Rasa Hati


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sibuk..Sibuk..Sibuk.. Itu alasan.. Banyak kekangan sebenarnya. Kekangan idea dan kekangan masa untuk bersama buah hati saya yakni Laman Muslimah Optimis ni.

Esok temuduga untuk MQA. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia ini. Semoga urusan dunia ini akan menjadi jambatan untuk kita melangkah ke akhirat. Ameen. 

Di opis ni, kelas pulak penuh dari jam 11 pagi sampai 6 petang. Tengah-tengah hari ni termengantuk pulak. Jadi sebelum melangkah ke kelas pada jam 2 petang, MO sempat hasilkan sebuah puisi yang entah apa isinya. Tiba-tiba idea datang kan, tulis sajalah. 

Kalau tak best pun, baca jugak. Hehehe.

Rasa Hati


Seketul daging yang bernama hati memang tempatnya di dalam tubuhku,
Tapi bukan aku yang berhak ke atas rasa hatiku,
Pencipta Rasa itu yang telah memasukkan ‘rasa’ itu,
Kadang-kadang kita merancang mahu itu mahu ini,
Tapi jangan kita lupa,
Allah juga merancang,
Dia memberikan keperluan kita,
Dia tidak sekali-kali memberikan kehendak kita,
Kerana Dia memang tahu apa yang kita perlukan dalam hidup.

Buat ‘rasa’ hatiku,
Aku tidak pernah meminta ‘rasa’ ini,
Aku tidak pernah memaksa hati ini menyuburkan ‘rasa’ itu,
Cuma sentiasa kukatakan dalam setiap doaku,
Berikan ‘rasa’ itu jika sudah tiba masanya,
Dan apabila ‘rasa’ itu terserap masuk ke dalam jiwaku,
Aku senang memilikinya,
Aku berdoa supaya ‘rasa’ ini terus kekal,
Sehingga pada suatu masa,
Aku dijemput pulang ke kampung halaman,
Pada masa itu,
Biarlah ‘rasa’ yang aku miliki itu berkubur bersama-samaku.

‘Rasa’ itu semakin mekar dalam jiwaku,
Namun jika dikhianati entah bila ‘rasa’ itu akan bersarang kembali.


MO kata : Hidup ini penuh dengan dugaan dan rintangan kerana itu adalah proses untuk Allah menjadikan kita sebagai mukmin profesional. Saya kuat untuk menghadapinya, InsyaAllah. :-)

Sekian Wassalam.

Hati dan Dunia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama ruangan ini dibiarkan sepi. Saat ini jari-jemari mula menari-nari menaip aksara untuk tatapan pembaca.

Allah menyibukkan manusia dengan urusan dunia, kerana Dia mahu menguji sejauh mana ketaatan hambaNya.  Kesibukan dunia memang tidak akan pernah habis melainkan maut datang secara tiba-tiba. Rehatlah kamu di alam sana. 

Allah memasukkan rasa kasih dan sayang dalam hati manusia kerana Dia mahu hati kita lebih dekat padaNya. Rasa itu wujud apabila Pencipta Rasa itu (Allah) berkehendakkannya. Biar ia tumbuh mekar tanpa perlu diusik oleh Pemilik Rasa. Biarkan masa itu datang tanpa perlu dipaksa. Jika benar seperti ketentuanNya, terimalah dengan redha.


MO kata : Menanti dengan penuh sabar keputusan temuduga. Penantian itu adalah satu proses untuk mendidik jiwa menjadi insan yang sabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. 

MO kata lagi : Hanya entry pendek yang mampu dikongsi. Salam Maulidur Rasul.

Sekian Wassalam.