Fiksyen 302 - RAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu lepas MO dan dua orang penulis yang lain telah ke Karangkraf untuk shopping novel. Hehehe. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. Semua novel yang MO beli adalah bergenre triller. 4 buah daripadanya adalah karya RAM. Ohhh, MO sangat mengangumi cara penulisan beliau yang berlandaskan fakta dan beliau menyusun kata dengan baik sekali. 

MO nak cerita sikit mengenai Fiksyen 302 yakni novel terbaru beliau yang diterbitkan oleh Alaf 21. Beliau mula menulis novel tersebut pada 27 Februari 2011. Hanya beberapa bulan sahaja, novel tersebut teah diterbitkan dan mendapat sambutan bak goreng pisang panas. Superb. Sungguh teruja untuk membacanya.

Fiksyen 302 mengisahkan mengenai empat orang pesakit mental yang melakukan pembunuhan kejam. Selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut mereka akan menanggalkan semua pakaian seterusnya menghubungi pihak polis dan mereka akan menyerah diri dalam keadaan yang berbogel. Kenapa mereka berbogel??? Jawapannya anda akan dapat di dalam Fiksyen 302. Silalah baca kalau nak tahu kenapa. Heheheh.

Siasatan demi siasatan dibuat, rupa-rupanya Zonan iaitu "roh jahat yang tidak berwajah" yang menyuruh mereka berbuat demikian. Motifnya adalah membalas dendam terhadap kematian Zarina Mustapha. Siapa Zarina Mustapha? Kena baca Fiksyen 302 untuk menemui jawapanya. Heheheh lagi..

Siapakah Zonan?? Kenapa Zonan mahu mereka membunuh mangsa yang terlibat dalam kematian Zarina Mustapha? Memang agak pening kepala membacanya, kerana sekejap kita akan ke zaman 2032, sekejap ke zaman 2012, sekejap ke zaman 2014, sekejap kita akan ke Hospital Permai, Wad Psikatri, sekejap kita akan ke Kuala Lumpur, sekejap kita akan ke lokap, sekejap ke mahkamah, sekejap kita akan ke bilik eksperimen. Semua tempat-tempat ini menjadikan MO lebih teruja nak menghabiskan pembacaan.

Pada awal pembacaan memang MO tak dapat nak menduga bahawa ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak Dina Din. Siapa Dina Din? Dina Din ialah seorang penganalisis saham yang berjaya. Namun setelah helaian demi helaian diselami setiap ayatnya, menjadikan MO tak sabar-sabar nak menghabiskan pembacaan walaupun hari ni merupakan hari yang ke 5 pembacaan MO. Masih ada 14 bab untuk MO menoktahkan pembacaan.

Tak sabar nak tahu siapa Zonan. Siapa dalang di sebalik cerita ni. Adakah cerita ni lebih kurang cerita Rahsia Perindu? Rahsia Perindu diterbitkan pada tahun 2005 dan itu merupakan novel pertama RAM yang MO baca. Memang menguji minda. Fiksyen 302 pun macam lebih kurang sama dengan Rahsia Perindu cuma jalan cerita Rahsia Perindu MO dah lupa sebab MO baca pun masa zaman sekolah. Huhuhuhu. 

MO kata : Kepada semua peminat novel thriller anda patut dapatkan novel ini dipasaran. Satu lagi MO cadangkan anda membaca Novel Hero karya Hilal Asyraf yakni sebuah novel Islamik yang penuh dengan aksi. Sangat seronok untuk menghabiskan helaian demi helaian sehingga tiba ke noktah terakhir. Tapi mungkin ada ramai peminat novel yang tidak gemar untuk membaca genre sebegini. Cuma yang mahu MO katakan, carilah bahan bacaan yang menguji minda untuk berfikir :-)

Sekian Wassalam.


RASA CINTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..

Tetapi kita kena ingat.. 

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” 

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki/perempuan kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki/perempuan miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” 

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki/perempuan tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki/perempuan ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita.. Alangkah bertuahnya kita kalau kita mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..

HULURKANLAH CINTA PADA YANG SUDI MENERIMA CINTA KERANA ALLAH SWT....

MO kata : Ini adalah entry repost.. Semoga hubungan yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH swt...

Sekian wassalam..