini di AJL (dinyanyikan oleh Aizat), terus jari-jemari menekan papan kekunci komputer "terukir di bintang" di youtube dan buat pertama kali saya melihat video klipnya. Memang klasik habis, tapi saya tak suka solekan mata Yuna. Huhuhu. Pelik je .Natural kan lebih cantik.

Kata sahabat saya itu, lagu ni bukan mengisahkan pasal bekas kekasih ke? Saya pun tanya balik, yeke? Tak tahu pulak sebab saya mendengar lagu ini kerana melodinya, walaupun bibir kadang-kadang ikut sama menyanyi tapi tak pernah menghayati liriknya langsung. Macam lirik tu tak masuk ke otak. Boleh jugak macam tu kan.

Lirik Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
 
 -Yuna-


MO kata : Bombastik sangat bait-bait lirik lagu ni. 

MO kata lagi : Hati dan perasaan ini boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Allah yang berhak keatasnya. Memang kita tak dapat memaksa hati itu untuk menyukai atau membenci kerana Allah yang memasukkan "rasa" suka dan benci itu. Tapi kita boleh terus berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan perasaan yang terbaik buat kita..

Percutian Sebelum Kahwin

Bismillahirahmanirrahim..

1. Saya suka melancong.
2. Saya suka travel.
3. Saya suka jalan-jalan.
4. Saya suka untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Indah.

Kadang-kadang ada yang berkata, sebelum berkahwin dan sementara belum ada komitmen perkahwinan lah kita boleh berjalan-jalan bersuka-ria dengan kengkawan yang sekepala, yang memahami sang jiwa kononnya. Saya juga begitu. Cuma saya hadkan kisah perjalanan saya  sebelum nikah hanya di dalam negara sahaja kerana jika mahu ke luar negara saya sudah niatkan di hati selepas saya menunaikan umrah dan ziarah. InsyaAllah. 

Sebab apa saya mahu ke luar negara selepas menjejakkan kaki ke tanah suci? Mestilah sebab nak travel ke luar negara dengan sang suami. Hehehe. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. Walaupun saya belum mengetahui siapakah gerangannya lelaki itu (selagi belum bersedia selagi itu Allah tidak bukakan hati dan menemukan kita dengan jodoh kita kan). Moga Allah permudahkan. InsyaAllah. Ameen. Kata seorang sahabat, selagi belum sampai masa, selagi itulah jodoh itu akan bersembunyi. Walaupun dia dah ada di depan mata sebenarnya tapi kita tak tahu dia adalah jodoh kita selagi dia dan kita belum bernikah. Jangan risau tau kalau masih dipertemukan dengan jodoh masing-masing. Lakukan solat hajat selalu. Itu adalah satu usaha dan ikhtiar.

Kesukaan saya yang satu ini (merujuk kepada No. 1, 2, 3 dan 4) memang saya tidak dapat elak. Ditambah pula mendapat keizinan mama dan abah tercinta. Mereka sangat memahami. Tapi kalau saya tiada mood, jangan diajak. Tetap juga jawapannya tidak. 

Percutian Sebelum Kahwin membazir tak? Kadang-kadang saya rasa membazir, kadang-kadang saya rasa tak sebab saya nak pi bercuti jugak, jalan-jalan jugak. Kadang-kadang saya fikir lebih baik saya simpan untuk "Simpanan Perkahwinan" atau "Simpanan Masa Depan" memandangkan simpanan perkahwinan saya "tiada" sebab tidak menyimpan. Dah belum bersedia nak kahwin so, tak perlu menyimpan lagi kan. Hehehe. Tapi saya percaya pada rezeki orang nak kahwin. Bila dah sampai masa, pasti semuanya akan Allah permudahkan. Ameen. So, duit yang ada sekarang kita joli-joli dulu untuk pi bercuti. Tak gitu. :-)

Bila bercakap pasal "Simpanan Masa Depan", saya kena mula menyimpan ni memandangkan tahun ni umur saya adalah 26 tahun. Hari ini genap 26 tahun mengikut bulan islam. Macam tak percaya. Sudah 26 tahun. 

MO kata : Dikala usia sudah menjejaki angka dua puluh enam lebih banyak dosakah atau pahala? Huhuhuhu. Kerdilnya diri ini, insan hina yang berdosa. Moga Allah ampunkan dosa. Tiada istilah terlambat untuk berubah. Berubahlah Sayang. Moga tahun 2013 menjadi satu perjalanan baru yang diredhai Allah. Ameen.

MO kata lagi : Serahkan semuanya pada Allah swt untuk menentukan perjalanan hidup kita tapi kita perlu membuat pilihan untuk hidup dalam keredhaan Allah dan bukan kemurkaan Allah.