Showing posts with label Kongsi Bab Agama. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Bab Agama. Show all posts

RASA CINTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..

Tetapi kita kena ingat.. 

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” 

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki/perempuan kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki/perempuan miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” 

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki/perempuan tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki/perempuan ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita.. Alangkah bertuahnya kita kalau kita mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..

HULURKANLAH CINTA PADA YANG SUDI MENERIMA CINTA KERANA ALLAH SWT....

MO kata : Ini adalah entry repost.. Semoga hubungan yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH swt...

Sekian wassalam..

Exam Dunia vs Exam Akhirat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hidup ni sekadar pinjaman sahaja yang entah bila kita akan dihantar pulang menemui sang Pencipta. Ya benar, sekarang ni milik kita, tapi sesaat selepas ini belum tentu milik kita. Mungkin juga pembacaan ini tak dapat dihabiskan kerana telah dipanggil pulang. 

Exam Dunia
Exam Akhirat

Pendaftaran:
-Terbuka kepada pelajar yang bakal mengambil STPM
-Pendaftaran melalui slip peperiksaan

Pendaftaran:
-Terbuka kepada seluruh umat Islam
-Pendaftaran melalui sijil kematian

Tempat:
Dewan 

Tempat:
Tanah perkuburan Islam

Soalan Spot (Belum tentu keluar);

Spot BM 2
 
Bab semantik..
-definisi
-antonim
-sinonim
-hiponim
dan sebagainya

P/S: Study jerla semua,takut kecewa bila tak masuk, selamat menjawab soalan peperiksaan.

Soalan Spot (Soalan bocor dan ternyata akan keluar)
Soalan Pertama:
Siapakah TUHAN mu ? 

Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu ?

Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?
Sumber: Hadis

P/S- Walaupun kita menghafal jawapan kepada soalan di atas namun mulut dikunci pada hari tersebut hanya amal yang akan menjawabnya.(Wallahualam).


Teknik Menjawab:
-Bahagian fakta wajib dihafal
-Exam Matematik kena banyak buat latihah
-PJ banyak kena tau teori

Teknik Menjawab:
Ditentukan oleh amalan. Jagalah amalan supaya tidak terpesong ke kancah maksiat
Result:
-Lulus dengan cemerlang
-Lulus dengan Kepujian
-GAGAL
Result:

SYURGA ATAU NERAKA


Sumber : sini  tapi edited by MO..


MO kata : Takut apabila memikirkan mengenai kematian setiap hari. Dan MO tak dapat nak memikirkan macam mana nak berhadapan dengan situasi jika salah seorang ahli keluarga MO pergi menghadap Ilahi. Huhuhu..


Sekian Wassalam.

Jantung Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk jantung kita terus bergegup mengepam darah ke seluruh anggota badan.

Kesihatan tu adalah nikmat yang terbesar dalam hidup manusia kerana dengan kesihatan yang baik akan membolehkan kita beribadat dengan khusyuk. InsyaAllah. Kesihatan yang baik merangkumi hati dan jiwa juga bukan fizikal semata-mata. 

Jantung tak boleh dibeli dengan wang ringgit kan.. Bila-bila masa saja jika Allah berkehendakan pasti kita akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ni. 


Jadi untuk apa kumpul duit banyak-banyak kan kalau tak boleh nak menghabiskan duit yang kita kumpul tu kan??? Hahahaha. Bodohlah orang yang kumpul duit banyak-banyak tu ye??

Bukan macam tu. Duit yang banyak tu kena ingat bukan semuanya milik kita. Dalam rezeki yang Allah bagi kat kita ada bahagian orang lain sama.

REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampatkan anugerah kepada hambaNYA degan menempatkan harta berfungsi sebangai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Semoga rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat. 

Beringatlah, untuk berkongsi rezeki yang kita dapat tu dengan orang lain sama. Tak banyak sedikit dengan cara bersedekah. Mungkin masak dengan kuantiti yang lebih dan bagi kat jiran tetangga sama. Atau belanja makan. Atau apa saja cara. :-)

MO kata : Manusia merancang, Allah juga merancang namun perancangan Allah adaah yang terbaik. jangan diragui walau sedikit pun. Pasti ada sesuatu di sebalik sesuatu. 

Anda rasa nak berkahwin tu senang ke??? Jom baca Dosa Dalam Perkahwinan. Tahniah kepada semua sahabat yang akan menamatkan zaman solo mereka. Peliharalah perkahwinan anda baik-baik kerana meramaikan Umat Muhammad itu adalah dituntut dalam Islam. 

Sekian Wassalam. 

Peluang berjumpa dengan Lailatul Qadar

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Soalan ni ditanya oleh seorang kenalan di salah satu group FB. 
"Boleh tak sapa-sapa berkongsi ilmu tentang lailatul Qadar. Chu nak tanya kalau seseorang muslim itu tak beribadat kepada ALLAH. Adakah peluang untuk dirinya berjumpa dengan lailatul qaadar memang tak ada??? Atau macam mana??"
 
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 

Maksudnya: 

"Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya. Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu"

MO kata : Hanya insan-insan terpilih yang beriman dan bertakwa sahaja yang dipilih. Adakah kita tergolong dalamnya? Lailatul Qadr ni adalah ganjaran kepada hamba yang bertakwa.

MO kata lagi : Ramadan dan nak habis, sedih la pulak. Huhuhu

Sekian Wassalam.

 

Contest Aku Berpuisi- Aku Mahu Bertaubat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni MO nak join contest Aku Berpuisi yang dianjurkan oleh Cikgu Azhan. Kalau berminat nak join jugak sila klik banner di bawah. :-) MO bukanlah pandai sangat berpuisi tapi sekadar menghilangkan rasa tekanan dan bosan kadang-kadang terhasil puisi-puisi yang merapu. Hihihi...




Panorama alam
Indahnya
Tidak pernah aku bayangkan
Bagaimana alam seabad akan datang
Masih adakah pohon-pohon hijau
Yang sentiasa sujud dan patuh kepadaMu?
Atau hanya ada hutan-hutan batu
Yang keras
Yang bewarna warni

Ketika itu
Mungkin aku sudah di alam lain
Di alam barzakh
Mungkin aku sudah hancur dimamah bumi  
atau
Di seksa
Setiap hari aku akan meraung meminta dikurangkan keseksaan

Namun
Siapa yang mendengar
Tiada siapa melainkan ALLAH s.w.t

Tetapi
Ketika itu menangis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi
Aku merasa penat
Namun seksaan itu juga tidak pernah berkurang
Aku tidak pernah dikasihani
Aku hanya mampu menangis dan meraung
Mohon dilepaskan dari seksaan

Namun jika aku dilepaskan 
Mungkin hanya sekadar mimpi

Kalaulah
Aku seorang anak yang soleh

Kalaulah
Aku seorang anak yang solehah

Kalaulah
Aku hamba Allah yang patuh

Kalaulah
Masa boleh diundur kembali

Aku mahu bertaubat YA ALLAH
Aku tidak sanggup diseksa begini YA ALLAH
Ampunkan aku YA ALLAH.
Ampunkan aku.

Nukilan,
Muslimah Optimis
11.11.10
9.30 Malam
Bilik Tesis dan Disertasi
Perpustakaan Utama Universiti Malaya

MO kata : Harap penyertaan ini diterima memandangkan nukilan ini dah lama dihasilkan semasa MO tekanan meyiapkan thesis MO. :-)

Syarat kena tag 3 orang : Bulan Bulat, Meor As-Syabab, Putera Remaja

Sekian Wassalam.

Rahsia di sebalik angka 6 dan 9. Subhanallah.. Amazing


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apa khabar semua?? Tadi ternampak Cikali post kat group Kami Blogger Utagha pasal benda ni. Subhanallah amazing. Cubalah, pasti anda akan kagum. Kreatif orang yang buat nih.

69666699999966699999966666696​666696666669666666666966669666​6696 696669999999969999999966669696​666966666696666666696966696666​696 696666999999999999999666696669​666966666696666666966696699999​996 696666669999999999996666966666​966966666696666669666669696666​696 696666666699999999666666999999​966966666696666669999999696666​696 696666666666999966666666966666​966966666696666669666669696666​696 696666666666699666666666966666​966999999699999969666669696666​696
 
Apa banyak sangat angka 9 dan 6 ni? Jangan fening dulu, ada tulisan di sebalik angka 6 dan 9 ni. Macam mana nak baca?? Senang je.
1. tekan Ctrl+F
2. taip 9
3. tekan enter 
Selamat mencuba. 
MO kata : Allah Maha Besar.. 
Sekian Wassalam.

Allah Penyumbang Terbesar Kejayaan Kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dapat 10 A SPM, dapat 4 Flat semasa di universiti. Kita dah boleh dikira sebagai berjayakah? Kalau dikira sebagai berjaya siapakah penyumbang utama kejayaan kita? 

Jika hari ini kita seorang doktor yang berjaya, jurutera yang disegani mahupun ahli politik yang dihormati, namun pernahkah seketika kita merenung kembali siapakah di sebalik kejayaaan yang kita kecapi pada hari ini? 
 
Ramai antara kita alpa dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah.
 
Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita.
 
Kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. 

Insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya. Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.
 
Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

MO kata : Kita berjaya kerana Allah, belum bersyukurkah kita??
Sekian Wassalam. 

Mulut Busuk Arak..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

"Busuklah Mulut Kau, buat aku nak Muntah," kata Sabarudin kepada Ahmad Samdol.

"Apesal kau nak muntah pulak, aku gosok gigi hari-hari okeh, setiap kali sebelum solat aku gosok gigi," kata Ahmad Samdol kepada Sabarudin.

"Dol, kau solat 5 kali sehari semalam kan," tanya Sabarudin kepada Ahmad Dodol"

"Hello, common la Rud. Solat tu wajib okeh, aku muslim mestilah aku solat," Balas Ahmad Samdol dengan muka yang tak tau nak digambarkan macam mana.

"Ermmmm.. Solat tapi minum air kencing syaitan, macam mana tu. Boleh kau jelaskan kat aku," bidas Sabarudin. 

"Errr..." Ahmad Samdol terdiam tak terkata apa.

Mungkin ada sahabat pembaca yang berhadapan dengan situasi macam ni kan. Kalau yang pegi Kelab Malam tu wallahualam nak cakap diorang "teguk" atau tak? Ermmm. Kalau dah selalu pergi, asik kena hidang je, kena pujuk-pujuk sikit agak-agak korang Iman tu kuat lagi tak? 

MO pernah ada junior yang buat pengakuan pernah "minum", wallahualam nak percaya atau tak. Budak tu baru pindah ke sekolah MO dulu, masa tu MO Form 5 dia Form 4. Katanya dia dari KL dan dipindahkan ke sekolah MO sebab mak ayah dia hantaq dia duduk dengan nenek dia kat kampung MO. Dia sorang je budak yang free hair kat sekolah tu masa dia baru pindah tu, kalau pakai tudung pon masa masuk kelas Pendidikan Islam je lepas kena tegur dengan Ustazah. Sekarang ni tak tau apa dah jadi dengan dia. Jika dia pernah tersalah jalan semoga dia dah kembali ke pangkal jalan.

Baiklah berbalik kepada perbualan antara Sabarudin dan Ahmad Samdol tadi, korang agak solat si Samdol diterima atau tidak? Ya, siapa kita nak buat penilaian solat Samdol diterima atau tidak kan. Tapi jangan lupa ada jenis manusia yang solatnya tak diterima oleh Allah. 

Rasulullah bersabda, 10 orang yang solatnya tak diterima oleh Allah swt adalah :-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


OJ, cuba tengok point yang ketiga. Ini sabda Rasulullah bukan MO yang kata. Apa faedah minum arak ni? Berdasarkan kajian yang MO lakukan (ecewahh, kajian konon) 

Pertama, Minum arak ni memabukkan (menyusahkan diri sendiri). Habeh, dah mabuk-mabuk jalan terhuyung-hayang lepas tu jatuh dah kena ada orang tolong angkat pulak. Tu kalau jatuh je tak pe, kalau takde orang angkat tido je kat tengah jalan. Tapi kalau dah bawak kereta pulak, langgar orang, mati anak orang tu macam mana? Tak pasal-pasal kena saman pulak kan. Sebab memandu dalam keadaan mabuk.

Kedua, mulut busuk. (Uwekkkkk, nak muntah). MO belum pernah bau la. Tapi MO teringin nak tau bau dia macam mana busuk cuma tak teringin nak bau lah. Geli seh.. Tapi kawan MO kata 1st time dia terbau mulut peminum-peminum ni dia nak muntah, busuknya lebih busuk dari bau longkang atau sampah. Ni bukan MO cakap tapi salah seorang pekerja 7E yang terpaksa melayan pelanggan yang "minum", tapi sekarang ni dia pon tengah nak cari kerja lain, tak sanggup nak bersubahat. Tak percaya baca ni :-
klik untuk tumbersaran. 

Ketiga,dan seterusnya korang fikirlah sendiri. Takdak pekdahnya pon. Menyusahkan diri sendiri.

Hukum minum arak ni adalah dosa kerana arak ni HARAM di sisi Islam. Minum banyak ke, minum sikit ke tetap haram dan berdosa. Dosa besar tahu, bukan kata minum sikit dosa kecil, minum banyak dosa besar. Kita kena ingat bahawa ARAK itu adalah Ibu kepada kejahatan (Hadis Hasan).

Hukuman pagi peminum arak adalah SEBAT sebanyak 40 kali. Kalau kena 40 kali sebatan, mau terlerai isi punggung tu, koyak. Tak boleh duduk setahun gamaknya.

Untuk mengetahui mengenai penjelasan yang lebih terperinci mengenai Hukum Meminum Arak boleh rujuk di sini. InsyaAllah lengkap.

Terhasilnya entry ini daripada soal jawab di FB (Group Generasi Pencetus Revolusi) mengenai bagaimana nak menghalang muslim daripada membeli arak di 7E (Yang bertanya tu adalah cashier). Cadangan MO, buat satu pamplet dan selitkan dalam plastik beg orang yang beli arak tu. Dia kata bila dia tegur, Beer hanya dijual kepada bukan muslim dan si pembeli tadi kata "Ala, buat-buat tak nampak dah la dik". Huhhhhhhhh. Dah tau minuman tu busuk lagi mau minum ka??? Eeeeeeeeeee...

MO kata : Jauhkan diri anda dari ARAK kerana Arak boleh membunuh. Dan satu info lagi alkohol boleh buat mandul. :-)

Dari sudut agama pula, setitis arak yang diteguk menyebabkan 40 hari amalam kita tidak diterima, tapi cuba bayangkan dalam sebotol arak atau setin arak itu ada berapa juta titisan?? Kiralah sendiri.. 

Sekian Wassalam.

Lelaki Tutup Aurat, Perempuan Dedah Aurat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Tutup aurat ni wajib dan dituntut. NO excuse. Bukan hak individu untuk memilih, tiada pilihan lain melainkan tuntutan Allah swt...

Allah berfirman yang bermaksud: 
“Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Tutup aurat ni bukan setakat pakai tudung yang menutup rambut saja.
Firman Allah lagi yang bermaksud: 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Kalau mahu menghuraikan bab aurat ini sangatlah panjang. Cuma pandangan MO, bagi sahabat-sahabat di luar sana yang masih belum cukup menutup aurat (MO kata macam ni bukanlah bermakna MO terlalu baik, tapi insyaAllah aurat terjaga), insaflah. Mulalah berubah sekarang. Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang seperti di dalam ayat di atas.

Aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut tapi aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan tangan (kena pakai baju longgar-longgar ye). Tidak salah untuk berfesyen namun berpada-padalah jangan terlalu melampau (tabaruj pulak nanti). 

Cuba kita lihat dan perhatikan zaman sekarang ni (seluruh dunia), kaum lelaki menutup aurat habis nampak tangan dan kepala je (of cos la lelaki tak pakai tudung) tapi kaum perempuan pulak dedah sana dedah sini. Kalau masa ada function lagilah extrim, ntah apa-apa fesyen. Tengok dalam TV sudah lah. Ni Mama MO yang tegur masa tengok telenovela. Betul kan, lelaki dengan tuxido dan neck tie, slack, yang perempuan pulak pakai skirt pendek. 
Tak rasa malu ke pakai dedah-dedah ni?? Kalau MO serius malu. Adik MO sendiri masa umur 5 tahun pon malu nak pakai baju tak dak lengan, even masa tu dia belum pakai tudunglah. Bila ditanya kenapa taknak pakai, dia jawab "nampak ketiak, malu". Budak 5 tahun pun malu, inikan pulak kakak budak, mak budak. hurmmm.. 

Kadang-kadang mereka tahu tapi buat-buat tak tahu. Sebagai muslim, kita takkan nak kejar pahala sendiri kan, sebab tu kena saling tegur-menegur dan tolong-menolong. Kalau kita tak tegur nak ke nanti di Padang masyar, kawan kita tu mai tuntut hutang sebab kita tak tegur dia di dunia. Tentulah kita tak nak kan.

Perempuan ini makhluk istimewa (lelaki pun istimewa juga). Jangan persiakan diri kita di dalam negeri persinggahan ini sebelum kita kembali ke kampung halaman kita yakni di akhirat kelak.

Takkanlah kita nak jadi mayat yang hina. Bertaubatlah sebelum terlambat (pesanan untuk diri MO dan sahabat-sahabat di luar sana). Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat.

sini ada satu entry hot pasal budak tak tutup aurat..

Kata MO : Hidup hanya sekali dan jadikan ia di jalan Allah.. :-)

Syaitan Berehat Sebulan di Kala Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah. Hari ni merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dan malam ini merupakan malam kedua umat Islam berterawih. Kusyuk ke idok tu?? InsyaAllah kusyuk kan. Semoga amal Ibadah yang kita lakukan dapat mencegah kita daripada sebarang kemungkaran. Ameen.

Orang kata masa bulan posa ni syaitan iblis semua kena tahan dekat lokap eh kena gari, tapi kenapa masih berlaku iktilad atas bumi nih? Hurmmm... Ada anak-anak setan yang terlepas ka?? Tidak jawapannya namun nafsu manusia yang terlepas. 

Orang kata lagi dalam sebulan di Bulan Ramadhan ni manusia akan berlumba-lumba mencari pahala. Semua pakat nak kejar solat terawih, semua pakat nak buat amal jariah. Tapi sedarkah kita, kenapa hanya bulan Ramadhan sahaja bukan bulan-bulan lain??

Kalau manusia hanya berkerja keras mengejar pahala sebulan di Bulan Ramadhan tapi Setan Iblis dah bekerja keras 11 bulan nak menyesatkan manusia. Sehinggakan mereka tak takut untuk duduk berehat selama sebulan di Bulan Ramadhan tanpa melakukan apa-apa pekerjaan.


MO kata : Kita yang menentukan hala tuju hidup kita. 

p/s : Malam ni berbuka dengan Keluarga Tercinta cuma adik no.1 dan no.2 tiada bersama kerana tak balik cuti lagi. Esok lusa pulak adik yang no.3 akan pulang ke kampusnya. Kakak besaq dah habis belajaq, yahooo, cari kerja, cari duit fokus utama sekarang. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah swt. Ameen.. Sayang semuanya.

Sekian Wassalam.

Perempuan Yang Tak Menutup Aurat dengan Sempurna Akan Mula Menutup Aurat Apabila....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hurmmmmmmm... Masa semakin hampir dengan tarikh akhir praktikum. Maka segala jenis laporan perlu disiapkan dalam jangka masa yang singkat ini. Kajian kes, portfolio pengajaran, RPH dan RPS (touch up mana yang tak kena tu) ditambah lagi dengan Fail Pengurusan (ada ka kami cikgu praktikal yang kena buat???).. Huhuhuhu... 

2 Julai 2011 Hari Sukan Sekolah. tetiba Cikgu Praktikal ni nak kena jadi juruacara sebab cikgu yang sepatutnya jadi juruacara tu ada kelas (beliau sambung belajar). Haiyakkkkkk... Tadi raptai penuh, alhamdulillah berjalan lancar.. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga tak tersasul nanti... Ameen.

DAN Mintak Maaf sangat, juri masih lagi dalam proses pemilihan pemenang contest AKU INGIN BERUBAH. Susah nak buat pilihan pemenang sebenaqnya. Sabar ya. InsyaAllah, pemenang akan diumumkan nanti. Calon pemenang boleh rujuk sini.

Baiklah, kita kembali ke topik entry kali ni. Bila agaknya perempuan-perempuan yang tak menutup aurat dengan sempurna tu akan menutup aurat mereka dengan sempurna?? Huhhh.. Soalan pedas ni.. Kita tau ka bila hati depa nak terbukak untuk tutup aurat dengan sempurna??? Hurmmmm.. Hanya Allah yang mengetahui.. 

Ikuti dialog antara seorang abang dan adik di bawah..
adik : abg tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg  : pergi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik : salah, teka la lagi
abg  : (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kan?
adik : salah, nak tahu jawapanya tak?? senang ja..
abg  : apa dia dik?
adik : tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya
abg : (hebat kata2 ustazah yg mendalam maksudnya).=)
sumber : Group Tarbiyah
So.. Kepada yang bergelar perempuan secara biologinya.. Nak tunggu kaku tak bernyawa baru nak tutup aurat dengan sempurna??? Hurmmm.. Peringatan untuk diri MO dan sahabat-sahabat yang MO sayang. Beringatlah selagi akal kita waras berfikir.
 Klik sini untuk Kempen Jom Tutup Aurat.. 
Semoga kita semua dalam redha Allah swt..  Ameen..
Sekian wassalam.. 

Menjaga Hubungan Dengan TIGA

Assalamualaikum...
Semoga semuanya sihat-sihat dan dalam keadaan ceria.. 
Seminggu Laman MO senyap dari sebarang entry. MO agak kurang masa untuk blog buat masa sekarang. Banyak tanggungjawab lain yang menanti MO. Tapi MO gagahkan diri menulis untuk renungan MO dan sahabat yang membaca. InsyaAllah. 


Menjaga hubungan dengan TIGA..

Tuhan,  
Ibubapa,  
Guru-guru,  
Al-Quran..

Jangan membelakangkan Allah swt dalam setiap perlakuan kita,
Sentiasa memuliakan ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita,
Jangan lupakan Guru yang mengajar tulis baca,
Dan Jadikan Al-Quran sebagai teman rapat kita..


(kata-kata ini diperolehi semasa mendengar ceramah menjelang peperiksaan dulu - tepat sekali hubungan dengan yang TIGA ini perlu dijaga)

InsyaALLAH jika kita menjaga hubungan dengan yang TIGA ini, hidup akan sentiasa berada dalam rahmatNya. 


Pantai.. Tahukah kita dari mana pantai itu bermula?? Jawapannya, kita tidak tahu dari mana pantai ini bermula. 


Ya kita tidak tahu dari mana pantai itu bermula, kita tidak tahu dari mana bumi ini bermula. Adakah dari Australia dan berakhir dengan Malaysia atau dari Tanah Arab dan berakhir di Jepun??? Jawapannya TAK TAHU...


Tetapi kita harus tahu bahawa kita semua bermula daripada setitis air yang hina sehingga terbentuknya zigot di dalam rahim ibu kita dan setelah berada di alam rahim selama 38 minggu maka kita menjenguk ke dunia. Kehidupan kita di dunia kita tidak tahu selama mana. Mungkinkah hanya selama sebulan (tetapi Alhamdulillah anda yang membaca ini dan MO juga pastinya umurnya lebih panjang dari sebulan kerana ada sahabat kita yang mungkin kini sebaya atau lebih tua telah dipanggil pulang oleh ALLAH sejurus selepas dilahirkan), mungkin usia kita di dunia selama 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 60 tahun atau lebih panjang??


Jangan sesekali kita lupa bahawa daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Hanya masa dan ketikanya adalah dalam rahsia ALLAH. Tiada siapa yang mengetahui kecuali DIA.


Bersyukurlah kepada yang mengetahui bila mereka akan ‘pergi’. MO ada seorang teman yang pernah berkhidmat di salah sebuah hospital sebagai social worker, salah satu daripada tugasnya adalah memberi kaunseling kepada pesakit kronik yang mana menurut doctor tiada harapan lama untuk bertahan (hidup). Salah satu kes yang pernah beliau ceritakan kepada MO iaitu beliau terpaksa memberi kaunseling kepada pesakit kanser hati (kalau tak silap) yang ada masa kira-kira seminggu untuk hidup namun pesakit itu bukan beragama Islam. Beliau sendiri berasa tidak sampai hati dan risau mengenangkan nasib yang menimpa pesakit yang kini telah meninggalkan suami dan anak-anaknya yang masih kecil. 


Beruntunglah jika kita mengetahui bila kita akan pergi menemuiNya. Bagi mereka yang mengetahui (mungkin yang sakit-sakit kronik) bisa bersedia menerima dengan redha. Namun kita yang sihat-sihat ini bagaimana?? Mahu duduk sajakah??? Takkan dah sakaratulmaut baru nak bertaubat a.k.a nak bertaubat last minute.


Kata beliau lagi, memang menginsafkan bila mengenangkan pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa di hospital. Kalau rasa-rasa anda sedang mengalami cabaran yang sangat genting (big n biggest problem yang tak tertanggung) anda bolehlah melawat ke hospital atau melawat ke rumah-rumah orang tua (yang kudratnya telah berkurangan berbanding kita yang masih muda belia) atau mambuat lawatan ke rumah spastik (kanak-kanak cacat CP) atau merenung nasib pengemis-pengemis di jalanan atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan kita berasa bersyukur bahawa situasi yang anda hadapi itu tidaklah sebesar mana.
  
p/s :
Minta maaf sangat-sangat. Juri masih lagi dalam proses pemilihan pemenang contest AKU INGIN BERUBAH. Ditambah pula MO hanya tinggal lagi kurang dua minggu nak menghabiskan praktikum MO dan hantar report. Masa yang ada sangat terhad untuk aktiviti-aktiviti lain. InsyaAllah pemenangnya tetap akan diumumkan nanti. 

Sekian…sehingga berjumpa lagi…
Wassalam.

Badan Membesar, DOSA bertambah!!!



Assalamualaikum.. Fuhhhhh.. Petang Kelmarin adalah sejarah dalam seumur hidup MO sebab pergi main bowling dengan adik beradik KBU dengan memakai baju kurung. Hohoho.. Sejarah sebabnya tu kali pertama MO pi main bowling.. Hihihi.. Best rupanya main bowling ni noh.. Lepas ni boleh la pi main lagi..hohoho...  Memakai baju kurung tidak menghalang kita buat apa yang orang lain buat okeh.. MO pernah pakai baju kurung panjat bukit okeh.. Panjat bukit cerakah.. Hihihi.. Dengan pakai baju kurung jugak MO pi main salji kat Snowalk I-City.. Dengan pakai baju kurung jalan-jalan (jalan kaki) sepetang di Kuala Lumpur dari Stesen Bandaraya sampai ke Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Hoho.. Tak sangka perjalanan yang lebih 2 KM tu terasa dekat.. Ohhh... Semuanya kenangan indah yang tersemat di memori.. Terima kasih sahabat-sahabat..

Baiklah dalam perkongsian kali ni MO nak share pasal badan membesar, dosa bertambah.. Ohhhh.. Takutnya.. Badan membesar tu maksudnya saiz bertambah la. Hari-hari makan takkan tak besar, iyo dak?? 

Hari-hari kita makan sampai ada perumpamaan, Makan Untuk Hidup atau Hidup Untuk Makan... Hohoho.. Fikir-fikirkan...

Cuba cakap kat sini sapa yang tak suka makan? Kalau dah makan memang la badan akan naik (even sikit yang tak nampak perbezaan ketara. Kita ni makin hari makin besar bukan makin kecik). Eh, ada ka orang tak suka makan ni? At least kalau tak suka makan pun kena makan jugak kan.. Kalau tak makan langsung, tak lama lepas tu.. hurmmmm.. Innalillah.. Kemungkinan besar akan jatuh sakit tak pun go terus.. Huhuhu..

Cuba bayangkan kalo sehari makan sekoq ikan, sebulan dah 30 ekoq ikan, setahun dah 360 ekoq ikan, 10 tahun hampir 15 ribu ekoq (satu kolam).. jadinya kita dah makan 1 kolam ikan (baru ikan)..kalo beras 1 gerabak kereta api.. plus..plus..plus.. segala jenis benda kita makan..hihihi.. betoi jugak kan.. sedang bermuhasabah diri.. banyaknya benda dah saya makan.. mau badan tak naik..


Ok. tu bab makan. ni mai kita kira bab dosa pulak. dah berapa tahun kita hidup ni? banyak mana dah dosa kita buat ni? kalo sehari satu dosa (tapi macam lebih ja) 10 tahun dah lebih kurang 15000 dosa kita.. astagfirullah.. banyaknya dosa MO selama ni. tu baru kira kalo satu dosa tapi sehari dah berapa banyak dosa kita buat??? astagfirullahalazim..astagfirullahalazim...astagfirullahalazim.... beristigfarlah setiap hari kecuali dalam solat..

Semoga kita semua dalam lindungan Allah swt dan sentiasa dalam redhaNya. ameen


p/s : 
berkenaan badan dan dosa ni MO pernah siarkan dulu.. Tapi rasanya molek share sekali lagi.. Muhasabah Diri..

sumber idea : Ceramah Ustaz Kazim

Sekian Wassalam..

Jangan Salahkan Orang yang Bunuh Diri..

Assalamualaikum. 
Huh. Hukum membunuh diri adalah berdosa besar. MO sendiri ada pengalaman kawan sekolah MO yang meninggal sebab terjun jambatan Pulau Pinang. MO dah kenal dia dari darjah 2 sampai MO terima berita kematian dia masa MO Lower 6. Huhuhu.. Mengerikan. Tapi dia Non-Muslim. Kawan-kawan lain kata dia sucide sebab awek dia ada lelaki lain.. hadoiiii... mesti akan ada orang kata "bodohnya bunuh diri kerana cinta. Carilah cinta lain".. Hohoho.. No komen pasal tu. 

Yang MO nak tekankan kat sini bukan bunuh diri tu sebagai takdir namun peristiwa seminit sebelum kejadian bunuh diri itu berlaku. Ermmm, kebanyakkan orang yang nak bunuh diri ni akan terjun bangunan, terjun jambatan, kelar tangan. Dan sebab mereka nak bunuh diri pon ada pelbagai. Putus cinta la, gagal exam la, kena hina la, kena kutuk kaw-kaw la, lagi apa sebab lagi ek? (boleh tinggalkan di ruangan komen jika ada). Tapi pernahkan anda terfikir apa yang menghasut mereka bertindak demikian???

Kononnya la, bila mati selesai masalah. Hohhhhhhhh.. Selesai la sangat kan. Balasan di "sana" tau ka macam mana?? Seksaan kubur tau ka macam mana?? Pastu buatnya patah kaki ka, pecah kepala ka, mati otak (koma) ka tu semua akan menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan semua orang tau. Fikir-fikir banyak kali orang kata sebelum ambil sesuatu keputusan tu.

Ermmm.. Ok back to the topic (cewahh speaking omputeh la pulak).. Jangan Salahkan Orang yang Bunuh Diri.. Kenapa?? Sebab masa seminit sebelum kejadian bunuh diri itu berlaku mereka dah tak sedar apa-apa. Hati dan akal mereka sedang bertembung bercakap menyalahkan antara satu sama lain. Semua dok bermain dalam kepala. Sebelah hati berkata-kata yang protagonis dan ada yang antagonis. Sebab tu terjadinya peristiwa hitam tu. Tapi sebagai contoh jika dalam masa seminit itu telefon berdering ka ada orang sergah dari belakang ka yang membuatkan si polan tu tersedar (jika masih ada secebis iman dalam hati) pasti dia akan merasakan tindakan bunuh diri tu adalah satu tindakan yang bodoh dan dia akan berpaling kebelakang (maksudnya tak jadi nak sucide la). 

Mungkin disebabkan tekanan yang teramat sangat boleh membuatkan manusia rasa lost everything sampaikan ada yang nak bunuh diri. Jadi bijaklah tanggani tekanan. Hurmmm.. Ada satu malam tu MO sakit kepala sangat-sangat ditambah printer buat hal padahal baru je beli ink yang boleh inject2 tu..Hadoii tapi ink tu dia tak nak masuk gang pulak dengan cartridge. So MO pun called mama sembang-sembang hilangkan rindu dan mengadu pasal sakit kepala MO tu (hohoho.. macam anak manja kan.. Tapi memang pon manja dengan mama dan abah je..hihihi).. Eh apa motif MO cerita pasal ni pulak. Hoho.. Sebab mama kata mungkin MO stress kot, so, mama MO ada kongsi tips nak hilangkan tekanan yang mama dengar kat radio siang sebelum MO hello-hello dengan mama tu. InsyaAllah kalau ada kelapangan masa pasti MO akan kongsikan dengan sahabat pembaca semua. 

Maaflah sebab masih terdapat entry yang dijanjikan kepada pembaca Laman MO yang belum disiarkan.
1. Tips membaca novel tanpa menganggu tugasan harian.
2. Bendera Hitam dan Bendera Putih
3. Bedah 17 Blog Peserta Terawal Contest AKU INGIN BERUBAH.
4. Pemenang Contest (belum dapat list entry pilihan dari juri lagi dua orang. Harap bersabar ya semua)
5. Tips Menghilangkan Tekanan.

MO memohon maaf atas sebarang kesulitan. InsyaAllah MO akan cuba usahakan menulis dengan mencuri masa yang ada ni. Doakan kita semua dipermudahkan urusan, InsyaAllah.

p/s : 
MO dah beli cartdrige baru. 

Terima kasih sudi membaca sampai habis.
Sekian Wassalam. 

Kalau Dah Hamba Tu Buatlah Cara Hamba, Jangan nak Bantah Cakap Tuan Pulak.

Assalamualaikum. 
Sekejap je hari ni dah pon Khamis. Setelah 15 hari, Jun meninggalkan kita dan hari ni 16 Jun 2011. Ya kita akan berjumpa dengan Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu tapi kita hanya berjumpa sekali sahaja tarikh dalam hidup kita. Tarikh hari ini tak akan berulang lagi walaupun kita akan berjumpa lagi khamis pada minggu hadapan. 


KALAU DAH HAMBA TU BUATLAH CARA HAMBA,
JANGAN NAK BANTAH CAKAP TUAN PULAK.


Hamba tu kita, Tuan tu Allah. 
apa Allah suruh apa hak kita nak membantah kan.

Hidup hanya sekali dan jadikan ia di jalan Allah.
Semakin hari kita semakin dimamah usia.
Kita semakin dekat dengan hari pengakhiran.

Jaga diri, Jaga hati dan Jaga Iman serta Jaga Amal. 

peringatan ni adalah untuk diri saya sendiri dan kepada semua yang membaca. Terima kasih atas kesudian membaca
sekian Wassalam.

Hidup Kita Ni Umpama Pelayaran di Lautan Yang Luas

Assalamualaikum.. Peringatan buat saya dan kamu.. 

Cuba bayangkan cerita di bawah

gambar ehsan google

"Hidup kita ni umpama pelayaran. Selepas seharian berlayar, kapal berlabuh di sebuah pulau. Masing-masing turun dan kapten kapal cakap loceng akan berbunyi pada bila-bila masa jer dari sekarang. Kapten suruh cari banyak bekalan makanan dari hutan untuk nak belayar lagi puluhan tahun tanpa henti..

SUBHANALLAH..MATA TIDAK MENIPU



Assalamualaikum.. cuba lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di bawah  selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini...Cool ....