Kanak-kanak Tidak Boleh Ke Masjid



Bismillah..

Sempat saya berbual dengan seorang ibu kepada 3 orang anak perempuan (berusia 4, 3 dan 1 tahun). Suaminya belajar dan hanya 2 atau 3 minggu sekali akan pulang menziarahi beliau dan anak-anak. Waktu paginya beliau akan mengajar tusyen, kemudian buka kedai sehingga petang.

Waktu malam biasanya dimanfaatkan membawa anak-anak bersiar-siar, dan tempat yang paling baik untuk dibawa adalah ke masjid. Se
lain mendekatkan fitrah anak-anak kepada cintakan masjid, ia dapat menyubur anak-anak terhadap minat kepada majlis ilmu.

Alhamdulillah, biasanya itulah rutinnya di waktu malam sehinggalah pada suatu malam anak kecilnya berusia 1 tahun menangis dan kakak-kakak yang berusia 4 dan 3 tahun tidak mahu mengasuh adik. Mendengar tangisan si anak, beliau terus mempercepatkan solat (berpisah dari imam), bergegas mengemas telekung dan pulang ke rumah.

Dalam suasana kelam kabut, beliau tertinggal cermin mata.

Keesokan harinya, bapa saudara suaminya yang juga AJK masjid menalifon suaminya dan berpesan supaya beliau tidak perlu ke masjid lagi, kalau mahu ke masjid juga tidak perlu bawa anak-anak.

Subhanallah.

Terpempam saya mendengar ungkapan tersebut. Dengan wajah yang sayu, suara yang layu beliau menggeleng kepala. Sangat kecewa dengan 'ketutupan' minda warga setempat yang tidak boleh bertolaransi dengan kanak-kanak. Walhal itulah kali pertama anak kecilnya menangis.

Bagaimanalah anak-anak kecil mahu didekatkan dengan masjid sekiranya warga masjid tidak mahu menerima kedatangan mereka?

Akhirnya, anak-anak membesar dengan tanggapan TIDAK BOLEH KE MASJID tetapi...

1. Boleh ke shopping complex
2. Boleh ke pasar malam
3. Boleh ke pantai
4. Boleh ke taman permainan
5. Boleh ke pusat hiburan

Subhanallah.

Secara jujurnya, saya sangat kecewa kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Kata-kata ibu tersebut kepada saya menjadi pemangkin semangat.

"Insyirah usahakanlah bawa Amir Solihin ke masjid atau surau, memanglah dia kanak-kanak dengan fitrah kanak-kanaknya. InsyaAllah lama-lama nanti dia akan faham dan tahu, akhirnya dia akan cintakan masjid."

Tidak usah terkejut apabila remaja bila ada masalah cari pub, kelab snooker, pusat karaoke, pil ectasy (maaf tak pasti ejaan), arak dan sebagainya kerana sejak kecil tidak dibenarkan memasuki ruang masjid dengan alasan membuat bising. Kita (masyarakat) sendiri tidak memasak ke dalam minda kanak-kanak bahawa masjid adalah pusat komuniti, boleh meluahkan masalah (dengan solat), tempat terbaik untuk mendapatkan ketenangan.

Wallahua'lam.
MO kata : Tulisan di atas adalah hasil pengalaman penulis Haruman Mawar

MO kata lagi : Saya selalu doakan supaya bila saya sudah bernikah nanti, suami akan membawa saya dan anak-anak untuk ke masjid setiap malam. 

Cinta Dari Syurga


Bismillah...

Sekarang sedang menonton cerekarama Cinta darti Syurga. Cinta tu tidak boleh dipaksa untuk hadir dan tidak boleh dipaksa untuk dihapuskan begitu sahaja. Ia datang dan pergi dengan izin Allah. Sebagai hamba kita kena berdoa selalu pada Allah. Mohon pada DIA untuk memudahkan segala urusan kita tapi jangan pula kita minta untuk diringankan beban kerana Allah menguji kita selayaknya dengan yang kita mampu. 

Tadi ternampak di FB, kata-kata yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Joi.
Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!
Saya pernah mendengar ceramahnya secara live, memang terkesan. Ada saya kongsikan dalam artikel  Salahkah Aku Bercinta?  (Entry lama Januari 2011).
Suka juga untuk saya kongsikan kata-kata yang saya jumpa di FB hasil perkongsian seorang teman FB di wallnya.
SILAPNYA SEORANG WANITA ialah::-
:}Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA...
:}Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI...
:}Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA.. 
Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI... 
wanita perlu BERHATI-HATI, janji manis di bibir...
mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGIRIS HATI
bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu...
mungkin menjadi SELUMBAR yang MELUKAKAN...
makanya, SELAGI BELUM PASTI...
 jangan memberi sepenuh hati, 
selagi belum memiliki dan di miliki SECARA HALAL dan SAH... 
JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita mudah memberi...
 maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPASKAN.
 
MO kata : Tengok cerita Cinta Dari Syurga tu si isteri sanggup melamar wanita lain untuk suaminya. Huhuhu. Saya takkan sanggup untuk berkongsi suami saya nanti dengan wanita lain. Doa saya setiap hari, Moga Allah memudahkan urusan saya untuk membina keluarga bahagia.
 Mo kata lagi : Petikan dari cerita Cinta Dari Syurga "cinta itu tidak pernah disedari, sehingga tiba saat perpisahan". Jadi Hargailah cinta semasa ia masih di depan mata.