Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Wihuuuuu... Bila dah mula update satu entry, mood berblogging seperti sudah kembali. (Senyum tak perlu kata apa-apa). Terbaca sebuah artikel di I Luv Islam mengenai Tudung Labuh Benteng Kemungkaran.
Benarkah? Tapi banyak juga kes-kes muslimah bertudung labuh ini yang hanyut dengan nafsu sendiri. Saya tidak salahkan muslimah bertudung labuh, mereka bukan jahat. Manusia ini ada pasang surutnya. Kadang-kadang iman berada di atas, kadang-kadang pula iman langsung berada di tapak kaki. Nafsu pula yang merajai hati.
Bertudung labuh atau tidak, kita perlu tahu menjaga batas pergaulan, perlu tahu menjaga diri supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara mazmumah.
Pasal artikel di ILI itu, MO tidak mahu komen panjang kerana artikel itu sangat bagus untuk dibaca. Buatlah penilaian sendiri. Cuma yang MO mahu tekankan di sini, siapapun kita, bertudung labuh atau tidak, kita semua adalah makhluk ciptaan Allah swt yang dicipta untuk sujud dan patuh kepadaNYA.
MO kata : Terasa diri ini berdosa. Manusia memang tak pernah lari dari melakukan khilaf. Semoga Allah mengampuni segala dosa.
Sekian Wassalam.
7 Pesanan:
assalamualaikum
saya agak bersetuju dengan kenyataan "tudung labuh benteng kemunkaran" sebabnya,bila pakai tudung labuh,bila kita nak wat sesuatu kemungkaran,kita akan pkir byk kali sebb sakrg kita tgh bwa image islam.
tp jgn sbb tu, org tk pkai tdg labuh,
hehe iman boleh bertambah dan berkurang,
pandai2lah kita menjaga diri dan iman..
tp bertudung labuh membantu menghalang scara xlngsung kan
betul yang penting tahap iman dan kepatuhan seseorang pada tuhannya. :)
@Ryu on ahsfantasy24.com
yep.. kena dekatkan dengan majlis ilmu selalu baru hati terasa senang dan tenang
@Iffah Afeefah
ia.. tudung labuh tu imen islam yang baik
@kiera'sakura
ya, iman kena topup setiap hari.. :-)
Post a Comment