Bihun Sup Paklong

Bismillahirahmanirahim.

Hari ni dah 11 Januari 2014. Sekejap je dah 11 hari.

Ini kisah kelmarin.

Semalam (9 Jan 2014) tertinggal laptop kat office. Dah sampai rumah baru teringat bag laptop tertinggal. Jam pula dah menghampiri jam 6.30 petang. Memang bukan saya ler nak patah balik ke office semata-mata nak ambil beg tersebut walaupun kandungan dalamnya sangat urgent memandangkan saya perlu submit *kerja* saya pada Sabtu.

Jadi petang tadi saya ajak adik bongsu saya temankan saya, sekali mama pun nak ikut sebab lepas dah ambil laptop nak ke Tesco. Sebelum ke tempat yang nak dituju singgah makan Bihun Sup Paklong kejap kat Kilang Lama. Sedap memang sedap sampai habis licin kuahnya. Sambal mau lebih. Favorite sungguh bihun sup paklong ni walaupun paklong dah arwah tinggal maklong dan anak menantunya aje yang masih meneruskan perniagaan keluarga ni.

Kalau datang ke Kulim mesti cuba Bihun Sup Paklong. Parking memang senang. Bihun memang banyak, isi ayam daging perut semuanya pun banyak. Pendek kata memang puas makan. 

Ni bukan entry nak review pasal makanan or JJCM so tak buat persediaan gambar-gambar menarik. Lain kali mungkin boleh review makanan dan tempat makan best di sekitar Kulim @ Utara. Ada banyak tempat lagi yang favorite. 

Tak sempat nak tangkap gambar tadi. Nikmat sangat nak makan. Jadi, pinjam gambar dari Pakcu Sopi yang dikongsi di group whatsapps Kami Blogger Utagha. Beliau saja perangat pi makan Bihun Sup Paklong 4 Januari yang lalu lepas balik kenduri salah seorang Blogger Perak. 

Harga semangkuk bihun sup ayam/daging/perut RM 4.00. Kalau campur 2 jenis RM 5.00. Kalau campur semua sekali tak pasti berapa sebab selalu saya suka order ayam+perut. SEDAP. 


MO kata : Tertunai hajat nak makan bihun sup paklong ni. 


Derita Semalam

Bismillahirahmanirrahim.

Hidup itu satu putaran
Berputar mengikut paksi yang tersedia
Aku yang hilang
Sedang mencari dan tercari
Allah yang sentiasa menyayangi

Berpeluk tubuh
Mengharapkan keajaiban
Jangan harap akan ada keajaiban berlaku
Kerana Allah mahu kita berusaha
Berusaha walau dengan secebis doa

Bertindak walau ia meyakitkan
Bertindak walau ia melukakan
Bertindak walau diri dimalukan

Kesakitan hari ini
Derita hari ini
Mahupun derita semalam
Hanyalah sementara

Allah takkan mengubah nasib hamba-hambaNya tanpa usaha dari kita
Masih mahu menunggukah
Tunggulah kalau masih mahu menunggu tanpa tindakan

Pastikan hari esok
Senyuman sentiasa di bibir

Aku tidak baik
Jauh sekali alim

Cuma memperbaiki diri
Itu matlamat hidup hakiki.


MO kata : Hari ini merupakan mukasurat terakhir bagi buku Dua Kosong Satu Tiga dan esok akan bermula buku baru Dua Kosong Satu Empat. Semoga perjalanan hidup kita akan diredhai.

MO kata lagi : Banyak perancangan 2014. Kita buat satu-satu ye.