PERSAMAAN ANTARA MO DAN FATIMAH SYARHA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semalam MO berpeluang ke Expo Buku Islamik di KL Sentral. MO pergi dengan seorang sahabat. Kebetulan kami berdua mengenakan pakaian dari rona yang sama yakni Ungu. Warna ungu melambangkan sebuah kekayaan, kebijaksanaan, dan inspirasi.
MO beli empat buah buku kat sini yang nilainya hampir RM 100 jugak. Tapi berbaloi kerana MO memang suka membeli buku. Pantang masuk kedai buku selalunya memang MO akan keluar dengan dua buah buku melainkan jika ke Pesta Buku maka bilangan buku yang dibeli selalunya akan lebih daripada dua. Hehehe.
Semalam giliran Ustazah Fatimah Syarha bertemu dengan peminat novel-novelnya. Memang ramai yang beratur nak mendapatkan tandatangannya. Hurmmm, MO teringin jugaklah nak dapat tandatangan daripada penulis novel itu sendiri, memang MO beli novel tulisan beliau yang berjudul Sebarkan Cinta-Mu. Selepas bayar semua harga buku, masa nak balik MO tengok dah tak ada orang yang beratur nak dapatkan tandatangan beliau, beliau pun dah berdiri gaya macam hendak meninggalkan tempat tersebut, MO pun dengan muka tak berapa nak malunya pun berjalan menghampiri meja dan suakan buku untuk ditandatangan. Alhamdulillah dapat jugak. Walaupun pada asalnya MO memang malas nak beratur kerana mendapatkan tandatangan penulis buku bukanlah satu keperluan tapi kalau dapat bagus jugak kan. Itulah dinamakan takdir kan. Lepas beliau menurunkan tandatangan dan kami bersalam beliau bersama tiga orang yang lain meninggalkan tempat itu. Balik kot.
Hurmmm. Apa persamaan antara kami berdua??? Baca sampai habis ya. Tapi persamaan yang pertama adalah kami berdua adalah muslimah. Heheheheh. Persamaan seterusnya??? Jeng..Jeng.. Jeng..
Lepas dah penat bersesak-sesak di Expo Buku Islamik di KL Sentral, MO dan sahabat bergerak ke Jalan Masjid India. Kami nak ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Tapi sebelum bergerak ke Perpusatakaan, sempat dulu kami round-round sekitar Masjid India (dapatlah pashmina dan beg balik kampung dengan nilai yang berpatutan). Lepas tu kami ke Mydin Mohamed sekejap. MO kalau nak membeli stoking lengan dan stoking kaki memang selalu akan shopping di Mydin. Murah dan berkualiti (tolong promot ni). Hoho.
Lepas tu kami singgah solat di Masjid India dan dengan menaiki komuter kami meneruskan perjalanan ke Tintiwangsa. Dah sampai Titiwangsa kami amik teksi ke Perpustakaan Negara. Takdak Banner pun kata ada Pesta Buku Kanak-kanak ni. Hairan bin Ajaib sungguh. Hurmm, kami ke café dulu untuk mengisi perut. Disebabkan suasana yang sangat lengang, kami pun ke kaunter dan tanya Pesta Buku tu kat mana. Waaaaaaaaaaaaaaa. Kat Perpustakaan Kuala Lumpur. MO ingatkan Perpustakaan Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara tu tempat yang sama. Aduhaiiiiiiiiiiii. Memang member ada cakap dekat Perpustakaan Kuala Lumpur tapi disebabkan kejahilan tempat kami berdua tersilap tempat. Huhuhu.
Tapi ada hikmahnya juga tersilap tempat tu, sebab sebelum ni MO beum pernah pon menjejakkan kaki ke Perpustakaan Negara, at least once MO pernah ke sana dan tahu cara nak ke sana. Heheheh. Masa kat café pun kami banyak bercerita kisah masa di UM, terutama saat-saat genting menyiapkan thesis. Hehehe. Setiap yang berlaku itukan pasti penuh dengan hikmah, yang membezakan manusia itu mengambil ibrah atau tidak saja.
Hurmmm. Akhirnya kami berpatah balik ke hentian Masjid Jamek dan kami berjalan kaki sahaja ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Ohhhh, agak jauh berjalan kaki tapi terasa sangat sekejap. Apa nak heran, jalan kaki ni macam dah jadi makanan MO semasa menetap di KL dulu. MO dengan tiga orang kawan yang lain pernah buat gila berjalan kaki dari stesen Bandaraya Kuala Lumpur ke Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Sempoi tak kami. Hihihihi. Klik sini, sini dan sini untuk mengetahui kisahnya dengan lebih lanjut.
Dah sampai kat kat Dataran Merdeka tu kami sekali lagi tersilap jalan yang menyebabkan kami terpaksa berpatah balik. Ohhh. Berjalan sakan namanya dengan beg yang agak berat. Tapi itukan satu pengalaman yang bernilai kerana bukan mudah nak nampak dua anak gadis yang berbaju kurung dan berjubah berjalan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dengan selamba. Kami berdua memang gembel. Dah rasa macam tersesat tu, MO pun telefonlah kawan. Mujur juga ada kawan yang maklumkan jalan nak ke Perpustakaan tu. Dah sampai sana, apa lagi sekali lagi MO rambang mata. Jadi MO beli lagi empat buah buku yang juga berciri islamik nilainya kurang RM 100 tapi lebih RM 50. Membeli buku ni kan pelaburan. Jadi MO tak rasa rugi pun.
Lepas dah bayar harga yang sepatutnya dibayar, dengan menggunakan kaki kurniaan Ilahi ni, kami berdua kembali semula ke hentian Masjid Jamek. Kami berpisah di situ sebabnya Sahabat MO tu akan meneruskan perjalanan ke Gombak manakala MO pula akan ke KL Sentral. Masa ni hujan maha lebat. Seterusnya MO membeli tiket KTM untuk ke Stesen Batu Tiga kemudian MO ambil teksi untuk sampai ke rumah. Sepanjang perjalanan hujan maha lebat, tapi dengan kuasa Allah, Alhamdulillah semasa memasuki kawasan perumahan MO hujan dan semakin reda. Kalau masih lebat tentu buku-buku yang MO beli akan menjadi mangsa kan. Tapi ternyata tidak. Kenangan yang tercatat dalam lipatan sejarah MO.
 Persamaan seterusnya antara MO dan Ustazah Fatimah Syarha adalah kami lahir dalam bulan yang sama iaitu Bulan OKTOBER dan lebih tepat lagi tanggal pada tarikh yang sama yakni 17 Oktober cuma tahun saja yang berbeza. MO sangat mengangumi penulisan beliau. MO berharap, suatu hari nanti MO juga dikurniakan ilham untuk menghasilkan bahan bacaan yang baik. InsyaAllah.
Terima kasih semua kepada yang sudi membaca.
MO kata : Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah jika berkelapangan MO akan review satu-satu buku. ;-).
Sekian Wassalam.

BENDERA HITAM DAN BENDERA PUTIH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Putih dan hitam
Dua warna yang kontra
Putih seringkali mewakili yang baik-baik
Hitam pula selalunya dikaitkan dengan anasir jahat

Kenapa bukan yang putih itu jahat dan
Yang hitam itu baik?

Kenapa? Kenapa?

Kerana
Mentaliti manusia
Yang putih itu pasti suci
Yang hitam itu pasti kotor
Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu
Hanya Allah yang menilai manusia
Baik pada pandangan manusia itu belum tentu
Baik pada pandangan Allah
Hina pada pandangan manusia itu,
Mana tahu lebih mulia pada pandangan Allah

Hasil Nukilan
Muslimah Optimis
17.10.11

MO kata : Cubalah menjadi baik pada pandangan manusia dan baik juga di pandangan Allah swt.

Sekian Wassalam.