Jika Terakhir Buatku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Allah sayangkan kita kan. Sebab tu Allah berikan ujian. Tapi kita kena sentiasa sedar kenapa ujian itu diturunkan.

Oh Tuhan
HambaMU ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Oh Tuhan
HidayahMU pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi padaMu

Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu

Rahmat kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba.

Tolong klik kat SINI.

MO kata : Moga Allah ampunkan segala dosa dari kesilapan lalu dan Allah teguhkan hati untuk terus istiqamah melakukan kebaikan. Ameen..

MO kata lagi : Kalau kita sayangkan seseorang tu mesti kita nak bersama-sama dia ke syurga Allah kan. :-)

Sekian Wassalam.

12 Pesanan:

Bulan Syurga Firdausi said... [Reply]

naam ahsanti....insyaAllah moga semua akan ke syurga Allah amin ya Rab!

Iffah Afeefah said... [Reply]

sebak rase kak

kiera'sakura said... [Reply]

Amin2 semoga kita sentiasa istiqamah...

aDisH.sHidA said... [Reply]

aima.....terharu sangat terasa kerdilnya diri nie....

Azwa said... [Reply]

Salam admin, mohon share boleh?

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Bulan Syurga Firdausi
ameen.. impian semua manusia ingin ke syurga Allah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Iffah Afeefah bila rasa sebak tandanya hati kamu masih ok.. :-) kalau dah xdak rasa apa2 itu ada sesuatu tak kena dengan hati anda.. huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kiera'sakura insyaAllah kiera. :-)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA aima jugak rasa sangat kerdil

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Azwa silakan kalau nak share.. lirik lagu tu

Muslimah Sejati said... [Reply]

sedihnya lagu ini... Ya Allah, berikan daku kembali mengukir janji-janji baru selepas bertaubat nasuha padaMU... Aku tidak mampu tanpaMU di sisi.. bantula hambaMU Ya Allah... amin

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

ameen