"Overcharge" di Pasaraya Giant.

Bismillahirahmanirrahim.

Baru-baru ni terbaca di FB mengenai sepasang suami isteri yang terkena overcharge di pasaraya Giant. Jadi saya juga terpanggil untuk berkongsi. Awal bulan Mac yang lepas saya ke Pasaraya Giant yang berhampiran dengan rumah.

Ada 4 item je yang saya beli. Kalau dulu berbelanja memang ikut sedap tangan je nak beli apa. Tapi setelah membaca buku Bijak Mengurus Wang karya Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir, saya menjadi lebih teliti ketika membeli-belah hanya membeli barang keperluan sahaja.

Kalau dulu tak pernah semak semula resit kadang-kadang pakai ambil je apa yang nak beli tanpa menyemak tanda harga tapi tidak lagi kini semua nak disemak. 

  1. Semasa mengambil item yang dikehendaki semak harga yang tertera di rak.
  2. Sebelum membuat pembayaran mesti semak harga di scanner yang disediakan. 
  3. Selepas membuat pembayaran pula mesti semak resit pembayaran.

Kenapa perlu buat semakan? Sebab kita tak mahu duit kita mengalir pada sesuatu yang tak sepatutnya. Kalau setakat RM 1 sedekah je lah takkan nak tuntut jugak kot kata sesetengah orang. Berkira sangat kata yang lain pula. Tapi sedar tak tindakan kita menyedekahkan RM1 pada Pasaraya Giant atau tak kisahlah kat mana Shopping Mall sekali pun satu tindakan yang kurang bijak.

Berbalik kepada cerita tadi, disebabkan membuat semakan saya berjaya menyelamatkan wang saya sebanyak RM11.60. Banyakkan.

Bila saya tanya supervisor kat situ, kenapa jadi macam ni. Harga lain scan lain katanya sistem problem. Wallahualam. Lepas ni kena berhati-hati ketika membeli. Walaupun RM 1 jangan dengan mudah nak sedekahkan pada pasaraya besar macam ni, kalau sorang RM1 kalau 100 000 orang tak ke RM 100 000. Pelanggan Giant bukan sedikit.

MO kata : Bijaklah berbelanja. Simpanan masa depan.

MO kata lagi : Kalau rasa nak sedekah berilah pada orang yang memerlukan bukan pada pasaraya Besar.

4 Pesanan:

Putera Helmei said... [Reply]

MO.. bukan takat kt giant ja.. sy pnah kena dkat tesco n cmart yg baru buka tu.. thats why sy slalu kira brapa sy kna smua, sblum sy p kaunter.. lpas dpt resit lak, sy check balik, sama x.. mcm yg jd kt cmart ms haritu p, sy terkjut awat lbh charge dlm rm15.00.. spatutnya dlm total rm35 lbh ja.. ni dh 50>.. trkjut trus check satu2.. rupanya double scan.. n price lain2.. erghhh.. tesco pun lbh kurg sama juga situasi...

aDisH.sHidA said... [Reply]

akak plak nyaris2 terkena kat jusco queensbay..kes nak beli oven..harga di kotak 97.00 nasib gatai mulut tanya bape harga nie.mcm pelik sebab yg saiz kecik rm129. bila dia check kat price list depa gtau rm129..akak terus bebel.kekonon nak beli 3 bj..ambik 1 bj pun xbeli...

Cik Gee said... [Reply]

seolah disengajakan.

takpe, kita tunggu masuk TV3 or paper tengok dorang nak jawap ape.

Lydia Miza said... [Reply]

Tak pernah check... Huhu risau nya. Tq Aima