Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Kesibukan dunia memang tidak akan pernah surut. Selepas satu perihal selesai, datang pulak perihal baru yang perlu diselesaikan. Selesai yang satu itu, datang lagi yang baru. Begitulah aturan kehidupan manusia sepanjang hidupnya bermula semenjak dilahirkan sehingga akhir hayatnya ada sahaja urusan yang perlu diselesaikan satu persatu. Tapi jangan dilupakan urusan akhirat.

Tadi ternampak di home facebook "Pendidikan Yang Mandul Untuk Sebuah Perubahan" tulisan Ustaz Hazrizal. Hati ni tertarik nak baca sebab berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan ni sangat penting dalam kehidupan manusia. Kalau nak baca jom klik kat Pendidikan Mandul. 

MO tertarik dengan ayat yang dikongsikan oleh beliau,

Teringat saya kepada petikan kata Muhammad Abduh pada kurun ke-19 berkenaan pendidikan di Mesir:

“They neither can make their mark in government service, nor can they utter a word in the high Durbar nor yet can they haul goods on their backs in the bazaar and no longer are they able to till fields, either! Were they not “educated” they could have earned livelihood in a hundred ways . But they are completely lost – thanks to their ‘education’!” – Shaikh Muhammad Abduh [Khwaja Altaf Hussain, Hali Musaddas, (Lucknow: Sadi, 1935, page 72]
Membaca analisa Muhammad Abduh tentang pendidikan di Mesir untuk 100 tahun yang lalu, rasanya seperti ia keluhan beliau untuk Malaysia semalam.

Kita lihat Malaysia hari ini. Apa yang dah jadi pada rakyatnya?  Cemerlang akademik tapi sahsiahnya tidak secemerlang akademik. Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting untuk membangunkan bangsa Malaysia. Sebab itu perlunya jurutera bangsa. Siapa jurutera bangsa tu? Mana ada kos Kejuruteraan Bangsa, yang ada hanyalah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, dan sebagainya. 

Jurutera Bangsa itu merujuk kepada GURU.Sangat mulia tugas seorang guru kan. Hargailah guru yang mengajar kita menulis dan membaca.

Sejak bila pendidikan itu perlu dimulakan??

Pendidikan anak-anak itu perlu bermula sebelum pertemuan si ibu dan ayah. Bak kata Lukmanul Hakim, "aku mendidik anak-anakku 20 tahun sebelum mereka dilahirkan". Makna kata, kita perlu mendidik diri kita sendiri sebelum bersedia untuk menikahi seseorang yang akan menjadi ayah atau ibu kepada anak-anak kita.

Pendidikan awal kanak-kanak itu sangat penting, kerana anak-anak kecil hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Jika kita membiarkan mereka tanpa asuhan yang betul, bagaimana negara ini dengan generasi baru yang hancur pendidikan keagamaan walaupun sangat hebat akademiknya. Sila renungkan untuk kesejahteraan bersama.

Pada 10 Mac 2012 yang lepas, saya berpeluang ke Seminar Motivasi dan Kerjaya Pendidik Awal Kanak-kanak yang diadakan di Universiti Malaya. Penceramah yang dijemput adalah bukan calang-calang orang. Semuanya hebat-hebat dalam bidang masing-masing. 

Perkongsian oleh Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, Pakar Psikologi Kanak-kanak yang mengatakan bahawa perlu ada beberapa kriteria untuk menjadi Instruktor Kanak-kanak. Beliau seorang yang sangat hebat dan beliau merupakan salah seorang idola saya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Beliau antara insan yang banyak membantu saya untuk menjadi seperti saya sekarang ini dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

Perkongsian Puan Mahanom, Presiden Persatuan Taska Selangor yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak hampir 30 tahun memulakan bidang ini hanya kerana kasihankan anak jiran ditinggalkan sendirian di rumah bersama pembantu rumah. Jadi beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatan sebagai akauntan demi niatnya nak menjaga anak-anak dan memberikan pendidikan kepada anak-anak masih kecil. Bukan sahaja anaknya sendiri malahan anak orang lain juga. Begitu mulia hatinya. 

Perkongsian oleh CR Syuharul, seorang kaunselor berdaftar yang berkhidmat dengan MARA yang mengatakan bahawa beliau sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya yang masih kecil. Taska yang keempat baru sesuai dengan kehendaknya. Beliau sangat berpuas hati kerana pada usia anaknya yang 3 tahun (masih kecil) sesetengah ibu bapa menganggap apa sahajalah yang boleh dilakukan oleh anak pada usia begitu. Tetapi yang mengkagumkan anaknya sudah boleh membaca surah-surah dalam solat dan boleh melakukan pergerakan dalam solat dengan baik. Subhanallah. Pendidikan seperti itu yang kita mahukan yang perlu kita terapkan dalam jiwa setiap kanak-kanak bermula dari kecil supaya menjadi insan yang berguna apabila mereka besar kelak. 

Perkongsian Puan Jamilah, seorang ibu hebat yang boleh mendidik anak-anak menjadi anak yang hebat. Beliau selalu mendapat motivasi daripada insan-insan kurang upaya. Kata beliau, kalau kita nak berjaya kita lihatlah insan kurang upaya yang mampu berjaya lebih daripada kita, jangan kita lihat insan yang sudah berjaya yang mempunyai banyak kelebihan daripada kita. Lihatlah orang yang kurang daripada kita tetapi kejayaan mereka lebih daripada kita. 

Seminar tersebut meninggalkan banyak kesan di hati saya. Bukan mudah nak jadi seorang yang berjaya kerana banyak liku yang perlu kita tempuhi sebelum kita menjadi insan hebat itu. Segala-galanya bermula dari pendidikan awal yang diberikan semenjak berada di rumah, dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, dihantar ke tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Ditambah perencah rasa dalam kehidupan. Susah senang itu perlu ditempuhi untuk menjadikan kita mukmin profesional. :-)

Semua itu adalah proses untuk berjaya. Yang penting usaha dan doa.

MO kata : JANGAN BERPUTUS ASA. Mungkin pada ketika kita hampir berputus asa itu kejayaan itu hanya tinggal sejengkal di hadapan kita untuk kita capai. 

Sekian Wassalam.


11 Pesanan:

MissNick said... [Reply]

Thanks atas perkongsian ini....penuh dgn kata2 motivasi dan ilmu yg berguna :)

Woofer Storm said... [Reply]

tanpa cikgu,siapa kami...

#jangan mudah mengalah sis,apatah lagi jika kejayaan sudah bersinar dihadapan mata..doa sy sntiasa untuk anda..amin3

Bulan Syurga Firdausi said... [Reply]

cikgu...ramai cikgu kat dunia ni..semua mengajar utk memberi ilmu...mmm lame x update entry :)

Woofer Storm said... [Reply]

Dah lama kak mo tak update..bz sngat ea??semoga dipermudahkan segala pekerjaan kak ye..

#dgr cite akak dah kerja,lama tak dengar berita..tahniah dari achie..slmt mlm..

AZUAN ARSHAD said... [Reply]

blog yg menarik..klu berkesempatan..singgah ke laman blog saya..www.excellentfocusa.blogspot.com

RAFIAH KASMAN said... [Reply]

Terima kasih atas perkongsian ilmu,sungguh mulia hati insan yang sanggup berkorban demi anak bangsanya.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@MissNick

sama-sama missnick.. jemputlah singgah lagi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Woofer Storm

terima kasih achie

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Bulan Syurga Firdausi

ya, besar pengorbanan seorang cikgu kan yang kadang-kadang tak dihargai.. sekarang dah rajin update entry dah.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Woofer Storm

takde mood nak upate sangat.. teriam aksih achie

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Puan Jamilah bt Hashim

terima kasih.. akan kembali ke blog anda