Terukir Di Bintang

Bismillahirahmanirrahim..

Pertama kali mendengar melodi lagu ini saya sudah jatuh hati. Melodinya unik. Saya akan menyukai sesebuah lagu itu kerana melodi yang best dan bukan disebabkan lirik lagu. Kadang-kadang sangat baharu saya akan menghayati liriknya.

Semalam berbual dengan seorang sahabat dan mengulas sedikit mengenai lagu yang memenangi AJL 27  semalam iaitu Lagu Terukir Di Bintang - Yunalis Zaraai. 

Kata saya, saya suka sebab melodinya sangat menarik. Sangat klasik. Tapi saya tidak pernah menonton video klipnya lagi tetapi selepas kemenangan lagu ini di AJL (dinyanyikan oleh Aizat), terus jari-jemari menekan papan kekunci komputer "terukir di bintang" di youtube dan buat pertama kali saya melihat video klipnya. Memang klasik habis, tapi saya tak suka solekan mata Yuna. Huhuhu. Pelik je .Natural kan lebih cantik.

Kata sahabat saya itu, lagu ni bukan mengisahkan pasal bekas kekasih ke? Saya pun tanya balik, yeke? Tak tahu pulak sebab saya mendengar lagu ini kerana melodinya, walaupun bibir kadang-kadang ikut sama menyanyi tapi tak pernah menghayati liriknya langsung. Macam lirik tu tak masuk ke otak. Boleh jugak macam tu kan.

Lirik Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
 
 -Yuna-


MO kata : Bombastik sangat bait-bait lirik lagu ni. 

MO kata lagi : Hati dan perasaan ini boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Allah yang berhak keatasnya. Memang kita tak dapat memaksa hati itu untuk menyukai atau membenci kerana Allah yang memasukkan "rasa" suka dan benci itu. Tapi kita boleh terus berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan perasaan yang terbaik buat kita..

6 Pesanan:

aDisH.sHidA said... [Reply]

lagu ini ada kenangan so tak boleh dengar sangat huhu

ユ ユ 江角 said... [Reply]

aha! lagu ini mengingatkan saya kepada kamu sayang..:)

Muslimah Sejati said... [Reply]

Jujur bgthu, x suka lagu ni, huhu... lirik pun pelik semacam je tp sy tahu MO x menghayati lirik tp suka sesebuah lagu krn melodinya, hehe.. Dan sy plak suka sesebuah lagu krn liriknya... Maklumlah jiwang, dalam hati ada taman... mudah sgt tersentuh dgn lirik & kata-kata, haha..

Kita amat berbeza MO namun kita mampu melengkapi masing2...
Sayang awk ;-)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA

kenangan apa kak?? huhuhu.. xstory pun

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ユ ユ 江角

ye, terima kasih sayang.. teringat kat kamu jugak

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

huhuhuh.. lirik dia memang pelik, hiperbola sangat.. harap melodi je best pun.. huhuhu...