Terukir Di Bintang

Bismillahirahmanirrahim..

Pertama kali mendengar melodi lagu ini saya sudah jatuh hati. Melodinya unik. Saya akan menyukai sesebuah lagu itu kerana melodi yang best dan bukan disebabkan lirik lagu. Kadang-kadang sangat baharu saya akan menghayati liriknya.

Semalam berbual dengan seorang sahabat dan mengulas sedikit mengenai lagu yang memenangi AJL 27  semalam iaitu Lagu Terukir Di Bintang - Yunalis Zaraai. 

Kata saya, saya suka sebab melodinya sangat menarik. Sangat klasik. Tapi saya tidak pernah menonton video klipnya lagi tetapi selepas kemenangan lagu ini di AJL (dinyanyikan oleh Aizat), terus jari-jemari menekan papan kekunci komputer "terukir di bintang" di youtube dan buat pertama kali saya melihat video klipnya. Memang klasik habis, tapi saya tak suka solekan mata Yuna. Huhuhu. Pelik je .Natural kan lebih cantik.

Kata sahabat saya itu, lagu ni bukan mengisahkan pasal bekas kekasih ke? Saya pun tanya balik, yeke? Tak tahu pulak sebab saya mendengar lagu ini kerana melodinya, walaupun bibir kadang-kadang ikut sama menyanyi tapi tak pernah menghayati liriknya langsung. Macam lirik tu tak masuk ke otak. Boleh jugak macam tu kan.

Lirik Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
 
 -Yuna-


MO kata : Bombastik sangat bait-bait lirik lagu ni. 

MO kata lagi : Hati dan perasaan ini boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Allah yang berhak keatasnya. Memang kita tak dapat memaksa hati itu untuk menyukai atau membenci kerana Allah yang memasukkan "rasa" suka dan benci itu. Tapi kita boleh terus berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan perasaan yang terbaik buat kita..

Percutian Sebelum Kahwin

Bismillahirahmanirrahim..

1. Saya suka melancong.
2. Saya suka travel.
3. Saya suka jalan-jalan.
4. Saya suka untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Indah.

Kadang-kadang ada yang berkata, sebelum berkahwin dan sementara belum ada komitmen perkahwinan lah kita boleh berjalan-jalan bersuka-ria dengan kengkawan yang sekepala, yang memahami sang jiwa kononnya. Saya juga begitu. Cuma saya hadkan kisah perjalanan saya  sebelum nikah hanya di dalam negara sahaja kerana jika mahu ke luar negara saya sudah niatkan di hati selepas saya menunaikan umrah dan ziarah. InsyaAllah. 

Sebab apa saya mahu ke luar negara selepas menjejakkan kaki ke tanah suci? Mestilah sebab nak travel ke luar negara dengan sang suami. Hehehe. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. Walaupun saya belum mengetahui siapakah gerangannya lelaki itu (selagi belum bersedia selagi itu Allah tidak bukakan hati dan menemukan kita dengan jodoh kita kan). Moga Allah permudahkan. InsyaAllah. Ameen. Kata seorang sahabat, selagi belum sampai masa, selagi itulah jodoh itu akan bersembunyi. Walaupun dia dah ada di depan mata sebenarnya tapi kita tak tahu dia adalah jodoh kita selagi dia dan kita belum bernikah. Jangan risau tau kalau masih dipertemukan dengan jodoh masing-masing. Lakukan solat hajat selalu. Itu adalah satu usaha dan ikhtiar.

Kesukaan saya yang satu ini (merujuk kepada No. 1, 2, 3 dan 4) memang saya tidak dapat elak. Ditambah pula mendapat keizinan mama dan abah tercinta. Mereka sangat memahami. Tapi kalau saya tiada mood, jangan diajak. Tetap juga jawapannya tidak. 

Percutian Sebelum Kahwin membazir tak? Kadang-kadang saya rasa membazir, kadang-kadang saya rasa tak sebab saya nak pi bercuti jugak, jalan-jalan jugak. Kadang-kadang saya fikir lebih baik saya simpan untuk "Simpanan Perkahwinan" atau "Simpanan Masa Depan" memandangkan simpanan perkahwinan saya "tiada" sebab tidak menyimpan. Dah belum bersedia nak kahwin so, tak perlu menyimpan lagi kan. Hehehe. Tapi saya percaya pada rezeki orang nak kahwin. Bila dah sampai masa, pasti semuanya akan Allah permudahkan. Ameen. So, duit yang ada sekarang kita joli-joli dulu untuk pi bercuti. Tak gitu. :-)

Bila bercakap pasal "Simpanan Masa Depan", saya kena mula menyimpan ni memandangkan tahun ni umur saya adalah 26 tahun. Hari ini genap 26 tahun mengikut bulan islam. Macam tak percaya. Sudah 26 tahun. 

MO kata : Dikala usia sudah menjejaki angka dua puluh enam lebih banyak dosakah atau pahala? Huhuhuhu. Kerdilnya diri ini, insan hina yang berdosa. Moga Allah ampunkan dosa. Tiada istilah terlambat untuk berubah. Berubahlah Sayang. Moga tahun 2013 menjadi satu perjalanan baru yang diredhai Allah. Ameen.

MO kata lagi : Serahkan semuanya pada Allah swt untuk menentukan perjalanan hidup kita tapi kita perlu membuat pilihan untuk hidup dalam keredhaan Allah dan bukan kemurkaan Allah.