Cinta Dari Syurga


Bismillah...

Sekarang sedang menonton cerekarama Cinta darti Syurga. Cinta tu tidak boleh dipaksa untuk hadir dan tidak boleh dipaksa untuk dihapuskan begitu sahaja. Ia datang dan pergi dengan izin Allah. Sebagai hamba kita kena berdoa selalu pada Allah. Mohon pada DIA untuk memudahkan segala urusan kita tapi jangan pula kita minta untuk diringankan beban kerana Allah menguji kita selayaknya dengan yang kita mampu. 

Tadi ternampak di FB, kata-kata yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Joi.
Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!
Saya pernah mendengar ceramahnya secara live, memang terkesan. Ada saya kongsikan dalam artikel  Salahkah Aku Bercinta?  (Entry lama Januari 2011).
Suka juga untuk saya kongsikan kata-kata yang saya jumpa di FB hasil perkongsian seorang teman FB di wallnya.
SILAPNYA SEORANG WANITA ialah::-
:}Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA...
:}Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI...
:}Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA.. 
Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI... 
wanita perlu BERHATI-HATI, janji manis di bibir...
mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGIRIS HATI
bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu...
mungkin menjadi SELUMBAR yang MELUKAKAN...
makanya, SELAGI BELUM PASTI...
 jangan memberi sepenuh hati, 
selagi belum memiliki dan di miliki SECARA HALAL dan SAH... 
JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita mudah memberi...
 maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPASKAN.
 
MO kata : Tengok cerita Cinta Dari Syurga tu si isteri sanggup melamar wanita lain untuk suaminya. Huhuhu. Saya takkan sanggup untuk berkongsi suami saya nanti dengan wanita lain. Doa saya setiap hari, Moga Allah memudahkan urusan saya untuk membina keluarga bahagia.
 Mo kata lagi : Petikan dari cerita Cinta Dari Syurga "cinta itu tidak pernah disedari, sehingga tiba saat perpisahan". Jadi Hargailah cinta semasa ia masih di depan mata.
   

6 Pesanan:

juicy X said... [Reply]

kami hampir menanges tgk cita ni, tp tahannn sbb suami ada~

Sunah Sakura said... [Reply]

hargailah cinta selagi ia ada di depan mata...huhuhu....

aDisH.sHidA said... [Reply]

akak sedih sebak bila akhirnya dorang mcm tu..

masa awal2 tu geram je

Muslimah Optimis said... [Reply]

@juicy X

kalau nangis sebelah suami, bolehlah suami pujuk.. hehehe.. untung kan orang yang dah bersuami

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura

ya manusia memang macam tu, bila dah xda depan mata baru nak terasa kehilangan, masa ada di depan mata buat tak tau saja.. huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA

Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk hambaAnya